Sekumpulan aktivis politik hari
ini melancarkan gerakan merayu kepada pengundi di Bagan Datuk supaya tidak
menyokong calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga
Presiden UMNO.
Gerakan
tersebut dilancarkan oleh beberapa individu yang menjadi mangsa politik Zahid
dengan tema ‘Jangan Undi Zahid’ dan mendakwa negara terus tidak akan stabil
selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selagi beliau memimpin parti UMNO.
“Satu
gerakan telah dibentuk merentasi parti, kaum, agama dan ideologi bagi
memastikan pengundi pengundi P075 tidak mengundi Zahid Hamidi,” kata kenyataan
media tersebut yang dikeluarkan semasa sidang media di ibu kota hari ini.
Kumpulan
tersebut mengariskan tujuh punca utama mengapa Zahid perlu dikalahkan di Bagan
Datuk pada PRU-15, antaranya:
1. Punca masalah dan
ketidakstabilan dalam negara
2. Punca kerajaan tidak stabil sejak Julai 2020
3. Punca rakyat terpaksa mengundi semasa Covid-19 di Melaka dan Johor
4. Punca rakyat terpaksa mengundi semasa musim hujan dan kemungkinan semasa
banjir
5. Punca rakyat yang telah membuat perancangan bercuti dan umrah tidak dapat
mengundi
6. Punca kegagalan usaha Penyatuan Ummah
7. Punca UMNO tidak stabil dan berpecah belah sejak Julai 2020
Menurut
kumpulan tersebut, tidak mustahil Zahid akan dapat dikalahkan di kubu kuatnya
tersebut memandangkan pertambahan pengundi baharu pada PRU-15 kali ini, malah
deposit tetap daripada undi tentera juga didakwa sudah tidak memihak kepadanya
lagi.
“Rakyat
boleh kalahkan Zahid di tempat dia, dulu dia menang cuma majoriti 5,000 undi
dan 2,000 undi tentera sudah tidak bersama Zahid.
“Pengundi
baru, pengundi muda sekitar 10,000. Majoriti pengundi muda pasti tidak mahu
Zahid dan tidak mahu undi pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah,” kata
kenyataan itu lagi.
Menurut
kumpulan tersebut itu lagi, Zahid merupakan liabiliti kepada UMNO dan menggesa
supaya ahli-ahli parti yang tidak mahu melihat perpecahan dalaman lebih buruk
supaya menolaknya pada hari PRU-15, 19 November ini.
“Bagi
ahli-ahli UMNO yang rasa Zahid ini tak sepatutnya bertanding, yang rasa zahid
adalah liabiliti kepada UMNO dan BN, yang benci tindakan Zahid menyokong Anwar
Ibrahim jadi Perdana Menteri, benci usaha zahid wujudkan Jajaran Baru, benci
tindakan zahid memecah belahkan UMNO dan merosakkan UMNO – pujuk pengundi2 UMNO
di Bagan Datuk, jangan undi Zahid.
“Gerakan
Jangan Undi Zahid ialah gerakan rakyat. Berdasarkan data, saya yakin Rakyat
Malaysia akan menang dalam pertandingan melawan Zahid ini,” kata kumpulan itu
lagi.
Kumpulan
tersebut digerakkan oleh dua aktiviti politik terkenal iaitu, Badrul Hisham
Shaharin dan juga bekas ahli UMNO Datuk Zaharin Mohd Yasin yang dipecat Zahid
sebelum ini.