MASIH SELAMATKAH TANAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA?
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LGMPC ialah Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang pernah terbabit dalam kontroversi ketika memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sekitar tahun 2009.
Pada 24 Disember 2010 beliau meletakkan jawatan sebagai CEO selepas bapa mentuanya, Al-Marhum Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkannya berbuat demikian.
APAKAH TENGKU ZAFRUL ADA ‘POLITICAL WILL’, TANYA AHLI MT UMNO
Seperti moratorium automatik sekali lagi Tgk Zafrul beri berbagai alasan kenapa i-Lestari dan i-Sinar tidak dilanjutkan.
Kata beliau, dulu ia dilaksana kerana keadaan adalah luar biasa.
Apakah sekarang dengan kematian dan kes yang naik mencanak maka ia bukan luar biasa?
Sebab itu wajar seseorang yang dilantik jadi Menteri mesti ada ‘political will’ pada dirinya walau pun dia bukan orang politik.
Kesungguhan politik adalah “pemudah cara” (fasilitator). Ia mendorong seorang pemimpin bersuara, bertindak dan buat polisi untuk manfaat kepada orang ramai.
Dia akan berusaha supaya masalah yang nampak sukar dan rumit dapat diselesaikan dengan mudah.
Sebab itu rakyat suka jumpa orang politik untuk selesai masalah terutama yang membabitkan kerenah birokrasi.
Apakah Tengku Zafrul ada “political will”?
Tanpa political will dia akan menjadi fasilitator kepada orang lain bukan kepada rakyat.
Kecewa, kesungguhan politik diguna untuk gantung parlimen.
Bukan diguna untuk lanjut i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik.
DR. PUAD ZARKASHI
Ahli MT UMNO.
IDEA PARLIMEN HIBRID CUMA WAYANG PN – NAJIB
Sebenarnya ini adalah satu wayang yang tak berapa bermakna bagi mengurangkan tekanan ke atas kerajaan PN untuk sambung parlimen setelah Darurat terbukti gagal segagalnya melawan Covid.
Biar saya jelaskan.
Katakanlah kerajaan perlu masa 14 hari untuk “kaji” laksana sidang Parlimen secara hybrid.
Katakanlah selepas kaji 14 hari, kerajaan bersetuju untuk bersambung parlimen secara hibrid.
Namun PM masih perlu beri notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum sidang Parlimen boleh dilaksanakan.
YDP Agong perkenan darurat hingga 1 Ogos ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/775177/agong-perkenan-darurat-hingga-1-ogos-ini
Hari ini 5 Jun 2021 bermakna tinggal 57 hari lagi sehingga darurat berakhir.
Jadi, 57 hari tolak 14 hari untuk kaji.
Tolak lagi 28 hari untuk tempoh minima notis PM.
Maka cuma tinggal 15 hari sebelum Darurat berakhir untuk parlimen bersidang semula.
Tak signifikan ke mana pun kecuali mereka berniat untuk sambung lagi Darurat dengan alasan Covid masih belum terkawal.
NAJIB RAZAK
Bekas Perdana Menteri.
KEH..KEH...KEH...AZMIN ...AZMIN..
Jumlah mereka yang mahu
Azmin letak jawatan sudah melebihi jumlah ahli Bersatu sendiri...jangan-jangan ahli
Bersatu sendiri pun ramai sokong petisyen ini...
WANITA PKR CABAR ANJUR SIDANG PARLIMEN MAYA
Wanita PKR cabar anjur sidang Parlimen maya
Kejayaan penganjuran Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) secara dalam talian dua hari berturut-turut membuktikan mesyuarat yang lebih penting seperti sidang Parlimen boleh diadakan secara atas talian.
Bagi Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, tiada lagi alasan yang boleh digunakan oleh kerajaan PN untuk menidakkan sidang Parlimen dengan 220 anggota itu menggunakan teknologi sidang video terkini selepas KEADILAN berjaya menerokainya.
“KEADILAN tidak gentar mendepani pelbagai cabaran menjalankan Kongres Nasional secara dalam talian apatah lagi Kongres Nasional Wanita Ke-15 telah pun berjaya disempurnakan pada 4 Jun 2021 demi mempertahankan prinsip demokrasi bermesyuarat, walaupun diberikan masa 18 hari sahaja mengadakan persiapan
“Oleh itu, saya mencabar (Menteri Dalam Negeri) Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) membenarkan Parlimen bersidang secara maya dengan serta merta kerana tiada apa yang perlu dikaji lagi oleh kerajaan.
