-
September 15, 2021
Khairy Jamaluddin berkata, KKM mahu
memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti
pengajian latihan kepakaran di IPT tempatan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti
langkah untuk memberi peluang kepada doktor kontrak mendapatkan “hadiah latihan
Persekutuan” bagi melanjutkan pengajian sarjana yang ketika ini kelebihan itu
hanya layak diterima oleh doktor tetap bagi mendapatkan tajaan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa ini
doktor kontrak hanya boleh mendapat “parallel pathways”.
“Kita mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak
supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di institusi pengajian
tinggi (IPT) tempatan.
“Ini demi masa hadapan mereka dan antara yang dituntut dan
dinantikan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai
rancangan kerajaan untuk menjamin masa depan doktor kontrak di negara ini.