Dengan mengingatkan tentang sokongan bersyaratnya kepada Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri, Bersatu dan Pas secara jelas sedang memberi ugutan mahu menjatuhkan kerajaan.
Ugutan itu dibuat ketika rasa tidak senang kedua-dua parti bukan lagi rahsia lantaran tidak setuju atas perlakuan UMNO-BN bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan sebelum tempoh matang yang sepatutnya.
“Mempertegaskan sokongan PAS dan Bersatu kepada kerajaan adalah bersyarat yang mana ia perlu dihormati dan dirundingi atas nilai integriti, anti rasuah dan berkebajikan,” kata Mahiaddin Md Yasin dalam sidang media selepas Muzakarah PAS- Bersatu di Shah Alam semalam.
Peringatan tentang sokongan bersyarat kepada Ismail Sabri adalah antara tujuh resolusi yang dimuktamadkan dalam muzakarah antara kedua-dua parti tersebut.
Tetapi, beranikah Bersatu dan Pas menarik sokongan, seterusnya menjatuhkan kerajaan yang mereka sendiri ada di dalamnya serta meraih gaji lumayan daripadanya?
Berdasarkan beberapa faktor, adalah diyakini ugutan tersebut hanya sekadar gertakan dan sembang kari semata-mata kerana Bersatu dan Pas pada hakikatnya tidak mungkin berani berbuat demikian.
Faktor pertama, jika Bersatu dan Pas menarik sokongan, ia belum tentu akan menyebabkan kerajaan Keluarga Malaysia ini tumbang berikutan MOU yang dimetrai antara Ismail Sabri dengan PH mungkin mampu menjadi penahan kejatuhan tersebut.
Dengan gabungan Bersatu dan Pas hanya mempunyai 49 Ahli Parlimen, manakala PH memiliki 93 Ahli Parlimen, penggantian sokongan antara dua kelompok tersebut akan menyebabkan Ismail Sabri terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Akhirnya, Bersatu dan Pas sendiri yang akan melopong rugi.
Faktor kedua, jika pun penarikan sokongan Bersatu dan Pas itu akan menyebabkan kerajaan tiada lagi sokongan majoriti, ia lebih mungkin menyebabkan Perdana Menteri memohon perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU15 diadakan.
Apabila PRU15 diadakan yang disebabkan oleh tindakan Bersatu dan Pas menarik sokongan, sebenarnya itulah kehendak serta keinginan UMNO, terutama kem Zahid Hamidi dan Najib Razak.
Bermakna, penarikan sokongan itu secara tidak langsung membuatkan Mahiaddin Md Yasin dan Hadi Awang telah menyumbang lebih awal untuk menjayakan agenda yang ingin dilaksanakan oleh UMNO iaitu menyegerakan PRU15.
Faktor ketiga, ugutan Bersatu dan Pas serta peringatan tentang sokongan bersyarat kepada Ismail Sabri adalah berasaskan mereka tidak setuju PRN Johor diadakan.
Sebab utama tidak setujunya itu adalah kerana Bersatu dan Pas tidak yakin mampu menang dalam PRN tersebut.
Jika mereka yakin untuk menang, tentulah tiada sebab untuk mereka membantah PRN Johor itu.
Ertinya, kalau PRN Johor pun Bersatu dan Pas tidak yakin menghadapinya sekarang, pastilah mereka lebih tidak yakin untuk menghadapi PRU15 dalam situasi yang sama.
Bersatu dan Pas tidak yakin menghadapinya sekarang, pastilah mereka lebih tidak yakin untuk menghadapi PRU15 dalam situasi yang sama.
Dengan demikian, adalah mustahil Bersatu dan Pas mahu berbuat sesuatu yang hanya akan mendorong PRU15 diadakan lebih awal, sekaligus memberi kelebihan kepada UMNO dan menyebabkan mereka sendiri kecundang.
Faktor keempat, Bersatu dan Pas sedang seronok maraih pelbagai habuan dan nikmat atas kedudukan masing-masing secara bersama sebagai kerajaan, malah ada yang menerima gaji puluhan ribu setiap bulan tanpa berbuat apa-apa pun.
Jika sokongan ditarik dan kerajaan jatuh, semua nikmat itu akan berakhir serta-merta bagai daun-daun layu yang berguguran, sedangkan kalau Ismail Sabri terus dipertahankan, segala-galanya boleh terus dikaut sehingga habis penggal Parlimen pada Jun 2023 akan datang.
Jika mereka yakin untuk menang, tentulah tiada sebab untuk mereka membantah PRN Johor itu.
Ertinya, kalau PRN Johor pun Bersatu dan Pas tidak yakin menghadapinya sekarang, pastilah mereka lebih tidak yakin untuk menghadapi PRU15 dalam situasi yang sama.
Dengan demikian, adalah mustahil Bersatu dan Pas mahu berbuat sesuatu yang hanya akan mendorong PRU15 diadakan lebih awal, sekaligus memberi kelebihan kepada UMNO dan menyebabkan mereka sendiri kecundang.
Faktor keempat, Bersatu dan Pas sedang seronok maraih pelbagai habuan dan nikmat atas kedudukan masing-masing secara bersama sebagai kerajaan, malah ada yang menerima gaji puluhan ribu setiap bulan tanpa berbuat apa-apa pun.
Jika sokongan ditarik dan kerajaan jatuh, semua nikmat itu akan berakhir serta-merta bagai daun-daun layu yang berguguran, sedangkan kalau Ismail Sabri terus dipertahankan, segala-galanya boleh terus dikaut sehingga habis penggal Parlimen pada Jun 2023 akan datang.
Di kalangan Ahli Parlimen Bersatu sendiri khususnya, dikhabarkan ada yang mungkin tidak bersama jika tindakan menarik sokongan itu diputuskan.
Faktor kelima, satu-satunya cara untuk Bersatu dan Pas masih ada peluang untuk terus mengekalkan kedudukan dalam kerajaan selepas PRU15 akan datang ialah dengan berusaha melewatkan lagi pembubaran Parlimen seboleh yang mungkin.
Ia bukan saja memberi banyak ruang untuk mereka mengukuhkan kedudukan, bahkan Parlimen yang lewat dibubarkan itu lebih membantu Bersatu dan Pas jika pemilihan UMNO akhirnya diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15 dilangsungkan.
Pemilihan UMNO yang diadakan lebih dulu sebelum PRU15 akan memungkinkan kepimpinan parti bertukar tangan kepada Ismail Sabri, seterusnya membuka ruang semula untuk Bersatu dan Pas menjalin kerjasama sebagaimana yang terbentuk dalam kerajaan.
Pendeknya, menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan sekarang lebih merugikan Bersatu dan Pas berbanding jika mereka terus sedaya upaya mengekalkan Ismail Sabri sehingga ke hujung penggal pada 2023. ShahbudinHusin 30/01/2022.