NADMA MANA ADA...NADMA TAK WUJUD....TENTERA SAJA ADA AMBILALIH

 

Geram NADMA lembab, tentera turun sendiri bantu mangsa banjir

Geram NADMA lembab, tentera turun sendiri bantu mangsa banjir

Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, tentera bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan tentera bagi usaha bantuan.

Kerajaan Selangor juga keberatan untuk melibatkan pihak tentera, katanya.

“Sampai suatu tahap, kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA.

“Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya, memetik FMT.

Tentera mula bergerak ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir selepas solat Jumaat.

Pada petang Ahad, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, memaklumkan menerusi Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Mohd Zakaria Yadi, berhubung situasi di Klang.

Kata sumber itu lagi, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) berasa “muak” dengan NADMA dan kerajaan Selangor.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui usaha bantuan banjir berkuat kuasa serta-merta berikutan tindak balas hambar daripada NADMA.

Sumber itu juga berkata, agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis berkenaan”, dengan mendakwa tiada seorang pun daripada NADMA atau kerajaan negeri memantau media sosial untuk mendapatkan mesej SOS daripada mangsa.

Katanya, pihak KEMENTAH “menjerit” kepada kakitangan NADMA dan baru hari ini agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan.

“Seperti tiada keseriusan mengenai situasi terbabit. Justeru, tentera dan KEMENTAH memutuskan untuk terus sahaja bertindak (menjalankan usaha menyelamat),” tambahnya.

Sepanjang hujung minggu lalu, hujan lebat yang turun di Lembah Klang, Pahang, Kelantan, dan Terengganu mulai Jumaat mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terpaksa berpindah.

KERJA CYTRO MEMFITNAH....


JAMZURI ARDANI


Saya menyampah betul dengan cytro politik bajingan camni yang tak abis-abis memfitnah untuk menimbulkan kebencian.

YB Khalid Samad berada di lapangan membantu mangsa-mangsa banjir sejak dari awal ... tapi manusia berhati babi macam cytro ni lah yang merosakkan negara kita. Kerjanya mengadu domba dan menyebarkan kebencian.

Dia tak peduli pun kesusahan yang dialami oleh mangsa ... apa yang dia tahu cuma bermain politik tak kira masa dan keadaan dan menyorok di sebalik nama samaran.








 

 

MENTERI YANG WAJIB DIBUANG SEGERA…

 

Walaupun saya mendengar banyak berita dan maklumat tidak menyenangkan mengenai tragedi banjir yang sedang melanda Selangor sekarang ini, baik melalui portal dan media sosial atau secara langsung melalui penyampaian yang disalurkan terus oleh pelbagai pihak, tetapi saya lebih memilih untuk mendiamkan diri mengenainya.

Lebih-lebih yang saya cuba elak ialah menulis dalam bentuk mengkritik, mengecam dan mempertikai kelemahan atau kekurangan sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri, menteri, wakil rakyat dan pihak-pihak lain yang diketahui sedang turun padang memberi bantuan masing-masing.

Kepada saya, dalam masa tragedi seperti ini bukan masanya untuk kita bermain politik dan menyalahkan sesiapa, meski kita sedar mungkin ada kelemahan di mana-mana dalam proses mereka bertindak itu.

Lebih-lebih lagi kalau dalam mengkritik itu, kita sendiri tidak sama turun padang memberikan bantuan.


Yang mana sedang membantu, boleh membantu dan akan membantu, berilah peluang kepada mereka menjalankan peranan berdasarkan keupayaan serta bidang kuasa masing-masing.

Barangkali kelemahan yang berlaku sehari dua lalu yang sama-sama kita dengari itu sedang ditangani atau diatasi secara perlahan-lahan dan kita berharap semuanya akan beres dalam masa terdekat ini.

Tetapi, berita mengenai kenyataan Menteri Tugas-Tugas Khas, Dr Latif Ahmad tentang peranan NADMA atau Agensi Pengurusan Bencana Negara ketika banjir sedang melanda ini bukan saja membuatkan kita kecewa, malah tentunya juga berasa amat marah.

