APAKAH PERLANTIKAN DAN TINDAKAN MAHIADDIN MENEPATI PERLEMBAGAAN
APAKAH PERLANTIKAN DAN TINDAKAN MAHIADDIN MENEPATI PERLEMBAGAAN Tamrin Tun Ghafar
Lelaki ini kata pandangan Nurul Izzah mengenai strategi vaksinasi tepat
1- Sebelum ini aku sudah berapa kali mengulangi, Kebergantungan Kerajaan hanya kepada program Vaksinasi untuk keluar dari Pandemik Covid-19 tidak tepat, Kelmarin pandangan yang sama diungkapkan Nurul Izzah di parlimen, Bagi aku pandangan ini tepat.. bagi aku perbahasan yang baik..
2- Nurul Izzah bukan membicarakan hanya soal strategi Vaksinasi, Tetapi kesan Ekonomi kepada rakyat, mengukur masalah rakyat mengikut neraca yang tepat.. Pendapatan Rakyat dinilai dengan melihat kesan sebenar dari wabak Covid-19, Bukan menjadikan M40 dan B40, atau Bandar dan luar bandar sebagai ukuran..Apa yang penting Nurul Izzah mengungkapkan perkataan pendekatan “REALISTIK” dalam menghadapi pandemik..
3- Bila aku mengkritik cara PM berfikir dengan menganggap Vaksin seperti Ubat, Tanpa strategi lain termasuk memperkukuhkan sistem kesihatan, Ramai yang pertikai pandangana aku sebelum ini..Hari ini Najib razak sendiri acah acah membuat pandangan yg sama.. dan hari ini terbukti, Biarpun sudah 50% Di Vaksinasi, Kes dan Kematian masih tinggi.. disebabkan apa? Sistem kesihatan kita lumpuh..
4- Nurul Izzah memberikan contoh negara Iceland dan UK yang aku sebutkan sebelum ini, Memang benar, Itulah yang berlaku di UK.. Dari sifar kematian pada awal Jun, hari ini purata kematian dalam lingkungan 70-80.. Ini pun belum masuk musim sejuk lagi setiap penhujung dan awal tahun..
5- Itu sebabnya ketka ramai yang memuji UK berjaya keluar dari Pandemik, Aku dah tulis, UK masih belum teruji dengan pembukaan sektor Sosial dan Sekatan, Kejayaan UK sebenarnya pada sudut kawalan.. Bukan Vaksinasi semata mata..
6- Aku tak nafikan Program vaksinasi penting, Tetapi mengharapkan Vaksin sebagai Ubat ajaib menghilangkan Wabak adalah satu kebodohan, Ia sama seperti Mahaiddin dengan mengharapkan menaburkan wang i-Sinar, KWSP dan BPN, Masalah Ekonomi, Pengangguran akan selesai.. Ia takkan berlaku..
7- Apa yang diperlukan, Belajar dari kebijaksanaan beberapa Negara seperti Korea Selatan dan Vietnam, Seperti aku sebut, Vietnam vaksinasi Dos kedua mereka tak sampai 1%, baru 0.4%.tetapi kawalan mereka baik… Kalau aku bandingkan dengan Singapura, Mungkin ada yang anggap negara itu kecil dan mudah dikawal, tetapi Vietnam yang populasinya 3 Kali ganda Malaysia..
8- Jadi seperti juga Ekonomi, dalam menangani wabak dan Pandemik, Kita perlukan sebuah Kerajaan dan Pemimpin yang ada kebijaksanaan.. Bukan sekadar ada keberanian seperti Mahiaddin, Kalau Berani seperti mahiaddin.. kaki judi juga berani memperjudikan duit simpanan dia dengan mengharapkan pulangan yang besar, Tetapi Bodoh.., Lihat saja hasil projek projek mega dia seperti NFC dan I-Bestari sebelum ini, Semua gagal biarpun perbelanjaannya besar dan kosnya tinggi..
9- Vaksin pula kita berhabis lebih RM 5 billion.. atas sebab itu mereka mengambil mudah dalam memperkukuhkan sistem kesihatan, Perlantikan Doktor.. sebab apa ? mereka anggap Vaksin itu satu satunya Ubat ajaib.. Itu belum kira RM 200 Billion pengeluaran KWSP dan Suntikan Fiskal bernilai Berpuluh Billion Semua Gagal..
