LICIKNYA UMNO PUTAR BELIT SUASANA

 

Licik permainan UMNO. Mereka yakin mereka dalam keadaan

terbaik

untuk menang pilihanraya waktu ini walaupun mereka bukanlah begitu kuat.

UMNO sekarang hanya mengambil kesempatan daripada kelemahan PH. Apa kelemahan PH? Iaitu idea khemah besar.

Cuba lihat cara UMNO membuat serangan ke atas PH saban hari. Mereka menyerang PH dengan ayat-ayat dungu yang dihamburkan oleh Mahathir seperti manifesto bukan kitab suci. Malah Najib juga bangkitkan soal hutang 1 trillion.

Kerana mereka tahu, saat terlemah PH adalah ketika Mahathir menjadi ketua. Logo PH sudah begitu sinonim dengan nama Mahathir.

Walaupun PH kini dipimpin oleh DS Anwar, namun kegilaan pemimpin PH terhadap idea khemah besar buatkan PH terus terkait dengan Mahathir.

Dan itu membuatkan kerja UMNO lebih mudah. Marah rakyat kepada Mahathir akan buatkan ramai penyokong PH yang akan boikot mengundi. Malah ada pengundi atas pagar yang akan terus tolak PH.

Dari kelemahan PH yang itulah UMNO ambil cuba kesempatan untuk menangi pilihanraya. Taktik ini berjaya di Melaka dengan cemerlang.

Juga akan berjaya di Johor nanti kerana pemimpin PH masih tak mahu dengar dan faham suara rakyat. UMNO memang cekap menghidu peluang.

Jika berjaya di Johor, maka UMNO pasti merancang untuk mengawal pusat pula. UMNO perlu bertindak cepat sebelum PH perbetulkan kesilapan mereka dan mula mendapat sokongan semula.

Tapi UMNO tak berani bubarkan parlimen kerana kemarahan rakyat akan memuncak. Jadi apa yang UMNO buat, usahakan supaya PAS dan PPBM tarik balik sokongan terhadap Isnail Sabri.

Bila itu berlaku dan parlimen terbubar, maka PAS dan PPBM akan dijadikan kambing hitam kerana menjadi punca PRU di waktu ini. Sementara UMNO kekal suci.

Sebab itu kebelakangan ini pemimpin UMNO begitu aktif menyerang PAS. Kerana itu adalah perangkap yang mereka pasang dalam usaha untuk buat PAS dan PPBM tarik balik sokongan mereka.

Dan nampaknya PAS dan PPBM sudah mula termakan umpan yang UMNO hulur.

Tapi jika UMNO tewas dalam PRN ini, aku percaya UMNO akan melutut semula kepada PAS. Malah mungkin juga akan menyembah PPBM.

Nampaknya permainan UMNO semakin

hebat

. Sudah semakin berstrategi. Manakala PH masih lagi dengan idea kolot khemah besar.

Dalam situasi sekarang, aku nampak UMNO ada peluang untuk menang di Johor. Bukan kerana UMNO kuat tapi kerana semakin ramai penyokong PH yang enggan mengundi.

Dan jika betul UMNO menang, bersedialah kita untuk PRU15.

Raja Gelap