Ibarat kita berminat dengan seorang gadis, tetapi gadis tersebut tidak suka dengan kita. Bagi menunjukkan kita ini hebat, mancho dan untuk menghilangkan malu, maka kita pun jaja cerita di seluruh kampung bahawa kita tidak berminat dengan gadis tersebut.
Itulah gambaran tentang Mahathir. Dia tahu Keadilan terutamanya telah tolak dia apabila dia khianat kepada mandat rakyat dengan meletakkan jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan Majlis Presiden. Atas perletakan jawatannya itu, maka plan pengkhianatan yang telah lama dirancang itu berjaya.
Keadilan wajib sekali lagi tegaskan dan kali ini melalui saluran resmi parti iaitu melalui Kongres Nasional, bahawa apa yang Mahathir katakan itu bagai "pucuk dicita, ulam mendatang", "tidak cukup dulang, nyiru ditadahkan, " bagai orang mengantuk disorongkan bantal". Alhamdulillah, Mahathir sedar orang munafik sepertinya tidak layak berada dalam saf perjuangan reformasi.
Sekali lagi saya menyeru semua pembahas, jadilah kita sebagai pembawa suara akar umbi bukan robot yang dikawal oleh mereka yang sentiasa mahu bermain selamat. Jangan perlekehkan suara akar umbi di setiap Cabang kononnya isu Mahathir tidak lagi releven. Mahathir masih berdendam dengan Anwar dan PH, buktinya kenyataan terbaru beliau itu. Apakah kita masih mahu berdiam diri dan sorokkan suara akar umbi di bawah karpet?
Keadilan harus tampil dengan berani dan buat keputusan jelas. Jangan lagi kita dipersendakan angkara sifat lunak dan berlapang dada kononnya. Melupakan Mahathir umpama kita cuba melupakan siri pengkhianatan yang beliau lakukan. Ingat, selagi orang tua ini bernyawa dia akan pastikan Anwar Ibrahim Presiden kita tidak akan menjadi PM sebagaimana yang rakyat mahu lihat apa yang kita janjikan dahulu.
Kepada semua pembahas AMK dan pembahas kongres nanti, jangan menjadi penakut untuk menyatakan kebenaran dan suara akar umbi. Wakil wanita telah buktikan mereka berani.
WFAUZDIN NS