Anwar Ibrahim: Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa ...


KENYATAAN MEDIA - 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita merudum 18 anak tangga ke 119 dari 180 negara, menurut Indeks Tahunan Kebebasan Akhbar yang dijalankan oleh Reporters Without Borders’ (RSF). RSF mengaitkan penurunan ini dengan tindakan dan sikap kerajaan PN. Kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu telah diakui oleh RSF sebagai penanda aras bahawa aspek kebebasan media akan bertambah baik setelah rekod buruk di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Rekod dan pencapaian terbaik Malaysia adalah naik ke tangga 101 menurut laporan RSF tahun 2020 kesan dari agenda reformasi selama 2 tahun. Kembalinya pemerintahan kuku besi bersama dengan pendakwaan serta pelanggaran hukum dan etika kewartawanan menjadi antara sikap kerajaan PN yang terus mencemari reputasi kebebasan media di negara ini. RSF juga menyebut bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) hanya bertindak sebagai lidah propaganda kerajaan, serta Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terus menjadi senjata ampuh kerajaan untuk membungkam wartawan dan menjadi batu penghalang dalam menghidup serta menyemarakkan kebebasan media. Terkini, langkah dan tindakan agresif kerajaan yang berpangkal dari Pengisytiharan Darurat pada bulan Januari 2021 yang lalu nampaknya akan terus memburukkan rekod kita pada tahun 2021. Situasi ini sangat membingungkan tatkala kita tahu bahawa fungsi Darurat adalah untuk meningkat keupayaan negara dalam melawan penularan COVID-19. Namun, nampaknya ia tidak membantu malah gagal dalam mengurus dan mengemudi. Aspek kebebasan dan media yang terbuka adalah ciri penting mana-mana sistem demokrasi, termasuk kita. Pelecehan terhadap aspek ini tidak hanya mengukuhkan pandangan jelek kita terhadap kerajaan PN, malah ia akan menekan serta menginjak mandat dan suara rakyat. Tindakan dan sikap sebegini hanya akan menjatuhkan prospek Malaysia di peringkat antarabangsa, malah akan memberi kesan yang buruk pada usaha kita dalam memulihkan ekonomi yang saat ini sangat parah. Bakal pelabur dan rakan strategik dalam pelbagai sektor perniagaan mungkin akan memilih negara lain ketimbang Malaysia. ANWAR IBRAHIM




SEHARI DUA NI, SAYA BERASA TERAMAT SEDIH…


Dulu mereka kecam Dato' Lee Chong Wei kerana menderma laptop kepada anak-anak orang susah melalui program anjuran pejabat saya, sekarang ada yang nak heret isu kaum dan agama dalam soal kebajikan. Mengapa mereka bersungguh-sungguh nak pecah-belahkan rakyat Malaysia? Mengapa perlu api-apikan sentimen kaum dan agama? Rakyat sudah cukup susah, cukup merana kerana Covid. Ramai yang hilang kerja, gaji kena potong, bisnes gulung tikar. Orang politik yang sudah ada kuasa, mengapa masih mahu membakar negara dengan isu kaum dan agama?

Saya seorang wakil rakyat, tugas saya untuk membantu rakyat susah di kawasan saya tanpa mengira kaum dan agama. Kadang kala, orang susah luar kawasan datang, saya tak sampai hati nak tolak, saya bantu juga sedaya upaya setakat yang mampu. Saya bantu bukan kerana saya

hebat

atau kaya - ramai lagi yang jauh lebih

hebat

dan pandai daripada saya. Jauh sekali keluarga saya boleh dianggap sebagai kaya. Tapi semua ini saya buat demi menunaikan amanah berat yang telah diberi.

Ada yang kata saya hanya bantu Cina, ada pula yang kata saya hanya bantu Melayu. Sungguh sedih mengapa masih ada pandangan begini. Orang yang saya bantu, ada Cina, Melayu, India, bahkan kawan-kawan di Sabah Sarawak sana. Saya tak dapat post semua aktiviti bantuan di sini, tapi saya tak pernah tanya orang yang dibantu itu kaum apa, agama apa, parti politik apa.

Ada yang kata saya ada agenda agama. Mengapa perlu libatkan agama saya? Bagiku agamaku, bagimu, agamamu. Harapan saya ialah, yang Islam jadi Muslim yang lebih baik, yang Kristian jadi Kristian yang lebih baik, yang Buddha jadi Buddha yang lebih baik, yang Hindu jadi Hindu yang lebih baik, kita semua jadi manusia yang lebih baik, nescaya Malaysiaku aman sentosa.

