Kelirukan YDPA dalam isu majoriti satu penderhakaan tertinggi – Anwar
By Manzaidi Mohd Amin - 5 August 2021
MPPH telah buat penelitian bahawa Muhyiddin cuba kelirukan YDPA.
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) bersama rakan dan parti
pembangkang memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar dan
mengelirukan Yang di-Pertuan Agong berhubung kedudukannya sebagai perdana
menteri selepas UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan
Nasional (PN).
Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH), Datuk Seri
Anwar Ibrahim menjelaskan, tindakan perdana menteri itu satu perbuatan
penderhakaan tertinggi terhadap ketua utama negara dan tidak patut dimaafkan.
Perkara itu, kata beliau, boleh disahkan
tanpa sebarang keraguan dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu
urusan sahaja iaitu membentang, membahas dan memutuskan undi tidak percaya
terhadap Muhyiddin.
“Pimpinan PH membuat perkiraan yang teliti bersama rakan dari
parti pembangkang dan semua yang tidak menyokong Muhyiddin, ternyata beliau
telah tidak bercakap benar dan telah mengelirukan Yang di-Pertuan Agong sewaktu
sesi mengadap semalam.
“Ini adalah satu tindakan penderhakaan tertinggi terhadap Ketua
Utama Negara dan tidak patut dimaafkan.
“Kami berpandangan mesti ada tindakan
tegas terhadap penipuan yang dilakukan di peringkat tertinggi sehingga sanggup
tidak bercakap benar dan mengelirukan Seri Paduka Baginda,” katanya menerusi
kenyataan kepada media hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden Parti Amanah Negara
(Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menurut Anwar, tindakan menangguhkan undi tidak percaya sehingga
September amat tidak wajar kerana isu sokongan terhadap Muhyiddin dan
kestabilan kerajaan PN mesti diputuskan sekarang.
Kata beliau, selagi mana ia ditangguhkan,
selagi itulah isu kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak dapat
diselesaikan.
Malah, Raja-Raja Pemerintah telah bertitah pada 16 Jun lalu betapa
pentingnya kerajaan itu stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti
rakyat.
“Rakyat yang tertekan akibat masalah ekonomi serta pandemik
Covid-19, termasuk jumlah kes dan kematian yang begitu tinggi setiap hari
mewajibkan kita menyelesaikan masalah ini sekarang,” katanya.
Beliau mengulangi pendirian MPPH dan semua parti dalam blok
pembangkang termasuk Ahli-ahli Parlimen yang telah menarik sokongan terhadap
Muhyiddin iaitu mendesak diadakan sidang khas Parlimen pada Isnin, 9 Ogos untuk
memutuskan isu itu.
“Kami turut memohon semua penjawat awam terutamanya badan
penguatkuasa terus bertindak secara profesional, neutral dan tidak sesekali
mengikut selera politik parti pemerintah sekarang untuk menekan atau mengugut
Ahli-ahli Parlimen khususnya dalam hal sokongan terhadap Muhyiddin,” katanya.
Panas! Kedudukan Kerajaan Johor akan diuji pada Sidang DUN 12 Ogos?
August 5, 2021
Berubah di Persekutuan, berubahlah di negeri.
Itu naratif yang menjadi ‘kepercayaan’ pemerhati politik tanah air ketika ini terhadap negeri-negeri yang mungkin terancam sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.
Tidak terkecuali Johor yang kini memiliki 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpihak kepada kerajaan, manakala 27 kerusi lagi milik pembangkang atau Pakatan Harapan (PH).
Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan menentukan keabsahan kedudukannya dalam Sidang Parlimen September ini, timbul cakap-cakap bahawa Johor juga perlu membuat perkara sama terhadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.
Sidang DUN akan bermula 12 Ogos ini, tetapi beberapa pihak juga berkata usul tersebut tidak perlu dilakukan lagi pada masa itu kerana masih terlalu awal atau lebih tepat perlu bergantung kepada keputusan di peringkat Parlimen.
