Sekarang ni tersebar di WhatsApp yang kononnya PH akan
bekerjasama dengan BN selepas PRU15. Khabarnya cerita ini dari RPK si pelarian
tu lantas disebarkan oleh GTA/Pejuang macam yang aku tulis semalam.
Cerita ini wujud kerana tiada lain cara dapat dibuat oleh mereka
bagi menghalang kemaraan DS Anwar ke Putrajaya. Sekarang semua musuh tahu impak
yang dibawa DS Anwar dan PH pasti akan gegarkan gabungan mereka.
Nak kaitkan salah laku DS Anwar, tak ada apa yang boleh
diungkitkan. Nak rendahkan kredibiliti DS Anwar, satu dunia iktiraf ketokohan
beliau. Nak kata DS Anwar tak layak, mereka tak mampu tanding tawaran DS Anwar.
Akhirnya itu sajalah jalannya. Dan aku yakin ini dilakukan oleh
GTA atau PN. Tak mungkin BN. Kerana umum tahu sentimen 'No Anwar No DAP dalam
BN. Dan jika berita ini ditelan bulat-bulat oleh rakyat, yang untungnya nanti
adalah dua gabungan pembelot ini.
Aku syak mungkin inilah yang dibincangkan antara GTA dan PN
sebelum ini. Mereka tak bentuk kerja sama tapi mereka berpakat untuk sebarkan
cerita palsu ini bersama. Kerana tiada jalan lain untuk selamatkan parti mereka
yang bakal pupus.
Lagipun kita tak asing lagi dengan kepakaran si tua buat fitnah.
Tahun 1998 dulu lagi dia dah gunakan fitnah untuk hancurkan karier politik DS
Anwar. Tapi yang terjadi, di situlah bermulanya kehancuran legasinya.
Tapi adakah kerjasama itu akan terbentuk? Aku berani kata 95%
takkan berlaku. Kenapa?
Kerana sentimen parti masing-masing. Dalam UMNO, kebencian
terhadap DS Anwar dan DAP memang sangat mendalam. Walaupun kadangkala mereka
pun tak tahu kenapa mereka perlu benci keduanya ini.
Manakala dalam PH sendiri, sentimen kebencian terhadap UMNO juga
sangat tinggi. DAP dah pasti takkan terima langsung. Jika ini berlaku, maka ia
akan jadi sebuah pengakhiran tragis buat DAP.
Bahkan Rafizi yang kini orang nombor 2 Keadilan pun takkan
sanggup biarkan ianya berlaku. Begitu juga para penyokong. Ia mungkin akan
jadikan parti itu berpecah lagi. Tak mungkin pimpinan Keadilan sanggup pisang
berbuah dua kali.
Tapi aku tak kata 100% takkan berlaku. Kenapa ada 5% tu?
Sebab akhirnya akan bergantung kepada keputusan PRU15 juga. Jika
selepas PRU, tiada pihak yang dapat bentuk kerajaan dengan majoriti mudah, maka
kerjasama itu bukan lagi opsyen tapi satu keperluan.
Namun jika itu yang terjadi, aku yakin PH akan letak syarat
untuk ketepikan pemimpin korup seperti yang terjadi sebelum ini. Mungkin akan
dapatkan sokongan dari kalangan individu, bukan parti secara keseluruhan.
Itupun aku rasa pemimpin BN (Top 5) pun tak akan setuju.
Kemungkinan besar mereka akan bentuk kerjasama dengan PN atau GTA dari
korbankan diri untuk menyokong PH yang begitu teruja untuk menghukum pemimpin
korup. Itu lebih mudah dan selamat untuk mereka.
Jadi rakyat kena beri PH kemenangan mutlak agar tiada sebarang
kerjasama perlu dibuat dengan mana-mana pihak dan kerja menghukum perasuah dan
penyeleweng ini mudah diselesaikan.
Jangan remehkan fitnah ini. Cerita palsu pun kalau diulang
berkali-kali, orang akan jadi percaya. Lebih lagi pengundi atas pagar dan
pengundi pertama kali. Penjelasan perlu diberikan seluas-luasnya agar rakyat
tidak terkeliru. Guane boh?