“Bahkan, kerajaan mengambil masa yang terlampau panjang untuk mengkaji sedangkan negara lain sudah pun melaksanakannya hal tersebut.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) patut mencontohi azam yang ditunjukkan oleh KEADILAN mengharungi pelbagai cabaran dan halangan demi mempertahankan prinsip demokrasi berparlimen,” kata Fuziah dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut kesal dengan kenyataan provokasi Datuk Seri Hamzah pada 4 Jun lalu mengatakan KEADILAN tidak berani berkongres dengan perjumpaan bersemuka seperti di Parlimen.
Katanya, anggota dan perwakilan KEADILAN tidak bersetuju dengan Menteri PN yang seolah-olah mempunyai hak istimewa dan mengamal praktis dua darjat berkaitan pematuhan procedur operasi standard (SOP) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Sedangkan isu sebenar rakyat tidak mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa adalah kerana kegagalan kerajaan menyediakan suntikan vaksin dalam tempoh waktu dijanjikan.
“Tambahan lagi, KEADILAN tidak pernah meragui kepentingan pematuhan SOP sebagai langkah pencegahan dan membanteras penularan wabak Covid-19.
“Sebaliknya, kekalutan yang berlaku hari ini adalah akibat kerajaan gagal memperolehi bekalan vaksin yang mencukupi dan kadar pemvaksinan yang rendah pada fasa awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya lagi.
RAKYAT WAJAR TUNTUT PERUBAHAN TANGANI COVID 19
Rakyat wajar tuntut perubahan tangani Covid 19
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani wabak Covid 19 terserlah dengan huru-hara pentadbiran dan kesesakan hospital serta pertambahan jumlah pesakit.
Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan PN sepanjang menangani pandemik hanya bertelagah sesama sendiri dan tidak menunjukkan jalan keluar yang tepat dan meraih kepercayaan rakyat.
“Menteri bercanggah sesama sendiri. Bertelagah sesama sendiri. Mereka tunjuk hebat ada kuasa. Buka sana tutup sini. Untuk rakyat lockdown, untuk peniaga ada boleh, ada tak boleh.
“Tidak ada keupayaan mentadbir. Pemerintah itu pemerintah khianat. Hilang keabsahan, maka dia bercempera. Mahu kuasa tetapi tidak dapat menyempurnakannya dengan baik. Derita rakyat bertambah.
“Jumlah kematian keningkat, jumlah di Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat. Jumlah positif Covid meningkat. Jumlah saringan pula tidak meningkat. Data yang dikeluarkan kita pertikai. Data analitik saintifik tidak tepat.
“Pokok pangkalnya vaksin. Kamu pesan lambat rakyat menderita, mati lebih ramai. Kata ini takdir, tetapi Allah berikan ikhtiar. Yang bertanggungjawab perlu bertanggungjawab,” katanya dalam Pertusan Khas pagi tadi.
Dalam perutusan sama Anwar mempertikaikan taktik mengalihkan isu oleh pemimpin PN, kononnya kempen vaksinasi terhalang kerana terdapat segolongan rakyat yang anti vaksin.
Bagaimanapun Anwar mengecam alasan itu kerana katanya jumlah yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin telah mencecah 10 juta orang.
“Sibuk kata orang tak mahu daftar. Orang akti vaksin. Berapa yang anti vaksin?
“Golongan ini (anti vaksin) kecil, 10 juta yang dah daftar, berilah vaksin. Turun ke bawah.
“Masa pilihan raya kita boleh kerah setiap pengundi yang terlantar, sakit tenat, OKU semua boleh diangkut. Sekarang tanggungjawab kita nak jaga rakyat, mengapa tidak ada keupayaan. Sibuk nak guna hukuman dera orang, kritik, tangkap. Guna Darurat bukan licinkan pentadbrian.
“Tengok di Selangor katanya sudah sediakan 2.9 juta vaksin. Nasib baik kerajaan Selangor cepat mengulas, yang diterima 600,000, barulah jumlah dibetulkan.
“Ini bukan kali pertama. Dulu kata rakyat dapat vaksin bulan Mac, 75,000 sebulan. Dengan jangkaan sekarang kalau kita ikut unjuran yang ada tak mungkin selesai sampai akhir tahun,” katanya.
Sehubungan itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menyeru rakyat yang prihatin dan sedar agar menuntut perubahan dilakukan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.
“Rakyat umumnya harus bangkit. Tidak boleh kita tunggu lagi bila kerajaan gagal melakukan pentadbiran dan pengurusan dengan teratur. Rakyat wajib bangkit tuntut perubahan,” katanya lagi.
