Yang terbaru dalam kempen Pilihanraya Negeri Johor ialah
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengkritik Anwar Ibrahim, Pengerusi PH.
Mukhriz bandingkan Anwar dengan bapanya Mahathir dalam soal
memimpin PH.
Anwar dikatakan gagal manakala bapanya Mahathir dikatakan
berjaya.
Apakah Anwar atau Parti Keadilan perlu menjawab dan menyerang
balas komen Mukhriz itu?
Saya fikir tak payahlah.
Tak perlu. Pengundi di Johor tak suka lihat Ahli-Ahli politik
berkelahi.
Para pengundi di Johor nak dengar apa yang orang-orang politik
akan buat untuk bantu Rakyat yang tengah susah sekarang.
Biarkanlah Mukhriz lebih garang menyerang Anwar daripada
menyerang pemimpin BN dan PN.
Anwar dan Parti Keadilan khususnya elok tumpukan kempen kepada
isu-isu Rakyat seperti mengemukakan penyelesaian kepada masalah kos sara hidup
Rakyat yang semakin tinggi.
Itu lebih bererti kepada pengundi.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
28 Februari 2022