PAS DISENGAT KALI KE- 3 :



Dahulunya PAS diimejkan parti Ekstremis kerana dibawakan budaya Takfiri - Kafir mengkafir sesama Islam oleh kebanyakan ahli PAS lantaran ucapan Hadi Awang  terhadap Umno diBanggol Peradung,  Terengganu yang dikenali kerajaan BN dengan nama panggilan -  Amanat Songsang Haji Hadi.


Namun situasi Ekstremis pembawakan ini , juga tulisan buku siapa KAFIR telah diseimbangkan oleh watak kesederhanaan Mursidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat. Dengan watak sederhana ini  PAS telah berkembang diMalaysia setelah PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990 dengan pukulan KO terhadap UMNO. Akibat perpecahan dalaman Umno, diantara Team A dan Team B sehingga UMNO ( 1946 ) telah diharamkan oleh Mahkamah.


Seterusnya apabila Umno berpecah lagi setelah DSAI dipecat oleh UMNO,  PAS dapat menawan Terengganu yang dipimpin semula oleh Hadi Awang pada tahun 1999. 


PAS Terengganu dipimpin secara mendedami  rakyat serta ahli ahli yang Pro kepada Umno dimana Wisma Darul Iman telah dikunci dan dikepung oleh pihak PAS sebaik menawan Terengganu, menghalau murid murid yang bersekolah diTabika dimiliki oleh KEMAS-UMNO, membuang kakitangan yang pro UMNO dan lain lain tindakan yang menyerupai pelaku UMNO, oleh itu pemerintahan secara sebegitu telah memberikan kesan kepada kekalahan PAS pada tahun 2004 dalam edisi PRU-11. Pada waktu ini perbezaan cara pemerintahan PAS diKelantan dan diTerengganu telah diadili oleh pengundi tempatan.  Nyata Imej sederhana Allahyarham  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diterima oleh penyokong dan pihak lawan politik sendiri iaitu parti Umno.


Setelah itu PAS Terengganu telah kalah memanjang akibat kesan Imej Hadi Awang sebagai MB Terengganu - ditolak oleh rakyat. 


Kekalahan yang berterusan yang menimpa Hadi Awang selaku Presiden PAS telah membuatkan Hadi Awang berfikir untuk mula "BERTAWAUN" dengan parti UMNO, walaupun idea ini cukup keras ditentang oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ( ATGNA ). Dimana beberapa pimpinan tertinggi PAS telah dipecat kerana menyokong idea Tawaun ini seperti Nasharuddin dan Allahyarham Dato Hassan Ali. Lalu wujudlah kumpulan yang pro ATGNA - ERDOGAN dan pro Hadi -ULAMA. 


Pada pemikiran Hadi Awang selagi  PAS menjadi Pembangkang Tegar, maka mana mungkin Hadi dapat merasai kerusi empuk TPM atau Menteri Kabinet selagi terus menerus menyerang UMNO. Gerakan untuk bersama dengan UMNO tetap diteruskan oleh Hadi walaupun diberi Amaran Keras oleh ATGNA untuk memecat HADI sekiranya terus bersikap bertawaun dengan UMNO. ( Seperti yang didedahkan oleh Lokman Adam , Najib dan Takiyuddin sendiri bahawa usaha BERTAWAUN dan menerima DANA RM90 juta dan lain lain dana RM daripada UMNO didedahkan selepas PRU - 14).


Saat ditunggu HADI muncul apabila ATGNA meninggal dunia menghadap Illahi pada tahun 2015, kerana tiada siapa lagi yang akan berani menegur dan memberi amaran keras kepada HADI selaku Presiden PAS untuk berbaik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.


Majoriti kesemua pimpinan tertinggi PAS yang setia kepada ATGNA telah disingkirkan melalui gerakan semasa Muktamar PAS tahunan 2015.


Nyata pada tahun 2016 Hadi telah membuat kenyataan media  untuk Berbaik - Bertawaun semula dengan UMNO akan dilaksanakan. 


Maka "Kambing Hitam" dicari dan rakan sekutu PAS iaitu DAP telah dijadikan alasan untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana tidak merestui PAS melaksanakan hukum hudud - RUU 355  diKelantan.


Seperti yang diterangkan sendiri oleh Hadi dan Najib yang mendedahkan gerakan gabungan antara PAS & UMNO- BN ini dimulakan sebelum PRU-14 bagi memecahkan undi Pembangkang untuk terus mengekalkan BN- UMNO yang disiarkan oleh media arus perdana setelah BN tumbang dan UMNO makin karam dan rakan komponen BN meninggalkan UMNO.


Namun setelah UMNO semakin karam PAS pula telah menghulurkan Tali demi memyelamatkan UMNO - BN.


Sekarang apabila UMNO kembali menjadi PM melalui gerakan undi tidak percaya, iaitu bukan melalui pilihan rakyat dan UMNO memimpin kerajaan memerintah diPutrajaya maka PAS mulai disisih menerusi PRN Melaka dan PRN Johor. Malah Umno Kelantan pula telah mula meninggalkan PAS demi menawan Kelantan dalam edisi PRU-15 nanti. Sebelumnya jiran Kelantan, UMNO Terengganu awal awal lagi telah nampak wajah PAS dan penolakan rakyat terhadap PAS diTerengganu untuk tetap melawan PAS dan MN.