Bercakap mengenai perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya juga belum mempunyai apa-apa perancangan untuk mengemukakan usul tergempar itu pada Sidang DUN akan datang.
Katanya, mereka juga pada masa sama perlu melihat sebarang perkembangan di peringkat Persekutuan sebelum memutuskan apa-apa perkara yang hendak dilakukan.
“Tetapi perkara itu (usul percaya atau tidak percaya) terpulang kepada kumpulan-kumpulan lain jika ada yang mahu melakukannya sebagai usul tergempar, PH Johor tetap perlu berbincang dengan peringkat pimpinan terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.
Persengketaan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjejaskan kedudukan UMNO Johor yang kini menerajui kerajaan negeri dengan sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dan seorang ADUN Pas.
Ditanya apakah PH mungkin akan menyokong Hasni untuk terus kekal sebagai Menteri Besar sekiranya terdapat sebarang pengundian, Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani berkata, beliau tidak boleh keluarkan kenyataan sewenang-wenangnya tanpa perbincangan.
KES COVID TERUS MENINGKAT, SANG PENGUASA TERUS BEEGELUT MENIPU TENTANG KEABSAHAN KERAJAAN DAN PAS SOKONG PENIPUAN
Kes Covid sudah cecah 20K. Muhyidin masih kata dia ada majoriti,
tapi tak mahu sahkan skrg di Parlimen. Dia minta bulan september. Nak tunggu
berapa byk kes lagi dan berapa ramai setiap hari mati akibat Covid? Puak khianat
ini setiap malam berkumpul bincang bagaimana mahu terus kekal berkuasa. Rakyat
terus menderita.
Masalah Covid yang semakin kritikal harus ditangani melalui
pemerintah, yakni kerajaan yang mesti memiliki keabsahan, bukannya kerajaan
"palsu' yang tiada mandat rakyat dan tiada sokongan majoriti dalam
parlimen.
Mengapa susah sangat mahu mengaku tiada sokongan? Kuasa dan
jawatan tidak boleh dibawa ke kubur pun. Parti lebai tahu fakta dan hakikat
bahawa mereka juga berada dalam kerajaan yang tiada majoriti. Ibarat menyokong
Imam solat yang ditolak majoriti jamaah atau makmum. Apakah Pas tidak tahu
hukum atau campakkan hukum ke longkang asalkan mereka dapat jawatan dan kuasa
secara "haram"?
WFAUZDIN NS
Zahid beri bayangan ada wakil rakyat Umno akan jadi katak
August 5, 2021
Dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi ‘katak melompat’ berulang.
Iaitu tragedi hitam yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.
Kena tahu sifat ‘katak” bukan saja-saja melompat. Sama ada cari habuan atau mahu menyelamatkan diri.
Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan.
Sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi ‘katak’.
Namun ingat rakyat sedang menilai jika ada wakil rakyat yang menjadi ‘katak’ seterusnya.
Rakyat tahu apa perlu dilakukan ke atas ‘katak-katak’ ini apabila tiba masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
ZAHID HAMIDI
#kataklompat
#usultidakpercaya
#jagaintegriti
KALAU UMNO BERANI , IA TINDAKAN TERPUJI
Jika terbukti UMNO
berani memecat Ismail Sabri, ia adalah suatu tindakan amat terpuji demi masa
depan parti….
Kebenaran rentas negeri, kelonggaran sektor sosial diumum esok atau lusa - PM
Seperti contoh rentas negeri atau rentas daerah, nak jumpa ibu bapa di tempat lain atau suami dan isteri terpisah dengan anak, itu kita akan putuskan juga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dataran Felda Batu 27, Lenga serta menyampaikan sumbangan makanan basah kepada masyarakat Felda Moakil di lokasi sama.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pengumuman berhubung kelonggaran SOP berkaitan sektor sosial juga akan diumumkan sehari dua lagi termasuk aktiviti riadah selepas memuktamadkannya menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagaimanapun beliau turut mengingatkan bahawa negara belum mencapai nilai ambang yang diperlukan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Jadi saya harap dengan kelonggaran nanti adalah sedikit rasa lebih selesa untuk riadah, bersukan dan sebagainya. Ini yang telah dipertimbang oleh MKN dan kita telah setuju cuma belum diumumkan lagi. InsyaAllah kita akan umumkan sehari dua sahaja lagi.