Walaupun saya amat terkesan dengan fitnah dan cemuhan yang dilontarkan, saya tidak akan berhenti berkhidmat. Saya tetap akan bantu semua tak kira kaum dan agama. Ini ikrar saya dulu semasa dipilih sebagai wakil rakyat. Kalau saya gagal, saya tidak berani berdepan rakyat nanti. Lagi menggerunkan, kalau saya gagal, saya akan terkelu di depan Tuhan yang akan menyoal segala perilaku atas amanah yang dipertanggungjawabkan.

Memanah bintang di malam gelita,

Sebutir terjatuh menjadi batu,

Amanah ku tatang dengan air mata,

Khuatir membela diri di Hari Itu.

Steven Sim Chee Keong,

MP DAP Bukit Mertajam

#pHterbaik

 

COVID JUGA YANG MENUNDUKKAN MANUSIA AKHIRNYA..




SITI SYARIFAH ISMAIL

 

Maka kita sedar bahayanya fitnah.. suatu masa bergegar mereka fitnahkan sebuah negeri tentang masjid dan surau dan ke atas seluruh umat islam negeri itu katanya azan sudah tak dilaungkan lagi, Islam terancam dan orang islam dipergunakan...

 

Fitnah diam tanpa bicara seperti gambar juga begitu.. sayangnya dalam keadaan pandemik dan polimik ini, sepatutnya kena banyakkan ibadah sebagai kebergantungan kita pada Allah setelah segala usaha wajib dilakukan ..namun yang kita putuskan akhirnya adalah untuk tunduk dengan makhlukNya juga.

 

Apa lagi dibulan ramadhan yang mulia... Kenapa perlu ada dalam sebuah negeri setengah -- setengah saja boleh buka untuk ibadah , seolah yakin masjid yang dibuka tiada virus dan yang di tutup pasti diserang virus..

 

Wallahualam....wa Nauzubillahi min zalik

 

ADA LAGI YANG PERCAYA PADA OT95

 



KOHD MUKHLIS


Benda ini mudah paham, kalau ada conflict of interest antara rakyat dan cukong, biasanya OT akan memihak pada cukong. Jenis narsisitik ini hanya fikir diri dia sahaja; dunia ini berputar tentang dia. Orang macam ini, menjadi tidak relevent adalah satu igauan ngeri. Nak pecat TT, nak pecat Yeo Bin, dan pecat Dr Mazlee itu sebab tak nak kowtow dengan arahan dia. Dia paling suka orang yes men sahaja.

Sebab itu kejap nak bertanding PRU15 kalau "penyokong desak", kejap tak mahu bertanding, tapi kita semua tahu yang kelemahan dia adalah bila tak ada orang peduli pasal dia.

Semalam dok terhegeh-hegeh pergi Istana, padahal masa letak jawatan tu pun dia main resign macam itu sahaja mana ada nak jumpa YDPA. Sebab over confident yang dia akan di lantik semula. Jadi awak ingat, ada ke orang nak jumpa dia balik lepas letak jawatan tak beradab?

Sudah tentunya dia sama sekali tak akan minta maaf, bagi dia apa yang dia buat tak pernah silap. Kan saya kata dia dengan Pawang Buaya ini 2 kali 5.

Politik dia hanyalah politik kebencian dan bukan politik harapan. Itu apa yang Zaid Ibrahim tulis dan saya 110% bersetuju. Sebab politik kebencian dan dendam peribadi habis satu negara huru hara, tapi dia peduli apa. 22 tahun lepas , huru hara negara pasal isu liwat demi dendam peribadi, tahun lepas huru hara juga negara sebab dia berkhianat pada janji.

Dia marah sangat dengan Najib dan Anwar sebab mereka berdua tak kowtow pada dia. Dia marah sangat kat Najib sebab kacau pet project dia. Kalau Najib ikut cakap dia, 1MDB itu pun di boleh tutup mata. Macam Jemin walaupun khianat dia suka sebab Jemin pandai bodek dia dan jadi anak angkat dia. Sebab itu bila Jemin bawa MP UMNO di rumah Jemin dia tak marah siap backup sebab Jemin kata UMNO itu nak sokong di jadi PM sampai mati.

