Di parlimen hari ini, Sempornayg juga Presiden Warisan berucap
dengan membidas PH yg tandatangan MOU bsama kjaan untuk atasi masalah rakyat.
Kalau kamu tidak mahu tandatangan, duduk lah diam2. Kamu pun
bukan dari PH. Tapi bila kamu mahu jadi PM, kamu harapkan sokongan PH. Kononnya
kamu tidak mahu bekerjasama dgn kerajaan bukan mandat rakyat.
Safie Apdal patut beritahu apakah perkara di dalam MOU itu yang
merugikan rakyat? Apakah perkara di dalam MOU tu yang boleh menutup mulut PH
untuk mengkritik kerajaan? Prinsip manakah yang PH jual apabila menandatangani
MOU tersebut? Kalau MOU itu dilaksanakan, itu bonus bagi PH dan untung bagi
rakyat. Kalau MOU itu diengkari, rugi bagi rakyat dan PH tidak rugi apa2 kerana
PH berada di status quo sebagai Pembangkang.
Alasan Shafie menolak kerjasama atau MOU itu adalah kerana
melibatkan kerajaan bukan mandat rakyat. Dia tak mahu bekerjasama dengan
kerajaan tanpa mandat rakyat tetapi sanggup bekerjasama dengan orang tua saka
yang menjatuhkan kerajaan PH sehingga pengkhianat masuk dan wujudnya kerajaan
sekarang?
Hakikatnya, MOU itu melibatkan DSAI sebagai leader dari PH. Jika
idea itu datangnya dari orang tua saka, kompom dia sokong. Itu je.
WFAUZDIN NS