“Cuma nak ingatkan bahawa kita belum sampai ke nilai ambang walaupun ada keterbukaan ini kita masih ada dalam situasi yang belum lagi sepertimana warga kita divaksinasi 100 peratus,” tambahnya.
ADAKAH INVERMACTIN BERKESAN ?
ZUWAIRY MOHD YUSOF
ape kabar oh si VAKSIN,
suntik 3 dos pun tak berguna,
semuanya sia2,
hanya scam kapitalis sahaja....
IVERMECTIN melangkah jauh,
mencari ruang di MALAYSIA,
IVERMECTIN dah lama guna,
tapi di tutup kabinet durjana
anda semua jangan terpedaya scam vaksin kapitalis keparat.suntik
1,2 dan 3 dos bukan jaminan ko selamat dari varian DELTA.cuma IVERMECTIN
terbukti selamat berjaya tak perlu amik banyak kali.kes jadi teruk sebab ade
ubat berkesan tapi di halang kabinet yg mahu paksa orang guna vaksin yg belum
terbukti teruji keberkesannya dan tahap selamatnya.kabinet UMNO-PAS-PPBM-GPS
mahu kamu semua segera suntik supaya negara capai herd immunity dan PRU15 boleh
diadakan secepat mungkin bukan sebab mereka nak pulihkan ekonomi yg hancur
lebur dan jaga kebajikan kamu yg tunggang langgang.Cuma PAKATAN HARAPAN serius
mahu uruskan wabak dan pulihkan kembali ekonomi negara yg musnah akibat
flipflop kabinet MAHIADDIN
PEJA....YEEEHAAA....
Muhyiddin terus mencengkam kuasa, lantik Peja jadi ‘menteri’
August 5, 2021
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri bertaraf menteri.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Faizal akan bertanggungjawab menasihati Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.
“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Azumu di atas pelantikan ini,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini.
Kenali tiga golongan penyebab negara kita mundur
OLEH : NORMAN RADUAN
POSTED BY AMIR WRLR
Himpunan 400 anak muda dan himpunan 107 Ahli Parlimen dikecam dengan pelbagai andaian. Bodoh, tidak takut mati, gila kuasa dan sebagainya.
Siapa yang berkata begitu? Ia ada tiga golongan. Pertama, mereka yang dikatakan ‘macai’, kedua, mereka yg bergelar walaun dan ketiga mereka yang berfikiran lebih kolot dari rakyat Zimbabwe. Kenapa?
Ketika puluhan ribu manusia di seluruh dunia terutama negara-negara maju seperti bandaraya Los Angeles, Sydney, New York, London dan banyak lagi berdemontrasi mengecam Israel dan membela Palestin, ada kalian melihat mereka menulis di media sosial mengecam tindakan tersebut?
Sebabnya bukan Anwar Ibrahim di kota London tersebut dan bukan Lim Guan Eng di New York tersebut.
Apabila Pusat Pemberian Vaksin (PPV) padat manusia dan dikatakan ramai yang dijangkiti Covid-19 di situ, ada suara-suara mereka ini mengecam di media sosial mereka? Begitu juga jutaan pekerja kilang, mereka bisu.
Kenapa negara kita mundur dan kenapa Umno boleh mengusai negara 60 tahun lamanya? Ia terjadi kerana ada beberapa ‘puak’ Melayu yang mudah diperhambakan. Mahu kenali siapa mereka itu?