KKM PERLU PERJELASKAN KEPADA RAKYAT KEADAAN SEBENAR BERKAIT KANAK-KANAK DIJANGKITI COVID-19
RAKYAT tidak mempunyai Parlimen utk ditanyakan melalui Wakil
Rakyat (MP). Apa yg kita mampu buat ialah bertanya dalam SocMed.
LIHAT Video Pertama yg sudah TULAR di SocMed. Brader ni
kelihatan enggan serahkan anak dia yg dia YAKIN sudah sihat. Ia tidak mustahil
kerana terdapat ramai pesakit COVID-19 sembuh dengan Immune System sendiri yg
baik.
TAPI...apa pula STATUS jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak??
KKM perlu "EDUCATE" atau mendidik Rakyat tentang data ini. Rakyat
perlu tahu. Adakah kanak-kanak akan mengalami komplikasi atau mereka belum
cukup matang dan TIADA Ace-RECEPTOR yg lengkap utk menerima Protein SPIKE Virus
COVID-19. Mungkinkah mereka hanya punya simptom ringan shj seperti kajian di
Amerika yg menunjukkan 40% kanak-kanak dijangkiti tidak punya simptom ketara
dan sembuh? Byk persoalan yg timbul.
Agak menghairankan, ramai di kalangan kanak-kanak di Amerika yg
dijangkiti Influenza, direkodkan sebagai COVID-19. Ia menjadi pertikaian data
di sana. Apapun...ia perlu diperjelaskan oleh KKM dalam konteks yg berlaku
terhadap kanak-kanak di Malaysia. Rakyat perlu ilmu dan data yg disampaikan utk
faham semua hal jangkitan itu.
Kita boleh faham betapa bimbangnya brader ni nak lepaskan anak
dia sedangkan isteri dia bertarung nyawa di ICU. Jika KKM tidak jelaskan hal
ini, Rakyat akan merasa sangat bimbang dengan keselamatan keluarga terutama
anak-anak kecil.
KKM perlu tumpukan juga perhatian kpd mendidik Rakyat tentang
apa yg perlu dibuat bukan shj utk mencegah tapi juga langkah awal jika
dijangkiti COVID-19. Jangan biar Rakyat terpinga-pinga dan bimbang kerana tidak
faham apa yg sepatutnya dilakukan sendiri sementara menunggu pihak KKM.
Kes brader ni salah satu contoh. Kebimbangan dia berasas kerana
TIADA penjelasan tuntas yg anak dia perlu dibawa ke hospital walaupun sudah
sihat? Ada yg mengadu mereka lambat diambil ke hospital mungkin sebab wad sudah
penuh. Tapi KKM perlu tenangkan Rakyat dan jelaskan kenapa ia berlaku. Apa
sebenarnya ketahanan kanak-kanak menghadapi COVID-19? Cuba tonton Video 2 dan
3. Kita akan tertanya-tanya.
Kita simpati dengan kakitangan KKM dan Frontliner yg semestinya
sudah "over worked" dan keletihan. Tapi apa yg pihak KERAjaan yg
Clueless, Hopeless, Useless and Brainless ni buat utk membantu KKM selesaikan
masalah seperti ini? Seperti kata DSAI ini soal perancangan #KERAjaanPNGagal.
Rakyat jadi keliru dengan maklumat yg tidak sampai atau tidak
dipastikan sampai oleh KERAjaan ini. Yg sering tersiar dan sampai setiap hari
kpd Rakyat ialah angka2 jangkitan dan kematian yg membimbangkan rakyat. Apa ni?
Parlimen seharusnya dibuka utk MP membincangkan permasalahan
Rakyat termasuklah pandemik COVID-19 ini yg sangat memberi kesan nEgatif
terhadap kehidupan Rakyat. Enggan membenarkan Wakil Rakyat bertanya dan
berbahas di Parlimen telah membawa bencana yg sgt besar kpd Rakyat dalam
suasana ekonomi pandemik ini.
Wallahualam.
- Zus Din
06 June 2021
ORANG KEDAH...AUTO CITY DI PRAI TU KAWASAN SHOWROOM KERETA BERBAGAI JENIS. SELAIN RESTORAN TERTENTU.KES KERETA SADA BAGAIMANA???
DULU BERIYA IYA NAK SAMAN BILA NETIZEN KATA BELI PAKAI DUIT SADA SAMPAI SIMPAN DAN TDUNG BAWAH PNDOK BURUK.AKHIRNYA JADI KERETA MB.ADOIII LA..KEMARUK SUNGGUH
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF
Cerita Lebai Ayaq Selut ini mengingatkan saya tentang cerita Q7
Takurantini.
