Aku berjalan-jalan di beberapa page pemimpin PH. Setakat yang
aku lihat, TIADA satu pun yang bicara soal laungan Najib untuk selamatkan
Sapura Energy selain daripada Rafizi.
Ada yang cerita soal pemilihan (bukan Keadilan saja yang ada
pemilihan ya). Ada yang sibuk kutuk orang parti sendiri. Tapi keserongan yang
dibawa oleh Najib ini dipandang sepi.
Entahlah. Mungkin isu ini tak begitu penting untuk pemimpin yang
lain. Tapi yang aku nak kata, inilah kelainan yang ada pada diri Rafizi. Beliau
sensitif dengan isu semasa yang besar.
Aku harap cuma aku silap tengok. Iyalah. Mungkin mereka post di
IG atau TikTok. Aku hanya lebih tertumpu di FB sahaja. Dalam hal ini, aku lebih
suka kalau aku yang silap.
Aku tak harap banyak. Aku cuma mahu Rafizi tidak dilihat
bersendiri dalam isu-isu begini. Pemimpin lain sepatutnya marakkan lagi api
yang telah Rafizi mulakan. Kembalikan keseriusan pemimpin PH dalam menentang
salah guna dana negara seperti dulu. Guane boh?