MASRI RAMLI
Esok hari Asyura, 10
Muharram.
.
Saya ternampak satu
poster menyatakan bahawa Habib Umar menggalakkan orang ramai membaca surah
al-Ikhlas sebanyak 1000x pada hari Asyura dan fadhilatnya ialah Allah akan
melihat kepadanya, dan dia tak akan diazab. Dikatakan ia adalah riwayat Ali.
.
Selepas melakukan
beberapa carian, saya menemui maklumat yang sama daripada page FB ini dan
poster ini.
https://www.facebook.com/tarimnews/posts/3230158287060202
.
Daripada sini saya
mendapati ia disebarkan dalam media sosial Habib Umar seperti telegram beliau, FB,
dan Instagram beliau.
.
Setakat carian saya,
amalan dan fadhilat ini, saya tak jumpa dalam sumber ahli sunnah yang muktabar.
Sebaliknya saya jumpa dalam sumber-sumber Syiah seperti berikut:
.
فيما نذكره من فضل
قراءة (قل هو الله أحد) في يوم عاشوراء روي عن الصادق عليه السلام أنه قال: من قرأ
يوم عاشوراء الف مرة سورة الاخلاص، نظر الرحمان إليه، ومن نظر الرحمان إليه لم
يعذبه ابدا (4).
Berkaitan apa yang
kami sebutkan tentang kelebihan membaca surah al-Ikhlas pada hari 'Asyura.
Diriwayatkan daripada Al-Saadiq 'alaihissalam bahawa beliau berkata: Sesiapa
membaca pada hari 'Asyura 1000x surah al-Ikhlas, Al-Rahman akan melihat
kepadanya, sesiapa yang Al-Rahman melihat kepada, dia tidak akan diazab
selamanya. [Al-Sayyid Ibn Thawus, Iqbal al-A'mal, 3:80, rujuk: http://shiaonlinelibrary.com/الكتب/1364_إقبال-الأعمال-السيد-ابن-طاووس-ج-٣/الصفحة_77]
.
.
Siapakah Al-Sayyid Ibn
Thawus ini?
Beliau adalah Ali bin
Musa bin Ja'far bin Thawus, seorang ulama Syiah. Rujuk:
https://en.wikipedia.org/wiki/Sayyed_Ibn_Tawus dan https://ar.wikishia.net/view/علي_بن_موسى_بن_جعفر_بن_طاووس
.
Ibnu al-Qayyim
menyebutkan dalam Al-Manar Al-Munif:
لا يصح منها شيء، ولا
حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء غير أحاديث صيامه، وما
عداها فباطل
Tidak sahih apa-apa
riwayatpun, tidak sahih daripada Nabi s.a.w apa-apa amalan pun melainkan hadis
puasa ('Asyura). Apa yang selainnya adalah bathil.
.