Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul mahu Cabang Sungai
Petani berkerja keras memastikan kerusi Parlimen di situ kekal dalam genggaman
KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke 15.
Hal
itu ditegaskan beliau dalam ucapan perasmian Menyuarat Agung Tahunan Cabang
(MATC) Sg Petani.
"Saya
sempat berpesan kepada seluruh anggota parti untuk terus bekerja keras bagi
memastikan kerusi Parlimen Sungai Petani yang sudah tiga penggal dimiliki oleh
KEADILAN dapat dikekalkan.
"Selain
itu, mereka juga diingatkan supaya terus membantu serta menjaga kebajikan
rakyat supaya masyarakat tidak terpinggir. Persediaan gerak kerja dan jentera
yang mantap juga harus dipersiapkan bermula dari sekarang," katanya.
MATC
Sungai Petani diadakan di Dewan Penduduk Taman Sri Wang. Turut hadir dalam
mesyuarat itu ialah ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min dan Ketua Cabang Sungai
Petani Saudara Manimaran.