1) Puak A
Pemain politik sendiri. Mereka menjadi pengikut dan pengampu politik untuk mendapat laba politik. Kelompok inilah yang kuat menghasut orang Melayu dengan memainkan sentimen perkauman.
Sasaran utama mereka kepada Melayu luar bandar yang rasis atau popular dipanggil ‘macai’. Mereka menghasut untuk perut mereka dan keluarga. Projek dan komisen adalah modus operandi mereka. Yang malangnya orang bawahan (rakyat teramai).
2) Puak B
Golongan orang kampung yang ekstrem kepada agama dan kurang berpendidikan. Kelompok ini mudah terkhayal dengan mereka yang berjubah dan berserban. Mereka ini dianggap mencari jalan pintas ke syurga. Kelompok ini dikenali sebagai walaun.
Puak ini sukar diubah, pertama kerana taksub dan kurang pendidikan. Puak ini takkan peduli apa bukti yang diberikan walaupun sekali lagi bulan terbelah dua. Ketaksuban mereka tidak akan berubah.
3) Puak C
Golongan yang hanya ikut-ikutan. Puak ini tidak berada di dalam parti dan dilihat neutral atau bersederhana dalam politik. Namun, hakikatnya puak ini akan mengecam musuh politik mereka. Contoh, kes himpunan anak muda dan Ahli Parlimen. Jika ajak berhujah mereka sukar menjawab dengan fakta.
Mereka inilah yang ramai terpengaruh dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) untuk mengecam tindakan anak muda dan Ahli Parlimen.
Alasannya mudah ‘tak sayang nyawa’ musim Covid-19. Tapi himpunan ribuan untuk Palestin, kesesakan PPV, kesesakan kilang-kilang, himpunan menteri-menteri di rumah Perdana Menteri, dia tak peduli. Golongan inilah yang disebut pemikiran lebih kolot daripada rakyat Zimbabwe.
Kelompok ini ramai dan hanya tahu merungut seperti kes Covid-19 tinggi, ribuan rakyat bunuh diri, ribuan mati kerana Covid-19, jutaan hilang pekerjaan tetapi mereka tidak tahu puncanya dan kenapa ia berlaku.
Mereka hanya merungut. Ini memang gaya kebanyakan orang Melayu, tidak mahu berfikir dan mudah terhasut dan taksub. Sebab itu jika ada kes skim cepat kaya 90 peratus orang Melayu akan tertipu.
Moralnya di sini sekarang baharu kita tahu kenapa kerajaan yang dulu boleh bertahan 60 tahun lamanya memerintah negara walaupun berpuluh bilion setahun wang rakyat dirompak setiap tahun. Sebab mentaliti tiga kelompok itu.
Jika kaum Cina menguasai bidang peniagaan, kaum India dan Sikh menguasai bidang perubatan dan guaman, orang Melayu menguasai bidang rasuah. Buktinya setiap bulan yang dibawa ke mahkamah kerana rasuah rata-rata orang Melayu.
Orang Melayu kelas bawahan didoktrinkan dengan sifat perkauman hingga minda mereka terus dijajah dengan dibutakan kebenaran. Bagi mereka negara ini milik orang Melayu sahaja. Orang Melayu sahaja yang perlu dibela hingga orang Melayu boleh melakukan apa sahaja jenis jenayah dan perlu disokong atas nama Melayu.
Apabila dalam keadaan sekarang baru kita sedar. Berbilion wang dirompak tersebut, kita mampu membina 20 lagi hospital dengan kelengkapan terkini. Kita mampu menyediakan penempatan lebih selesa mereka yang dikuarantin. Kita mampu memberikan pelbagai bantuan subsidi kepada rakyat.
Namun, rakyat bergelar macai, walaun dan berfikiran lebih kolot daripada rakyat Zimbabwe itu tidak tahu kekayaan negara ini mampu untuk kerajaan lakukannya tapi kerana merekalah negara ini berhutang trilion. Itu bezanya pemikiran rakyat negara maju dan pemikiran rakyat dunia ketiga.