Dr Latif dalam kenyataannya berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Katanya, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mana-mana mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada kerajaan negeri.

“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada NADMA di peringkat pusat,” katanya lagi.

Ternampak dalam hal ini Dr Latif tidak faham peranan dan makna NADMA itu sendiri.

Kalau sudah namanya pun Agensi Pengurusan Bencana Negara, maka sudah tentulah peranan utamanya berkaitan apa juga bencana yang berlaku dalam negara seperti banjir, tanah runtuh, gunung meletup atau wabak yang memberi kesan kepada kehidupan manusia serta tidak terkecuali memberi pampasan.

Seperti mana kita sedia maklum juga, NADMA ini ditubuhkan selepas berlakunya banjir besar di Kelantan pada 2014 dahulu dan peranan utamanya ialah menyelaras kerja agensi-agensi yang boleh memberi bantuan dan penyelamatan seperti ATM, PDRM, Bomba, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya ketika berlakunya sesuatu bencana.

Jika NADMA sekadar menguruskan pampasan, apakah perlu begitu banyak agensi kerajaan yang perlu berada di bawahnya untuk diselaraskan dan perlukah juga seorang menteri bagi menjaganya?

Kenyataan Dr. Latif ini bukan saja tidak bertanggungjawab, malah menunjukkan beliau cuba lepas tangan atas kegagalannya memainkan peranan paling penting dalam tragedi banjir yang sedang melanda Selangor ketika ini.

Dengan kenyataannya yang begini, bagaimana Ismail Sabri Yaakob boleh mendabik dada mengatakan menteri-menterinya mendapat markah purata 90% dalam tempoh 100 hari pertama selepas mengangkat sumpah?

Sebenarnya Dr Latif melalui kenyataannya itu dengan jelas menunjukkan beliau telah gagal, tidak memiliki jiwa sebagai seorang pemimpin dan tidak layak sama sekali memegang jawatan menteri.

Ismail Sabri mesti membuangnya segera, kegagalan beliau memahami peranan NADMA ini adalah tanda gagalnya kerajaan ini secara keseluruhannya. – ShahbudinHusin 21/12/2021.


Malaysia yang berdarah!

 



Tiada seorang pun yang kan berjaya saatnya ada yang ditinggalkan

By

 Sukeshini Nair

 

21 Dec 2021


Sejak beberapa bulan yang lalu, saya hanya menjalani kehidupan dengan kemarahan yang bersilih ganti.

Tampaknya semua seakan bertembung antara satu sama lain seperti susun suai gambar (jigsaw puzzle) yang bercelaru. Dan gambar yang terlihat dari bongkah suai gambar ini tidaklah begitu menyenangkan.

Pun, kita tetap berada di sini, terhimpit dalam kedudukan sukar untuk mengubah gambar yang ada, hatta menyedari ia sebuah tugas sukar. Dari mana kita hendak bermula? Atau adakah ianya seperti mencurah garam ke laut?

Baru-baru ini, antara bongkah suai gambar itu adalah sebuah ‘syarikat berpangkalan di Singapura’ iaitu Grab. Grab juga baru disenaraikan di bursa saham Nasdaq yang memfokuskan kepada teknologi di US.

Perasaan saya cukup berkecamuk. Pada awalnya, ia adalah rasa cemburu. Negara seperti Singapura yang pada awalnya setara dengan kita, tiba-tiba menjadi lebih maju dari kita.

Kemudian rasa cemburu itu berubah menjadi memalukan saat saya mula menyedari bahawa tampaknya kita semakin terkebelakang jika dibandingkan dengan negara seperti Vietnam dan Indonesia, yang dulunya lebih miskin dari kita.

Yang menyelubungi perasaan ini semua adalah kesedihan. Bayangkan, Grab itu dulunya ‘anak’ kita. Dibikin warga Malaysia sebelum menjadi warga Singapura. Dan kita kemudian melepaskannya!