10- Jadi ini masanya Negara kita perlu berubah kepimpinan yang diyakini masyarakat antarabangsa, Yang ada kebijaksanaan menghadapi kemelut Ekonomi dan Kesihatan, Bukan pemimpin hanya pandai berbelanja seperti Kaki Judi atau Berdoa dan bertakbir bagi menyelesaikan masalah Pandemik..Jika datang dari cara Khianat..Tidak ada keberkatan apapun yang boleh kamu Harapkan..
Letaklah Jawatan Mahiaddin.. !
Ipohmali
Batal darurat: Apa akan jadi Isnin ini? Oleh SABKI YUSOF
Di awal Januari, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk satu pengisytiharan darurat atas alasan menangani Covid-19. Hakikatnya, pada masa itu Kerajaan PN berada dalam keadaan seperti ‘telur dihujung tanduk’ setelah Umno menimbangkan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, pada Januari 12, 2021, YDPA telah memperkenan proklamasi darurat dan diisytiharkan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021.
Setelah pengisytiharan darurat, kerajaan PN masih gagal menguruskan pandemik, ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Kes makin meningkat, kematian bertambah setiap hari, rakyat dikurung dalam lockdown, hilang kerja dan sumber pendapatan, dan ramai yang bunuh diri. Anak-anak sekolah tidak dapat pendidikan dengan sempurna.
Di media sosial, rakyat mengadu nasib kepada YDPA dan merayu diberi perhatian pada nasib rakyat.
Prihatin dengan rayuan rakyat Malaysia, pada 16 Jun 2021, YDPA telah memanggil satu perbincangan khas di kalangan Raja-Raja Melayu. Sebelum itu pada 9 Jun 2021, YDPA juga telah mula memanggil menghadap pemimpin-pemimpin parti politik dan beberapa pihak dan individu berkaitan untuk mengambil pandangan.
Seusai mesyuarat, pada malamnya, Istana Negara mengeluarkan satu perutusan media yang cukup jelas dan tegas untuk disampaikan kepada kerajaan dan rakyat.
Antara kandungan penting adalah di para ke-2 perutusan itu yang menyebut “Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.”
Dengan jelas YDPA menitahkan kerajaan untuk segera mengadakan sidang Parlimen bagi membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
Ini selaras dengan peruntukan Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu,…”
Ternyata YDPA telah bertitah bersandarkan peruntukan perundangan yang tepat demi memastikan isu-isu yang terkait dengan kepentingan rakyat dibentang dan dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.
Malangnya, kerajaan mengambil sikap dingin terhadap titah YDPA. Beberapa insiden dan kenyataan media Kerajaan PN menunjukkan sikap acuh tak acuh sehinggakan Speaker dan Timbalan Speaker dipanggil menghadap ke bawah duli Seri Paduka Baginda pada 28 Jun 2021.
Hanya pada 5 Julai 2021 Kerajaan PN mengumumkan tarikh Mesyuarat Khas Parlimen akan diadakan pada 26 Julai 2021. Keputusan ini dibuat pada hari terakhir dalam tempoh 14 hari yang diberikan Umno yang mendesak Kerajaan PN untuk segera menetapkan tarikh sidang Parlimen. Ternyata keputusan ini dibuat Kerajaan PN dalam keadaan terdesak kerana sekali lagi takut hilang sokongan dari Umno.
Kerajaan PN berusaha mengelakkan dari membentang dan membahaskan ordinan darurat di Parlimen kerana bimbang pihak kerajaan gagal mendapat sokongan majoriti semasa undian sekaligus membangkitkan persoalan legitimasi Kerajaan PN. Sedangkan sidang itu penting untuk wakil-wakil rakyat membahaskan isu-isu yang terkait kepentingan rakyat pada waktu krisis ini.
Bagi mengelakkan pembentangan ordinan-ordinan darurat, Kerajaan PN menetapkan Mesyuarat Khas itu dibuat di bawah peraturan mesyuarat 11(3), di mana Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk memanggil sidang khas dan menetapkan urusan mesyuarat. Maka tiada aturan ditetapkan untuk pembentangan dan perbahasan ordinan-ordinan darurat seperti dititahkan oleh YDPA dalam perutusan Seri Paduka Baginda pada 16 Jun 2021.
Tidak cukup dengan itu, sebagai persediaan lanjut untuk mengelakkan pembentangan dan perbahasan proklamasi dan ordinan darurat, Kerajaan PN mengambil satu tindakan terdesak membatalkan kesemua ordinan-ordinan darurat pada 21 Julai 2021, beberapa hari sebelum Parlimen bermesyuarat.