Hari demi hari parti PAS pimpinan Tan Sri Hadi  diperlihatkan kegagalan sebagai kerajaan memerintah melalui kapasiti Mebteri  Kabinet dan Duta Khas serta gagal pula menunaikan Janji semasa menjadi Pembangkang yang bergerak sebagai sebuah Parti Islam yang memperjuangkan Islam dan HUDUD. Malah apabila berada didalam kerajaan memerintah semasa, PAS lebih dilihat amat sayang sekali kepada GHANIMAH dan hanya menjadi Pak Angguk - Barua sahaja kepada MCA seperti diTanjung Piai. 


Pelik semasa menjadi kerajaan memerintah tiada pula usul RUU 355 dibawa untuk dibahaskan diparlimen untuk diluluskan seperti mana 3 kali usul RUU 355 dibawa oleh HADI dan disokong oleh UMNO.


MAKA ingatan ATGNA supaya PAS jangan disengat 2  kali dilubang yang sama telah mula berlaku. Serta Amaran ATGNA untuk meludah sesiapa sahaja termasuk Presiden jika ada niat untuk bersama dengan UMNO patutlah diingat semula.


Nyata PAS sekarang telah diulit mimpi GHANIMAH DUNIA.


TINTA MERAH

28 Jan 2020 - Putrajaya.



Melayu itu malas hanya mitos.

 https://www.facebook.com/731768123500946/posts/5147457298598651/?sfnsn=mo

Melayu itu malas hanya mitos.


Aku duduk kampung dan dibesarkan dikampung. Aku tengok depan mata masa dulu, arwah mak dan abah bangun jam 4 pagi tiap hari pergi menoreh perginya lepas subuh.  Kat kampung aku nelayan ke Laut jam 6 pagi. Bagaimana nak kata melayu itu malas. 


Mengapa melayu kekal miskin?. Ianya kerana sistem. Sistem atau dasar biasanya dikawal oleh kerajaan. Kerajaan dikawal oleh orang politik. Tetapi dalam dasar bisnes ada sistem monopoli. Sistem monopoli ni biasanya dipegang oleh peniaga berbangsa lain. Mereka bangsa berniaga.  


Tak sampai hati nak beli ikan dari nelayan. Kekadang sebakul ikan naik dari perahu baru harganya ciput. Tapi cuba beli kat pasar berganda-ganda harganya. 


Tak payah cakap pasal nelayan..Aku ni tanam sayur, jual dengan peraih macam mintak sedekah. Sayur dibeli murah ikut gred. Dia punya kuasa monopoli. Sebab itu melayu tak kaya. Di tindas dalam sistem bukan sebab melayu malas. 


Ada orang politik lunak sangat cakap melayu malas, sebenarnya dia lah yang gagal membuat dasar selama dia memerintah. Atau memang sengaja mahukan melayu kekal begitu untuk ikut telunjuk politik mereka. 


Tengok sahaja kelantan dan terengganu.  Ditekan dan tidak diberi peruntukan membangun sedangkan 98% adalah melayu. Sesekali bercakap tentang MELAYU, Anak beranak ambil untung dari sistem monopoli. 


Bangsa ku tak malas. Bangsa ku bangsa yang berdaulat. Bangsa ku bangsa yang hebat. Moga bangsa melayu terus maju dan tidak dibodohkan dengan dua tiga kerat orang yang tamak dan haloba.  


Kalau tidak kita yang berbangga dan membantu bangsa kita sendiri.  Siapa lagi.. 


#ParitJawa

#SekolahRakyat

#KelasKesedaran.



ADA LAGI YANG BODO



Konon habis power da nak kutuk PH. Tapi bodoh. Lepas tu delete. Mende ntah. Kad Kesihatan tu masa zaman PH bagi free je. Mana kena beli, ngok.



 

NAK BUAT MACAMANA...DAH ITU YANG MEREKA PILIH...LANTAK LAH EHHH





Aku diberitahu rakyat Kelantan dah lama jelak dengan PAS. Terlalu banyak janji yang dimungkiri. Bekalan air bersih pun payah nak beri.
Tapi pengundi yang tinggal di luar Kelantan yang selalu beri undi kepada PAS dan membuatkan PAS kekal memerintah di Kelantan.
Para pengundi ini tidak merasa kepayahan di perantauan, di negeri yang diperintah musuh PAS seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Tapi mereka mahu Kelantan kekal tak tercemar oleh pembangunan selain terus diperintah oleh ulama. Aku sendiri percaya inilah hakikatnya.
Dulu beberapa kali aku tulis. PH kalau nak menang di Kelantan, kena bekerjasama dengan PH di negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, KL & Johor.
Kena beri kesedaran kepada anak Kelantan yang berada di luar Kelantan akan penderitaan rakyat di negeri itu. Baru boleh ubah landskap politik Kelantan.
Sekadar nak luahkan pendapat. Aku tahu tulisan aku tak sampai ke pimpinan PH. Tapi bila dapat luah di media sosial begini, lega sikit rasanya.


FAHAM SEKARANG KENAPA KWSP SUKAR DIBERIKAN?