Ingat bila lebai Q7 tak kuarantin balik dari Turkey apa dia
kata? Mula-mula dia nafi siap bagi alasan lepas masuk istana, tapi macam mana
pula boleh kena kompaun? Kena kompaun pula backdated punya kompaun sampai KP
KKM pun tak tahu.
Lepas kantoi dia kata pergi sana untuk tarik balik pelaburan
Sawit 30 billion. MOU takde, apa pun takde balik2 kata bawa 30 billion
perlaburan; dia ingat rakyat Malaysia ini IQ sama dengan walaun ke?
Lepas tak kuarantin, siap hadir berbelas-belas majlis dengan
orang awam lagi. Nak bagi senyap buat falasi serah gaji 3 bulan; nak harap AG
Melayu Isle, berbulan-bulan kes kena pusing, alih-alih NFA, masuk dalam peti
sejuk.
Tapi bak kata pepatah, bangkhai lebai masakkan boleh tutup,
kantoi pula dengan dokumen oleh SEDAR yang dia pergi sana di taja oleh syarikat
yang dapat sewaan hartanah Getah; jadi apa jadi dengan super walaun yang beria
pertahankan 30 billion pelaburan sawit dulu?
Ingat apa Tuan Guru kata? "Menteri PAS langgar kuarantin: Yang penting moral dulu, kata Hadi"; memang terbaik la mereka ini menunggang agama.
Kes Lebai Ayaq Selut pun sama; Allah sendiri bongkarkan
penipuan-penipuan dia.
Satu masa dulu kata Bellpire KEP5000 milik SADA, beli sebab SADA
untung untuk kegunaan tetamu, ke tetamu itu hanya MB? Kes air 20 ribu penduduk
Kuala Kedah sudah selesai ke belum? . Tapi kalau untuk kegunaan SADA, pasal apa
letak nama Menteri Besar kat plat? letak la nama Pengerusi SADA ke? Dah la tu,
apa urusan SADA sampai ke Penang? Awat jajahan SADA sampai ke tol Juru kan?
Dia kat RnR tutup, padahal banyak saksi kata RnR buka dan SOP
MKN siap kata RNR tak tutup. Jadi Hangpa nak muhong siapa?
Dah kantoi terang-terang pergi showroom, mengaku kan senang.
Situ memang ada kedai kereta aje, tak caya hang tengok google streetview di
bawah ini, mana ada kedai makan tang tu.
https://www.google.com.my/.../data=!3m6!1e1!3m4...
Lepas itu tunggang agama buat cerita sedih ulama kena fitnah,
tapi ni tara ada saksi, ada video lagi dan polis pun dah buka kertas siasatan.
Cumanya kita berharap tak jadi macam kes Q7 Takurantini.
Mereka ini tada rasa malu; bahkan berani mengambil pakaian
kesombongan jadi persalinan.
Ingat pesan Nabi SAW: Maknanya: "Jika kamu tidak mempunyai
rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu" - [Riwayat
al-Bukhari].
Dan penyokong mereka yang sering menjadi benteng kepada orang zalim saling tak tumpah seperti golongan yahudi yang menjadikan paderi-paderi mereka sembahan selain dari Allah.
KISAH WALAUN YANG ABAKAL DISAMAN
MOHD MUKHLIS
Masalah dengan super walaun Solhi Sharif
ini, mereka bila tak boleh berhujah, mereka akan main ad-hominem
falasi@pembunuhan karekter.
Mereka ini kalau berbeza pendapat akan ghulu sampai gambar
keluarga dan anak pun mereka campur sekali.
Seyogia saya nak ingatkan, salah guna gambar kanak-kanak
tertakluk pada akta 611 Akta Kanak-Kanak yang boleh di hukum penjara 5 tahun
atau denda 10 ribu.
"mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau ()
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya'.
Itu belum masuk part cyber bully yang di bawah Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998 Seksyen 211 dan Seksyen 233.
Pandai makan, pandailah simpan. Nanti dah ke dalam, ingat yang
tabung milo hanya reserve untuk lebai.
KPM kurang proaktif laksana PdPR, menteri hanya jadi tukang sampai, kata pakar
PETALING JAYA: Seorang pakar pendidikan berkata kemunculan Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin pada sidang media maya pagi tadi mengenai pengoperasian sekolah hanya menyerlahkan lagi kementeriannya yang kurang proaktif dalam melindungi warga pendidik berdepan Covid-19.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, berkata sesi taklimat yang sepatutnya dipenuhi jawapan kepada persoalan warga pendidik mengenai isu semasa hanya berkisar kepada penjadualan dan tarikh persekolahan.