Sebab itu PH kena distant kan diri dari Parti Pejuang dan Warisan. Pejuang itu sebab mereka copy paste Bersatu. Tengok siapa yang jadi pimpinan mereka, tak mustahil nanti akan ada calon yang tipu degree macam mana mereka berada dalam bersatu. Dan Warisan pun jenis yang tak sedar diri bermain sentimen kenegerian, di label parti PTI dan di tolak oleh rakyat Sabah, lagi tak sedar diri mahu bertanding di Semenanjung.

PH tak menang PRU15 ini pun tak apa, janji Parti pengkhianat dan serpihannya dapat di lenyapkan dari politik Malaysia barulah Negara boleh move on dari politik Perkauman Sempit.

 

YB SIM BERBUKA BERSAMAPEKERJA MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

 



Petang tadi, saya telah menjamu 75 orang pekerja Jabatan Pengurusan Krisis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk majlis berbuka puasa. 


Mereka merupakan pasukan tindakan kecemasan yang bertugas 24 jam sehari untuk menyelesaikan pelbagai masalah perbandaran yang bersifat 3D - dirty, dangerous, difficult (kotor, berbahaya, sukar). 


Kita semua sebenarnya amat amat terhutang budi kepada mereka. Ya betul, mereka bekerja ada gaji, tapi ada berapa orang yang sanggup masuk ke dalam lurang pembentung, meredah parit monsun, merempuh ribut petir tengah malam, memangkas pokok yang tumbang di tengah jalan tak kira waktu, bekerja 24 jam? 


Bahkan di bulan puasa ini, kerja tetap jalan seperti biasa. 


Saya menyusun sepuluh jari mengucapkan terima kasih yang teramat sangat. Masyarakat kita senang nak sanjung VVIP, tapi bagaimana pula dengan wira-wira tidak didendang ini? Maaflah nak kata, ada Timbalan Menteri cuti dua bulan, rakyat tak rasa hilang apa-apa. Bayangkan kalau pekerja pembersihan kita tak kerja untuk seminggu.


Itulah sebabnya saya gembira kerajaan negeri setiap tahun mencalonkan pekerja 3D kedua-dua majlis bandaraya di Pulau Pinang untuk dikurniakan pingat darjah kebesaran negeri TYT Yang DiPertua Negeri. Mereka layak selayak-layaknya. 


Saya berdoa agar pekerja barisan hadapan ini sentiasa dilindungi dalam menjalankan tugasan harian mereka yang penuh cabaran.




Ramai semakin marah

 

Hari ini, Selasa 20 April 2021, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, diberitakan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan keputusan atau rumusan perbincangan yang diadakan semalam yang menyokong gesaan agar perintah darurat ditarik balik.

Perbincangan yang dimaksudkan ialah mengenai “darurat dan mudarat ekonomi” anjuran apa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat. Ia disertai pakar ekonomi terkenal Muhammed Abdul Khalid, Jomo Kwame Sundaram, dan Nungsari Ahmad Radhi. Khalid ialah pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Menurut Khalid, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menasihati Agong untuk memperkenankan pengisytiharan darurat bagi mengawal wabak Covid-19.

Bagi Khalid, mereka (kerajaan) telah bertindak atas kepentingan politik dan “amat jelas mereka sanggup mengutamakan kepentingan politik berbanding kepentingan negara dan rakyat jelata”.

Tentu ada yang mengatakan hujah sedemikian “memang dijangka datang” dari seorang ahli politik pembangkang dan Khalid semua maklum ialah pemimpin Amanah, komponen Pakatan Harapan.

Pun begitu, menurut Prof Jomo, di sebalik hampir semua darurat yang pernah diisytihar di negara ini tersembunyi “udang di sebalik batu” bagi mencapai kepentingan tertentu pihak berkuasa. Termasuk perintah yang dilaksana sekarang.

Beliau menghuraikan pelaksanaan darurat sebelum ini dan apa yang beliau maksudkan. Sila Google untuk butiran lanjut.

Bercakap mengenai Covid-19 pula, Jomo menegaskan Malaysia mesti berani mengambil teladan daripada negara lain termasuk negara dunia ketiga yang lebih berjaya dalam menangani wabak ini, dan lantas berkata “Malaysia tidak boleh bodoh sombong dan perlu rendah diri belajar daripada negara negara jiran terdekat termasuk yang lebih miskin dalam soal pengurusan wabak ini”.