 Duit kita duit mereka, duit mereka itu duit kita

😂
FAHAM SEKARANG KENAPA KWSP SUKAR DIBERIKAN?
Sekarang rakyat Malaysia fahamkan kenapa duit KWSP yg dkt trillion tu mereka tak mahu kasi keluar. Pegangan saham KWSP 42% (RHB), 14%(Maybank) & CIMB 15%. Ketiga bank ini berikan berbillion pinjaman kpd Genting TANPA cagaran.
Duit kita duit mereka, duit mereka duit kita... Duit kita dipakai/dipinjam tanpa cagaran...👏👏👏
Bagitahu dkt rakyat tunggu hari tua sb bukan sahaja tauke2 besar mahu pinjam tapi kerajaan yg korup juga meminjam dari wang kita utk suku sakat mereka joli sana joli sini.
Kenapa istihar muflis? Harap org bank atau org yg mahir tentang undang2 betulkan. Maafkan saya jika saya salah.
Ia seperti berlaku kpd mereka yg diistihar muflis.... jika secara sukarela mengisytiharkan dirinya muflis utk melindungi dirinya daripada tuntutan pemiutang yg dia tidak mampu utk jelaskan. Apatah lagi bila tiada cagaran sepertimana peminjam kad kredit.
Patut ada cagaran contoh aset seperti bangunan2 atau premis tertentu milik syarikat itu sebagai cagaran jika kegagalan membayar pinjaman apatah melibatkan pinjaman berbillion. So fahamkan skg....Dgn rakyat macam2 penjamin kau minta walaupun pinjaman hanya RM 10k👏
Bila rakyat minta duit mereka sendiri tak boleh... org lain pakai duit rakyat boleh. Dgn rakyat Zafrul pusing sana sini beri alasan... dgn Tauke besar sampai skg membisu walaupun ia pinjaman lama tetapi Menteri Kewangan mesti menjawab dua isu ini.

NORMAN RADZUAN





KEJADIAN BERLAKU SEBELUM ITIK PATAH KAKI




Hadi kata, Pas bantu Umno macam itik yg patah kaki, bukan Pas ajar itik berenang. Tapi bila Umno dah kuat, Umno mahu tinggalkan Pas.

Hahaha....Pas lupa dia tinggalkan PR dulu sbb Pas dah rasa dia kuat...nak jadi King Maker kononnya....hahaha...

 

Hadi kata umno ibarat itik patah kaki. Guna tongkat. Siapa tongkat umno? Lebai la jadi tongkat umno. Maksudnya, itik bertongkatkan lebai. Haha..

Hadi kata, PRN Johor diadakan kerana "kluster mahkamah'. Cuba Umno kasi kerusi banyak kat Pas di PRN Johor, kompom tuduhan "kluster mahkamah" tu hilang. Kita semua tahu, langkah sheraton dan mereka yg bersubahat dgn pengkhianat yg merampas mandat rakyat itu juga ada kaitan dgn cubaan menyelamatkan "kluster mahkamah". Pas juga terlibat dlm rampasan mandat rakyat. Mungkin untuk selamatkan "kluster 90 juta Sarawak Report'. Lebai dgn tak lebai ni sama je. Masing2 rampas mandat rakyat kerana masing2 ada rahsia tersembunyi yg bimbang akan terdedah oleh kerajaan PH..

 

W.Faudzin

 

LAGI BANYAK RASUAH, LAGI BARANG MAHAL

 Semakin banyak rasuah,

Semakin tinggi harga barang.
RAKYAT MALAYSIA JANGAN HANYA MENGELUH, BANGUN BERTINDAK!
More cartoons / support @ www. zunar.my




MN ibarat hanya tinggal nama, isi sudah berkubur, kata penganalisis




Penganalisis politik berpandangan masa depan Muafakat Nasional kini sudah semakin malap serta hanya tinggal nama selepas tindakan PAS bergabung menentang BN di bawah panji Perikatan Nasional pada PRN Johor.

PETALING JAYA: Penganalisis politik menyifatkan gagasan Muafakat Nasional (MN) membabitkan Umno dan PAS, sudah pun berkubur dan hanya tinggal nama susulan pertembungan dua parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Keadaan MN sekarang seolah-olah bak kata pepatah Cina, “nama masih wujud tetapi isinya telah mati, di mana kedua-dua parti gabungan sudah bertembung dalam PRN Melaka, dan episod sama akan berulang di PRN Johor,” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura kepada FMT.

Oh berkata, tetapi tidak mustahil pada masa akan datang, PAS dan Umno sekali lagi membentuk dan mengekalkan sebuah kerajaan Melayu-Muslim apabila jumlah kerusi masing-masing tidak mencapai majoriti dikehendaki.

“Jika jumlah kerusi masing-masing tidak mencapai majoriti, maka kemungkinan mereka untuk bergabung sekali lagi untuk membentuk dan mengekalkan sebuah kerajaan Melayu-Muslim sememangnya masih besar,” katanya.

Semalam, PAS dan Bersatu mengumumkan akan bertanding dalam PRN Johor di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata semua parti dalam komponen akan bertanding di bawah satu logo gabungan parti itu.

Oh Ei Sun.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ariff Aizuddin Azlan, berkata PRN Johor menyerlahkan bahawa masa depan MN kini semakin malap.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pakatan tersebut mungkin tidak dapat bekerjasama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ini berdasarkan ketegasan yang dipamerkan Umno di mana parti tersebut yakin untuk bergerak secara solo dalam PRN Johor dan merasakan bahawa mereka dapat mengulangi episod kemenangan mereka sewaktu PRN Melaka tempoh hari.

“Di samping itu, Umno bersikap tegas di dalam hal yang berkait rapat dengan posisi Bersatu, di mana parti itu dilihat sebagai halangan utama Umno untuk kekal selesa sama ada di dalam konteks negeri mahupun persekutuan,” katanya.

Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula berkata, apa pun tujuan Bersatu untuk bergabung dengan PAS, Umno tetap berpeluang cerah di Johor.

Katanya, kepimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dari Umno-BN dilihat semakin popular ditambah dengan gabungan ketokohan Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan mantan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

“Di pihak PAS sejak dulu, mungkin setakat menang satu kerusi seperti sebelum ini.

“Sebenarnya Bersatu tidak akan beruntung bersama PAS yang bakal menyumbang kepada kekalahan PN.

“Selepas itu adalah antara BN dan PN sama ada untuk bergabung tubuh kerajaan jika salah satu daripada mereka tidak mendapat majoriti kerusi,” katanya.

MENANTU ZAHID HAMIDI DAN JUTAWAN HARTANAH DI SEBALIK RFID

 


Netizen bongkar siapa di belakang RFID yang gagal…



Netizen bongkar siapa di belakang RFID yang gagal…Setelah berlaku kekecohan di Plaza Tol apabila SmarTAG di hapuskan dan di ganti dengam RFID, ramai yang bertanya siapakah di belakang RFID.

RFID mula di perkenalkan pada tahun 2018 dan menjalani proses percubaan dan umum tahu sambutan tak berapa walaupun pada mulanya di beri secara percuma. Banyak sebab kenapa ramai mengekalkan SmartTAG dan antara penyebab ianya boleh di gunakan pada banyak secara bergilir, selalu sangkut kerana teknologi lama dan pelekat mudah rosak.

Tiba tiba secara mengejut pada tahun lepas ianya muncul semula dengan tindakan drastik untuk di tukar pada SmartTAG. Jelas pada hari pertama di buat kebimbangan rakyat adalah benar apabila berlaku huru hara.

Sistem RFID yang di gunakan oleh Plus terbahagi kepada 2 iaitu Hardware & software dan E-wallet yang berkaitan pembayaran. Hardware & Software yang merupakan punca masalah di bekalkan oleh syarikat SMTrack Sdn Bhd. Syarikat menjalankan perniagaan berkaitan RFID dengan mereka bentuk, mengaktifkan dan mengedar.

Netizen bongkar siapa di belakang RFID yang gagal...

Pada 26 Julai 2021 berlaku kejutan di Bursa saham apabila saham syarikat ini melonjak 50% dari 9.5 sen kepada 12 sen dengan jumlah dagangan melibatkan jumlah dagangan 84 juta unit saham. Rupa rupanya pada hari tersebut Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff di lantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif yang juga Menantu Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam masa yang sama syarikat ini juga mendapat projek dari Digital National Berhad (DNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dalam 5G Malaysia.

Dalam masa yang sama SMTrack juga di pilih di Malaysia sebagai satu satunya syarikat untuk membuat perancangan, dan memimpin negara dalam reknologi pendigitalan dalam tenologi digital e-wallet melalui telefon bimbit. Secara jelas syarikat SMTrack telah mendapat taraf monopoli dari Kerajaan Makaysia.

Dalam masa yang sama jutawan hartanah Country Height Holding Tan Sri Lee Kim Yew pada 29 Disember 2021 telah mengambil alih 28.5 juta saham dalam SMTrack atau 5.051% pegangan.

Jelas kepada kita tindakan mengantikan SmarTAG ke RFID mempunyai kaitan secara langsung dengan kepentingan politik pihak tertentu. Inilah yang berlaku bila Be End kembali sebagai kerajaan.
Sumber:



MASA DIA PEGANG JAWATAN..DIA BAWA BINI JALAN MAKAN ANGIN DAN KELENTONG BAWA BALIK 80 BILLION...SAMPAI DIKATAKAN BAWA POMPUAN LAM KERETA. BILA DAH TAK ADA APA DIA MELALAK SEMULA. MUNAFIK BETOI LEBAI.

 Oh Abang Khai...


Jangan sekadar sebut tak mesra Islam. Nyatakan la yang mana dasar tak mesra Islam. Adakah dasar memerangi rasuah itu tak mesra Islam? Atau usaha PH menurunkan harga barangan keperluan itu yang tidak mesra Islam?Atau menurunkan jumlah cabutan 22 kali ke 8 kali bukan mesra islam dari tidak menentang semula dari 8 kali ke 22 kali? atau adakah menebang balak itu mesra islam, dan membawa wanita didalam kereta dikatakan mesra islam ?atau Abang Khai terlupa bila bank memberi pinjaman tanpa cagaran pada syarikat judi merupakan tidak mesra islam....banyak lagi bangkai kalau nak disertakan....tapi rakyat dah boleh befikir .....


Yang mana? Mahukan pemisahan antara badan pembuat dasar dengan badan pelaksana dasar itu yang nak dikata tidak mesra Islam? Kalau begitu, Islam PAS Islam versi yang mana sebab nampak tak macam Islam sebenar.


Bukan PH yang liberal sebaliknya PAS yang jumud. PAS menggunakan Islam hingga mengubah dalil untuk menghalalkan apa yang tak kena dengan kemahuan PAS. Kalau nak kira, itu baru boleh dikata tak mesra Islam.


 

Raja Gelap 

.


DAPAT 10 LOT MINTA LAGI 500 LOT

 Sambung Cerita Pagi

DAPAT 10 LOT MINTA LAGI 500 LOT


Sahabat saya itu Kamal Amir kata dia sudah pun mendapat 10 lot saham Petronas Dagangan tetapi mahu lebih banyak dengan harapan untung lebih besar. Bukan orang Umno kalau tidak tamak.  Hehe... maaf Mal.