Secara tiba-tiba di hari pertama Mesyuarat Khas Parlimen, Menteri Undang-Undang mengumumkan kesemua 6 ordinan darurat telah dibatalkan. Malangnya, apabila ditanya samada pembatalan itu telah mendapat perkenan YDPA, Menteri gagal menjawab.
Sekali lagi pengumuman pembatalan darurat ini jelas membelakangkan kedudukan institusi YDPA dan mengelirukan Parlimen.
Akhirnya Kerajaan PN berselindung di belakang Speaker Dewan Rakyat yang menangguhkan jawapan Menteri (sama ada pembatalan ordinan darurat sudah mendapat perkenan YDPA atau tidak) untuk dijawab pada hari Isnin 2 Ogos 2021.
Tentunya pada Isnin nanti, jawapan Kerajaan PN bahawa tiada lagi keperluan perkenan dari YDPA kerana proklamasi darurat telah tamat pada 1 Ogos 2021, dan soalan pembangkang sudah bersifat akademik.
Begitulah kelam-kabut Kerajaan PN yang hidupnya sentiasa dalam kebimbangan kehilangan kuasa dan fokus Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya adalah bagaimana untuk terus mempertahankan kuasa. Yang terabai adalah rakyat dan negara.
Dalam proses itu, Kerajaan PN telah mempermainkan kedaulatan perlembagaan dan undang-undang, meremehkan institusi Parlimen dan sistem demokrasi negara, malah gagal setia dan patuh pada institusi Raja-Raja Melayu.
Panas! Pemimpin AMANAH dan UMNO Kelantan mula bincang, elak bertembung dalam PRU15, kata sumber
AMANAH Kelantan dan Umno negeri mengorak langkah strategik untuk tidak bertembung sebagai usaha menumbangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, kata sumber parti.
Pemimpin kedua-dua parti mengesahkan kepada The Malaysian Insight, perbincangan sudah pun dimulakan secara tidak rasmi dan masing-masing menunjukkan kecenderungan positif ke arah itu.
Tempat duduk Ku Li di Dewan Rakyat diubah ke Blok Bebas
Tengku Razaleigh dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Azhar bertarikh 26 Julai memohon agar tempat duduknya di Dewan Rakyat dipindahkan berhampiran Blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini. - Sumber Jabatan Penerangan Malaysia
HANGPA INGAT SEMUA PAK LEBAI BODO CAM WALAUN KAH...Cybertrooper Pas bantai Takiyuddin kaw-kaw
MENTERI PAS BUAT KESILAPAN FATAL
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Menghilangkan diri ni tak gentleman, YB Menteri. Sejak semalam memang nampak pihak kerajaan tak ready dengan peluru-peluru serangan MP daripada PH. Damage fatal pulak. Memang hangit lagi kena goreng hari ni.
2) PH pernah buat banyak damage dalam parlimen dengan damage yang boleh diubati. Tapi kerajaan PN buat damage lebih besar dan fatal. Kalau PRU15, PH menang – PH akan lebih strong daripada 22 bulan memerintah terdahulu.
3) Saya yakin penyokong kerajaan PN pun nampak PN buat kesilapan besar. Tak mampu nak backup apa dah, saya nampak cubaan-cubaan memainkan sentimen apabila isu MP-MP DAP terjerit-jerit ketika YAB PM ajak bertafakur dan baca al-Fatihah kepada mangsa-mangsa Covid19.
4) Sentimen ini cuba dibesarkan untuk menyerang MP-MP DAP tersebut. Apa yg saya nampak, kemungkinan besar 3 MP DAP yang terjerit-jerit ketika bacaan al-Fatihah adalah kerana mereka tidak dengar pun kata-kata PM yang mengajak baca al-Fatihah, sebab suasana terlalu bising. Saya fikir jika mereka dengar, mereka akan pun diam juga seketika untuk menghormati bacaan al-Fatihah.
5) Sentimen begitu mudah saja PH nak padam. Cukup minta maaf sebab tak sengaja, tak dengar. Tapi kesilapan fatal yang menteri PN buat, memang tak ada cara dah untuk ditutup. Ia perlu diakui, mohon maaf dan letak jawatan. Saya tidak suruh menteri letak jawatan, tapi secara moralnya tak ada cara lain melainkan letak jawatan.