Anwar merayu golongan profesional, penjawat awam, jangan jadi perkakas orang politik
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / August 5, 2021
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada golongan profesional dan penjawat awam agar tidak menjadi ‘perkakas’ kepada orang politik dan tidak diperalatkan oleh mana-mana badan politik.
Beliau berkata, biarkan segala perkara diserahkan kepada orang politik untuk menyelesaikan sesuatu masalah mengikut saluran yang betul.
Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) menerusi kenyataanya pernah menyatakan kekesalannya dengan tindakan pihak kerajaan yang mengarah serta memperalat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untung menghalang pergerakan Ahli Dewan Rakyat memasuki bangunan Parlimen.
“Saya merayu golongan profesional dan penjawat awam memahami perkara ini. Serahkan kepada orang politik untuk menyelesaikan masalah mengikut saluran yang sah dan akhirnya (kami akan) menyerahkan budi bicara kepada Agong untuk putuskan.
“Jangan mereka gunakan kesempatan sekarang ini untuk menjadi perkakas orang politik, menekan, mengugut memantau, dan memerangkap. Jangan,” katanya dalam satu video di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, PH juga memberi amaran kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berhubung arahannya supaya premis Parlimen dikuarantin ekoran tercetus kes Covid-19 di kawasan itu sehingga menyebabkan sesi sidang khas Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan.
PH mengingatkan agar Noor Hisham tidak membenarkan dirinya diperalat demi menutup Parlimen dan menghalang sidang khas seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini juga PH menegaskan bahawa kadar positif di Parlimen hanyalah 0.9 peratus dan berpandangan bahawa tidak ada jumlah kes yang signifikan di Parlimen sepanjang empat hari bersidang.
Terkini! Najib dan Umno dapat balik aset RM114 juta
August 5, 2021 2:30
Sejumlah aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.
Timbalan Pendakwaraya Faten Hadni Khairuddin memberitahu Astro AWANI, berdasarkan semakan dengan pegawai penyiasat, aset terbabit telah diserahkan pada 17 Jun lepas.
Tambahnya lagi, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.
“(Aset) telah diserahkan kepada DSN melalui wakil kerana pihak pemohon (pendakwaan) tidak memfailkan rayuan,” katanya lagi.
Pada Mei, Muhammad Jamil menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences yang terletak di ibu negara pada 17 Mei 2018.
Ketika menyampaikan keputusannya, Muhammad Jamil berkata, pendakwa raya gagal membuktikan wang RM114,164,393.44 yang disita itu terbabit dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain itu, hakim juga memutuskan pendakwa raya gagal membuktikan wang berkenaan wujud hasil aktiviti pengubahan wang haram.
Untuk rekod, pendakwaan pada 2019 telah memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap OBYU Holdings untuk melucut hak barangan.
Ia merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Panas! Ismail Sabri bakal dihadap ke Jawatankuasa Disiplin Umno?
Panas! Ismail Sabri bakal dihadap ke Jawatankuasa Disiplin Umno?
August 5, 2021
Zahid berkata akan ada “akibat” bagi naib presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas sokongan jelasnya terhadap Muhyiddin dengan menemaninya ketika siaran langsung ucapan khas perdana menteri awal hari ini.
Zahid mengatakan Ismail Sabri telah bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi malam tadi untuk menarik sokongan Muhyiddin dan keluar dari kerajaan PN.
“Dia berada di pertemuan itu semalam dan dia setuju dengan keputusan Majlis Tertinggi untuk menarik sokongan dari PN. Dia memberitahu anggota Majlis Tertinggi bahawa dia akan mengikuti keputusan parti, ” kata Zahid.
Sambil menambah bahawa Majlis Tertinggi akan dipandu oleh perlembagaan parti dalam mengambil tindakan terhadap Ismail Sabri.