Untuk tujuan itu dia berjumpa dengn Salomo Selamat yang merupakan salah seorang pegawai kanan Anwar Ibrahim di kementerian kewangan. Kata Kamal Amir, dia ajukan permohonan itu kepada Salomoh tetapi Solomo tidak ada kuasa sebaliknya suruh Kamal Amir berjumpa dan minta sendiri dengan Anwar. Solomo kira mungkin Anwar akan layan mengenangkan hubungan baik Kamal Amir dengan bossnya itu. 


Menurut Kamal Amir, Salomo mencadangkan supaya dia ke rumah Anwar. Senang untuk berbicara jauh daripada mata telinga memandang dan mendengar. Eksklusif. 


Keesokannya Kamal Amir pagi-pagi lagi ke rumah Anwar di Jalan Setiabudi Damansara. Selepas dibenarkan masuk, Kamal masuk ke dalam rumah. Ketika itu Anwar bersiap untuk ke pejabat dan baru turun dari tingkat atas sambil menjinjit kot di bahu. 


Begitu melihat Kamal Amir, Anwar terus mengajak menaiki kereta bersamanya, bincang dalam kereta. Itu stail Anwar kata Kamal Amir. Sambil membimbit kasut masuk ke dalam kereta dan duduk di belakang. Menjadi kebiasaan Anwar dia akan memakai kasut dalam kereta, kerana cara itu menjimatkan masa. Anwar seorang yang tidak suka membuang masa. Perhatilah kalau dia berjalan laju pantas macam lipas. 


Dalam kereta itu, berlakulah dialog. 

"Ha, ada apa datang jumpa aku?' kata Anwar.

"Begini Pak Sheikh, saya nak minta saham Petronas Dagangan, saya dah ada 10 lot," kata dan akui Kamal Amir. Anwar sedang menyarung stoking di kakinya. Dengar.


"Ah baguislah tu," balas Anwar ringkas. 

'Tetapi Pak Sheikh," kata Kamal lagi sambil menyambung "saya nak 500 lot, tak cukup 10 lot". 


Anwar berpaling ke arah Kamal terus melibaskan stoking ke arahnya. Anwar marah dan geram dengan permintaan itu sambil berkata; "Kau tahu tak aku berperang dalam kabinet dengan Rafidah nak saham ini untuk beri kepada rakyat. Aku tak mahu sebahagian orang sahaja mengecapi kekayaan Petronas, tetapi biarlah rakyat mengecapnya sikit seorang,"


Kamal Amir terperagah mendengar khutbah Anwar itu. Anwar katanya benar-benar marah, kerana apa yang beliau mahukan semua orang merasai kekayaan Petronas dengan memiliki saham itu. Bukan orang tertentu sahaja. 


Kamal Amir kata dia sungguh tidak sangka kalau Anwar yang dianggap sebagai kawan sama dalam Umno tetapi tidak bersedia untuk melayaninya untuk mendapat saham Petronas. 


Nah, kata Kamal sikap dan prinsip Anwar ini orang tidak tahu. Betapa Anwar seorang yang cukup menjaga hal ehwal rakyat secara adil dan saksama. Seorang pemimpin yang suci hati kepada rakyat. Dengan kejadian menimpa dirinya inilah Kamal Amir menyimpulkan Anwar seorang berprinsip dan tidak sama sekali akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menjarah kekayaan negara. "Dia (Anwar) akan perang sesiapa sahaja yang mengkhianati amanah bangsa dan negara", kata Kamal Amir.


Menurut Kamal Amir dia tidak terkilan dengan sikap Anwar itu, biarlahlah tidak dapat 500 lot saham Petronas Dagangan tetapi dia berbangga dengan sikap kepimpinan yang ada kepada Anwar yang prihati dalam membela rakyat. Dan dengan wibawa, karismatik dan rekod yang dicatatnya, Kamal Amir menyebut dan berdoa biarlah Malaysia diberi peluang untuk merasai kepimpinan Anwar sebagai PM suatu hari. Trims.

MSO



ZAFRUL.. MASA MANA ANWAR JADI MENTERI KEWANGAN BAGI PINJAM PADA GENTING ? MASA KAU JADI MENTERI KAN ATAU KAU BUAT PEKAK ?



Sudah tentulah DSAI selaku ketua pembangkang mempersoalkan mengapa pinjaman yang diberi itu tanpa sebarang jaminan atau cagaran! Sewenangnya RM2.51b diberi pinjam, itu duit pelabur dan pelaburnya adalah pemegang amanah rakyat (KWSP, KWAP, KHAZANAH).

Apakah Zafrul masih nak putar belit atau tak faham soalan berbangkit? Tiada masalah jika pinjaman diberi kepada mana² pihak yang berpotensi memberi keuntungan asalkan ada cagaran as security reason.
Kini DSAI dituduh oleh zafrul kononnya tidak halang pinjaman kepada syarikat judi? Cuba Zafrul senaraikan secara fakta, syarikat judi mana pada zaman DSAI jadi menteri kewangan diberi pinjaman tanpa cagaran mahupun bercagar?

KALAU ADA PENYOKONG YANG BODOH, MAKA PEMIMPIN YANG BODOH LAH DIANGKATNYA






 Jepun separa darurat. Sementara itu di England beberapa perlawanan bolasepak dibatalkan. Tetapi di Malaysia siap nak buat pilihanraya.

