APAKAH PERLANTIKAN DAN TINDAKAN MAHIADDIN MENEPATI PERLEMBAGAAN
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 27/07/2021
( 1 - 29 )
1. Mengikut PERKARA 43 ( 2 ) ( a ) Agong melantik seorang Perdana Menteri yang pada HEMAT NYA MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat
2. Yang menyebabkan bak kata pepatah :
PAHAT MASIH BERBUNYI
WALAUPUN RUMAH
SUDAH LAMA
SIAP
rakyat MASIH TIDAK PUAS HATI cara pemilihan Mahiaddin itu dibuat ; rakyat juga BERHAK TAHU mengapa Agong TIDAK mahu berjumpa Tun Dr. Mahathir selepas DI TIPU Mahiaddin konon nya beliau sudah ada cukup sokongan majoriti - ada 2 cara yang SEPATUTNYA dilakukan Agong ketika itu :
i. Berjumpa Tun Dr. Mahathir bagi mendengar pandangan beliau
ii. Jika tidak yakin maka Agong BOLEH mengarahkan Speaker Dewan Rakyat panggil satu Persidangan Khas bagi MENENTUKAN siapa yang sebenar punyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat , maka berdasarkan itu baru lah membuat perlantikan
3. Sepatutnya Agong MENGGUNAKAN PENDEKATAN ATAU CARA Sultan Azlan Shah ( Alfatihah ) apabila beliau melantik Zamri Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru menggantikan Nizar Jamaluddin
4. Seorang yang amat berhati - hati dan tulus dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara , bagi berlaku ADIL seperti SUMPAH yang dilafazkan , telah menentukan SETIAP Ahli Dewan Negeri menyatakan pendirian dengan menurunkan tandatangan mereka
5. Mengapa Agong SETELAH berbincang DAN mendapat nasihat Raja - Raja Melayu TELAH DENGAN SEBULAT SUARA MENOLAK cadangan Kerajaan PN Mengisthiarkan Darurat
6. Mengapa pada kali kedua , TANPA MEMPEDULI DAN MENGHORMATI pandangan dan nasihat Raja - Raja Melayu yang lebih dewasa , berpengelaman dan ada yang mempunyai akademik yang lebih baik , Agong kali ini BERSETUJU pula mengisytiharkan BUKAN SAJA DARURAT TAPI PADA MASA YANG SAMA BERSETUJU MENGGANTUNG PARLIMEN ? - ini juga menimbulkan 1001 soalan
7. Alasan yang dimaklumlan kepada umum ikutan tindakan tersebut ialah bagi menangani penularan wabak COVID
8. Jika itu alasan nya MENGAPA angka positif COVID terus meningkat dari hanya beberapa ratus kini melebihi 17,000 sehari dengan jumlah kematian melebihi 8,000 dan yang lebih dahsyat lagi lebih 1,500 telah bunuh diri ?
9. Apa kaitan penggantungan Parlimen dengan masalah COVID sedangkan tidak lama dulu , berjuta anak - anak dibenarkan ke sekolah ?
10. Mengapa sehingga hari ini Komplek - Komplek dan kedai - kedai Perniagaan terus beroperasi , begitu juga lebih 50,000 kilang dan perniagaan diberi pengecualian asalkan mengikuti syarat - syarat SOP sedangkan Parlimen yang dianggotai seramai 220 Ahli akhir nya selepas di tegur Raja - Raja Melayu barulah dipanggil Bersidang , itu pun selama 5 hari sahaja dengan berbagai syarat di ketengahkan
11. SEBENARNYA Perintah Darurat dan Penggantungan Parlimen ini tidak lebih dari MEMPASTIKAN :
i. Kedudukan Mahiaddin yang TIDAK ADA MAJORITI terus dikekalkan
ii. Mereka BOLEH lakukan apa saja TANPA perlu mendapat persetujuan Parlimen yang sudah di gantung
12. 31hb Julai 2021 adalah tarikh akhir Darurat namun Parlimen yang KONON NYA DI BENAR BERSIDANG selama 5 hari mulai 26hb Julai 2021 tidak ubah seperti 'Kambing Masuk Kandang' - soalan dihadkan dan segala usul TERMASUK undi tidak percaya tidak dibenarkan ; Speaker Azhar Harun dan abang beliau Idrus Harun , Peguam Negara HANYA seperti :
LEMBU CUCUK
HIDUNG
mereka adik beradik yang dilantik Mahiaddin bertindak sebagai hulubalang mengawal pintu dengan tombak dan keris
13. 'SIDANG KHAS' ini sengaja diadakan bagi MELAYANI arahan Agong dan Raja - Raja TAPI TIDAK MELAKSANAKAN ARAHAN SEPENUHNYA - ini adalah sikap biadap dan kurang ajar Mahiaddin kepada Agong dan Raja - Raja seolah - olah nak mencabar 'SIAPA RAJA'
