Keterujaan bekas Perdana Menteri Najib Razak mendampingi persatuan persatuan Cina sambil membayangkan kegemilangan era pentadbiran beliau dalam setiap pertermuan yang diadakan tidak akan menjadikan masa hadapan politik negara lebih baik.
Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, hujah Najib bahawa pelaburan tinggi, peluang kerja banyak dan perniagaan makmur era Najib sebenarnya tidak memberi nilai tambah kepada ekonomi negara kerana rakyat terpaksa menanggung hutang 1MDB lebih RM30 bilion selepas era itu.
Kata William, daripada rakyat membandingkan era pentadbiran Najib adalah lebih baik mereka mengingat era Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri kewangan dengan pertumbuhan ekonomi 8%, hutang negara hampir sifar, membanteras korupsi dan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia Tenggara yang di terima negara.
Tambah William, era ekonomi pandemik pula berbeza dan rakyat perlu tahu dasar yang dibuat sebelum ini perlu diubah suai bagi menghasilkan pertumbuhan ekonomi mapan dalam keadaan semasa.
"Sekarang rakyat mengambil kira bahawa keadaan ekonomi zaman Anwar dan zaman Najib berbeza. Dengan keadaan hari ini pula kita hadapi krisis ekonomi akibat Covid.
"Bermula dari Langkah Sheraton kita nampak Perikatan Nasional di mana Bersatu bersama Umno dan Pas turut gagal (membina semula ekonomi), dan kita lihat pemerintahan hari ini di bawah PM Ismail Sabri pun rakyat sudah boleh jangka sama ada akan gagal atau tidak," katanya.
Tegas William, Malaysia memerlukan pasukan baharu pentadbiran untuk mengubah struktur ekonomi memasuki era digitalisasi dan tidak ada gunanya mengingat era Najib yang korup dan tidak ada dasar jelas menghadapi revolusi perindustrian 4.0.
Najib kebelakangan ini aktif mengadakan pertemuan bersama persatuan persatuan Cina di Johor dan terbaharu Pulau Pinang untuk memberi gambaran komuniti peniagaan Cina lebih bersedia memerima BN untuk memastikan masa hadapan ekonomi yang lebih baik berbanding parti parti lain