MUKA TAK LEH PERCAYA : Hamzah akhirnya dedah perangai sebenar Zuraida

 


Hamzah akhirnya dedah perangai sebenar Zuraida


Menggunakan parti untuk kepentingan peribadi, tidak pernah hadir mesyuarat dan tidak begitu aktif dalam gerak kerja parti.

Itu pendedahan dibuat Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin terhadap kedudukan sebenar Datuk Zuraida Kamaruddin dalam parti itu seperti dilapor Utusan.

Hamzah berkata, Zuraida dilihat tidak begitu aktif di dalam parti, malah mula menunjukkan ‘warna sebenar’ apabila tidak menghadiri lebih enam mesyuarat yang dianjurkan parti itu termasuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Ampang itu jelas menunjukkan yang dia tidak pedulikan parti, sebaliknya menggunakan parti ini untuk kepentingan peribadi.

“Bersatu beri peluang kepada semua bukan sahaja Zuraida dan apa yang penting bila dah jadi ahli mereka perlu ikut segala agenda parti.

“Kalau dia kata tidak tahu apa agenda parti, jawapannya memang tidak tahu sebab mesyuarat MPT pun dia tidak hadir. Segala agenda dan isu akan dibawa dalam mesyuarat MPT, tapi dia yang tidak hadir,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hari ini.

Katanya, disebabkan itu, parti membuat keputusan untuk melucutkan jawatannya sebagai ahli MPT dan keputusan itu dibuat dua minggu lalu.