Kerajaan yang lemah jadi faktor kes Covid-19
terus meningkat, analisa negara dunia buktikannya. Kenyataan Pakar penyakit
berjangkit yang diiktiraf Badan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Adeeba Kamarulzaman
memberi gambaran yang tepat senario krisis Covid-19 di Terengganu dan juga di
Malaysia.
Kita
perhatikan, dimana wujud kerajaan yang lemah seperti di Bolivia, Peru dan
Afrika Selatan, maka di situlah masalah Covid-19 kekal dan bertambah.
Di
negara negara ini juga terdapat sikap dwi standard iaitu antara dua darjat di
mana rakyat hilang hormat kepada SOP kerajaan yang dlkuatkuasa secara tidak
adil.
Contohnya di Terengganu, nyawa rakyat
diperjudikan demi perniagaan namun tiada kompaun dikenakan terhadap pengurusan
perniagaan hotel kerajaan yang bersalah.
Kenyataan
YB Khairy semalam masalah rakyat tidak patuh SOP amat tepat tetapi ia mesti
disertai juga patuh SOP dari pihak kerajaan.
Rakyat
bosan melihat banyak pihak VIP dan kerajaan yang terlepas denda melanggar SOP
yang melibatkan risiko nyawa.
Nampaknya pembukaan pintu pelancongan
tempatan di Terengganu mulai 1 September lebih menjadi keutamaan kerajaan
bukannya keselamatan rakyat.
Berita
Hotel Primula milik kerajaan Negeri Terengganu, masih beroperasi pada 5
September walaupun jangkitan pertama Covid-19 bermula 16 Ogos dan kes positif
mencecah 35 pekerja sebelum notis penutupan dikeluarkan amat mengejutkan dan
mendukacitakan.
Kalau hotel swasta, hanya dua atau tiga orang
jangkitan sudah diarahkan ditutup.
Itu
pun hanya berlaku selepas puluhan pekerja hotel mengadu kepada kami dan satu
aduan rasmi kepada KKM yang mengeluarkan arahan segera untuk tutup.
Hari
ini selepas sebulan mula merebak Covid-19 di Primula dan 10 hari selepas KKM
mengarahkan seluruh hotel ditutup, masih tidak ada pengumuman saman atau apa
apa tindakan denda ke atas hotel kerajaan tersebut.
Inilah
yang dimaksudkan oleh Dr Adeeba amalan atau sikap dwi standard antara dua
darjat oleh kerajaan yang hanya menghukum rakyat biasa dan tidak kepentingan
kerajaan.
Kerana
rakyat anggap kerajaaan tidak serius bertindaklah diantara sebabnya
kebelakangan ini tahap Covid19 di Terengganu telah meningkat sekitar 900
jangkitan berbanding sekitar 100 sahaja dahulu.
Kami
mendesak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengambil tindakan tegas atas
insiden Hotel Primula yang melibatkan kluster Primula seramai 35 orang
jangkitan, dengan 22 orang lagi masih menunggu keputusan ujian. Hari ini pula
puluhan yang telah diuji minggu lepas, diminta diuji semula pada Rabu 15
September..
Ramai
pekerja dan ahli keluarga mereka dalam ketakutan seperti laporan sebuah portal
terkemuka yang telah menemubual mereka.
Laporan
ada juga menyebut EXCO Kesihatan Negeri Dr Alias Razak menyatakan mereka hanya
mengikut arahan dari KKM seolah olah KKM pula yang tidak menjalankan tugas
pemantauan walhal KKM hanya bertindak mengikut maklumat yang disampaikan kepada
mereka oleh pihak hotel. Adakah maklumat terperinci di berikan oleh hotel
kepada KKM?
KJ
selaku Menteri Kesihatan yang baru perlu berlaku tegas dan adil memastikan
denda dan hukuman setimpal dikenakan kepada hotel yang bersalah walaupun ianya
milik kerajaan.
Tidak
berapa lama dahulu beberapa anak muda rider FoodPanda di Terengganu telah di
saman ribuan ringgit kerana makan pada waktu rehat tanpa penjarakkan mengikut
SOP. Bagaimana pula saman denda dengan hotel jutaan ringgit milik kerajaan
Negeri?
Isu
Hotel Primula melibatkan setakat ini sekurang kurangnya 35 kes positif tidak
termasuk 3 keluarga di rumah dan kenapa selepas 10 hari masih tiada hukuman
denda dikenakan sebagai contoh seriusnya penguatkuasaan SOP Kerajaan mengatasi
COVID19?
Seperti
kenyataan pakar penyakit berjangkit seperti Dr Adeeba, jika kerajaan lemah dan
mengenakan denda hukuman dua darjat, rakyat tidak akan mengambil serius SOP dan
masalah COVID 19 akan sukar diatasi.
Rakyat
menaruh harapan tinggi kepada Khairy Jamaluddin agar membetulkan persepsi ini
dan membuktikan seriusnya kerajaan mengatasi Covid19 demi negara tercinta
menjelang hari Malaysia 2021.
RAJA
KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu
Pengerusi AMANAH Terengganu.
Sumber: