GUNA UNTUK DIRI SENDIRI TAK APA PULAK

 

HUSAM MUSA


Apabila rakyat bercakap soal kewajiban pemimpin dalam memberi kemudahan asas, jalan ,bekalan air yang sempurna, Dato Nik Amar kata politik cerdik ni kita bercakap soal "nak bawa gi mana" . Bukan kebendaan.

Tapi beliau sendiri apabila bercakap soal manfaat untuk diri sendiri sebagai pemimpin dari segi kebendaan, boleh pulak beliau tunggang nama nabi. Katanya nabi sendiri naik unta paling hebat, paling mahal dan paling laju bernama Qaswa.

Dato', kami tak nafikan itu hak pemimpin, ambillah seadanya. Tapi biarlah apabila rakyat luah dan bercakap soal kepentingan mereka dari segi kebendaan, kemudahan asas, para pemimpin ambil cakna dan serius. Itu sahaja.

-Admin