NASAEI ISMAIL
Parti Gerakan salah satu kompenen BN dahulunya, telah hilang
dari arus perdana sejak kalah pilihanraya tahun 2008. Kemudian kalah lagi
kesemua kerusi parlimen dan dun dalam PRU-2013 dan PRU-2018. Gerakan adalah
parti yang dipenuhi 99 peratus kaum Cina.
Walaupun kalah, tetapi suaranya tetap agresif. Di antaranya
Parti Gerakan menentang perlaksanaan hudud di Kelantan. Bukan sekadar
menentang, malah membawa kes ke mahkamah dengan menyaman kerajaan Kelantan
kerana hendak melaksanakan hudud.
Seterusnya dalam kes Chin Peng, Parti Gerakan mendesak kerajaan
membenarkan bekas Ketua Parti Komunis Malaya itu untuk pulang ke Malaysia.
Bukan sekadar abunya selepas kematian, tetapi jasadnya ketika Chin Peng masih
hidup didesak Parti Gerakan agar diberi kebenaran untuk kembali ke Malaysia.
Tetapi hari ini Gerakan kembali bernafas apabila menyertai
Perikatan Nasional (PN). Rakan-rakan gabungannya memberi nyawa baru selepas
hilang 3 penggal, dan paling penting, tidak ada label anti Islam atau
pro-komunis buat Parti Gerakan walaupun mereka pernah menyaman hudud dan pernah
mendesak Ketua Komunis pulang ke Malaysia. Begitulah politik negara kita.
Bersama kami, anda suci. Tidak bersama kami, anda kotor sekotor-kotornya.
* Tambahan info. Gerakan kecewa ICERD tidak diratifikasikan oleh
kerajaan PH.