“Tidak banyak agenda baru khususnya apakah perancangan dan program Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan keciciran pembelajaran anak-anak kita. Bagaimana usaha KPM untuk membantu guru?
“Sidang media itu nampaknya lebih bersifat taklimat pengurusan saja. Persoalan lebih besar nampaknya masih tergantung,” katanya kepada FMT.
Pagi tadi, Radzi mengumumkan semua pelajar akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 25 hari selepas cuti pertengahan tahun berakhir.
Katanya, sesi PdPR itu akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.
Kumpulan A terdiri daripada sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala kumpulan B adalah sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Manakala, tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 ditunda kepada Februari 2022 bagi ujian lisan dan amali sains, sementara bagi peperiksaan bertulis akan diadakan pada Mac 2022.Mengenai peranti pintar bawah projek perintis pembelajaran digital CERDIK, Radzi menjelaskan KPM menerusi Yayasan Hasanah sudah mengagihkan 12,887 daripada 150,000 unit yang dijanjikan, kepada murid keluarga B40.
Anuar berkata, selaku menteri bertanggungjawab terhadap isu pendidikan negara, Radzi seharusnya segera bertindak untuk menyalurkan peranti pintar kepada seberapa ramai murid B40 memandangkan inisiatif itu sudah lama dilaksanakan.
“Sudah hampir dua tahun murid perlu menjalani PdPR, semakin ramai pelajar khususnya dari keluarga B40 yang keciciran pembelajaran. Apakah ada skim pinjaman mudah, baucar atau subsidi untuk ibu bapa beli komputer?,” katanya.
Malah, kegagalan Radzi untuk segera mewujudkan Pusat Inovasi dan Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran untuk PdPR juga menjadi persoalan warga pendidik.
“Mengapa tidak dikongsikan kejayaan sekolah contoh PdPR? PIBG contoh PdPR? Guru contoh PdPR? Pengetua contoh PdPR? PPD contoh PdPR? Ibu bapa contoh PdPR?
“Mengapa KPM tidak kongsi dan angkat contoh-contoh yang telah berjaya laksanakan PdPR untuk dicontohi oleh guru-guru lain dan diraikan oleh masyarakat?,” soalnya.
AMANAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM PADA 6 JUN 2021 SECARA MAYA, (ARAHAN MKN)
Antara kandungan amanat presiden
1. Kuasa adalah tanggungjawab bukan keistimewaan
2. Rebut kuasa untuk upah bukan khidmat mesti ditolak
3. Suasana pendemic, ada yang ambil kesempatan mengumpul keuntungan
4. Masyarakat perlu bangun
5. Parti politik bukan ruang mengadu-domba tapi menyusun utk kebaikan rakyat
6. Pengurusan data dalam pendemic yg lemah
7. Pengurusan penyakit covid dengan dasar yang tak kemas
8. Tanggungjawab untuk menyelamat nyawa dan kesengsaraan rakyat tidak diutamakan
9. Pengagihan vaksin yang menipu 2.9 juta hanya 600 ribu sahaja
10. Kerajaan tak beri ruang untuk proses vaksinasi untuk lebih segera pengagihannya
11. Ternyata kerajaan gagal, rakyat perlu bangkit menuntut hak
12. Fakta penuh tidak diberi oleh pihak kerajaan dalam isu covid keseluruhannya
13. Untuk Lock-down, tiada kajian terperinci, punca asas kepada masalah
14. Kelonggaran untuk memiliki vaksin, tapi pihak kerajaan sengaja menyulitkan
15. Isu mengumpul kekayaan dalam suasana sengsara rakyat
16. Rakyat terperangkap dengan pemikiran yang diasak seolah dasar ini baik
17. Elite penguasa masih jauh dari apa yang mereka ungkapkan
18. Mereka rasuah berbilion ringgit, tapi bicara tentang benteras rasuah dan salahguna kuasa
19. Pembangunan wilayah, tidak lancar tapi terlalu berfikir untuk selamatkan kuasa
20. Sistem yang menyusahkan rakyat tidak boleh dipertahankan
Ini hanya ringkasan yang sempat saya kongsi harap bermanfaat
ANAK MB TERENGGANU DARUL IMAN DAH MINTA MAAF DALAM BAHASA INGGERIS....TANYA HADI MARANG DIA PUN TAK PAHAM
Mohd Shah Rim
Anak MB Terengganu yang gelar #RakyatSampah telah mohon maaf, cuma dia tulis dalam bahasa English, jadi walaun tak bolehler faham, len kali tulis dlm bahasa Melayu..anyways the damage has been done because 'rakyat sampah' will vote PAS out from Terengganu in next election..✌️✌️
MAHATHIR PERASAN DAN SYOK SENDIRI - AMANAH AKAR UMBI KEPADA SETIAP WAKIL PEMBAHAS KONGRES
Ibarat kita berminat dengan seorang gadis, tetapi gadis tersebut tidak suka dengan kita. Bagi menunjukkan kita ini hebat, mancho dan untuk menghilangkan malu, maka kita pun jaja cerita di seluruh kampung bahawa kita tidak berminat dengan gadis tersebut.