Sekian
Sumber: https://www.facebook.com/100044
Tunggu data negara lain untuk teruskan vaksin kepada pelajar SPM, kata Khairy
Oleh NASUHA RAHMAN / July 28, 2021
Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pemberian vaksinasi kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), demikian menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Ini kerana katanya, ia selaras dengan keputusan United Kingdom yang menangguhkan pemberian vaksin kepada golongan berumur 12 ke 17 tahun.
Katanya, sebelum ini kerajaan telah meluluskan vaksin jenis Pfizer kepada golongan umur 12 hingga 17 tahun tetapi jawatankuasa vaksin syorkan ia perlu ditangguhkan terlebih dahulu.
Menurut Khairy dalam sesi penggulungan hari ini, keputusan itu berdasarkan kesan sampingan yang berlaku iaitu radang jantung di mana 40 kes per 1 juta dos vaksin Pfizer yang diberikan kepada lelaki berusia 12 hingga 29 tahun.
“Walaupun ia kes kecil tetapi kita bimbang, kita kena tunggu untuk data negara-negara lain bagi meneruskan vaksin ke atas golongan remaja ini.
“Separuh besar kes di United Kingdom tidak ada kematian tetapi kita tidak tahu kesan jangka panjang. Jadi JKJAV mencadangkan golongan ini tidak diberi vaksin.
“Soal pelajar SPM kita nak bagi vaksin tetapi setelah dapat pandangan pakar barulah kita putuskan tidak akan bagi,” katanya.
Ketika ini pemberian vaksin hanya kepada remaja yang akan mencapai usia 18 tahun termasuk pelajar tahun peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Vaksinasi bagi golongan ini akan diteruskan mengikut penjadualan dan janji temu yang ditetapkan.
Khairy turut memberi jaminan semua guru termasuk kakitangan sokongan harus divaksin sekurang-kurangnya satu dos sebelum sekolah dibuka pada 1 September ini.
Jangan layan doktor rawat Covid-19 macam penjenayah – Saifuddin
By Mohd Zaini Samsu Hadi - 28 July 2021
KUALA LUMPUR – Pembangkang mahu penjelasan berhubung siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap seorang doktor yang didakwa diambil keterangan selama empat jam malam tadi berhubung Hartal Doktor Kontrak.
Perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu – (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberitahu, beliau dimaklumkan daripada seorang peguam yang terpaksa bergegas ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, tengah malam tadi berhubung perkara yang sama.
Menurutnya, doktor tersebut telah disoal siasat selama empat jam di PKRC berkenaan dari pukul 12 malam hingga pukul 4 pagi.
“Saya tersentuh bila mendengar bagaimana seorang peguam pagi tadi terpaksa bergegas ke MAEPS sebab pengarah PKRC itu buat aduan masa hartal oleh doktor, dia buat laporan polis.
“Polis siasat doktor itu pukul 12 malam..berapa lama dia siasat, empat jam sampai pukul 4 pagi…12 malam hingga 4 pagi..doktor itukan sedang bertugas untuk menguruskan pesakit…jadi satu perkataan sahaja yang saya nak kata intimidasi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin meminta agar para doktor yang sedang bertungkus lumus berjuang dalam mendepani penularan Covid-19 tidak layan seperti seorang penjenayah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gelugor, Ramkarpal Singh kemudiannya mencelah dengan meminta agar para doktor tidak diberi tekanan mental seperti itu dan menggesa agar perkara tersebut dipandang serius.
Beliau turut meminta penjelasan daripada kerajaan apakah amalan semacam itu masih digunakan pada ketika ini.
Penegasan Ramkarpal itu kemudiannya mendapat sorakan ahli Parlimen pembangkang yang menggesa pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri supaya meminta maaf kepada para doktor.
Rakyat menilai YB mana bernas berhujah atau main wayang
Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA / July 28, 2021
Siaran langsung sidang Dewan Rakyat amat menarik untuk ditonton khalayak massa. Jika tidak silap, ini kali pertama saya menonton sidang dewan secara penuh.
Majoriti khalayak yang berada di rumah boleh meneliti, memerhati dan “jegei” mata melihat keletah, perangai dan tingkah laku Ahli Parlimen yang mereka undi itu.
Sejauh manakah wakil rakyat mereka membuat perbentangan dengan fakta-fakta bernas dan penerangan yang jelas dan terang, berserta hujah-hujah yang mantap.
