Pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki
tidak menolak wujud spekulasi namanya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan
raya untuk parti politik PKR.
Walaupun tidak memandang kedudukan
dalam parti, Afdlin tetap menyatakan kesediaannya untuk menyandang sebarang
jawatan sekiranya diberi kepercayaan itu.
“Sama ada saya dicalonkan atau tak,
terpulang kepada Anwar Ibrahim. Saya ahli PKR biasa saja.
Cuma ada dengar-dengar
nama dicalonkan untuk jadi wakil rakyat, tapi saya tak boleh sahkan atau
nafikan.
Katanya, penting untuk
mana mana individu yang berada dalam sesebuah parti politik untuk bersatu padu
melaksanakan tugas mereka.
“Kita kena bekerja
sebagai satu pasukan untuk pastikan tugasan membantu masyarakat dilaksanakan
dengan baik.