14. JIKA BENAR CUKUP MAJORITI MENGAPA BERBELIT - BELIT SEPERTI LIDAH BIAWAK - MENGAPA TAKUT ?
15. 12 hari selepas Hussein Onn ( Alfatehah ) jadi Perdana Menteri menggantikan Tun Razak ( Alfatehah ) yang meninggal di London beliau telah memanggil Sidang Khas khusus untuk Undi Percaya / Tak Percaya terhadap beliau
16. Hanya dalam tempoh 3 hari sahaja Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat sokongan Parlimen sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Dr. Mahathir - ini lah sikap dan sifat GENTELMEN bukan macam PONDAN TUA seperti Mahiaddin
17. Tengku , Tun Razak , Dr. Mahathir dan Najib tidak perlu melakukan nya kerana mereka dipilih rakyat melalui proses Pilihanraya
18. Sejak MENIKAM Tun Mahathir dari BELAKANG dengan menubuhkan KERAJAAN PINTU BELAKANG yang GAGAL ini , Mahiaddin TERUS MENGELAK dari mengadakan Sidang Parlimen bagi MENGELAKAN undi tak percaya
19. Bukankah Agong , Perdana Menteri , Menteri - Menteri dan Timbalan TERMASUK Peguam Negara dan Speaker MENGANGKAT SUMPAH BERLAKU ADIL DAN MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN ?
KEMANA HILANG NYA SUMPAH TERSEBUT ??
20. Bukan kah melanggar Perlembagaan merupakan PENGKHIANATAN kepada Negara ? ; apa HUKUMAN kepada PENGKHIANAT NEGARA ?
21. Tidak ramai orang seperti Syed Saddiq , Ahli Parlimen Muar yang SANGGUP MEMPERTAHANKAN PRINSIP PERJUNGAN walaupun diugut , di hina oleh makhluk katik bergelar TMJ yang TIDAK BERPELAJARAN TINGGI seperti Syed Saddiq dan HANYA PANDAI BERLAGAK dengan kereta - kereta mewah yang di import TANPA BAYAR CUKAI , sanggup berhadapan dengan segala tuduhan SPRM di Mahkamah
22. Ugutan dan Pembelian Ahli - Ahli Parlimen masih berterusan bagi mengekalkan Mahiaddin namun taktik atau cara nya berbeza
23. MAHIADDIN SEMEMANG NYA TIDAK ADA MAJORITI
24. PERKARA 43 ( 4 )
Jika Perdana Menteri Tidak Lagi Mendapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat , Maka Perdana Menteri HENDAKLAH MELETAK JAWATAN.
25. TANPA SEGAN SILU kini Kerajaan PN TELAH MENCURI idea Tun Dr. Mahathir menubuhkan MAJLIS PEMULIHAN NEGARA atau MPN bagi memantau PELAN PEMULIHAN NEGARA atau PPN yang di wujudkan Mahiaddin secara tergesa - gesa ekoran cadangan penubuhan MPN
26. Tindakan ini adalah susulan Menteri Kewangan berjumpa Tun bagi mendapatkan nasihat
27. Tindakan ini MEMBUKTIKAN 2 perkara :
i. PPN yang ditubuhkan itu , bak kata Rafidah Aziz TIDAK ADA APA pun didalam nya
ii. Bukti yang AMAT NYATA Mahiaddin dan 32 orang Menterinya ( yang terbesar di dunia ) TIDAK BERKEMAMPUAN berfikir seperti Tun seorang ; HANYA YANG MENCETUSKAN IDEA YANG MAMPU MELAKSANAKAN NYA
28. Ada kah Menteri Undang - Undang TELAH DI ARAH MENIPU PARLIMEN dengan mengatakan Kabinet dan Perdana Menteri BERSETUJU Ordinan Darurat TELAH ditarik balik mulai Rabu 21hb Julai 2021 , ini bagi tujuan MENGELAKAN undi tak percaya , ATAU Agong BERSETUJU TAPI BERDIAM DIRI SAHAJA ?
JIKA Agong tidak dirujuk terlebih dahulu dan seterusnya memberi persetujuan beliau , ini bermakana SEKALI LAGI Mahiaddin MENIPU Agong ; PERBUATAN INI ' IS VERY UNBECOMING ' , IA TIDAK BOLEH DI MAAFKAN
29. Terserah kepada Agong dan Raja - Raja Melayu sama ada mahu BERPELUK TUBUH dan MEMBIAR KAN SAJA apa yang sedang berlaku atau BERTINDAK TEGAS menyelamatkan Negara dan rakyat dari TERUS MENDERITA - selain ALLAH SWT , rakyat juga MENGHARAPKAN perlindungan Raja - Raja Melayu
PISAU BERADA DI TANGAN
- KILL OR BE KILLED
YANG PATUT DI GANTUNG IALAH MAHIADDIN BUKAN RAKYAT DAN NEGARA
Wassalam
Terima Kasih