Mana Akta Perolehan Kerajaan elak penyelewengan?




Pembentangan Belanjawan 2023 semalam tidak begitu bermakna sekiranya perbelanjaan tidak diawasi dengan rapi.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad, rakyat tidak mahu lagi melihat ketirisan sebagaimana skandal skandal besar yang berlaku sebelum ini sehingga mereka hanya mendapat 'kuah' dan golongan elit mendapatkan 'isi'.


Sehubungan itu, katanya Pakatan Harapan (PH) mendesak agar segera dilaksanakan Akta Perolehan Kerajaan bagi memantau jejak kewangan Belanjawan 2023 dalam proses agihan ke bawah.


"Sementara kita sokong Menteri Kewangan untuk perlaksanaan 'Akta Tanggungjawab Fiskal' (FRA), kita juga mahukan 'Akta Perolehan Kerajaan' (GPA) dicadangkan PH dilaksanakan, demi menyelamatkan berbilion ringgit setahun yang tiris dalam perolehan Kerajaan kerana rasuah dan salah-guna kuasa," katanya di twitter.