Keadilan kembali ke landas reformasi - ANALISA PEMILIHAN PKR

 

BAHAGIAN 2

 

Secara umum, memerhati kepada keputusan pemilihan PKR itu, ia dibuat dengan penuh kewarasan dan rasional oleh perwakilan. Pemilihan kali ini bukan sahaja berjalan dengan lebih tertib menggambarkan ahli PKR sudah matang dan berusaha untuk memadukan parti selepas disedari keutuhan parti mulai goyah. Berdasarkan proses dan pencapaian itu dapat dirumuskan beberapa perkara berikut:

1. Pemilihan yang realisitik dimana perwakilan tidak memihak atau teruja dengan satu-satu kem sahaja, tetapi memilih calon-calon yang dipercayai dan berkelayakan tanpa mengira kem dapat memancu masa depan parti dan perjuangan rakyat. 

Maksudnya semua kem berada dalam mainstream kepimpinan. Perwakilan tidak memilih untuk berpuak tetapi memilih individu atau tokoh yang dilihat mempunyai iltizam dan ketulusan dalam parti. Pemilihan ini cara ini waras dan matang. Anggota parti menyayangi semua pemimpin mereka. 

Misalnya, walaupun calon Ketua Pemuda dan Naib Wanita, Fahmi Zainol dan Napisah Khamis jelas berpihak dan berada dalam kem Rafizi, tetapi kedua-dua mereka tewas. Sebaliknya untuk calon Timbalan Ketua Wanita Juwariyah Zulkifli yang bertanding tanpa menduduki mana-mana kem menang sebagai timbalan ketua wanita.

Adam Adli yang dilihat berpihak dalam kem Saifuddin Nasution Ismail menang untuk jawatan Ketua Angkatan Muda. Corak dan bentuk pemilihan angkatan muda ini sangat-sangat professsional dan menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik. Anak  muda atau generasi muda Keadilan tidak lagi terikut-ikut dengan cara abang-abang mereka AMK mejalani proses pemilihan sebelum ini. Diharap kesan kepada pemilihan itu tidak memburukkan parti. 

Adam Adli dalam memberesi reaksi kepada kemenangannya mengatakan tidak sabar untuk berkerjasama dengan semua pemuda dalam Keadilan.  

Kalaupun ia agak sedikit tegang dan bias, ialah untuk jawatan naib presiden dimana tiga daripada empat kerusi diperuntukan disapu oleh calon daripada kumpulan Rafizi, dimenangi oleh Aminuddin HarunChang Lih Kang, dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

 Hanya seorang sahaja dari beberapa calon yang berada sepentas dengan Saifuddin, iaitu Amiruddin Shaari yang juga MB Selangor menang. Apakah kalau beliau bukan penjawat jabatan MB dan kebetulan Selangor merupakan negeri mempunyai jumlah ahli paling ramai, Amiruddin juga akan kalah?

2. Justeru pemilihan dan ketetapan oleh ahli PKR dalam proses pemilihan pemimpin kali ini, realistik, waras dan berpandangan jauh. Boleh dikatakan perwakilan bijak membuat pilihan menggunakan akal dan mengenepikan sentimen kebendaan lain. Satu pemilihan yang baik dan professional dan tidak membuka retak yang boleh membelah duakan parti. Mereka tidak terbawa dengan lagu atau irama pemilihan sebelum ini.

Realiti ini boleh dilihat kepada pertarungan antara Fadhlina Siddek dengan Rodhiah Ismail untuk jawatan Ketua Wanita dimana ia dimenangi oleh Rodhiah dengan majoriti tipis. Rodhiah mengutip 21,962 undi manakala Fadhlina memunggut 21,502. Perangkaan undi ditunjuk kedua calon inilah menggambarkan kesamarataan sokonagn dalam PKR. Mereka mewakili kedua kem, Rodzhiah dalam kem Rafizi manakaka Fadhlina kem Saifuddin Nasution.