Saya minat dengar lagu ”the Joker and the Queen” oleh Ed
Sheeran.
Malaysia pun ada MB joker sorang. Masa berkempen dia gelar calon
wanita BN di Sik sebagai “BETINA”. Katanya lagi betina ini tidak sesuai jadi
wakil rakyat dia Sik, kerana daerahnya di pendalaman dan mencabar.
Level apa seorang MB panggil wanita lain sebagai BETINA? Dia
takde anak perempuan, emak atau isteri? Adakah dia sanggup gelar mereka BETINA
juga? Ataupun gelaran itu hanya terpakai kepada seteru politik wanita?
PN ni orang dah mula rasa alternatif kepada BN. Tapi kalau
perangai yang ada set2 joker tak bertauliah, orang akan mula pick the lesser of
2 evils. Mungkin kembali ke BN pula. Ada yang boleh lari ke PH juga. Makanya
beringatlah. Now everything is critical.
Wanita juga besar segmennya. Jangan pandang kami sebelah mata.
Pemilih laki kurang lagi dari pemilih wanita. Kalau macam ni punya hauk
perangai, jangan harap undi diterima!
BETINA2 kami pun mampu kendong anak 9 bulan. Bersabung nyawa,
beranakkan. Kalau setakat nak redah pendalaman dan hutan belantara, ramai
wanita takde hal.
Maka, dalam memanggil wanita sebagai betina, cuba tanyakan
kepada si Joker, betulkah otaknya terletak di kepala? Mungkin tercicir di jalan
raya.
#mekmarah #manabaikkitasokong
#manasalahkitabantah
Salam hormat,
Liyana Marzuki