Sambung Cerita Pagi
DAPAT 10 LOT MINTA LAGI 500 LOT
Sahabat saya itu Kamal Amir kata dia sudah pun mendapat 10 lot saham Petronas Dagangan tetapi mahu lebih banyak dengan harapan untung lebih besar. Bukan orang Umno kalau tidak tamak. Hehe... maaf Mal.
Untuk tujuan itu dia berjumpa dengn Salomo Selamat yang merupakan salah seorang pegawai kanan Anwar Ibrahim di kementerian kewangan. Kata Kamal Amir, dia ajukan permohonan itu kepada Salomoh tetapi Solomo tidak ada kuasa sebaliknya suruh Kamal Amir berjumpa dan minta sendiri dengan Anwar. Solomo kira mungkin Anwar akan layan mengenangkan hubungan baik Kamal Amir dengan bossnya itu.
Menurut Kamal Amir, Salomo mencadangkan supaya dia ke rumah Anwar. Senang untuk berbicara jauh daripada mata telinga memandang dan mendengar. Eksklusif.
Keesokannya Kamal Amir pagi-pagi lagi ke rumah Anwar di Jalan Setiabudi Damansara. Selepas dibenarkan masuk, Kamal masuk ke dalam rumah. Ketika itu Anwar bersiap untuk ke pejabat dan baru turun dari tingkat atas sambil menjinjit kot di bahu.
Begitu melihat Kamal Amir, Anwar terus mengajak menaiki kereta bersamanya, bincang dalam kereta. Itu stail Anwar kata Kamal Amir. Sambil membimbit kasut masuk ke dalam kereta dan duduk di belakang. Menjadi kebiasaan Anwar dia akan memakai kasut dalam kereta, kerana cara itu menjimatkan masa. Anwar seorang yang tidak suka membuang masa. Perhatilah kalau dia berjalan laju pantas macam lipas.
Dalam kereta itu, berlakulah dialog.
"Ha, ada apa datang jumpa aku?' kata Anwar.
"Begini Pak Sheikh, saya nak minta saham Petronas Dagangan, saya dah ada 10 lot," kata dan akui Kamal Amir. Anwar sedang menyarung stoking di kakinya. Dengar.
"Ah baguislah tu," balas Anwar ringkas.
'Tetapi Pak Sheikh," kata Kamal lagi sambil menyambung "saya nak 500 lot, tak cukup 10 lot".
Anwar berpaling ke arah Kamal terus melibaskan stoking ke arahnya. Anwar marah dan geram dengan permintaan itu sambil berkata; "Kau tahu tak aku berperang dalam kabinet dengan Rafidah nak saham ini untuk beri kepada rakyat. Aku tak mahu sebahagian orang sahaja mengecapi kekayaan Petronas, tetapi biarlah rakyat mengecapnya sikit seorang,"
Kamal Amir terperagah mendengar khutbah Anwar itu. Anwar katanya benar-benar marah, kerana apa yang beliau mahukan semua orang merasai kekayaan Petronas dengan memiliki saham itu. Bukan orang tertentu sahaja.
Kamal Amir kata dia sungguh tidak sangka kalau Anwar yang dianggap sebagai kawan sama dalam Umno tetapi tidak bersedia untuk melayaninya untuk mendapat saham Petronas.
Nah, kata Kamal sikap dan prinsip Anwar ini orang tidak tahu. Betapa Anwar seorang yang cukup menjaga hal ehwal rakyat secara adil dan saksama. Seorang pemimpin yang suci hati kepada rakyat. Dengan kejadian menimpa dirinya inilah Kamal Amir menyimpulkan Anwar seorang berprinsip dan tidak sama sekali akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menjarah kekayaan negara. "Dia (Anwar) akan perang sesiapa sahaja yang mengkhianati amanah bangsa dan negara", kata Kamal Amir.
Menurut Kamal Amir dia tidak terkilan dengan sikap Anwar itu, biarlahlah tidak dapat 500 lot saham Petronas Dagangan tetapi dia berbangga dengan sikap kepimpinan yang ada kepada Anwar yang prihati dalam membela rakyat. Dan dengan wibawa, karismatik dan rekod yang dicatatnya, Kamal Amir menyebut dan berdoa biarlah Malaysia diberi peluang untuk merasai kepimpinan Anwar sebagai PM suatu hari. Trims.
MSO