KABINET PERANG
1. Dulu masa Perang Dunia Kedua, England
punya Kabinet Perang. Perdana Menterinya, Winston Churchill lantik Menteri
Kabinet dari kedua2 blok. Blok Kerajaan dan Pembangkang.
2. Tujuannnya ada 2, masa perang, mereka
perlukan “the best brains” yang ada. Jadi amat perlu lantik Menteri berkaliber,
walaupun datang dari parti lawan.
3. Tujuan kedua pula, Churchill nak kan
stabiliti politik. Kalau dia dah letak parti lawan dalam Kabinet, sama2 chip in
untuk negara, parti lawan nak hentam banyak pun tak boleh. Orang depa dalam tu.
Nak kata apa.
4. Sama juga dengan Indonesia. Presidennya
punya otak yang sama. Masa menang pilihanraya Presiden baru-baru ini, Jokowi
lantik lawannya jadi Menteri Pertahanan. Ramai terkejut.
5. Kena ingat Menteri Pertahanan tu mengawal
bala tentera Indonesia. Punya powerful. Bila-bila boleh rampas kuasa, tapi
selamba Jokowi beri portfolio itu pada lawannya.
6. Bukan itu saja, Jokowi lantik juga geng
parti lawan lain dalam Kabinetnya. Makanya, politik Indonesia sekarang stabil sekali.
Mereka fokus bangunkan negara sama2. Kurang sangat in fighting dalam negara.
Orang2 Indonesia sekarang pun tenang-tenang saja.
7. Punya baiknya pemerintahan Jokowi ini,
banyak rakyat dah suruh Kerajaan pinda Perlembagaan. Bagi membolehkan Jokowi
memerintah 3 penggal.
8. Tapi itu cerita di Indonesia. Presidennya
sudah berkuasa lama. Di Malaysia pula, satu penggal sampai 3 Perdana
Menteri.
9. Jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Bukan
oleh parti lawan sahaja, malah oleh parti sendiri. Pastu parti ni buat
propaganda mereka hendak kan stabiliti? 🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️
10. Kerajaan yang stabil versi politikus yang
dangkal, ialah bilamana mereka punya 2/3 majoriti. Takpun, mereka perlu kerusi
paling dominan sekali. Dengan punya kuasa begitu, pada mereka, mereka boleh
buat apa saja. Pihak lawan tak boleh buat apa.
11. Kerajaan yang stabil versi Rakyat jelata,
apabila politikus ini sama2 buat kerja. Sama2 betulkan dan bangunkan negara.
Bukan bergaduh nak kuasa sahaja. Tapi bila naik tak pandai buat kerja.
Menyusahkan kita lagi ada.
12. Pada saya, at this juncture, amat bahaya
kalau kita undi Kerajaan yang dominan dengan 2/3 majoriti. Pada mereka kononnya
itulah stabiliti. Pada kita akan memudaratkan nanti.
13. Ada parti yang terpalit teruk dengan
rasuah dan salahguna kuasa. Ada juga blok yang punya isu minority control
majority. Blok lagi satu, geng2nya tak kompeten pula. Makanya kalau serahkan
mereka kuasa cukup dominan, dengan 2/3 majoriti, apa pun boleh terjadi pada
negara. Tak baik untuk rakyat juga.
14. Itu sebab saya dari awal dulu, promosikan
konsep Kabinet Perang/ Kerajaan Perpaduan. Siapa pun naik jadi Perdana Menteri,
tolonglah pertimbangkan. Lantik Menteri yang berkredibel walaupun dari parti lawan.
Elakkan patron politik dan Menteri tangkap muat.
15. Mulai tahun depan, kita perlu mula
berperang. Bukan perang angkat senjata. Tapi perang menggunakan minda. Ekonomi
dunia akan lebih menjunam. Recession makin menghampiri. Pemimpin kita kena
fokus dan sedar diri.
16. Perangnya mengadap apa yang datang dari
luar. Bukan perang sesama sendiri. Kabinet Perang lah jawapannya. Itulah
makna stabiliti. Bukan versi 2/3 majoriti, yang Parti Keramat amat
ingini.
17. Tugas kita sebagai rakyat biasa, MESTI
keluar mengundi. Deny them 2/3 majoriti. Undi calon bukan hanya undi parti.
Kita kena angkat MP berkualiti. Agar bila habis PRU15, PM punya banyak pilihan
nak lantik Menteri. Set2 berkualiti.
18. Siapa pun Perdana Menteri selepas ini,
pertimbangkanlah Kabinet Perang ini. Kena ingat tugas anda untuk menyelamatkan
negara, bukan hanya menangkan parti.
Salam hormat,
Liyana Marzuki