“Kami akan bertindak mengikut perlembagaan parti. Akan ada akibat dari penampilannya, di mana dia tidak menyokong keputusan parti yagn dibuat semalam.
“Saya akan menyerahkannya kepada lembaga disiplin untuk mengkaji keputusannya,” katanya.
Awal hari ini, Muhyiddin, yang merupakan ketua Bersatu dan PN, mengumumkan bahawa usul undi percaya untuk menentukan kesahihannya akan diadakan di Parlimen ketika Dewan akan bersidang bulan depan.
Dia berkata demikian selepas menghadap rutin mingguan dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
“Semasa hadirin, saya menyampaikan kepada Agong bahawa saya telah menerima sejumlah pernyataan undang-undang dari Ahli Parlimen, meyakinkan saya bahawa majoriti anggota Dewan Rakyat masih menyokong saya,” kata Muhyiddin.
Oleh itu, isu peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43 (4) (perlembagaan persekutuan) tidak dibangkitkan.
Anggota kabinet yang menyertai Muhyiddin dalam ucapan langsung itu ialah Ismail Sabri (Umno), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu), Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS), Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), Menteri Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu), Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (PBB), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS) dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan (MIC).
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali juga hadir.
Zahid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengatakan bahawa dia telah menghantar surat itu untuk menunjukkan senarai tambahan SD sebagai lanjutan dari surat sebelumnya kepada Agong.
“Umno mencabar pemerintah untuk meminta sidang parlimen khas segera untuk membuktikan bahawa perdana menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Parlimen bersidang pada bulan September.”
Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/37043
((PANAS)) NAJIB RAZAK, SYED SADDIQ & HANNAH YEOH SANGGAH MAHIADDIN. KENA...
Jelas surat YDPA pada si CIRIT petik perkara 43 (4) bermaksud mintak dia letak jawatan. Dia berdegil walau tak boleh buktikan majoriti sekadar maklum yang dia kumpul sejumlah SD sokongan. Kalau berani, panggil sidang Parlimen sekarang. Kenapa September??* Akai #PMCirit buying time. Nak beli MP le tu. Choiihh.
*************
zus din
JANGAN BERTANGGUH JATUHKAN MAHIADDIN, APA JAMINAN PARLIMEN SEPT NANTI TIDAK DIMANDULKAN SEKALI LAGI?
Sama ada 8, 11, 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia tetap menyebabkan Mahiaddin Md Yasin hilang sokongan majoriti.
Tidak musasabah sama sekali bila beliau memaklumkan kepada Agong adanya akuan sokongan yang mencukupi terhadapnya di sebalik 8 orant Ahli Parlimen UMNO di fasa pertama yang menarik sokongan terhadapnya.
Lebih tidak munasabah lagi Mahiaddin memiliki sokongan mencukupi ialah berikutan Zahid Hamidi pada petang semalam telah mengutus warkah tambahan kepada Agong memaklumkan ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO turut menarik sokongan.
Ketika disokong UMNO pun, majoritinya hanya cukup-cukup makan atau mungkin tidak mencukupi, bagaimana Mahiaddin boleh mendakwa sokongan dimilikinya masih ada, meskipun sejumlah Ahli Parlimen UMNO sudah sah mengumumkan penarikan sokongan mereka.
Jika begitu, beranikah beliau mendedahkan secara terbuka sokongan dimilikinya?
Namun demikian, di sebalik semua orang sedar Mahiaddin adalah Perdana Menteri tanpa sokongan majoriti dan tanpa rasa malu untuk berlama-lama lagi di jawatannya itu, beliau dalam masa yang sama setuju keabsahannya diuji melalui undi percaya di Parlimen pada September depan.
Pengakuan itu dizahirkannya di depan Agong ketika majlis menghadap sebelum mesyuarat kabinet semalam.
Soalnya, kenapa September?