Itulah gambaran tentang Mahathir. Dia tahu Keadilan terutamanya telah tolak dia apabila dia khianat kepada mandat rakyat dengan meletakkan jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan Majlis Presiden. Atas perletakan jawatannya itu, maka plan pengkhianatan yang telah lama dirancang itu berjaya.
Keadilan wajib sekali lagi tegaskan dan kali ini melalui saluran resmi parti iaitu melalui Kongres Nasional, bahawa apa yang Mahathir katakan itu bagai "pucuk dicita, ulam mendatang", "tidak cukup dulang, nyiru ditadahkan, " bagai orang mengantuk disorongkan bantal". Alhamdulillah, Mahathir sedar orang munafik sepertinya tidak layak berada dalam saf perjuangan reformasi.
Sekali lagi saya menyeru semua pembahas, jadilah kita sebagai pembawa suara akar umbi bukan robot yang dikawal oleh mereka yang sentiasa mahu bermain selamat. Jangan perlekehkan suara akar umbi di setiap Cabang kononnya isu Mahathir tidak lagi releven. Mahathir masih berdendam dengan Anwar dan PH, buktinya kenyataan terbaru beliau itu. Apakah kita masih mahu berdiam diri dan sorokkan suara akar umbi di bawah karpet?
Keadilan harus tampil dengan berani dan buat keputusan jelas. Jangan lagi kita dipersendakan angkara sifat lunak dan berlapang dada kononnya. Melupakan Mahathir umpama kita cuba melupakan siri pengkhianatan yang beliau lakukan. Ingat, selagi orang tua ini bernyawa dia akan pastikan Anwar Ibrahim Presiden kita tidak akan menjadi PM sebagaimana yang rakyat mahu lihat apa yang kita janjikan dahulu.
Kepada semua pembahas AMK dan pembahas kongres nanti, jangan menjadi penakut untuk menyatakan kebenaran dan suara akar umbi. Wakil wanita telah buktikan mereka berani.
WFAUZDIN NS
KATANYA TAHUN INI SAMPAI..TAK DENGAR PUN KHABAR BERITA.,???
Apa Cerita Kes Ini ??
Order 6 bijik Helokopter pd 2015, RM 700 Juta sampai Sekarang Tak Sampai2.
Sampai sekarang hilang tak dpt di kesan.
300juta lesap wang rakyat.
Jangan ingat rakyat mudah lupa.
MB Kedah ditempelak, lebih utama Ford daripada Covid19
June 6, 2021
KENYATAAN RASMI PEMUDA AMANAH NEGERI KEDAH
6 Jun 2021 | Ahad
1. Kelmarin tular di media sosial yang mana Menteri Besar Kedah telah merentas negeri ketika PKP 3.0 telah dilaksanakan di seluruh negara. Perbuatan ini jelas menunjukkan sikap ‘double standard’ dalam pematuhan SOP yang mana saban hari kes positif dan kematian ditahap kritikal di negara kita.
2. Lebih menghairankan seorang Menteri Besar yang terlalu banyak sangat ‘kebetulan’ berkata beliau dalam perjalanan urusan kerajaan negeri telah kelihatan oleh netizen sedang memandu uji Ford Raptor di Auto City, Juru Pulau Pinang. Disaat beliau sendiri menyarankan PKPD di Kota Setar sebelum ini dan meminta rakyat negeri Kedah duduk dirumah dan patuhi SOP. Pepatah mengatakan ‘Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri’
3. Adakah secara kebetulan kelibat beliau ini menunjukkan sikap keprihatinan sebagai pemimpin nombor satu Kedah terhadap masalah rakyat dan masalah negara yang dihadapi sekarang? kalau ia pon tunggulah masa yang sesuai selepas perintah PKP ini tamat. Kedengaran di pelusuk negeri sana sini ada rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang belum tentu untuk mencari sesuap nasi.