Sekali lagi, saya tidak bercadang memperincikan apa yang beliau katakan. Sekadar mencatat pendapat peribadi saya iaitu kerajaan sudah hilang punca atau “has lost the plot” dalam memerangi Covid-19. Tengok sahaja pusingan U demi pusingan U terhadap peraturan dan langkah yang dikenakan. Pada masa yang sama Covid-19 terus mengancam.

Ingat apa kata ahli politik veteran Daim Zainuddin kepada FMT tidak berapa lama dahulu? SOP yang dilaksanakan kerajaan bermaksud “Semua Orang Pening”. Tepat sekali kata-kata beliau.

Bazir peluang

Pada perbincangan semalam, Muhammed Khalid pula melahirkan pendapat kerajaan sepatutnya dapat menangani kesan buruk akibat penguatkuasaan darurat menerusi kepakaran menguruskan ekonomi.

Namun kerajaan Perikatan Nasional, katanya, telah membazirkan peluang untuk memperkenalkan pembaharuan dalam pelbagai bidang ketika darurat.

Dengan bidang kuasa yang ada hasil pelaksanaan darurat, kata Muhamad, kerajaan boleh memperkenalkan pembaharuan dalam bidang penting seperti perlindungan sosial (untuk membantu golongan yang bekerja dalam sektor tidak formal yang terkesan amat teruk), pendidikan, dan sistem percukaian (untuk pastikan harga barang tidak naik) tetapi “tidak dilakukan malah ia diabaikan”.

Kata Nungsari pula, dengan mengisytiharkan darurat, kerajaan sendiri telah menidakkan kemampuan negara untuk berfungsi seperti biasa dan “hal ini telah mengurangkan keyakinan pelabur terutama keyakinan pelabur tempatan sedangkan aspek paling penting untuk memacu ekonomi adalah aspek keyakinan”.

Cukup setakat itu, walaupun panjang lebar apa yang disampaikan ketiga-tiga pakar ekonomi berkenaan pada perbincangan semalam. Bagi saya, kesimpulannya ialah mereka menyatakan perisytiharan darurat adalah untuk kepentingan politik kerajaan dan kerajaan tidak menggunakan kuasa yang disajikan oleh perintah darurat untuk mengambil langkah efektif memerangi wabak Covid-19, di samping memberi isyarat salah kepada dunia.

Lalu ketiga-tiga pakar setuju perintah darurat ini mesti ditarik balik. Ertinya darurat dihentikan segera dan Parlimen bersidang semula.

Sekali lagi, saya katakan, tentu ada yang menuduh ketiga-tiga pakar ekonomi ini pro-pembangkang. Diakui mereka sebelum ini mempunyai hubungan atau berurusan dengan parti pembangkang “in one capacity or the other”. Namun persoalannya ialah adakah apa yang mereka kata ini benar atau tidak?

Itu pandangan pakar. Rakyat biasa pula bagaimana? Pasti kita semua ada pandangan tersendiri serta sudah dan masih dengar kata-kata, rungutan, mahu pun rintihan kawan-kawan dan sanak-saudara.

Saya petik apa yang diucapkan oleh seorang kawan menerusi Facebook: “Apakah ordinan darurat boleh mengekang harga ayam? Dah macam darurat sangat harganya”. Sinis dan tajam. Kita tahu maksudnya.

Satu lagi hantaran di Facebook begini bunyinya tetapi terus-terang saya kata apa yang disenaraikan di sini sudah saya sunting kerana bahasa asal yang digunakan memang keras dan pedas.

Kata si penulis catatan itu, “rakyat tak marah pun tak dapat balik kampung Raya tahun lepas tapi tahun ini semua orang marah. Bukan sikit-sikit. Semua rakyat marah. Sebab apa?

“SOP caca-marba. Artis, VIP, menteri ‘relax’ je boleh rentas negeri pergi sana-sini. Bila rakyat buat kena kompaun. Harga barang melambung tinggi. Menteri ramai satu pun tak boleh pakai. Kerajaan ini mana entah ‘priority’ dia. Darurat macam takde darurat. MP dah dapat dua dos vaksin bila nak buka Parlimen balik?

