KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU SIRI 2


KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 2

 

 

Allah tahu yang penunggang agama ini selalu berdagang ayat-ayat Allah demi sedikit habuan dunia, lalu Allah zahirkan apa yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Tanpa tertubuhnya kerajaan al-ghadr ini, kita tidak tahu orang yang berpuluh tahun berjuang bersama kita adalah pengkhianat. Kita tidak tahu orang yang mereka berpura-pura jadi king maker dan menipu pengundi sedangkan mereka sendiri sudah menyucikan kleptokrat tadi.

 

Kita juga kini tahu yang ada sarjana kedoktoran, muhaddisin juga boleh menjadi perisai pengkhianat. Kita juga tidak tahu yang "fatwa" pandai baca doa dan jadi imam solat bukan ciri-ciri pemimpin dalam Islam; dia berlaku zalim dengan jawatan dan ilmu yang Allah beri sedangkan seluruh fuqaha bersetuju yang ciri-ciri pemimpin yang baik adalah yang Qawwi dan Amin. 

 

Allah izinkan pengkhianatan pemimpin politik, mufti, sarjana dan ahli2 parlimen hanya untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang tertewas dengan ujian.

 

Allah izinkan pengkhianatan yang mereka rancang berbulan-bulan sampai mereka sanggup menjual Allah, rasul dan prinsip-prinsip yang mereka dahulu perjuangkan. 

 

Cuma mereka lupa yang IZIN ALLAH JIKA TIDAK DATANG BERSAMA REDHANYA akan JADI ISTIDRAJ. 

 

Bila sudah kena istidraj ini yang mereka lagi hanyut. Makin kuat mereka memfaraid harta awam, pecat orang yang berkelayakan demi ghanimah politik, belanjawan negara di guna sesuka hati macam duit sendiri, parlimen di tutup kerana takut hilang kuasa dan pelik yang Allah terus mudahkan urusan mereka untuk terus merompak hasil negara. 

 

Ekonomi makin teruk, inflasi mengila, harga barang naik macam tak ada siapa yang pantau, tapi pelik tak ada orang yang menjerit terancam lagi. Itu belum masuk bab kedaulatan negara dengan kapal halimunan sampai sekarang tak siap-siap.  

 

Mereka kira mereka hebat dapat menipu Allah, tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri.

 

Saya juga melihat ini sebagai hijab yang Allah sengaja angkat untuk melihatkan hipokritnya Kerajaan Melayu Isley dalam perjuangan mereka. Dahulu siapa yang berani persoalkan pasal RUU355 terus dianggap kafir, kini mereka sendiri kata itu bukan keutamaan. 

 

Kini BMF ke laut, kes arwah Adib KIV, Dong Zong tak di haramkan lagi, konsert kalau mereka buat boleh cemburu musuh islam, fesyen show mencolok mata pun tak apa, komunis langgar perairan dan Isr@el terbang di ruang udara. 

 

Juga antara hikmah bila mereka mendapat kuasa dengan cara berkhianat ialah supaya bila mereka berjumpa dengan Allah nanti, langsung tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan hudud kerana telah di beri peluang. Dahulu mereka salahkan UMNO, lepas tu salahkan DAP, kini mereka sudah ada kuasa, kawan pula dengan Gerakan yang pernah saman hudud, dan hudud masih tidak terlaksana, itu adalah salah mereka sendiri; nampaknya macam mizan kebaikan mereka sedang dikosongkan tapi mereka masih lagi tidak sedar dan bertaubat.

 

Sebab itu mereka selama ini tak pernah menang ikut jalan yang betul, Allah pinjamkan kuasa pada mereka dengan cara yang paling hina, sebab Allah hendak uji apa yang berada dalam hati manusia. 

 

Bagaimana cara hidupmu, begitu jugalah pengakhiran riwayat mu.