4. Sikap beliau jelas sama sekali tidak mencerminkan akhlak seorang pemimpin yang bermainkan slogan Kerajaan Islam Nikmat Untuk Semua. Apa nikmat yang rakyat dapat berbanding beliau mempu ke sana sini dan bermewahan dengan hasil ‘pengkhiantan’ yang telah dilakukan?
5. Sebelum ini tular berkenaan isu Toyota Wellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang dibeli dengan harga tidak munasabah. Rakyat Kedah terlalu letih dengan isu air yang sekian lama membelenggu dan tidak nampak jalan penyelesaian sehingga kini. Tidak cukup masalah air, masalah balak semakin hari semakin tidak dapat dibendung.
6. Mana perginya bantuan daripada Kerajaan ketika PKP 3.0 dilaksanakan ini. Seorang rakyat yang Sik terpaksa meminta bantuan dihalaman media sosial demi sesuap nasi telah tular baru-baru ini menunjukkan Menteri Besar Kedah gagal mentadbir urus berkaitan perihal ini membantu rakyat. Lebih menyedihkan rakyat tersebut berada di kawasan beliau.
7. Situasi berbeza di Selangor yang mana Menteri Besarnya duduk semeja memikirkan perihal untuk menyelesaikan masalah penularan Pandemik Covid-19 dan pakej-pakej ransangan untuk membantu rakyat negerinya yang terkesan dan yang memerlukan.
8. Pemuda AMANAH Negeri Kedah meminta penjelasan daripada Menteri Besar Kedah berkaitan perihal ini dan menggesa pihak berkaitan PDRM, KKM mengambil tindakan menyiasat perkara ini dan kompaun perlu dikenakan sekiranya benar kerana undang-undang tidak mengira pangkat dan rupa. Bak kata pepatah kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.
MOHD RIDZWAN ARSHAD AHMAD
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah
Tarikh peperiksaan SPM 2021 ditunda tahun depan, kata Radzi
PETALING JAYA: Tarikh peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diadakan pada Februari 2022 bagi Ujian lisan dan amali sains, manakala, bagi peperiksaan bertulis akan diadakan pada Mac 2022.
Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat ketetapan itu mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui calon SPM 2021.
“Pengalaman kita dalam menguruskan SPM 2020 membolehkan kita menganjakkan tempoh atau pun tarikh pelaksanaan SPM 2021 ke tahun 2022.
“Kita yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan dapat berjalan dengan lancar seperti mana kita berjaya laksanakan SPM 2020,” katanya dalam sidang media khas hari ini.
PENDEDAHAN DARI NETIZEN, AKHIRNYA "MB SELUT" KENA SIASAT. HANG INGAT KEDAH KA...MAI PENANG HANG SILAP LA..
Pandu uji kereta ketika PKP, MB Kedah disiasat polis
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor disiasat polis selepas didakwa memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam, Kedah semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya, menurut laporan Bernama.
Terdahulu, kecoh di media sosial susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.
TANGGUH KONGRES PKR, KERAJAAN TAKUT RAKYAT MAHU SIDANG PARLIMEN MAYA?
Tangguh Kongres PKR, kerajaan takut rakyat mahu sidang Parlimen maya?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Arahan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus dipertikaikan.
Terbaharu, Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Media Kongres Nasional Wanita KEADILAN Ke-15, Loh Ker Chean mempersoalkan adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berasa terancam selepas Wanita KEADILAN berjaya menganjurkan kongres maka kebenaran yang diberi, ditarik balik.
Katanya, sebelum itu MKN telah pun mengizinkan penganjuran kongres tetapi pada petang 4 Jun surat arahan penangguhan dikeluarkan.
“Saya merujuk kepada kenyataan media Pengarah Kongres Nasional KEADILAN, Nik Nazmi bahawa Kongres Nasional KEADILAN secara dalam talian sepenuhnya yang sepatutnya diadakan (hari ini) telah ditangguh atas arahan MKN melalui surat yang diterima lewat petang 4 Jun.
“Saya berasa amat terkejut dengan keputusan u-turn oleh MKN ini, kerana surat makluman tersebut diterima pihak penganjur hanya pada saat terakhir hari bekerja, dan selepas Kongres Nasional Wanita berjaya diadakan pada hari tersebut pada jam 2 petang. Ini juga kerana keputusan awal MKN pada 27 Mei menyatakan ia tiada halangan untuk Kongres Nasional ini diteruskan.
“Persoalan saya adakah PM Tan Sri Muhyiddin berasa terancam selepas Wanita KEADILAN membuktikan berkongres dalam talian sepenuhnya dengan mematuhi prinsip demokrasi bermesyuarat adalah praktikal dilaksanakan kepada semua rakyat?” tanyanya dalam satu kenyataan.