“Menteri alam sekitar boleh kata Malaysia tak terjejas dengan perubahan cuaca, seminggu lepas itu booom hujan lebat banjir kat KL. Syarikat antarabangsa lari dari Malaysia…kita hilang pelaburan berbilion ringgit.”

Cukup setakat itu walaupun saya boleh panjangkan senarai kemarahan itu.

Lebih penting, apakah persamaan ketara dalam rintihan pemimpin politik, pakar ekonomi, dan rakyat mengenai Darurat Covid-19. Jelas, bagi mereka, darurat ini hanya menambah, bukan mengurang, rasa cemas tentang keadaan negara dari segenap segi.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


MENTERI PENDIDIKAN JANGAN LAMA SANGAT TIDUR. DAH BANYAK SEKOLAH DI BEBERAPA DAERAH DIKHABARKAN ADA SEKOLAH DITUTUP AKIBAT JANGKITAN.

 

Tutup sementara semua sekolah, desak NUTP, NGO



Keutamaan penutupan sementara sekolah perlu diberikan kepada sekolah yang terletak di kawasan berisiko tinggi, kata NUTP dan NGO. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan digesa supaya menutup sementara semua sekolah di seluruh negara, sekurang-kurangnya selama 14 hari bagi membendung penularan Covid-19.

Desakan itu disuarakan presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru).

Presiden NUTP Aminuddin Awang berharap kerajaan melaksanakan penutupan tersebut bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan murid dan guru.

“Penutupan perlu dilaksanakan di sekolah yang terletak di kawasan berisiko tinggi iaitu di zon merah, perintah kawalan pergerakan (PKP), perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan sekiranya terdapat kes jangkitan,” kata beliau kepada FMT.

“Jika guru dijangkiti, bermakna sekolah sudah ada risiko penularan jangkitan, secara automatik berlaku kontak rapat dan mereka akan dikuarantin. Justeru bagaimana guru ini boleh mengajar di sekolah sedangkan pelajar hadir? Jjadi kena tutup sekolah.”

Namun, kata beliau, sekolah yang tidak berisiko terdedah kepada ancaman atau tiada jangkitan dalam kalangan murid dan guru, tidak perlu ditutup supaya pembelajaran secara bersemuka dapat diteruskan.

Presiden PIBGN Mohamad Ali Hasan pula berkata, langkah penutupan sementara perlu berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan di seluruh negara, terutama di Selangor dan Kelantan.

“PIBGN berpandangan KPM perlu segera menutup semua sekolah selama sekurang-kurangnya 14 hari demi keselamatan guru dan pelajar sekolah, sekali gus mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti menjadi semakin teruk.

“Pembukaan semula sekolah secara fizikal hanya boleh dilaksanakan di zon hijau dengan penilaian ketat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pelajar dan guru,” kata beliau.

Presiden i-Guru Mohd Azizee Hasan berkata, bukan semua sekolah di seluruh negara perlu ditutup, namun ia perlu dilakukan di kawasan zon merah dan berisiko tinggi.

“Kuasa menentukan penutupan sekolah bergantung kepada nasihat dari KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah,” kata beliau.

“Dalam hal ini, ibu bapa tidak perlu bimbang dan perlu beri kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menguruskan kes jika berlaku.”




Tiada arahan untuk ‘like’, ikut akaun media sosial menteri, kata KKMM

 

Terdahulu, satu tangkap layar dikatakan mengandungi ‘permintaan’ kepada kakitangan KKMM supaya “like” dan mengikuti akaun media sosial Saifuddin Abdullah tular.

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan dakwaan kakitangan kementerian itu diminta “like” serta mengikuti akaun media sosial menteri, Saifuddin Abdullah dan timbalannya seperti yang tular di media sosial.

KKMM dalam kenyataan berkata, tiada sebarang arahan dikeluarkan Saifuddin berkaitan perkara itu.

“Kementerian ini juga sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangannya dalam bersama-sama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial,” katanya.

Terdahulu, satu tangkap layar dikatakan mengandungi “permintaan” kepada kakitangan KKMM, termasuk di jabatan dan agensi, supaya “like” dan mengikuti akaun media sosial Saifuddin tular.

Kakitangan juga dikatakan diminta untuk mengikuti akaun media sosial timbalan Saifuddin, Zahidi Zainul Abidin, selain akaun media sosial KKMM, menurut laporan media.