Jika benar Mahiaddin ada sokongan mencukupi sebagaimana didakwanya ketika menghadap Agong, mengapa ia tidak diuji serta-merta?
Logiknya, menangguhkan sehingga ke September bermakna Mahiaddin memang tidak ada sokongan mencukupi dan dengan itu memerlukan lebih masa untuk meneruskan usaha bagi mencukupkan angka.
Kalau betul sokongan telah mencukupi, bukan saja mustahil beliau mahu menangguhkannya untuk dibuktikan, bahkan tentunya bimbang kemungkinan angka jadi berkurangan bersama ruang masa yang terus terbuka.
Makanya, jalan selamat ialah membenarkan ujian keabsahannya dilakukan dengan serta-merta.
Tetapi, dengan menunggu sehingga September, apakah ini bermakna ada Ahli Parlimen yang bakal digamit dan dibeli selepas ini?
Siapakah Ahli Parlimen sasaran untuk dibelinya kali ini?
Bagaimana jika gagal melakukan sebarang pembelian dan apa helah Mahiaddin seterusnya?
Masih sediakah beliau berdepan undi percaya dalam keadaan angka yang menyokongnya masih tidak mencukupi?
Menoleh ke belakang bagaimana sebelum ini Mahiaddin melengah-lengahkan pembukaan Parlimen, menggantungnya menggunakan alasan darurat, hanya berani mengadakan sidang khas Parlimen tanpa perbahasan serta pengundian dan kemudian menangguhkannya melalui sandaran Covid19 yang rapuh, walhal sebenarnya kerana semakin tak tertahan dengan asakan blok pembangkang, janjinya untuk membenarkan usul percaya bagi menentukan kedudukanya tetap menimbulkan keraguan.
Beliau seperti ada agenda atau helah lain di sebalik tiba-tiba setuju kedudukannya diuji melalui usul percaya di Parlimen pada bulan September dan bukannya serta-merta.
Apakah jaminan sidang Parlimen September nanti tidak dibatalkan atau ditangguh lagi dengan alasan yang lain, mungkin kerana jumlah kes harian Covid19 telah mencecah 20 ribu atau 30 ribu?
Apa pun, blok pembangkang harus sentiasa hati-hati dan waspada kerana yang nyata, Mahiddin tidak akan sesekali sedia menyerahkan kuasanya jika beliau tahu akan kalah dalam pengundian usul percaya itu nanti.
Sebaik-baiknya, blok pembangkang bersama dengan UMNO harus terus mengasak, menekan dan mencari jalan agar Mahiaddin dijatuhkan sesegera mungkin sebelum sidang Parlimen dijadual diadakan pada September nanti.
Sebagaimana belum pernah ada Perdana Menteri sebelum ini dijatuhkan di Parlimen, Mahiaddin tentu juga ingin mengelak sejarah itu tertimpa kepada dirinya.
Pokoknya, jangan tunggu hingga September untuk menjatuhkan Perdana Menteri, bimbang nanti bersama kuasa dan helah barunya, semua kita akan terus sengsara kerana Mahiaddin berjaya lagi mengekalkan kedudukannya.
Oleh itu, apa kata ditunjuk dan dipaparkan secara terbuka angka yang tidak bersama Mahiaddin dalam sehari dua ini, biar bukan saja Agong lebih jelas mengenainya, tetapi juga agar rakyat dan dunia tahu tentangnya.
(ShahbudinHusin 05/08/2021)
Keputusan Ismail jelas membelakangkan UMNO
Shahaniza Shamsuddin
KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Maran kecewa dan dukacita dengan
kenyataan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang membuat pengumuman terbuka
menyokong penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan
Nasional (PN).
Ketua UMNOnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata,
kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Maran itu secara jelas membelakang dan
bercanggah dengan kehendak dan keputusan parti.
