DILAPORKAN telah berlaku pencurian balak dalam Hutan Simpan
Kekal (HSK) Nenggeri dalam negeri Thoif, Kelantan Darul Naim. Balak-balak itu
yang sudah siap dipotong di susun di matau, belum sempat dibawa keluar.
Katanya balak bernilai 5,000 tan dengan anggaran RM5 juta itu
sudah disita oleh Skud Khas Jabatan Perhutan Semenanjung Malaysia hari ini.
Penyitaan ini sudah tentu ada unsur haram disebalik penebangannya.
Pendedahan mengenai kewujudan balak yang sudah dipotong dan
disusun itu dibuat semalam oleh pengerusi SaveKelantan Husam Musa dalam media
sosialnya.
Kes balak ini suatu lagi kelemahan dan penyelewengan berlaku di
negeri Kelantan. Balak yang dicuri itu dikatakan dalam kompartmen 26 yang
berkedudukan disebelah enam kompartmen yang diberikan konsensi kepada syarikat
bernama Daulah Najah.
Apakah pencurian itu dilakukan oleh syarikat yang mendapat
konsensisi itu? Atau pun pihak lain yang dibenarkan untuk mencuri? Apa yang
orang ingin tahu sekarang ini siapakah empunya syarikat Daulah Najah itu?
Khabarnya dalam syarikat berkenaan terdapat dua orang anggota Exco kerajaan
Kelantan yang menjadi ahli Lembaga Pengarahnya.
Kalau benar, siapakah dua Exco berkenaan? Mungkin esok atau lusa
akan terdedahlah kedua nama Exco berkenaan. Carian dokumen berhubung butiran
syarikat Daulah Najah itu sedang dikendap (diusahakan) di tong-tong sampah di
sekitar Kota Bharu. Katanya sudah berlaku pembuangan, nyah hapus dokumen
kerajaan negeri akhir-akhir ini. Ada dokumen penting dijumpai dalam tong
sampah.
Carian dengan SSM juga sedang giat dilakukan. Cuma apa
diperlukan kita nama dan butiran peribadi Exco berkenaan sahaja lagi. Kita nak
tengok muka mereka macam mana.
Ia bukan apa, cuma kita ingin tahu siapakah Exco yang diberi
tanggungjawab dalam syarikat berkenaan. Pasti kerajaan ada kepentingan dengan
Daulah Najah itu. Dan kalau bahana kecurian atau pencerobohan hutan simpan itu
ada kena mengena dengan syarikat Daulah Najah itu, huduh benarlah perangai Exco
berkenaan. Trims.