Dalam tangkap layar itu, permintaan itu dikatakan dibuat oleh Unit Komunikasi Korporat yang “dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan aktiviti ‘like’ dan ‘follow’ akaun media sosial KKMM”.

Sementara itu, sumber dalaman kementerian itu memberitahu FMT bahawa permintaan itu dikeluarkan kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, ramai kakitangan “marah dan bingung” dengan permintaan itu.

Dalam pada itu, sumber di sebuah badan bawah KKMM mengesahkan kakitangannya menerima peringatan untuk ikut dan “like” pautan media sosial menteri dan timbalannya.

Menurutnya, “permintaan” itu untuk memastikan keberkesanan program kementerian disampaikan kepada rakyat.




'Kerajaan bazir peluang laksana pembaharuan ketika darurat'



Kerajaan sepatutnya dapat menangani kesan buruk akibat penguatkuasaan darurat pada masa ini menerusi kepakaran untuk menguruskan ekonomi, kata pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid. Namun, menurut Muhammed, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah membazirkan peluang untuk memperkenalkan pembaharuan dalam pelbagai bidang di saat darurat. Muhammed berkata demikian dalam sesi ‘Darurat dan Mudarat Ekonomi’ di Kuala Lumpur hari ini.



RENTASAN 872 | GEMPAR!!! DARURAT SAH MEMUDARATKAN EKONOMI - NASIHAT BUAT...



MENARIK DALAM RENTASAN 872

1. BODOH SOMBONG GEJALA KEGAGALAN 2. EKONOMI MERUDUM BUKAN PEMBOHONGAN 3. MENTERI PENGGUNA ATAU TIDAK BERGUNA?




NAK RAYA.....TAPI KENA KOMPAUN

 

Apa yang kau banggakan dengan berbuat begini?Budak-budak tu tak ada duit, terpaksa nanti minta dengan ayah dan ibu. Mana nak cari duit lagi? Dah lah kita nak menyambut raya ni.

Exco ni tak pernah masuk universiti ke? Tak pernah rasa hidup di kolej ke? Pelajar tak dibayar masa belajar. Macama dia boleh kata yakin kesemua pelajar itu mampu untuk bayar?

Aku pun jadi risau. Tak pasti kalau negara kita sekarang ditadbir oleh robot. Kerana sudah tidak ada peri kemanusiaan. Sebab kalau binatang pun yang tadbir, tak akan sekejam ini.

Raja Gelap

 

 May be an image of one or more people and text that says "Astro AWANI 1h.6 Mohd Akmal berkata kesemua pelajar yang dikompaun itu masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah kompaun tersebut dan pihaknya yakin kesemua pelajar itu mampu membayarnya. #AWANInews #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia EGER AK i TAN "AWAB BEOS ASTRO AWANI Tiada unsur aniaya pelajar dikompaun tidak pakai pelitup muka- Exco Perak"

6 cadangan lindungi ‘rider’ p-hailing kita

 

Oleh B. Suffian

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mencadangkan beberapa langkah yang patut dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi melindungi penunggang (rider) perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing di negara ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, langkah-langkah perlindungan itu adalah:

  1. Memberi insentif bersasar kepada rider p-hailing agar mereka mencarumkan diri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017.
  2. Mewajibkan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran menyediakan alat-alat keselamatan rider yang memenuhi piawaian.
  3. Melaksanakan sistem upah yang lebih baik kepada rider.
  4. Melaksanakan insentif masa penghantaran lebih munasabah yang tidak memaksa rider bergegas mengejar masa dan terburu-buru.
  5. Melaksanakan sistem rating yang lebih adil dan mengutamakan keselamatan rider terutamanya semasa di jalan raya.
  6. Mewujudkan sebuah tribunal bebas bagi sektor p-hailing (dan e-hailing) untuk mengendalikan rayuan dan aduan permasalahan antara rider dengan syarikat.

Baru-baru ini, kerajaan telah melaporkan bahawa sepanjang setahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih dua pertiga daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal melibatkan penunggang penghantaran barangan dan makanan ataupun rider p-hailing.

Berikutan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan peraturan baru untuk mengawal selia sektor p-hailing.

Dalam pada itu, Steven berkata, dalam penyediaan peraturan kawal selia tersebut, beliau menyeru kerajaan agar jangan terlalu menekan rider dengan pelbagai kekangan baru.

