KOHD MUKHLIS
Benda ini mudah paham, kalau ada conflict of interest antara
rakyat dan cukong, biasanya OT akan memihak pada cukong. Jenis narsisitik ini
hanya fikir diri dia sahaja; dunia ini berputar tentang dia. Orang macam ini,
menjadi tidak relevent adalah satu igauan ngeri. Nak pecat TT, nak pecat Yeo
Bin, dan pecat Dr Mazlee itu sebab tak nak kowtow dengan arahan dia. Dia paling
suka orang yes men sahaja.
Sebab itu kejap nak bertanding PRU15 kalau "penyokong
desak", kejap tak mahu bertanding, tapi kita semua tahu yang kelemahan dia
adalah bila tak ada orang peduli pasal dia.
Semalam dok terhegeh-hegeh pergi Istana, padahal masa letak
jawatan tu pun dia main resign macam itu sahaja mana ada nak jumpa YDPA. Sebab
over confident yang dia akan di lantik semula. Jadi awak ingat, ada ke orang
nak jumpa dia balik lepas letak jawatan tak beradab?
Sudah tentunya dia sama sekali tak akan minta maaf, bagi dia apa
yang dia buat tak pernah silap. Kan saya kata dia dengan Pawang Buaya ini 2
kali 5.
Politik dia hanyalah politik kebencian dan bukan politik
harapan. Itu apa yang Zaid Ibrahim tulis dan saya 110% bersetuju. Sebab politik
kebencian dan dendam peribadi habis satu negara huru hara, tapi dia peduli apa.
22 tahun lepas , huru hara negara pasal isu liwat demi dendam peribadi, tahun
lepas huru hara juga negara sebab dia berkhianat pada janji.
Dia marah sangat dengan Najib dan Anwar sebab mereka berdua tak
kowtow pada dia. Dia marah sangat kat Najib sebab kacau pet project dia. Kalau
Najib ikut cakap dia, 1MDB itu pun di boleh tutup mata. Macam Jemin walaupun
khianat dia suka sebab Jemin pandai bodek dia dan jadi anak angkat dia. Sebab
itu bila Jemin bawa MP UMNO di rumah Jemin dia tak marah siap backup sebab
Jemin kata UMNO itu nak sokong di jadi PM sampai mati.
Sebab itu PH kena distant kan diri dari Parti Pejuang dan
Warisan. Pejuang itu sebab mereka copy paste Bersatu. Tengok siapa yang jadi
pimpinan mereka, tak mustahil nanti akan ada calon yang tipu degree macam mana
mereka berada dalam bersatu. Dan Warisan pun jenis yang tak sedar diri bermain
sentimen kenegerian, di label parti PTI dan di tolak oleh rakyat Sabah, lagi
tak sedar diri mahu bertanding di Semenanjung.
PH tak menang PRU15 ini pun tak apa, janji Parti pengkhianat dan
serpihannya dapat di lenyapkan dari politik Malaysia barulah Negara boleh move
on dari politik Perkauman Sempit.