Presiden PAS Abdul
Hadi Awang merupakan naib presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang
didakwa oleh kerajaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrin
terbabit dengan aktiviti keganasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23
November, 2017.
KUMPULAN ilmuan
Islam yang dipimpin oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang diisytiharkan sebagai
kumpulan pengganas oleh Pihak Anti-Keganasan Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab
Bersatu dan Bahrin, lapor Arab News.
Kesatuan
Ulama Antarabangsa (IUMS), yang mana Hadi merupakan naib presidennya,
diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas bersama Majlis Islam Antarabangsa
“Massaa”.
Hadi Awang Akan Dilapor Kepada Kesatuan Ulama Sedunia.
SEREMBAN: Parti AMANAH
akan membuat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia susulan kenyataan
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa ramai di kalangan pimpinan
Pakatan Harapan (PH) tidak beriman.
Timbalan Presidennya,
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sikap ditonjolkan Abdul Hadi langsung tidak
mencerminkan dirinya sebagai seorang ulama dan disifatkan melampau.
“Kami rasa akan buat
aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang semua kenyataan dia (Abdul
Hadi) yang merendahkan orang lain, mengatakan orang lain tak beriman.
“Adakah itu akhlak
ulama? Saya pun tak faham. Jadi kita akan buat aduan tentang apa-apa yang dia
cakap, pada bila-bila masa dan mungkin boleh menghantarnya melalui email pada
malam ini,” katanya lapor Sinar Harian.
Pada masa sama,
Salahuddin berseloroh hanya Abdul Hadi yang tahu berkenaan agama Islam daripada
orang lain dan disebabkan itu beliau dengan mudah menuduh orang lain sebegitu.
“Dia ulama besar. Dia
tahu Islam lebih dari kita semua. Sepatutnya kalau tuduh itu perlu ada bukti.
“Itu akhlak dan cara
Islam sebenar. Dia pun tahu kalau nak tuduh orang perlu ada bukti,” katanya.
Menurut Salahuddin,
bukan kali pertama pemimpin PAS itu mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Terdahulu, Hadi Awang
mendakwa PH ketika menghadapi PRU14 pada 2018 juga memperlihatkan parti
gabungan pembangkang itu secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah
dan penerima rasuah.
“Paling ramai pihak yang
melompat parti bukan alasan yang berprinsip tetapi mengejar janji-janji manis
dan janji bohong (seperti rasuah juga).
“Mereka mengamalkan
politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan
pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman,” kata Hadi dalam catatan
Minda Presiden.