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Seperti Grab, kedua-dua anak kandung saya sendiri sudah pun meninggalkan negara ini juga. Tanyalah mana-mana keluarga kelas menengah di Malaysia yang bukan-bumiputera dan akan ada perkara serupa yang terjadi – ‘kehilangan’ seorang dua anak ke negara lain.

Pun, saya masih punya harapan dan suatu hari saya bertanya pada anak perempuan saya jika beliau terfikir untuk pulang ke rumah.

Namun apa yang diucapkannya hanyalah “Bagaimana, Ma? Malaysia tidak mahukan kita.”

Begitulah bagaimana semua kesedihan ini menjadi luka paling dalam. Saya tidak mampu untuk menghentikan kesakitan ini.

Hari ini, saya merasakannya setiap masa. Ia menggigit seakan sebuah kesakitan yang menyebukan dalam dada dan mencengkam setiap kali saya merindui untuk melihat dan memegang erat anak saya.

Dalam sedar atau tidak, melepaskan barang berharga kepada negara lain nampaknya seperti apa yang Malaysia lakukan dengan baik, Grab, bagi saya, adalah seperti metafora akan kehilangan kita kerana mengutamakan hal lain, dengan polisi memboroskan, ketidakyakinan, rasuah serta yang paling besar, sikap saling tidak percaya antara kaum dan agama.

READ MORE:  Sembang kedai kopi: Apa yang kita perlukan bagi mengubah Malaysia?

 

Ada segelintir menyatakan bahawa Grab meninggalkan Malaysia kerana pendanaan yang tidak mencukupi di dalam ekosistem kewangan serta tidak kondusif bagi syarikat permulaan (start-ups). Namun, mereka yang biasa dengan sistem di Malaysia mungkin merasakan apa yang akan terjadi pastinya berbeza jika Grab diasaskan oleh bumiputera. Ia sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama.

Selain daripada ‘terlepas’ syarikat yang diasaskan di Malaysia, pelabur asing juga nampaknya meninggalkan Malaysia. Beberapa nama besar sudah pun meninggalkan kita. Selain dari pengenalan sistem 5G yang perlahan, syarikat antarabangsa ini juga ada menyebut bagaimana kekurangan tenaga kerja tempatan yang berbakat (lebih-lebih lagi bakat digital) sebagai alasan utama mengapa mereka meninggalkan Malaysia.

Jadi apa yang berlaku? Mengapa kita tidak bertindak pantas dan efisien terhadap tuntutan pasaran yang kritikal ini? Tentang soal kelajuan internet 5G itu, nampaknya semangat kita yang mahu melompat terus ke era revolusi industri keempat seakan sudah terlambat. Korea Selatan, Singapura, China serta Vietnam yang pernah dilanda perang itu sendiri mempunyai kelajuan internet yang lebih pantas dari kita.

Kuncitara yang berlaku pada 2020 menyaksikan bagaimana Veveonah Mosibin terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan talian internet bagi menyiapkan peperiksaan dalam taliannya. Bukan saja perkara ini cukup memalukan, ia juga menunjukkan bagaimana pemimpin kita gagal dan leka untuk terus maju supaya kita terus kekal berdaya saing.

Pun, nampaknya kita lebih peka akan hal lain – misalannya perkara yang melibatkan wiski dengan nama berbunyi ‘Melayu’, soal kedai nombor 4D, serta mereka yang memilih untuk memakai baju secara songsang (crossdresser). Sungguh mengagumkan bagaimana negara kita cukup bersiap-siaga untuk menggunakan segala kekuatan kerajaan yang ada bagi menangkap seorang wanita transgender yang baru pulang dari Thailand.

Saya juga cukup ‘kagum’ dengan cara kita menyalurkan tenaga dengan, acapkali, bersungguh-sungguh, melihat kepada sekolah vernakular serta hak mereka untuk wujud seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sementara itu, mereka yang mahu memansuhkan sekolah vernakular nampaknya terlepas pandang dua perkara penting.

