KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA
MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 1
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
MMMS
Sebagai seorang muslim, saya suka
mencari-cari hikmah dalam setiap perkara yang terjadi supaya boleh di elak di
masa hadapan dan juga untuk di jadikan iktibar.
Ini bertepatan dengan hadith Nabi di
bawah.
“Mukmin tidak dipatuk dua kali pada lubang
yang sama.” Hadith riwayat al-Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998.
Waktu pengkhianatan ini mula-mula berlaku,
macam-macam alasan dan ayat-ayat Allah di jual untuk menghalalkan khianat
tersebut. Ada asatisizah bagi jaminan kata akan dapat rahmat sebab kerajaan
Melayu Islam; ada yang kata kurang mudharat, ada pula yang kata lepas kerajaan
ghadir naik, isu perkauman semuanya reda. Tapi yang dia tak nampak, isu
tersebut reda sebab mereka sudah mendapat laba. Jenis naif politik tapi gigih
menjual fatwa.
Padahal dalam Quran jelas menyebut yang
setiap perjanjian itu perlu di sempurnakan dan jangan khianat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… dan
sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya
perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Israa’, ayat 3.
Salah satu yang tuduhan waktu khianat itu,
ialah menuduh orang yang hendak melakukan Islah @ reform sebagai rakus. Tapi
setelah 31 bulan, yang di jamin itu sebenarnya rakus, hanya pandai berkhianat,
bila di beri kuasa satu apa pun tak tahu. Perangai sebiji macam tikus membaiki
labu.
Dalam mana-mana zaman, pasti akan ada mehnah
dan ujianya.
Tujuan Allah beri ujian seperti pengkhianatan
adalah untuk melihat siapa yang lebih bertakwa, jujur pada ilmu dan amanah.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang
terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang
diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).
Tapi kita sering tertanya, kenapa Allah
takdirkan mereka memerintah menjadi kerajaan?
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini,
selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu
lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu
memahaminya?" (Al-An'Am/6:32)
Dah Allah juga telah merakamkan permintaan
orang yang zalim di hari akhirat untuk di kembalikan semula di dunia untuk
bertaubat tetapi Allah telah menolak permintaan mereka kerana Allah tahu mereka
pasti akan kembali berbuat zalim.
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad)
kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya
mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku
zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami
ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat,
supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan
supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan
(rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah
kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah
bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan
mengalami sebarang perubahan?”. [Ibrahim/14:44]
Ini Allah sebut yang penzalim itu semuanya
adalah pendusta, jika di beri peluang kembali ke dunia, mereka masih akan
mengulangi kezaliman mereka.
"Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia,
tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya.
Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka [al-An’am/6:28]