SELEPAS MENGGEGARKAN TAMBUN ,KEMUDIAN TAWAN PERAK DAN TAWAN NEGARA- ITU AKAN MENGGEGARKAN DAN MENGHAPUSKAN RASUAH SERTA PENGKHIANAT.

 

Anwar nak gegar Perak? Kata nak gegar negara tak gegar juga, kata Hamzah




Hamzah Zainudin berkata, PN tidak gentar dengan kehadiran Ketua
 Pembangkang Anwar Ibrahim yang diletakkan bertanding di Parlimen
 Tambun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengumuman Pakatan Harapan (PH) yang akan meletakkan pengerusinya Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Tambun sekaligus dinamakan sebagai perdana menteri pakatan itu tidak akan menggegarkan Perikatan Nasional (PN) Perak.

Setiausaha Agung PN hamzah Zainudin berkata, sebelum ini sudah beberapa kali ketua pembangkang itu menyatakan hasrat mahu menggegarkan negara tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku sehingga kini.

“Siapa kata Anwar akan menggegarkan PN di Perak? Anwar sudah lama mengaku dia nak gegarkan negara tapi tak gegar-gegar juga,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Program Perhimpunan PN di Dewan Terbuka Taman Seri Permai, dekat Larut hari ini.

Sementara itu Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu berkata, PN yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi di negara ini khususnya di Perak pada pilihan raya ke-15 (PRU15).

“Melihat kepada gelombang rakyat yang mahukan pemimpin yang lebih bersih serta berintegriti dan mampu menjaga kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara, sudah tentu Perikatan Nasional menjadi pilihan utama mereka.

“Kita amat yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi di negeri ini khususnya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sebelah utara.

“Malah, kita yakin untuk menang 4-0 di Larut pada PRU15 nanti,” katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Larut.