Pertamanya, mereka gagal untuk melihat bagaimana sekolah kebangsaan tidak lagi berdaya menahan beban proses Islamisasi, yang mengakibatkan pelajar bukan-bumiputera terus terpinggir dan diasingkan.

READ MORE:  Just a storm in a Timah cup! Or was it?

 

Kualiti pengetua dan guru sekolah yang semakin menjunam akibat mereka yang dilantik oleh kerana mereka dari kaum ‘istimewa’ (dan bukan kerana merekalah yang terbaik) juga sekaligus memberi kesan kepada kualiti sistem pendidikan kita.

Kita melihat tahap kualiti yang semakin merudum dalam soal keupayaan menguasai pelbagai bahasa, pemikiran kreatif dan kritikal serta kemampuan menyelesaikan masalah. Kedudukan kita di dalam ujian pendidikan globa Pisa (yang mengira tahap kebolehan pelajar dalam menggunakan pembelajaran mereka bagi menyelesaikan permasalahan harian melibatkan kemampuan membaca, sains dan matematik) juga berada di bawah purata.

Kedua, akibat dari merudumnya kualiti sekolah kebangsaan, sekolah vernakular secara ironiknya menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa dari golongan minoriti – dan juga, menariknya, ibu bapa berketurunan Melayu juga.

Apa yang saya sedari tentang Malaysia adalah saatnya ada peluang bagi mencabar, bersaing dan meningkatkan tahap kolektif semua yang terlibat di lapangan, akan muncul politikus xenofobik yang cukup sempit fikiran kemudiannya akan memetik akan keperluan bagi polisi afirmatif atau alasan lain bagi meminda peraturan atau polisi yang mencantas atau menafikan ruang persaingan. Beberapa pemain utama syarikat korporat menjadi mangsa akibat tindakan sebegini.

Jika mencantas persaingan tidak terlalu ekonomikal, cara mudah dan malas lainnya adalah dengan merampas sebahagian besar pegangan bisnes menerusi perundangan atau cara lain. Kita melihat perkara ini berlaku menerusi percubaan bagi memindah hak milik sekurang-kurangnya 51% ekuiti syarikat logistik kepada bumiputera – sebuah langkah yang bukan saja tidak beretika, tetapi pada saya, juga sebuah ‘rompakan’ di siang hari yang cukup semberono.

Sekali lagi, pemimpin kita cukup pendek akal dan tidak sedar akan kesan jangka masa panjang undang-undang yang sebegitu. Nassim Nicholas Taleb, pengarang buku Skin in the Game, menyatakan bahawa jika peniaga tidak lagi mempertaruhkan segala-galanya di dalam bisnes, serta tidak lagi melaburkan jerih peluh, darah dan air mata, besar kemungkinan mereka tidak akan berupaya bagi menampung perkembangan serta kecekapan apatah lagi untuk menunggang segala ketidakpastian, serba ketidakmungkinan serta kerawakan di dalam hidup serta perniagaan.

Mereka akan gagal. Lihat saja bagaimana begitu ramai kontraktor bumiputera yang biasa disuap dengan kontrak dari kerajaan: selepas lima dekad, mereka masih tidak mampu untuk bersaing jika kerajaan tidak mendukung mereka. Kontraktor sebegini terlalu biasa dengan keistimewaan sebegini mengakibatkan mereka lupa bahawa mereka yang membayar cukai bagi ‘menyuap’ mereka semakin mengecil.

READ MORE:  What ails the medical profession?

 

Menjadi kaya dengan mudah atas nama tindakan afirmatif nampaknya melarat ke dalam ruang budaya yang berlainan. Dengan keadaan yang bercelaru ini, kleptokrasi mula muncul menjadi ragam budaya yang semakin diterima serta menjadi amalan para politikus serta pendukung mereka.

Namun begitu, entahkan rahmat atau pun tidak, pada 2016, ragam budaya sebegitu menjadi tamparan kepada muka kita semua, saatnya 1MDB menjadi “skandal kewangan terbesar dalam dunia” – sebuah lagi perkara yang cukup memalukan serta akan ditanggung oleh pembayar cukai kita semua!