Kenapa begitu? Sebab di kedua negara itu, tidak ada UMNO. Sana tidak ada perosak, makhluk tamak dan jahat yang sanggup korbankan nasib rakyat demi kepentingan diri.
Dan juga di sana tiada pengikut parti yang bodoh dan sanggup tersiksa semata-mata untuk melihat pemimpinnya kaya. Sebab itu mereka boleh tak buat macam kita.
Raja Gelap

Jom kita ke Padang Merbuk aun dan cai. duit motong dan dan sawit kena curi > Maruah umat Islam tercemar, bangkit bantah beri pinjaman ke syarikat judi - BiPPA



Maruah umat Islam Malaysia tercemar akibat tindakan 3 buah bank di negara ini yang memberi pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong.


Menurut Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BiPPA), Amidi Abdul Manan, berhubung pemberian pinjaman itu kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas dalam isu berurusan dengan syarikat judi, apatah lagi membabitkan tabung simpanan deposit warga muslim.


"BiPPA menuntut satu pendirian dan tindakan dari pihak kerajaan bagi menyelamatkan maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.


"Tindakan melibatkan duit umat Islam khususnya melalui KWSP (melalui bank memberi pinjaman) adalah tidak wajar. Untuk makluman, KWSP adalah salah satu pemegang saham terbesar di Maybank," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut mantan Presiden ABIM itu lagi, keyakinan bahawa industri judi akan memberikan jaminan pulangan lumayan sehingga sanggup memberikan pinjaman tanpa cagaran merupakan suatu 'akidah' atau keyakinan songsang yang bertentangan dengan semangat ayat 90 surah Al-Maidah, al Quran.


"Justeru, pihak BIPPA menyeru umat Islam Malaysia agar bangkit menyatakan bantahan ke atas sikap sebegini yang jelas bertentangan dengan ajaran al-Quran.


"Para ulama dan ilmuan Islam mesti secara jelas memperlihatkan sikap yang tegas dan keberanian yang jelas agar kemungkaran sebegini tidak akan berulang dan berleluasa," katanya lagi.


Sebelum ini, tiga buah bank Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad telah memberi pinjaman berjumlah AS$600 juta atau RM2.51 bilion kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong beberapa tahun lalu


Kemuflisan syarikat Genting Hong Kong itu kemudiannya menaikkan kemarahan warga muslim kerana ketiga tiga bank berkenaan melibatkan kepentingan Pemodalan Nasional Berhad, Khazanah dan KWSP sebagai pemegang saham antara yang terbesar.

 

PKR bertanding bersendirian...emosi atau realistik?




PKR bertanding bersendirian...emosi atau realistik?

PKR MAMPU TAPI DGN SYARAT

Terlalu byk komen rakan2 di wall akhir2 ini tercetus kembali utk mengajak PKR bertanding sendirian atau dlm maksud lain tanpa DAP dan Amanah. Adakah ia emosi atau realistik?... mari kita bicarakan.

Saya memahami perasaan ahli dan penyokong PKR yg kembali berang dgn sikap Presiden Amanah yg dilihat sentiasa bersama DAP dlm pelbagai isu. Terbaru keduanya kembali menggunakan logo Harapan dan semalam kedua pemimpin itu membuat kenyataan bersama tentang isu rasuah tanpa Pengerusi PH, DS Anwar Ibrahim.

Mengapakah ia berlaku? Betulkah ada cubaan utk mengambil alih PH dgn gabungan baru iaitu DAP, Amanah, Warisan, Muda dan Pejuang? Itu mungkin andaian dan mungkin juga sebaliknya.

Baiklah bila ramai yg bicara soal PKR jalan solo saya melihat ia lebih kpd emosi. Ini kerana adalah mustahil utk PKR mampu menjadi kerajaan tanpa parti komponen yg lain. Siapa yg nak kuasai pengundi Cina yg mempunyai lebih 45 kerusi.

Apa akan jadi jika PKR bertanding solo? Yg pasti selain tidak boleh menjadi kerajaan, parti Amanah akn tenggelam. Amanah tidak akn mampu menanggung liabiliti DAP utk menarik pengundi Melayu.

Perlu ingat Amanah bergantung kpd urban voters yg dikuasai PKR. Sdgkan kebanyakkan kerusi Amanah bertanding di kawasan urban atau majoriti bandar atau pinggir bandar.

Yg pastinya DAP tidak tergugat. Jika terkesan sekalipun mereka hanya akn kehilangan 20% dari kerusi MP yg mereka ada ketika ini.

Jika benarlah PKR mahu berjalan solo terlalu byk perlu dilakukan. PKR perlu reset atau restart dan perjalanannya tentulah mengambil tempoh yg lama... mungkin 10-15 tahun dari skg.

Apakah langkah pertama...organisasi PKR perlu reset semula di mana di Semenanjung PKR perlu lantikan Pengerusi dari kalangan bangsa Cina dan India yg mana mereka mempunyai struktur organisasi dgn jawatankuasa mereka sendiri. Di mana Pengerusi kedua bangsa ini fokus kpd kaum masing2 di bawah payung PKR.

Di Sarawak dan Sabah juga Pengerusi Negeri hendaklah bertaraf Presiden di mana mereka mempunyai kuasa autonomi mereka sendiri utk dilihat sebagai parti negeri. Selain itu PKR mesti bekerjasama dgn parti2 local seperti PSB di Sarawak dan UPKO di Sabah.

