NAMPAK GAYANYA PARTI AGAMA TAK DAPAT MAIN DUA KOLAM...TERPAKSA BERSAMA BERSATU..BERSATU PULA AKAN KARAM DIMANA MANA

 


Laluan sukar bersama PAS, MN mungkin tak dapat diselamatkan, kata Najib




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Bekas perdana menteri, Najib Razak, berkata walaupun hubungan
 dengan PAS gagal di peringkat nasional, namun Muafakat Nasional
 (MN) boleh disuburkan dalam bentuk lain. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas presiden Umno Najib Razak memberi bayangan kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.

Katanya, ia berikutan laluan sukar terpaksa dihadapi Umno sejak kebelakangan ini untuk meneruskan jalinan kerjasama itu.

Bagaimanapun, beliau percaya inisiatif MN itu boleh disuburkan dalam bentuk lain, terutama dalam kalangan akar umbi walaupun usaha tersebut gagal di peringkat kepimpinan parti.

“Walau apa jua keadaannya, saya berharap semangat permufakatan tidak padam dan diteruskan kerjasama dalam konteks lain demi manfaat ummah serta negara.

“Kalau tidak dapat di peringkat nasional mungkin MN boleh diteruskan oleh akar umbi jika ada persefahaman sebab saya dapati pemimpin Umno dan PAS di kebanyakan tempat sudah serasi di antara satu sama lain,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan kerjasama parti itu dengan PAS menerusi MN dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.

Zahid berkata, soal masa depan MN sewajarnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.

Setakat ini, Umno Kelantan, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan, dilihat seperti sudah ‘rasmi’ enggan bekerjasama dengan PAS, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor, Umno dan Barisan Nasional bertembung dengan PAS selepas parti itu memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN).

Kemenangan besar Umno dan BN pada kedua-dua pilihan raya negeri itu memberi keyakinan kepada parti berkenaan untuk bergerak bersendirian, pada PRU akan datang.