Tidak dapat dinafikan, kita sekarang ini mengalami pendarahan yang membuak-buak. Setiap satu, kita kerugian berbilion akibat rasuah. Kita melukakan syarikat asal tempatan; kita melukakan pelabur asing.

Kesan penuh dari polisi serta tindakan songsang sebegini mengakibatkan pendarahan yang paling teruk – di mana kita kehilangan anak-anak kita, yang di mana, dengan merekalah terkandung bakat terbaik yang kita ada.

Kehilangan itu bukan sahaja melibatkan mereka yang mampu untuk keluar tetapi juga mereka yang terpaksa kekal. Bagi setiap anak yang memilih untuk keluar, ribuan yang lain dipinggirkan atau tidak membesar bagi memenuhi potensi diri mereka.

Saya merujuk kepada anak kita semua – Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban, Melanau serta semua anak negeri ini, yang lahir dengan warna kulit yang berlainan. Kita juga semakin kehilangan mereka. Saatnya kita kehilangan anak anak kita, kita juga kehilangan segala harapan bagi sebuah masa depan yang makmur dan bermaruah.

Jika kita tidak melakukan apa-apa, jika orang kita enggan berfikir, jika polisi afirmatif tidak diselia dan dibangunkan semula bagi membantu kelompok berpendapatan rendah tanpa mengira kaum, negara ini tidak akan mampu bangkit dari kelumpuhan.

Kita perlu membangun bersama. Kita perlu menjadi satu. Tiada seorang pun yang kan berjaya saatnya ada yang ditinggalkan. Kita mampu melakukannya jika kita berupaya mencari paradigma baru.

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

KISAH AMARAN YANG TIDAK DIENDAHKAN

 

Tular kisah Nurul Izzah pernah beri amaran tentang bahana banjir tidak lama dahulu. Waktu itu rasanya PM masih lagi Mahiaddin.

Kerajaan gagal bertindak dari peringatan yang diberikan oleh Nurul Izzah itu. Bahkan Menteri Alam sekitar berkata Malaysia tidak terjejas dengan perubahan iklim.
Dan seterusnya, yang berlaku adalah perubahan kerajaan. Dalam tempoh perubahan kerajaan, tak berbunyi langsung tentang risiko yang bakal dihadapi rakyat kesan perubahan iklim.
Dan hari ini rakyat jadi mangsa kerakusan ahli politik. Kerajaan yang memegang kuasa lebih mahu buat persediaan hadapi pilihanraya. Dan bukannya persediaan hadapi bencana.
Sudahlah tidak bersedia, respon pula perlahan yang amat. Dengar cerita, ada bantuan yang ditahan kerana stiker parti belum ditampal.
Ada juga bantuan yang dihalang daripada bergerak kerana menunggu Menteri datang untuk rasmikan masjid. Ini manusia atau syaitan yang memerintah ni? Kejam sungguh!
Lepas ini nanti boleh nampak muka menteri tolong bersihkan rumah mangsa. Konon berjiwa rakyat. Itu cara mudah mereka tutup dosa dan kegagalan mereka membantu rakyat.
Sedangkan tugas sebenar mereka merangka persediaan menghadapi bencana dan pastikan bantuan sampai pada kadar paling cepat, gagal dilaksanakan.
Untungnya mereka, fikiran rakyat Malaysia sudah terdoktrin sebegitu rupa. Kalau menteri beri beras, tolong cuci lumpur, menteri itu baik.
Kalau tahun depan banjir lagi pun tak apa. Nanti menteri tolong cuci lagi dan beri beras lagi. Walau pun tugas sebenar kerajaan menghalang kejadian ini dari berterusan berlaku tak pernah dibuat.
Untung jadi menteri Malaysia.

HENTIKANLAH FITNAH ALLAH TAALA

 



HAMZAH RIE NA


Bagi puak2 yg mengatakan Selangor ditimpa bala oleh Allah SWT kalian memang terlalu berburuk sangka dgn Tuhan.