Yg paling penting ahli2 PKR mesti berkelakuan seperti ahli UMNO. Dlm UMNO ada pelbagai kabilah tetapi bila berperang dlm pilihanraya mereka bekerja dlm satu pasukan.

Maksud saya dlm PKR ini ramai hulubalang2 yg hebat. Mereka mempunyai Laksama Perang (DS Anwar) yg hebat dikenali di seluruh dunia tapi sayang hulubalang tidak sehati sejiwa.

Contoh, sewajarnya PKR menggunakan segala nama2 hebat di dlm parti utk bekerjasama menggempur dlm pihak lawan. Tolak perbezaan kabilah kita satukan nama2 hebat dgn satu iltizam utk lawan korup salah guna kuasa.

Kumpulkan nama2 seperti YB Saifuddin Nasution, YB Fahmi Fadhil, Rafizi Ramli, Farhash, YB Nurul Izzah, YB Dr Maszlee, Siti Aishah, Ezam Mohd Nor, Adam Adli, YB Nik Nazmi, Syed Badlishah, YB Fuziah Saleh, Dr Zaliha Mustapha, YB Syamsul Iskandar, YB Hassan Karim, Iswardy Morni dan ramai tokoh2 agama yg hebat Bippa itu bekerja dlm satu team dgn peranan mengikut kelebihan masing2.

Bila saya sebut nama2 di atas tentu ada yg tersenyum, ketawa, tak puas hati, tak masuk akal dan pelbagai alasan lagi kenapa 'petik' nama2 tersebut. Tapi bagi saya nama itu mempunyai pengaruh tersendiri di kalangan ahli dan masyarakat.

Saya sepanjang 20 hari di KL saban malam dikunjungi rakan2 dari pelbagai kabilah berborak di lobby hotel hingga jam 4 pagi. Saya sudah bosan pengikut kabilah ini burukkan kabilah sana, yg sana burukkan yg sini. Macamana parti nak jalan solo kalau nak ikut kepala sendiri atau kepentingan peribadi utk laba politik.

Bagi saya masing2 ada kelebihan mereka. Mereka ada kepakaran seperti bijak berpidato, ada yg agresif ke lapangan, ada yg berpengaruh di kalangan anak2 muda, ada yg bijak menyusun tektikal, ada yg petah bicara secara live, ada yg bijak bicara agamanya, ada yg mempunyai financial yg baik dan pelbagai lagi kelebihan.

Jika dpt disatukan utk PRU bekerja dgn kelebihan masing2... saya percaya reset dan restart PKR dlm tempoh 10 tahun akn menjadi kenyataan utk bergerak solo. Ini bermakna kita berjaya menyatukan kesemua penyokong2 PKR utk fokus melawan BN, PN dan mantanDescription: 😀.

Yg terakhir bila mereka semua ini boleh disatukan utk bekerja 'khas' utk PRU... PKR mesti ada medianya tersendiri. Apa guna team yg kuat jika tiada media utk disampaikan maklumat kpd rakyat. Bukan kita tiada media tapi media yg ada tidak organize secara media. Carca marba kita lihat.

Maka hampir lengkaplah strategi ampuh yg kalian minta sangat parti ini bergerak solo jika fakta2 yg disebutkan dpt direalisasikan.

Tapi jika kalian di kalangan ahli2 nak ikut kata hati sendiri... tak mahu org itu, tak mahu org ini atas kepentingan masing2 dan sb taksub dgn kabilah masing2 jgn mimpi utk bergerak solo. Dlm parti sendiri tak bersatu ada hati nak lawan musuh keliling pinggangDescription: 😂

Dlm masa sama perjalanan 10 tahun restart parti PKR ini... kita berharap rakyat semakin hari semakin bijak utk menerima parti multiracial adalah parti masa depan Malaysia. Api perkauman sudah pun dirobohkan tetapi dikhianati dari dalam.

Lebih parah org yg mengkhianati itu masih meninggalkan 'saka' yg sukar dipisahkan dgn beberapa pimpinan dlm PH. Sb itulah PH semakin menguncup. Saya yakin dlm 10 tahun dari skg anak2 muda menolak api kebencian perkauman.

Jika api perkauman sudah bukan menjadi liabiliti atau tungangan UMNO... tiada lagi modal mereka utk berniaga. Sebab DAP tidak seteruk mana pun... cuma mereka tidak bijak utk mengatasinya.

Saya hanya fokus utk DS Anwar jadi PM... saya berdoa dgn Allah berikan beliau sekali peluang sahaja utk buktikan yg negara ini mampu diselamatkan. Beliau berjaya jadi PM saya stop dlm politik.

 

NORMAN RADZUAN



DAH MULAH FATWA SESATKAN UMNO...LAIN KALI SESATKAN WALAUN NI SEMUA....


MAT MAT

 Dah start dahhhh..tuu laa gua cakap caiii..sebelum depa ngapirkan korang, korang nyesatkan depa duluuu..kang nyesal kangggg..kah3

🤣🤣🤣..

Guru sandaran akhirnya terima tunggakan gaji selama dua tahun setelah 24 tahun menanti

 

Guru sandaran akhirnya terima tunggakan gaji selama dua tahun setelah 24 tahun menanti


PENANTIAN seorang guru sandaran selama 24 tahun untuk menerima bayaran gaji yang tertunggak selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil.