Bagaimana mereka membahas dalam mengemukakan hujah, mengkritik dan menolak segala tohmahan.
Atau mereka boleh menonton wakil rakyat yang bersandiwara, main wayang bertindak bagaikan badut, suka mengganggu hujah, perbentangan dan penerangan wakil rakyat lain atau sengaja bertindak membantutkan penerangan wakil rakyat tersebut mengenai suatu isu supaya tidak fokus.
Tidak ada apa yang hendak berselindung di kaca televisyen, segala kata-kata kasar atau kesat, tuduh menuduh, luahan kemarahan dalam kalangan wakil rakyat dapat ditontoni.
Khalayak juga boleh menonton wakil rakyat manakah yang pandai berhujah berdebat dan mengemukakan idea bernas daripada mereka yang bermain-main di Parlimen.
Rakyat juga boleh perhatikan manakah wakil rakyat yang dapat membalas dengan spontan jika disergah dengan jawapan-jawapan sensitif, pandai menepis atau menolak daripada menjawab atau juga memberikan jawapan tidak berkaitan soalan yang ditanya.
Amatlah berharap sidang Dewan Undangan Negeri juga boleh ditayangkan secara lintas langsung di kaca televisyen juga.
Walaupun Parlimen dan DUN bukan seratus peratus menguji ketrampilan wakil rakyat tetapi setidak-tidaknya rakyat boleh mengukur kredibiliti wakil rakyat mereka, kerja-kerja mereka, apa isu yang mereka bawa, bagaimana mereka berhujah dan sejauh mereka memainkan peranan.
Dalam isu-isu hangat dan keprihatinan rakyat ia dapat juga menunjukkan sejauh manakah wakil rakyat kerajaan membuat kerja mereka dan kepentingan siapa yang diutamakan, survival politik atau rakyat umpamanya.
Bukankah wakil rakyat ini adalah hamba rakyat, YB sebagai Yang Berkhidmat kepada rakyat bukan Yang Berhormat. Teringat pula filem ‘Aku Yang Berhormat’ lakaonan Hamid Gurkha, R. Jaafar, Dharma Harun, Norlia Ghani, Jamali Sadat, M. Rajoli dan A. Galak yang ditayangkan pada 1983.
Filem yang diarahkan oleh Raja Ismail ini mengisahkan tentang Hamid dan Jaafar yang bekerja sebagai petani dan anggota RELA. Mereka bersepakat dan berusaha untuk menjatuhkan seorang wakil rakyat bernama Jamali yang pecah amanah, salah guna kuasa dan sombong.
Jaafar telah mencalon dan menaikkan Hamid sebagai wakil rakyat baharu. Dengan mendapat sokongan daripada penduduk kampung, mereka akhirnya berjaya menjatuhkan Jamali dan menggantikan Hamid sebagai wakil rakyat yang baharu.
Selain memaparkan fenomena politik tempatan, filem ini sedikit sebanyak memberi sindiran dan nasihat kepada golongan Yang Berhormat (YB). Sutradara menyindir secara terus bahawa YB yang sombong, tidak amanah dan salah guna kuasa tidak disokong rakyat. Walaupun ia disajikan secara berjenaka, namun sindiran itu ternyata sinis dan pedas.
Sidang Parlimen kali ini membuka kesempatan luas bagi rakyat untuk mulai mempertimbang dan membuat keputusan dalam membangun kehidupan demokrasi berasaskan prestasi wakil rakyat mereka.
Mereka juga harus menjadi polis atau mata-mata kepada segala kerja-kerja, sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan wakil rakyat di kawasan Parlimen dan Adun.
Semasa penularan Covid-19, adakah wakil rakyat atau Ahli Parlimen turun ke kawasan mereka dengan penuh keprihatinan membantu penduduk di kawasan Parlimen terjejas.
Atau mereka dengan alasan banyak kerja di Kuala Lumpur hanya menghantar orang kanan atau wakil mereka ke kawasan Parlimen.
Dengan ini rakyat juga boleh menilai sejauh manakah keberkesanan wakil rakyat yang mereka pilih semasa pilihan raya nanti. Jangan hanya seperti kelaziman apabila dekat pilihan raya, baru turun ke padang memberikan bantuan kewangan atau meluluskan projek-projek pembangunan yang mereka atau Menteri Kerajaan Pusat rasmikan.