Baitullah pernah dilanda banjir teruk sehingga kelihatan seperti air kolam bertakung.

Lebih ajaib lagi, Mekah berada dikawasan padang pasir yang kering kontang. Adakah puak2 terlebih cerdik itu ingin mengatakan Mekah yg dilanda musibbah banjir juga diberikan malapetaka oleh Allah?

Heyyyy geng jumud, gunalah akal berfikir. Jgn kerana kalian bencikan MBnya sesedap hati kalian menunggang nama Allah.

Kerana kalian anggap Amiruddin so call Kartel kalian cipta fitnah kpd Allah yg Maha Suci lagi Maha Pengasih? Hentikan segera menunggang agama!

 

MENGINSAFKAN DALAM KEHIDUPAN

 

IBRAHIM MAT ISA





Ada yang mengalami kematian, kesengsaraan dan kesusahan, kepenatan berfikir dan menguruskan kerosakan, mana yang boleh diguna lagi terpaksa dibersihkan..

Aku teliti semua berita banjir di Selangor dari jauh dalam kepenatan membersihkan kesan banjir yang membadai dua malam lalu.

Antara yang sangat terkesan ialah pasukan penyelamat enggan memberikan bantuan atau menyelamatkan sebuah keluarga yang sedang dikuarantin kerana gejala Covid19 sedangkan air telah naik dan mereka terperangkap di tingkat atas. Kejadian itu di Shah Alam.

Bala ini memberi kita petunjuk bagaimana rupa manusia yang takutkan makhluk dari arahan Tuhan.

Sedih beb! Cukup menginsafkan aku!

 

PEMIMPIN UMNO DAN PROJEK TAMBAK LAUT MELAKA

 

Sebelum pilihan raya negeri Melaka pada November lalu, kerajaan negeri yang diketuai Sulaiman Md Ali mendesak pelaksanaan projek penambakan mega yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ).

Meliputi 33km pesisir pantai dan lapan kawasan pilihan raya, kerajaan negeri berjanji untuk menarik pelaburan berbilion ringgit.

Projek mega itu turut dimasukkan dalam manifesto BN pada pilihan raya itu.

Dengan pembinaan projek yang dijangka meliputi 25,000 ekar tanah, ia akan mewujudkan perubahan drastik kepada pantai Melaka.

Kebimbangan terhadap projek itu dibangkitkan semasa pilihan raya negeri, terutamanya berkaitan impaknya terhadap perikanan.

Pada masa ini, projek tebus guna Klebang yang baru di bawah pelan tindakan M-WEZ sedang dalam peringkat penilaian impak alam sekitar (EIA).

Semakan Malaysiakini terhadap laporan EIA dan profil pemaju mendapati pemimpin Umno dikaitkan dengan projek itu.

Dua veteran Umno Melaka, timbalan pengerusi Umno negeri, Mohamad Ali Mohamad dan bekas timbalan exco, Ghazale Muhamad, terlibat secara langsung.

Mohamad Ali, 57, juga adalah senator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara sekarang.

Syarikat di bawah Mohammad Ali dan Ghazale memiliki kawasan konsesi di bawah projek yang dicadangkan.

Syarikat mereka dianugerahkan 300 ekar tanah ketika tempoh BN/Umno memerintah kerajaan negeri dan Ghazale adalah timbalan exco yang menyelia hal-hal berkaitan.

Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang kemungkinan berlaku konflik kepentingan.

Firma tidak aktif dianugerahkan kawasan konsesi

Menurut laporan EIA yang dikemukakan oleh Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) Sdn Bhd, cadangan projek penambakan itu – yang dinamakan sebagai Projek AJA – terletak kira-kira 5km dari Pekan Klebang, Melaka Tengah.

Dokumen lampiran daripada laporan EIA menunjukkan bahawa kerajaan BN terdahulu menganugerahkan 300 ekar (saiz kira-kira 226 padang bola) kawasan konsesi penambakan kepada empat syarikat.

Perjanjian itu ditandatangani antara Jun 2016 dan Februari 2017.