“…sebaliknya melihat kepada bagaimana untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan selamat bagi rider sektor p-hailing,” katanya. 



Chin Tong dakwa Mahathir pernah nak pecat Yeo Bee Yin sebagai menteri

 


Chin Tong dakwa Mahathir pernah nak pecat Yeo Bee Yin sebagai menteri


Pada awal Jan tahun lalu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik, meletakkan jawatannya sebagai menteri pendidikan. Walaupun begitu ia dilihat sebagai langkah yang diarah oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun nampaknya bukan Maszlee saja menteri yang ingin digantikan oleh ahli parlimen Langkawi itu jika melihat kepada kandungan buku baru tulisan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, berjudul Lim Kit Siang: Patriot, Leader, Fighter.

Buku karya bekas timbalan menteri pertahanan itu dihasilkan sebagai naskhah biografi veteran DAP, Lim Kit Siang, namun ia turut menawarkan beberapa maklumat dalaman mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bertahanan selama 22 bulan.

Pada 15 Ogos 2019, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) mengumumkan syarat baru – dan signifikan – untuk syarikat Lynas Malaysia (Lynas) mendapat lesen daripada kerajaan.

Untuk rekod AELB merupakan agensi yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Ketika itu ia diketuai Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.

Antara syarat yang ditetapkan AELB ialah Lynas mesti memindahkan kemudahan cracking and leaching ke Australia dalam tempoh empat tahun.

Ia adalah proses sama yang menyebabkan penumpukan sisa radioaktif di kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Lynas juga dikehendaki membatalkan rancangan mereka untuk mengkomersialkan sisa buangan mereka – yang didakwa memiliki kadar radiasi rendah – sebagai baja yang dikenali sebagai “Condisoil”.

Hasrat Mahathir dibatalkan

Selain itu AELB mensyaratkan Lynas membina kemudahan deposit kekal (PDF) untuk menyimpan sisa yang sudah dihasilkan sejak 2012 dan berterusan sehingga 2023 iaitu apabila kemudahan proses cracking and leaching mereka dipindahkan ke Australia.

Pengumuman itu dibuat pada Khamis, 15 Ogos 2019. Apabila mesyuarat kabinet berlangung pada Rabu minggu berikutnya (21 Ogos 2019), kata Liew, Mahathir bercadang untuk membuat sedikit rombakan dengan menggantikan Yeo.

“Berita itu terbocor dan kami cemas,” kata Liew.

Tambah anggota Dewan Negara itu lagi, dia kemudian mendapatkan maklumat mengenai apa yang berlaku daripada menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.

 

Katanya Lim memberitahu Mahathir mahu melantik orang lain menggantikan Yeo kerana ketegasannya berhubung isu Lynas dan isu-isu lain berkaitan alam sekitar.

Bagaimanapun katanya pemimpin PH berjaya menghalang Mahathir daripada melaksanakan rombakan kabinet itu dan Yeo kekal menjadi menteri berkaitan.

Liew juga tidak menjelaskan secara khusus apa yang membuat Mahathir kecewa dengan tindakan Yeo.

Malaysiakini masih menunggu reaksi daripada pejabat Yeo berhubung dakwaan berkenaan.

Penulis buku Lim Kit Siang: Patriot, Leader, Fighter, Liew Chin Tong

 

Lebih dua bulan selepas kejadian itu Mahathir bertemu dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison semasa kedua-dua mereka menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-35 di Bangkok, Thailand.

Menurut Mahathir dalam pertemuan berkenaan Morrison meluangkan banyak masa untuk meminta agar syarat-syarat yang ditetapkan Malaysia ke atas Lynas dibatalkan.

Syarat itu akhirnya dikekalkan tetapi kerajaan masih belum dapat menutup sepenuhnya kemudahan Lynas di Kuantan.

Liew mengakui gerakan membantah Lynas oleh DAP sejak 2012 mewujudkan penyokong tegar parti itu yang mengharapkan kilang berkenaan ditutup segera.

Untuk rekod, sama ada Lynas ditutup atau tidak, sisa radioaktif yang terkumpul di Gebeng, Kuantan sejak 2012 tetap masih harus diuruskan.

Feb lalu Malaysiakini melaporkan Lynas bercadang untuk menyimpan sisa buangan mereka di kawasan tadahan air di Bukit Ketam, Kuantan walaupun pada awalnya syarikat terbabit menafikan ia adalah kawasan tadahan air.

