PKR bertanding bersendirian...emosi atau realistik?
PKR MAMPU TAPI DGN SYARAT
Terlalu byk komen rakan2 di wall akhir2 ini tercetus kembali utk
mengajak PKR bertanding sendirian atau dlm maksud lain tanpa DAP dan Amanah.
Adakah ia emosi atau realistik?... mari kita bicarakan.
Saya memahami perasaan ahli dan penyokong PKR yg kembali berang
dgn sikap Presiden Amanah yg dilihat sentiasa bersama DAP dlm pelbagai isu.
Terbaru keduanya kembali menggunakan logo Harapan dan semalam kedua pemimpin
itu membuat kenyataan bersama tentang isu rasuah tanpa Pengerusi PH, DS Anwar
Ibrahim.
Mengapakah ia berlaku? Betulkah ada cubaan utk mengambil alih PH
dgn gabungan baru iaitu DAP, Amanah, Warisan, Muda dan Pejuang? Itu mungkin
andaian dan mungkin juga sebaliknya.
Baiklah bila ramai yg bicara soal PKR jalan solo saya melihat ia
lebih kpd emosi. Ini kerana adalah mustahil utk PKR mampu menjadi kerajaan
tanpa parti komponen yg lain. Siapa yg nak kuasai pengundi Cina yg mempunyai
lebih 45 kerusi.
Apa akan jadi jika PKR bertanding solo? Yg pasti selain tidak
boleh menjadi kerajaan, parti Amanah akn tenggelam. Amanah tidak akn mampu
menanggung liabiliti DAP utk menarik pengundi Melayu.
Perlu ingat Amanah bergantung kpd urban voters yg dikuasai PKR.
Sdgkan kebanyakkan kerusi Amanah bertanding di kawasan urban atau majoriti
bandar atau pinggir bandar.
Yg pastinya DAP tidak tergugat. Jika terkesan sekalipun mereka
hanya akn kehilangan 20% dari kerusi MP yg mereka ada ketika ini.
Jika benarlah PKR mahu berjalan solo terlalu byk perlu
dilakukan. PKR perlu reset atau restart dan perjalanannya tentulah mengambil tempoh
yg lama... mungkin 10-15 tahun dari skg.
Apakah langkah pertama...organisasi PKR perlu reset semula di
mana di Semenanjung PKR perlu lantikan Pengerusi dari kalangan bangsa Cina dan
India yg mana mereka mempunyai struktur organisasi dgn jawatankuasa mereka
sendiri. Di mana Pengerusi kedua bangsa ini fokus kpd kaum masing2 di bawah
payung PKR.
Di Sarawak dan Sabah juga Pengerusi Negeri hendaklah bertaraf
Presiden di mana mereka mempunyai kuasa autonomi mereka sendiri utk dilihat
sebagai parti negeri. Selain itu PKR mesti bekerjasama dgn parti2 local seperti
PSB di Sarawak dan UPKO di Sabah.
Yg paling penting ahli2 PKR mesti berkelakuan seperti ahli UMNO.
Dlm UMNO ada pelbagai kabilah tetapi bila berperang dlm pilihanraya mereka
bekerja dlm satu pasukan.
Maksud saya dlm PKR ini ramai hulubalang2 yg hebat. Mereka
mempunyai Laksama Perang (DS Anwar) yg hebat dikenali di seluruh dunia tapi
sayang hulubalang tidak sehati sejiwa.
Contoh, sewajarnya PKR menggunakan segala nama2 hebat di dlm
parti utk bekerjasama menggempur dlm pihak lawan. Tolak perbezaan kabilah kita
satukan nama2 hebat dgn satu iltizam utk lawan korup salah guna kuasa.
Kumpulkan nama2 seperti YB Saifuddin Nasution, YB Fahmi Fadhil,
Rafizi Ramli, Farhash, YB Nurul Izzah, YB Dr Maszlee, Siti Aishah, Ezam Mohd
Nor, Adam Adli, YB Nik Nazmi, Syed Badlishah, YB Fuziah Saleh, Dr Zaliha
Mustapha, YB Syamsul Iskandar, YB Hassan Karim, Iswardy Morni dan ramai tokoh2
agama yg hebat Bippa itu bekerja dlm satu team dgn peranan mengikut kelebihan
masing2.
Bila saya sebut nama2 di atas tentu ada yg tersenyum, ketawa,
tak puas hati, tak masuk akal dan pelbagai alasan lagi kenapa 'petik' nama2
tersebut. Tapi bagi saya nama itu mempunyai pengaruh tersendiri di kalangan
ahli dan masyarakat.
Saya sepanjang 20 hari di KL saban malam dikunjungi rakan2 dari
pelbagai kabilah berborak di lobby hotel hingga jam 4 pagi. Saya sudah bosan
pengikut kabilah ini burukkan kabilah sana, yg sana burukkan yg sini. Macamana
parti nak jalan solo kalau nak ikut kepala sendiri atau kepentingan peribadi
utk laba politik.
Bagi saya masing2 ada kelebihan mereka. Mereka ada kepakaran
seperti bijak berpidato, ada yg agresif ke lapangan, ada yg berpengaruh di
kalangan anak2 muda, ada yg bijak menyusun tektikal, ada yg petah bicara secara
live, ada yg bijak bicara agamanya, ada yg mempunyai financial yg baik dan
pelbagai lagi kelebihan.
Jika dpt disatukan utk PRU bekerja dgn kelebihan masing2... saya
percaya reset dan restart PKR dlm tempoh 10 tahun akn menjadi kenyataan utk
bergerak solo. Ini bermakna kita berjaya menyatukan kesemua penyokong2 PKR utk
fokus melawan BN, PN dan mantan.
Yg terakhir bila mereka semua ini boleh disatukan utk bekerja
'khas' utk PRU... PKR mesti ada medianya tersendiri. Apa guna team yg kuat jika
tiada media utk disampaikan maklumat kpd rakyat. Bukan kita tiada media tapi
media yg ada tidak organize secara media. Carca marba kita lihat.
Maka hampir lengkaplah strategi ampuh yg kalian minta sangat
parti ini bergerak solo jika fakta2 yg disebutkan dpt direalisasikan.
Tapi jika kalian di kalangan ahli2 nak ikut kata hati sendiri...
tak mahu org itu, tak mahu org ini atas kepentingan masing2 dan sb taksub dgn
kabilah masing2 jgn mimpi utk bergerak solo. Dlm parti sendiri tak bersatu ada
hati nak lawan musuh keliling pinggang
Dlm masa sama perjalanan 10 tahun restart parti PKR ini... kita
berharap rakyat semakin hari semakin bijak utk menerima parti multiracial
adalah parti masa depan Malaysia. Api perkauman sudah pun dirobohkan tetapi
dikhianati dari dalam.
Lebih parah org yg mengkhianati itu masih meninggalkan 'saka' yg
sukar dipisahkan dgn beberapa pimpinan dlm PH. Sb itulah PH semakin menguncup.
Saya yakin dlm 10 tahun dari skg anak2 muda menolak api kebencian perkauman.
Jika api perkauman sudah bukan menjadi liabiliti atau tungangan
UMNO... tiada lagi modal mereka utk berniaga. Sebab DAP tidak seteruk mana
pun... cuma mereka tidak bijak utk mengatasinya.
Saya hanya fokus utk DS Anwar jadi PM... saya berdoa dgn Allah
berikan beliau sekali peluang sahaja utk buktikan yg negara ini mampu
diselamatkan. Beliau berjaya jadi PM saya stop dlm politik.