Dalam zaman media sosial sekarang, setiap tahun atau apabila tibanya pilihan raya, wakil-wakil rakyat perlu menunjukkan kad laporan prestasi mereka kepada rakyat. Apakah yang mereka capai supaya dapat dinilai rakyat untuk diundi semula atau memilih wakil rakyat yang baharu?
Rakyat harus mendesak, memeriksa dan meneliti apa yang dilakukan mereka selama menjadi wakil rakyat.
*Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).
Antara pembentangan Menteri Kesihatan dan perbahasan Dr Dzulkefly: Netizen kata bagai langit dengan bumi
July 28, 2021
Hari ini giliran YB Menteri Kesihatan untuk membentangkan perancangan kerajaan terkait dengan kesihatan awam khususnya pandemik Covid-19. Selepas pembentangan tersebut, Ketua Pembangkang memberikan peluang kepada MP Kuala Selangor, YB Dr. Dzulkefly Ahmad yang merupakan mantan menteri kesihatan untuk membahaskan pembentangan Menteri Kesihatan.
Apa yang ingin diulas adalah berkaitan pembentangan Menteri yang begitu panjang lembar, namun tidak punya jalan yang jelas arah mana nak dibawa kesihatan awam kita. Dewan jadi lesu dan membosankan. Sehingga ada seorang MP Pembangkang memohon agar nota PDF tentang pembentangan tersebut diberikan kepada semua MP. Ia boleh menghilangkan bosan.
Seterusnya, perancangan yang dibentangkan seolah-olah tiada jalan keluar yang mampu ditunjukkan oleh kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 ini. Malang seribu kali malang, negara ini makin tersepit bukan semata-mata kerana dasyatnya Covid-19 tetapi lebih teruk kerana kerajaan hilang arah tuju mengemudi bahtera kesihatan.
Giliran Dr. Dzul untuk membahaskan pembentangan itu, walaupun diselitkan dengan celahan yang begitu ramai, namun mesej Dr. Dzul yang ingin disampaikan amat jelas sekali. Disulami dengan langkah-langkah yang diambil di Negeri Selangor, Dr. Dzul juga sesekali menyinggung kegagalan kerajaan dalam mengenalpasti masalah sebenar kesihatan negara.
Segala rakyat perlu diingat, bahawa hari terakhir Dr. Dzul menjadi Menteri Kesihatan, hanya 2 rakyat masih positif dan tiada kes baru. Tetapi setelah kecurangan yang berlaku kepada negara, ia dipimpin oleh mereka yang hauskan kuasa namun gagal mengurus pandemik. Saya yakin, walaupun Dr. Dzul bukan lagi menteri, tetapi kecaknaannya dan kesungguhannya mengikut rapat masalah pandemik ini terserlah dalam perbahasan beliau tadi.
Apabila menggulung, Menteri Kesihatan banyak tidak menjawab soalan asas yang diajukan khususnya pembangkang. Lebih teruk lagi penggulungan itu diapit dengan jeritan timbalan menteri yang mahu semua diam, sedangkan banyak soalan tak terjawab menyebabkan mereka terpaksa mencelah jawapan menteri.
Akhirnya, MP dari parti agama mencuri perhatian saya yang tidak mendokong fakta apabila mahu menepis asakan pembangkang, yang paling kuat pun mereka celah dengan berkata, sekarang kamu bukan menteri, dulu masa memerintah apa dibuat? dan meroyan jela kuala selangor. Dr. Dzul bangkitkan hampir 1 juta rakyat dah dijangkiti Covid-19 tetapi boleh MP parti agama kata itu meroyan. Bayangkan, sampai begini sekali parti komponen kerajaan kabur dengan masalah rakyat.
Ternyata antara pembentangan Menteri Kesihatan dan Perbahasan Dr. Dzulkefly, bagai langit dengan bumi bezanya, dimana Dr. Dzul lebih bersedia memikul amanah sebagai menteri kesihatan dan memahami masalah sebenar negara kita!!!
SYAZMIR HARIZ BIN NOORAZALAN
KUALITI SEORANG AHLI PARLIMEN
Sudut Pandang MSO
Wakil Kulim Bandar Baru Saifuddin Nasution Ismail memang
terkenal seorang pemidato yang mengukuhkan hujah-hujahnya denga figure dan
fakta. Inilah kelebihannya, apabila kita dengar ucapannya ia padat, kemas dan
autantif.
