Shahaniza Shamsuddin
KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Maran kecewa dan dukacita dengan
kenyataan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang membuat pengumuman terbuka
menyokong penuh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan
Nasional (PN).
Ketua UMNOnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata,
kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Maran itu secara jelas membelakang dan
bercanggah dengan kehendak dan keputusan parti.
“UMNO Bahagian Maran ingin membuat
penegasan bahawa aspirasi parti dalam mempertahankan agama, bangsa dan
tanahair, selain mempertahankan kemuliaan Institusi Raja Berpelembagaan
mestilah menjadi asas pedoman dan panduan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan itu, UMNO Bahagian Maran mengambil pendirian bersama kepimpinan di setiap peringkat bahagian dan cawangan UMNO Maran bahawa ketetapan yang telah dipersetujui dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan keputusan parti harus dihormati oleh setiap pemimpin UMNO dalam membawa hala tuju parti. – MG