Bukti Pedang Pemberian Tokku Paloh Kepada Datuk Bahaman Dari Catatan Hug...



Terdapat catatan daripada Sir Hugh Clifford mengenai pemberian Tokku Paloh kepada para pahlawan Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau ketika mereka berundur ke Negeri Terengganu dan berlindung di sana.




FADZIL HJ AZIZ

TAHUKAH ANDA | Operasi Memburu Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896.

Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka.

Misi bermula dari Pahang merentasi Terengganu, Kelantan hingga ke sempadan Patani.

Berdasarkan catatan penjajah dan Hugh Clifford sendiri, operasi dibantu oleh:-

1. Dua pegawai Melayu iaitu

- Syed Husin

- Syed Seman

2. R.W.Duff – Superintendent Polis Pahang

- 40 Anggota Dayak dan lapan Anggota Sikh

- Pasukan Bantuan 250 orang Melayu Pahang

3. Dr. A. B. Jesser Coope iaitu Residency Surgeon Pahang bertindak selaku Pegawai Perubatan dalam misi tersebut

4. Dua orang wakil Kerajaan Siam

- Luang Visudh Parihar (Luang Swat)

- Luang Sevasti Borirom

Ekspedisi bermula dari Kuala Tembeling hingga ke Pasir Rawa.di Tanah Merah, Kelantan.

Ia mengambil masa selama 3 bulan dengan belanja sekitar 5,000 ringgit.

Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berundur bukanlah kerana takutkan British.

Sebaliknya mereka memilih hidup di tempat baharu dengan nama baharu kerana sedar wujudnya ramai pengkhianat bangsa Melayu yang gemar makan dedak pada masa itu.

Bukan sahaja British yang memburu mereka malah pihak istana turut menghantar orangnya juga.

Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh pihak Istana, British dan kuncu-kuncunya.

Beliau terpaksa mengasingkan dirinya sebelum menetap di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan akhirnya memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau untuk menzahirkan dirinya yang sebenar.

Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dengan nama Mohamad Bin Ibrahim.

Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan di kampung kelahirannya iaitu di Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pahlawan Melayu ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969.

Usai solat, beliau membaca al Quran dan mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini menggemparkan orang ramai sehinggalah kerajaan Pahang terpaksa menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasat.kesahihannya.

Jawatan kuasa ini dibentuk pada 8 Januari 1970 dan pelbagai mekanisma telah dilakukan termasuklah temuramah dengan beberapa individu yang berkaitan.

Pada 6 Ogos 1970, jam 10.30 pagi, Mat Siam diisahkan sebagai Mat Kilau oleh kerajaan negeri.

Mat Kilai meninggal dunia empat hari kemudian pada usia 122 tahun kerana uzur.

Hakikatnya, keturunan tali barut dalam kalangan orang Melayu wujud sampai hari ini.

Mereka bijak bermuka-muka termasuk berkeris dan bertanjak dengan menunggang agama dan bangsa.

Jadi berwaspadalah wahai Melayu.

Rujukan:

1. A Journey through the Malay States of Trengganu and Kelantan.1897. Hugh Clifford

2. Expedition to Trengganu and Kelantan.Khoo Kay Kim and Hugh Clifford.JMBRAS, Vol. 34, No. 1 (193), Expedition to Trengganu and Kelantan (May, 1961), pp. xi-xviii, 1-162.

3. Portrait Sir Hugh Clifford, 1919- Bibliothèque nationale de France