Sekejap tadi Saifuddin bangun membahas pembentangan program
imunisasi oleh menteri mengendalikan program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Perbahasan Saifuddin sungguh meruja dan semua apa dipersoalkan
menuntut jawaban daripada menteri. Ia ditunggu. Antara yang paling ditunggu
berhubung PPV yang digambarkan tidak diuruskan dengan baik dan peruntukannya
yang banyak meragukan.
Misalnya, kos perseorangan untuk dapat vaksinasi hanya RM30. Dan
apa yang perlu dijelaskan pihak manakah yang memperolehi kontrak pembekalan dan
penyediaan peralatan di PPV itu.
Selain itu banyak lagi isu berupa check and balance yang
dibangkitkan dan mengagihkan jawaban menteri Khairy Jamaluddin. Trims.
- MSO
Terkini! Najib dedah bakal berlaku aksi ahli Parlimen lompat melompat lagi
Pada pendapat saya, kerajaan PN tersilap langkah sebab
– Memansuhkannya lebih awal merupakan pengangkuan bahawa darurat sudah gagal memerangi Covid dan sebenarnya tidak perlu dilaksanakan. Ianya hanya merosakkan keyakinan pelabur tanpa memberi sebarang manfaat pada negara. Bahawa darurat ini cuma satu permainan politik.
– memansuhkannya secara senyap dan secara backdated merupakan satu pengakuan bahawa kerajaan hari ini sudah hilang majoriti dan mereka telah gagal membeli lebih banyak katak.
Mereka mendakwa kerajaan mempermain-mainkan rakyat dan memberi amaran kepada PN supaya tidak mengambil ringan Proklamasi Darurat.Maka katak yang pernah lompat masuk untuk selamatkan diri akan mula berfikir untuk lompat keluar sebelum kerajaan tenggelam dan mereka dijadikan sasaran pihak lawan.
Tiada siapa pernah kata bahawa katak yang lompat sekali tidak akan lompat kali kedua.
Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengejutkan banyak orang semalam apabila beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejak 21 Julai, kerajaan sudah membatalkan semua ordinan yang dimasyhurkan melalui Proklamasi Darurat.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata keabsahan kerajaan ini dipertikaikan kerana majoritinya tidak jelas, selepas Umno berulang kali memberi amaran menarik balik sokongan mereka.Katanya, kerajaan juga tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar proklamasi darurat baharu apabila ia tamat 1 Ogos ini.
“Kerajaan sedia mempermainkan rakyat dengan menyembunyikan keputusan yang mereka buat walaupun keputusan itu sangat mustahak kepada kehidupan rakyat,” kata Ahmad Fauzi.
“Kalaupun pemansuhan ordinan itu untuk mengelak undian di Parlimen, ia tetap membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mahu menggunakan Darurat untuk melawan Covid-19.
“Kalau betul, ia sepatutnya mengemukakan pelan pemulihan lebih awal, sebaik-baiknya selepas Darurat dikuat kuasa.”
Tidak mustahil kerajaan ini bergelut untuk menangani pandemik kerana ia lebih mengutamakan nyawa politiknya berbanding kesejahteraan rakyat, tambahnya.
Bekas presiden Aliran Dr Francis Loh Kok Wah berkata tidak munasabah kerajaan PN memansuhkan ordinan darurat.
“Sama seperti kerajaan PN mengisytiharkan Darurat tanpa merujuk Parlimen, ia juga menamatkannya dengan mengetepikan Parlimen sekali lagi,” katanya.
Loh berkata rakyat mahu ahli parlimen mereka memberitahu kerajaan: “Jangan main-main dengan perisytiharan darurat.”
Beliau menjelaskan darurat sepatutnya hanya jadi pilihan apabila ada ancaman yang serius kepada keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat, dan bukannya kerajaan, terutamanya kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.
Kesejahteraan kerajaan adalah urusan politik, dan dalam demokrasi, ia diselesaikan di Parlimen atau melalui peti undi, tambahnya.
“Nampaknya kerajaan PN takutkan Parlimen, mengelaknya seperti pandemik, seolah-olah ia tahu ia akan tumbang di situ,” kata Loh.
Dr Azmil Tayeb juga dari USM berkongsi pandangan sama.
“Menamatkan darurat dengan diam-diam samalah seperti mengaku darurat gagal dan kerajaan hanya mahu menyorok kegagalan itu.
“Ia tidak mahu kegagalan darurat itu diperiksa oleh pembangkang kerana akan mendedahkan bahawa selama ini tujuannya politik semata-mata,” katanya.