MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF



Nampaknya hipotesis saya yang lepas tersasar, jadi Parlimen telah bubar; alasan Presiden UMNO, yang kerajaan sekarang ini tidak stabil. Tapi nampaknya Presiden UMNO yang beria-beria nak bubar dari Perdana Menteri untuk bubar Parlimen. Sebab parlimen bubar sekarang, kalau BN menang PRU15 nanti calon perdana Menteri sudah tentulah Zahid dan bukan Ismail lagi. Dan kini rekod Perdana Menteri paling singkat sudah jatuh ke tangan Ismail Sabri.

Padanlah minggu lepas, bila mereka bentang budget paling terbesar dalam sejarah, mereka tak mahu bahas dan debat di parlimen, sebab mereka sendiri tak tahu nak fund mana RM372.3 billion tersebut. Bila mereka menang nanti, yang pasti mereka akan laksanakan semula GST, potong subsidi2 dan buang harga siling minyak.

PRU15 ini adalah satu PRU yang di paksakan atas rakyat. Yang dia kata tak stablil itu sebab mereka sendiri yang khianat dan tebuk atap kerajaan yang sah dan di pilih oleh rakyat. Saya tetap berpegang pada ayat "wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin".

Yang pasti rakyat yang cerdik boleh melihat hasil pemerintahan kerajaan yang di undi 22 bulan; kalau rakyat tak undi PH kita tak akan dapat bawa pulang berbilion duit 1MDB yang dicuri oleh penyamun, pemulihan semula tabung haji, memberi royalti pada negeri yang di zalimi oleh BN, hapuskan GST, kawal harga minyak dengan sistem apungan harga siling (harga RON95 sepatutnya dalam RM4 ringgit 1 liter tanpa sistem apungan), turunkan harga tol sebanyak 18%, larangan merokok di restoran, kwsp suri rumah, kawal harga barang, kurangkan cabutan bertuah judi, bentang akta guaman syarie setaraf dengan guaman sivil, mahkamah khas hadhanah untuk jaga kebajikan anak-anak untuk pasangan yang bercerai, mengecilkan saiz kabinet, tokoh profesional ketuai GLC, indeks persepsi rasuah menurun, kawal inflasi, mengheret perasuah ke penjara, dan turunkan harga internet.

Pencapaian 17 bulan kerajaan PN pula adalah yang bertentang dengan PH. Buat darurat dan tutup parlimen kerana tak cukup undi, takut jawap soalan wartawan, kabinet paling terbesar dalam sejarah dengan duta-duta yang tak guna, double standard dalam hukuman SOP antara menteri dan rakyat biasa, indeks rasuah yang kembali merudum, RUU355 yang masih lagi kena tipu, aurat peramugari tak settle, judi cabutan khas naik semula 22 kali, konsert yang kononya buat musuh Islam cemburu.

Pencapaian BN tak payah cerita la, yang baki 33 billion hutang 1MDB hasil dari kejayaan BN. Masa mereka kuat mereka pecat peguam negara waktu itu dan lantik yang sucikan Perdana Menteri dengan kata itu duit sumbangan pak arab, tapi dalam Mahkamah semua terbongkar yang pak arab itu hanyalah khayalan.

Sesiapa pun yang jadi kerajaan akan hadapi jalan yang sukar, dengan baki hutang 1.4 Trillion, bukan senang hendak mengurus negara. Tapi jangan kita lupa belanjawan kita pernah surplus waktu zaman Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan; tidak mustahil tapi kalau hendak kena lantik mereka yang Qawwi dan Amin jadi Perdana Menteri.

PRU ini adalah ibarat perperangan untuk memilih kerajaan yang berikutnya untuk 5 tahun yang akan datang. Betul kita tak suka PRU yang di paksakan tapi bila semboyan perang berbunyi terpaksalah kita jadi membujur lalu melintang patah. PRU14 dulu kita ingat BN tak boleh di kalahkan, tapi dengan usaha semua rakyat bangkit melawan kerajaan yang zalim, akhiranya BN boleh di kalahkan.

Jadi jika anda tanya saya, apa yang boleh di bantu untuk PRU15 nanti, pertama sekali semak tempat mengundi anda

https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih ( sekarang tengah down, uh the irony) dan daftar sebangai sukarelawn PACA ( Polling Agent/ Counting Agent). Jika anda kisah tentang masa depan anak-anak anda, sekarang inilah masanya. Insyallah kemenangan pasti datang untuk mereka yang berusaha dan sabar.

#BarangNaik

#BencanaNasional

#BencanaNegara

#undiHarapan

#PakatanHarapan