Kes kehilangan Thiagaraj A/L Krishnan 47 tahun yang berasal dari Klang.










David Marshel

1mtlc61Sg07lflti99utrehd0  · 

Kes kehilangan Thiagaraj A/L Krishnan 47 tahun yang berasal dari Klang.

Beliau seorang tahanan Perintah Sekatan (PCO) buang daerah ke Masai, Johor , setelah beliau dikeluarkan dari penjara Simpang Renggam dan di kenakan perintah sekatan selama setahun pada Feb 2021 setelah Kes kehilangan Thiagaraj A/L Krishnan 47 tahun yang berasal dari Klang.

Peguam Thiagaraj berjaya gugurkan tahanan Langkah Langkah Pencegahan Khas yang dikenakan 2 tahun tahanan di penjara Simpang Renggam.

Thiagaraj Krishnan hilang sejak 31/12/2021 dari tempat tinggal beliau di Bandar Seri Alam , Masai Johor. Pada 27/12/2021 peguam beliau telah hubungi Thiagaraj menyatakan bahawa beliau akan dibawa ke balai polis pada 31/12/2021 untuk siasatan dan minta berkerjasama.

THIAGARAJ KRISHNAN TELAH HILANG SEJAK 31/12/2021 LEBIH KURANG 7.40PAGI DI ALAMAT 23-01 JALAN SURIA 6, BANDAR SERI ALAM ,MASAI SETELAH DISYAKI DIBAWAH OLEH BEBERAPA ANGGOTA POLIS YANG MEMAKAI VEST POLIS DENGAN KERETA PESONA YANG PUNYAI LOGO DITEPI PINTU KERETA TERSEBUT.

Sejak 31/12/2021 hingga kini keluarga Thiagaraj mencari dan telah membuat laporan polis di IPD Kelang pada 2/1/2022 No. Repot Seri Alam/000027/22 oleh anak beliau namun tiada maklumbalas dari pihak polis.

Berikutan kehilangan Thiagaraj 5 ahli keluarga telah membuat laporan dan telah namakan 2 anggota polis iaitu seorang ASP dan Inspektor bersama 3 individu yang pernah ugut dan mempunyai dendam terhadap Thiagaraj sejak 16/1/2019 yang kes bersangkut laporan polis No. repot Klang001874/19 dan juga 11 laporan polis terhadap sekumpulan individu.

Setelah beberapa laporan polis dibuat oleh Thiagaraj dan anaknya terhadap insiden sekumpulan individu yang berpengaruh di Klang akhirnya pegawai penyiasat serta pegawai atasan yang berpangkat ASP telah berkomplot bersama sekumpulan kongsi gelap telah menahan Thiagaraj dalam kes dadah tanpa bukti dan telah di kenakan LLPK dan ditahan selama 2 tahun . Keluarga Thiagaraj mengesyaki bahawa kehilangannya ada kaitan dengan beberapa individu serta 2 pegawai polis tersebut .

Saya akan bantu keluarga tersebut bagi mencari Thiagaraj yang hilang dan akan membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan.

Keluarga Thiagaraj harap beliau masih hidup dan dapat berjumpa kembali .

Thiagaraj pernah membuat laporan polis menyatakan jika apa apa berlaku pada dirinya 5 individu yang dinyatakan bertangungjawab.

Pihak polis Johor masih tiada bertindak dalam kehilangan walaupun terhadap lebih 40 CCTV dikawasan kehilangan beliau.

Paparan CCTV yang dimuat naik ini adalah usaha anak Thiagaraj, pegawai penyiasat pulak menyatakan tiada rakaman lain dikawasan tersebut.

Kami harap PDRM dan Ketua Polis Negara segera mengarahkan pegawai polis yang menyiasat meluaskan siasatan terhadap semua pihak yang dikaitkan .

Kami akan mendapat pandangan peguam bagi memfailkan kes di mahkamah jika pihak polis masih enggan menyiasat atau mencari di mana Thiagaraj .

Akan kemaskini kes ini dalam masa terdekat.

Untuk makluman media!

#share hingga jumpa Thiagaraj Description: 🙏🏻

#PDRM

#KementerianDalamNegeri

#IGP

#SUHAKAM