MSO
Zahid
tumpang berkat Najib Razak
|
Kemesraan Najib dan Zahid, |
MENURUT Zahid Hamidi
aura "boos"nya (boosmu) Najib Razak tidak
pernah pudar walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri. Katanya
walaupun Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM140 juta
beliau masih mendapat sokongan kuat.
“Aura bossku tidak pernah pudar.
Malah ketika jadi perdana menteri, auranya cukup tinggi.
“Selepas tidak jadi perdana menteri, aura dia tetap terus tinggi,” memetik
kata-katanya kepada pemberita di Mersing hari ini.
Zahid merujuk kehebatan Najib itu kepada pencapaian BN dalam pilihan raya
kecil yang dilalui oleh parti itu semasa menjadi pembangkang ketika PH menjadi
kerajaan, dimana BN menang 7 kali pilihan raya kecil disamping dapat merampas
semula kerajaan Melaka dan Sabah dalam pilihan raya negeri lalu.
Apa disuarakan Zahid itu adalah
pujian dan sanjungan tradisinya kepada Najib. Zahid yang terkenal sebagai
seorang suka memuji dan kaki bodek, seolah-olah sedikitpun tidak terkilan dan
sangsi kepada Najib dengan apa dihadapi bossnya itu.
Zahid seakan tidak tahu apa yang
sedang bergelora di dalam hati bossnya itu yang kini hanya menanti rayuan di
Mahkamah Persekutuan sahaja untuk menentukan bekas PM itu akan berihat di
Sungai Buloh atau bebas.
Zahid sendiri yang kini berhadapan
dengan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, tidak ada
yang terbaik baginya melainkan memuji dan mempertahankan bossnya. Zahid perlu
memastikan Najib tidak dibawa ke penjara kerana jika Najib berihat dipenjara
sudah tentu beliau akan membuntuti selepas itu?
Seperti juga Najib, Zahid sedang berdoa dan bermunajat untuk
menyelamatkan dirinya kini. Bagi Zahid aura yang ada kepada Najib itu diharap
akan dapat melindunginya sama. Dalam perkiraan sekiranya Najib bebas dan
dilepaskan daripada tuduhan maka beliau juga akan mendapat syufaatnya. Yang
Zahid berharap kini ialah syufaat.
Bagi Zahid apa diharapkan Najib
lepas kerana pembebasan untuk Najib ada sejuta rahmat buatnya. Apa lagi kalau
setelah bebas itu Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua.
Sebab itu Zahid bermati-matian
mempertahan dan membela Najib sehingga sanggup mengelabukan apa sahaja fakta
dan suasana. Beliau perlu memberi gambaran positif kepada orang ramai mengenai
Najib Razak kononnya masih mendapat sokongan dan disokong oleh rakyat. Yang
penting sanjungan itu memberi gambaran Najib tidak bersalah. Ia juga mungkin
bagi mempengaruhi keputusan perbicaraan. Zahid mengeksploitasikan apa juga
keadaan demi kepentingan bersama.
Walaupun kedatangan orang ramai
ditempat Najib itu kerana hendak melihat Najib dari dekat, seperti mana kata
Mahiaddin Yassin, kehadiran orang ramai itu bukan kerana aura dan kewangian
Najib tetapi kerana nak tengok muka Najib dari dekat selepas dihukum penjara.
Iya Najib selamba sahaja berjumpa dan bertumbuk tangan dengan orang ramai tanpa
mempedulikan apa yang bergelora dalam jiwanya. Najib memang tidak tahu malu
seperti kata Mahathir Mohamad.
Zahid jadi tidak keruan kerana
semata-mata mahu mendapat dan mengharap syufaat daripada Najib.
Alasan kemenangan BN sebanyak 7 kali
dan kejayaan di Sabah dan Melaka, sama sekali tidak boleh disangkutkan ke atas
bahu Najib. Najib tidak ada apa-apa aset dan faktor atau pun kelebihan dengan
kemenangan itu. Tetapi nampaknya kejadian itu cuba dikelirukan Zahid.
Kemenangan dalam pilihan raya kecil
sebelum ini adalah kerana, Najib dan Zahid tidak lagi berada dalam kepimpinan
UBN. Itu duduk perkaranya. Ketika tugas dan tanggungjawab memimpin Umno
dijalankan oleh Mohamad Hassan selaku timbalan presiden. Zahid bercuti ketika
itu. Penyerahan tanggungjawab kepada Mohamad itulah menjadi orang Umno yakin
dan bersemangat kembali kepada parti itu. Orang Umno bersemangat untuk terus
bersama Umno.
Justeru kemenangan UBN sebanyak 7
kali dalam pilihan raya kecil seperti dibanggai dan dijadikan modal sebagai
untuk mengagungkan Najib bukan atas usaha Zahid dan Najib.
Demikian juga dengan kemenangan di
pirane Melaka. Zahid tidak berfungsi sebagai pengarah pilihan raya di pilihan
raya berkenaan sebaliknya ia dipimpin oleh Mohamad Hassan. Bahkan
sepanjang pilihan raya itu berlangsung Zahid tidak berada dalam negara, dia
berada di German. Pemergiannya itu bagi mengelakkan bau hampak Zahid merebak ke
Melaka dan dihidu oleh pengundi di Melaka. Beliau kembali dan berada di Melaka
setelah peti undi hendak ditutup.
Demikian juga dengan Najib, walaupun
beliau ada ikut sama berkempen, namun kehadirannya tidak memberi apa-apa
signifikan kepada kemenangan BN di Melaka itu. Kemenangan BN di Melaka itu
dilihat lebih kepada peratus keluar mengundi yang rendah dan ancaman Covid yang
sedang melanda. Hakikat pencapaian UBN (peratus undian) tidak jauh beza dengan
apa yang diperolehi dalam Piraum ke-14 lalu.
Pirane Johor ini akan memberi
jawaban sebenar apakah Najib dan Zahid akan membawa faktor kemenangan kepada
UBN. Sekiranya UBN menang besar di Johor nanti, barulah ia boleh diakui bahawa
aura Najib masih ada dan membantu kemenangan UBN nanti. Kalau setakat apa yang
berlaku sebelum ini, menang pilihan raya kecil 7 kali dan dapat rampas Melaka dan
Sabah ia bukan ukuran mutlak.
Jadi kepada orang ramai jangan mudah
terpesona dan terpengaruh dengan dendangan lagu memuja dan memuji Najib Razak
yang sudah pun layak digelar banduan apabila telah dijatuhi hukum penjara 12
tahun dan denda RM210. Najib dan Zahid kalau pun ingin kembali ke kancah
politik semula tunggulah dulu semua kesnya di mahkamah diselesaikan. Dengan
comotan noda dan dosa (kasu makhkamah) yang ada kini ia menjadi liabiliti
kepada Umno. [wm.kl. 8:12 pm 04/03/2021]