“UMNO Bahagian Maran ingin membuat
penegasan bahawa aspirasi parti dalam mempertahankan agama, bangsa dan
tanahair, selain mempertahankan kemuliaan Institusi Raja Berpelembagaan
mestilah menjadi asas pedoman dan panduan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan itu, UMNO Bahagian Maran mengambil pendirian bersama kepimpinan di setiap peringkat bahagian dan cawangan UMNO Maran bahawa ketetapan yang telah dipersetujui dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan keputusan parti harus dihormati oleh setiap pemimpin UMNO dalam membawa hala tuju parti. – MG
PM Mahiaddin ada majoriti: Mungkin persembahkan sokongan palsu? - Wanita PH
POSTED BY AMIR WRLR
Wanita Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis semalam terhadap
kenyataan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin yang mendakwa beliau masih
mempunyai majoriti di Parlimen.
Bagi Timbalan Ketua Wanita PH, Senator Raj Munni Sabu, dakwaan
Mahiaddin tersebut tidak selari dengan tindakan 8 Ahli Parlimen Umno yang
mengumumkan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional pada 3 Ogos
lalu.
"Saya bersama beberapa rakan bagi pihak Wanita PH telah
membuat laporan polis terhadap Tan Sri Mahiaddin yang didakwa memperdaya
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong daripada segi jumlah
sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau setakat ini.
"Dalam satu satu siaran sidang media di laman rasmi Tan Sri
Mahiaddin bertarikh 4 Ogos 2021, yang disiar langsung sekitar jam 12.30
tengahari dan telah mendapat liputan meluas pelbagai media elektronik, beliau
berkata telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sejumlah surat akuan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan beliau
beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti.
"Sedangkan angka yang beliau persembahkan itu palsu. Ini
kerana, sekitar 115 Ahli-ahli Dewan Rakyat telah sepakat menolak kepimpinan
beliau sebagai Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Wanita Amanah itu lagi, tidak mungkin majoriti
dipegang Mahiaddin lebih 112 selepas ditolak 8 Ahli Parlimen Umno.
Katanya, dengan jumlah 107 Ahli Parlimen pembangkang sedia ada
dicampur 8 Ahli Parlimen Umno maka jumlah yang menolak Mahiaddin lebih besar
berbanding menyokong, daripada 220 Ahli Parlimen keseluruhan.
"Laporan polis yang kami Wanita PH buat jam 8 malam, 4 Ogos
2021 adalah untuk memohon agar Tan Sri Mahiaddin disiasat segera mengikut
peruntukan undang-undang yang sewajarnya," kata Raj Munni lagi.
PN layak digelar kluster derhaka – Noor Hariri
“Kami ingin nyatakan, penarikan sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri kerana tidak mahu bersengkokol dengan penderhaka yang telah beberapa kali mempermainkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Bahkan, tidak timbul langsung soal sabotaj gerak kerja kerajaan PN kerana semua rakyat tahu perdana menteri gagal mentadbir negara dengan kes Covid-19 semakin meningkat, bukan menurun sepanjang darurat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menyifatkan Ketua Pemuda PN, Ir. Khairil Nizam terlalu angkuh dan perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan dangkal dan jijik kepada rakan Muafakat Nasional (MN).
Menurut beliau, krisis Perlembagaan yang
berlaku hari ini, jelas membuktikan semua parti komponen dalam PN layak digelar
sebagai kluster derhaka.
Justeru, Noor Hariri yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir
Mas menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan secara
terhormat kerana telah hilang sokongan majoriti dan keabsahan selaku ketua
kerajaan.
Pada masa sama, beliau meminta semua Ahli Parlimen UMNO akur
keputusan MKT untuk tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan penderhakaan
terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Mesyuarat MKT pada 3 Ogos lalu, katanya, telah memilih untuk
mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan
mempertahankan kerajaan PN selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
“Ahli Parlimen UMNO mesti menunjukkan kesetiaan dan ketaatan
yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda YDP Agong sebagai
menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan,” katanya.