PDF adalah sebahagian daripada kemudahan pembuangan sampah bersepadu yang lebih luas yang mempunyai pembabitan kerabat diraja Pahang.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melepaskan pegangan saham langsungnya dalam projek itu berikutan laporan Malaysiakini.  






TU DIA AIHHHH....PINJAM LAGI...DUIT BAWA KEMANA ?

 

Dedah! Tular senarai pinjaman baru yang telah dibuat kerajaan PN, dah cecah RM69 billion

Dedah! Tular senarai pinjaman baru yang telah dibuat kerajaan PN, dah cecah RM69 billion

Parlimen digantung.

Akta kewangan yang kawal perbelanjaan digantung.

Covid gagal dikawal selepas 3 bulan darurat.


Vaksinasi Covid masih lambat.

Dalam tempoh darurat, Silterra dijual pada harga murah. Turut dijual termasuk sebahagian besar Celcom.

PM kata kerajaan tak ada banyak wang lagi seperti dahulu.

Kerajaan saran penjawat awam potong gaji dan berwakaf untuk bantu ekonomi negara.

Nisbah hutang 62.2% pada akhir tahun 2020 sudah cecah had 60% yang dinaikkan dan diluluskan dalam parlimen seperti diusul kerajaan PN pada bulan Ogos 2020.

Walaupun had telah tercecah, Kerajaan PN membuat pinjaman baru sebanyak RM69 bilion dalam tempoh darurat setakat ini bagi tahun 2021. – MHD

Januari 2021
7 Jan 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2ZfKxRD
12 Jan 2021: Pinjam RM3 bilion https://bit.ly/2LQUO3p
15 Jan 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3rWxX5X
19 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/37ge55I
22 Jan 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3dg9iW0
26 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3poeA3W

Februari 2021
4 Feb 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/2N6XoTD
9 Feb 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3barZrd
19 Feb 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3amcr4P
24 Feb 2021: Pinjam RM3.5 bilion https://bit.ly/2PRWfjL

Mac 2021
5 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3cmoSgA
10 Mac 2021: Pinjam RM1.5 bilion https://bit.ly/3rIj8El
15 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/30DOT5w
17 Mac 2021: Pinjam RM2.5 bilion https://bit.ly/3vxd5Vu
22 Mac 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/3tE4heA
25 Mac 2021: Pinjam RM2 bilion https://bit.ly/3lIEKy5
30 Mac 2021: Pinjam RM4 bilion https://bit.ly/3sEQiVQ

April 2021 (setakat 18hb)
2 April 2021: Pinjam RM1.5 bilion https://bit.ly/32oYuhA
7 April 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/2REdsOt
9 April 2021: Pinjam RM1.5 bilion https://bit.ly/2Q5pJeG
14 April 2021: Pinjam RM4.5 bilion https://bit.ly/32lMopo
16 April 2021: Pinjam RM1.5 bilion https://bit.ly/3v3YjEP







ZAMAN PEMERINTAHAN MELAYU ISLE BAB GINI PUN BOLEH JADI...DAP TAK ADA LA WEIII

 

Kecoh! Tular Masjid di Gombak tersilap azan maghrib 3 minit awal, siapa berbuka perlu ganti puasa

Kecoh! Tular Masjid di Gombak tersilap azan maghrib 3 minit awal, siapa berbuka perlu ganti puasa

Assalaamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Tmn Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga (3) minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin @ 7 Ramadhan 1442 @ 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid

Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa Tuan/Puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti/diqadha’.

Begitulah pandangan jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’.

Para jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017

Sekali lagi kami mohon maaf dan Insyaallah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan pengesahan dari pihak masjid masih berjalan. Dan orang ramai masih menantikan penjelasan rasmi pihak berkuasa.

KENYATAAN RASMI MASJID AL-KHAIRIYAH

Assalaamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Tmn Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib *tiga (3) minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin @ 7 Ramadhan 1442 @ 19 April 2021* disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid

Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa Tuan/Puan telah *terbatal* pada hari tersebut dan perlu diganti/diqadha’.

Begitulah pandangan jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’.

Para jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017

Sekali lagi kami mohon maaf dan Insyaallah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi

Hj Wan Nawawi
Nazir Masjid
20/4/2021 @ 6.30pm

Sumber :