KEADILAN mengumumkan mantan pegawai kanan Dewan Bahawa dan Pustaka
(DBP) Hasni Abas sebagai calon bagi kerusi parlimen Sembrong, Johor.
Menurut Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli, Hasni
dianggap calon terbaik untuk kerusi berkenaan kerana pengalaman beliau sebagai
pejuang bahasa Melayu yang memiliki sedikit kelebihan di kawasan luar bandar.
"Dari 75 kerusi seluruh Semenanjung ada 3 kerusi yang tak
diumumkan di mana berlaku pertindihan rundingan kerusi. Kerusi itu kerusi
KEADILAN tetapi ada parti memohon. 3 kerusi tersebut adalah Sembrong, Sungai
Siput dan Tapah.
"Kita memberi ruang dan menghormati rakan rakan. Sembrong ada
permintaan DAP, Sungai Siput ada perintaan dari PSM dan Tapah ada permintaan
dari MUDA.
"Kerusi ini memang telah diperuntukkan kepada KEADILAN dalam
perundingan top 4 + 4. Jadi keputusan akhir kerusi termasuklah kerjasama
politik dengan MUDA dan PSM, diputuskan oleh 4 presiden parti dan 4 ketua
perunding.
"Datuk Seri Anwar telah mengumumkan Naib Presiden KEADILAN
Saraswathy Kandasamy bertanding kerusi Tapah. Manakala S Kesavan penyandang
dari KEADILAN mempertahankan kerusi Sungai Siput.
"Hari ini saya pegang amanah umumkan calon terakhir KEADILAN
di Semenanjung, Hasni Abas. Hasni adalah Ketua Cabang Parit Sulong,"
katanya dalam sidnag media di Ibu Pejabat KEAIDLAN di Petaling Jaya, pagi tadi.
Menurut Rafizi, Sembrong biar pun ditandingi oleh nama besar
daripada Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein sejak beberapa penggal namun
katanya, KEADILAN secara konsisten telah mengurangkan majoriti BN pada setiap
kali pilihan raya.
"Saudara Hasni akan mencabar dan kalau ada rezeki menewaskan
Hishamuddin di parlimen Sembrong. Meski pun itu tugas yang berat dan
Hishamuddin adalah satu nama besar, saya rasa ramai tidak tahu Sembrong
merupakan kerusi marginal.
"Rekod KEADILAN di Sembrong menggalakkan. Dari PRU ke PRU
KEADILAN telah mengurangkan majoriti Hishamuddin dari 20,000 ke 10,000, dan PRU
lepas majoriti Hishamuddin hanya 6,000 sahaja.
"Kita ambil kira faktor Sembrong mempunyai undi Felda yang
tinggi. Dia sama seperti kerusi Sekijang, Segamat dan Tanjong Malim yang ada
pengundi Felda tinggi maka kita beri kepada Hasmi dengan latar belakang pejuang
bangsa Melayu," katanya.
Dengan itu, katanya, KEADILAN akan bertanding 101 kerusi di
seluruh Malaysia dengan 10 calon di Sabah dan 16 di Sarawak
Menjadikan KEADILAN parti terbesar dalam PH yang diberi mandat
bertanding untuk membawa perubahan pada 19 November ini