Empat syarikat itu ialah Dewi Pertiwi Development Sdn Bhd (DPDSB), Golden Straits Development Sdn Bhd (GDSSB), Nusa Waja Sdn Bhd (NWSB) dan BBM Ventures Sdn Bhd (BBM).

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), empat syarikat itu berada dalam status tidak aktif dengan maklumat kewangan terkini mereka menunjukkan pendapatan mereka sebagai “sifar”.

Daripada empat syarikat itu, BBM mempunyai status kewangan yang paling teruk apabila menanggung kerugian sebanyak RM107,699 pada 2016.

Berdasarkan profil masing-masing, BBM berurusan dengan cari gali mineral manakala yang lain terlibat dalam perniagaan tebus guna tanah.

NWSB paling lama ditubuhkan iaitu pada 2007 manakala BBM hanya ditubuhkan pada Januari 2015, dua tahun sebelum ia dianugerahkan kawasan konsesi berkenaan.

Syarikat dikawal oleh Mohamad Ali dan isteri

Maklumat dari SSM mendedahkan bahawa Mohamad Ali dan isterinya Rosefouziah Salleh adalah pemegang saham empat syarikat itu.

Pasangan itu memiliki sepenuhnya tiga syarikat iaitu DPDSB, GSDSB dan NWSB.

Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Mohamad Ali, yang membuat penampilan sulung sebagai calon BN, tewas dengan majoriti 530 undi di kawasan Sungai Udang.

Bagi BBM Ventures pula, selain Mohamad Ali dan isterinya, bekas Adun Rim, Ghazale juga disenaraikan sebagai pemegang saham.

Veteran Umno itu memegang 40 peratus kepentingan dalam syarikat itu manakala selebihnya dimiliki oleh Mohamad Ali dan isterinya.

Semakan dalam talian mendapati Ghazale dilantik sebagai timbalan exco kewangan, tanah, perancangan ekonomi pelaburan dan perindustrian selepas PRU13 semasa Idris Haron menjadi ketua menteri pada 2013.

Dalam tempoh yang sama, Ghazale merupakan timbalan exco bagi hal-hal berkaitan pembangunan sungai, pantai dan pulau Melaka.

Perlu diingatkan bahawa kawasan konsesi dianugerahkan oleh unit perancang ekonomi negeri (UPEN) di bawah pejabat ketua menteri.

Memandangkan Ghazale adalah timbalan ketua menteri dalam mengendalikan isu-isu tersebut, ia membawa kepada persoalan kemungkinan berlaku konflik kepentingan.

Selepas kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) pada 2020, Ghazale dilantik sebagai timbalan speaker DUN sehingga ia dibubarkan pada Oktober lalu.

Kerajaan negeri berjanji dapatkan kelulusan

Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh pemaju dan kerajaan negeri, sebaik sahaja projek tebus guna itu siap, kerajaan negeri akan menerima satu perenam bahagian tanah tebus guna itu. Tanah-tanah ini akan menjadi “tanah kerajaan”.

Sementara itu, jika pemaju meminta bantuan, kerajaan negeri akan membantu syarikat mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dicadangkan itu “diluluskan dan disahkan dengan cepat oleh pihak berkuasa yang berkaitan”.

Gene & Quin Holdings Sdn Bhd, salah sebuah syarikat induk pemaju projek, mengumumkan di laman webnya bahawa projek itu akan terdiri daripada kawasan perumahan, kawasan komersial, pembangunan marin pinggir laut dan kemudahan kapal layar tepi laut.

Malaysiakini telah menghubungi Mohammad Ali, Ghazale dan Gene & Quin Holdings (syarikat induk Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) untuk mendapatkan komen.

Semasa pilihan raya negeri Melaka, BN berjanji untuk melaksanakan projek M-WEZ yang disifatkan sebagai “game-changer” kepada ekonomi negeri.

Bagaimanapun, PH dan Perikatan Nasional (PN) menentang projek itu dengan alasan ia akan memberi kesan kepada aktiviti perikanan tempatan.

Sumber – Malaysiakini.