Macamanalah dia ni boleh jadi menteri?
Orang ramai yang bising gaji rendah tu majoritinya adalah
graduan. Lepasan ijazah, gaji tak sampai RM3k, bahkan ada yang bawah RM2k, nak
survive macamana? Sebab tu orang bising.
Dia nak suruh orang sambung belajar ambil master pula? Tak salah
tapi masalahnya pendidikan pun bukan percuma. Habis degree, hutang pengajian
dan bertepek dai dahi mereka.
Dalam masa yang sama kerajaan sibuk import tenaga asing yang
sedia terima gaji murah sebab mereka tidak hidup berkeluarga di negara ini.
Jadi mereka kacau pasaran kerja dan buatkan gaji jadi semakin rendah.
Kamu sebagai menteri pendidikan sepatutnya cari jalan supaya
pendidikan tak membebankan rakyat. Tak bebankan ibu bapa nak menanggung anak
yang sambung belajar.
Fikirkan apa cara supaya graduan yang baru tamat pengajian tidak
terbeban dengan hutang. Ini tidak. Belanja sekolah rendah pun dah mahal. Yuran
PIBG pun masih ada. Kemudian ada saja bahan kena bawa ke sekolah. Itu sekolah
rendah. Apa lagi jika di universiti dan kolej?
Kerajaan juga kena fikirkan bagaimana nak tarik lebih ramai
pelabur masuk. Supaya peluang kerja bertambah. Serta kurangkan tenaga import.
Barulah ada jalan untuk gaji naik.
Atau paling tidak usahakan supaya harga barangan jadi murah.
Supaya rakyat walau dengan gaji yang kecil pun boleh survive. Itu baru
bertanggungjawab. Bukan beri jawapan sampah macam ni. Guane boh?