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN itu berkata lagi, keputusan u-turn berkenaan menyebabkan persoalan yang lebih pelbagai timbul dalam kalangan rakyat mengenai tindakan tersebut dan mengaitkannya dengan kegentaran kerajaan PN membuka sidang Parlimen.
“Keputusan u-turn MKN menimbulkan pelbagai soalan dan persepsi di kalangan umum. Adakah Kerajaan PN takut jika Kongres Nasional berjaya maka sudah tiada sebab musabab untuk menangguhkan sidang Parlimen secara maya?
“Pada saat yang genting ini, ketika mana usaha mengekang penularan wabak Covid-19 masih belum selesai, Kerajaan PN seharusnya mempertimbangkan semua pendekatan yang ada bagi megembalikan negara ke landasan yang betul, dan ianya wajib bermula dengan persidangan Parlimen,” katanya lagi.
Terkini! Dokumen skandal tanah LGM yang tular dibuktikan sah.aUNS DAN lEBAI...NAK CRITA APA SEKARANG ???
June 6, 2021
Hari ini kami telah menerima satu surat yang menggembirakan hati kami. Surat dari Ketua Pengarah LGM itu telah mengesahkan DOKUMEN yang kami kongsikan dengan anda semua atas nama KEPENTINGAN AWAM DAN DANA AWAM bukanlah palsu.
Namun satu perkara yang kami sukar untuk hadam ialah bersama dengan surat itu LGM juga turut melampirkan beberapa dokumen bertajuk Skandal Lembaga Getah Malaysia Siri 1 dan Skandal Lembaga Getah Siri 2 yang KAMI TIDAK PERNAH NAMPAK SEBELUM INI.
Dalam dokumen bertajuk Skandal Lembaga Getah Malaysia Siri 1 yang menyentuh mengenai sewaan Lot 200013, selain dari perkara yang kami bangkitkan sebelum ini, ada satu perkara baru yang menarik iaitu ‘Semak juga siapa Al Noor Foundation ni, ada rangkaian pelik ke tak?’
Kami tidak faham apa maksudnya itu. Adakah Al Noor Foundation mempunyai rangkaian pelik? Adakah rangkaian pelik itu merujuk kepada benda yang melanggar undang-undang?
Sementara itu dalam dokumen yang bertajuk Skandal Lembaga Getah Siri 2 menyentuh mengenai isu jualan tanah lot 200012 ada beberapa dakwaan yang menjadikan kami ternganga dan dakwaan tersebut ialah:
1 – Pejabat Menteri telah caj RM100 ribu untuk mengeluarkan surat setuju jual tanah.
2- Maklumat dalaman Jabatan Warisan Negara mengesahkan tanah tersebut adalah tanah warisan dan tidak boleh dijual sesuka hati Menteri dan LGM.
3 – Menurut sumber Eurowhite mereka dimaklumkan oleh Pejabat Menteri bahawa hanya kelulusan Menteri memadai untuk urusan jual beli tanah tersebut.
4 – Akan ada lagi beberapa siri pendedahan.
SESUNGGUHNYA KAMI JADI TIDAK FAHAM DENGAN TUJUAN KETUA PENGARAH LGM MENGHANTAR DOKUMEN ITU KEPADA KAMI. ADAKAH KETUA PENGARAH LGM MEMBERIKAN KAMI PETUNJUK ADA BANYAK ISU DALAM SKANDAL-SKANDAL INI YANG BELUM KAMI BANGKITKAN?
Untuk pengetahuan Ketua Pengarah LGM kami sudah menulis surat kepada YB Wong Kah Woh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) secara rasmi meminta siasatan dijalankan berkenaan isu yang kami bangkitkan sebelum ini.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah LGM kerana memberi maklumat tambahan kepada kami. Kami akan cuba hadamkan apakah maksudnya itu dan kami berharap YB Menteri dapat tampil memberikan penjelasan supaya kami boleh menulis satu lagi surat untuk meminta siasatan dijalankan oleh PAC.
Pautan catatan pertama berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/960700927811064
Pautan catatan kedua berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961160644431759
Pautan catatan ketiga berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/961749977706159
Pautan catatan keempat berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962327594315064
Pautan catatan kelima berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/962939020920588
Pautan catatan keenam berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/963010904246733
Pautan catatan ketujuh berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/964166207464536
Pautan catatan kelapan berkenaan isu LGM https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/posts/964504400764050