Munir Alamsyah, 53, sebelum ini pernah mencetuskan kekecohan apabila dia sanggup membakar dua bahagian di Sekolah Cikelet Garut kerana berang gajinya masih belum diterima biarpun sudah lebih dua dekad berhenti mengajar.

Sepanjang 24 tahun lalu, rutin Munir adalah ke sekolah tersebut untuk bertanya mengenai gajinya sewaktu menjadi guru matapelajaran fizik pada tahun 1996 hingga 1998.

“Kami akan menyelesaikan bayaran gaji Munir yang tertunggak sebanyak enam juta rupiah (RM1,747) sepanjang dua tahun dia menjadi guru sandaran di sekolah tersebut.

“Semoga bayaran gaji ini dapat mengubati kekecewaan yang ditanggungnya selama 24 tahun ini,” ujar Ketua Jabatan Pendidikan Garut, Ade Manadin.

Jelas Ade, apa yang berlaku kepada Munir merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Wanita ini kongsi cara didik anak lelaki yang betul, jangan beri 2 benda ini selagi belum 17 tahun

 Wanita ini kongsi cara didik anak lelaki yang betul, jangan beri 2 benda ini selagi belum 17 tahun


Anak lelaki itu tunjang keluarga. Andai betul cara didikannya, mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat. Jadi, mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburkan dalam jiwa mereka.

Benar, bukan mudah sebenarnya mahu membentuk mereka. Lagi-lagi ketika ini persekitaran dikelilingi dengan gajet, rakan persekolahan dan sebagainya. Namun, selagi mereka masih anak kita yang belum matang pemikirannya. Anda berhak untuk melakukan 5 tip yang dikongsikan oleh Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama

Cabaran Mendidik Anak Lelaki

Beberapa hari ini perbualan kami hanya berkisar tentang pelajar tahfiz Ittifaqiyyah sahaja sama seperti anda juga.Wafi dan adik-adik pun turut sedih. Bila tahu tentang berita terbaru, lagi sedih.Semua turut bersedih. Marah. Kecewa.

Tak perlu maki mak ayah mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Biar undang-undang yang mengadili.Kita perkasakan akhlaq kita dan anak kita. Tugas kita makin berat. Amanah kita maha hebat.Antara yang saya selalu pasak pada anak-anak: (ini apa yang kami praktik. Lain sekolah lain ajarannya. Saya hanya berkongsi sahaja)

1. Solat, solat, solat!

2. Hati-hati pilih kawan. Sebelum anak pilih kawan baik, jadikan anak-anak kita tu kawan baik kita dahulu.

3. Jangan sekali-kali mencuba hisap ROKOK! Kalau dah start hisap rokok masa sekolah, mana nak cari duit? Nak kerja? Nak mencu ri? Inilah ‘bunga-bunga’ laknat yang ‘membu nuh’ anak-anak kita. Saya selalu sebut pada anak-anak, Abi tak hisap rokok jadi jangan hisap rokok. Please! Ummi serious!

4. Selagi belum habis sekolah iaitu umur 17 tahun, usah sekali-kali berani minta motor atau lesen motor dari Ummi dan Abi. Ramai anak yang dah ‘kawan baik’ dengan motor. Duit minyak minta siapa? Nak betulkan motor rosak cari duit dari mana? Ini juga ‘bunga’ laknat yang tak bawa faedah langsung pada anak-anak. Malu ke nak naik bas pergi sekolah? Jalan kaki? Naik basikal? Sorry to say kita terlalu manjakan anak dengan beri mereka motor bukan pada masanya.

5. Tiada lagi keperluan untuk memiliki telefon sendiri buat masa ini. Kesian kat anak sebab nak call kita susah? Untuk apa call? Masa bila nak call? Sepenting mana nak call? Sekali lagi, BELUM TIBA MASANYA. Once mereka dah terpengaruh dengan We Chat ke, segala macam aplikasi, susah nak undur.

Saya lihat 2 benda ini yang amat beri pengaruh besar kepada anak lelaki – MOTOR dan ROKOK.

panduan didik akhlak anak lelaki Selagi Belum 17 Tahun

Anak-anak 0 -17 tahun sepatutnya lebih banyak masa bersama keluarga daripada masa bersama motor, rokok dan kawan.Bagi kami, biarlah kita marah sekarang saat berulang kali suruh anak solat tanpa jemu, biarlah berbuih mulut minta anak pandai pilih kawan, biarlah penat menjadi kawan kepada anak walau kita penat bekerja di siangnya,

Biarlah kita menangis dalam hati saat anak meronta mahu dibelikan motor tika masih belum layak memilikinya, biarlah anak kuno sekarang saat diminta-minta beli handphone. Tapi jangan sekali-kali kita rasa penat dalam mendidik mereka.Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu kami lalui. Maafkan Ummi dan Abi sebab banyak larangan kami.

Berkali juga sebut pada anak-anak, berikanlah Ummi dan Abi peluang sekurangnya 17 tahun untuk kami ‘pegang’ kamu. Selepas itu kami yakin kamu matang untuk memilih.Jika terjumpa anak-anak kami berbuat onar di luar, meletak adab di tapak kaki, segera beritahu kami.

Kepada guru-guru kepada anak-anak kami, didiklah anak-anak kami bukan hanya cemerlang akademiknya tapi juga akhlaqnya.Al-Fatihah buat kesekian kalinya untuk anakanda pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah. Kalian sudah berbahagia di sana. Kami di sini masih berduka.