SOGOKAN BENAR-BENAR BERLAKU, TEGAS SAIFUDDIN



“Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut. “Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.”




KALAU YAKIN DENGAN PH, KENAPA ATOK SAKA JUGA YANG NAK DIBAWA MASUK..DIA PENGKHIANAT NO WAHID.






Kalau Pakatan PENTING, jauhi AtukSAKATua sebab dia BUKAN anggota PH dan ramai penyokong tak boleh terima dia.

Depa dok lapaq Atok, ahli tak setuju tapi tak boleh hijrah ke parti rakan? Nak suruh buat apa? Klau tak setuju, pi join PA$ atau UMNO atau Bersatu? Mcmtu? Oren Masam ni mereng serupa Pak Aji jugak.

 


 Pakatan penting untuk Amanah, ahli tak boleh lompat parti kawan, kata Salahuddin | The Malaysian Insight

themalaysianinsight.com
Pakatan penting untuk Amanah, ahli tak boleh lompat parti kawan, kata Salahuddin | The Malaysian Insight
Amanah sedia memainkan peranan memperkukuhkan PH, termasuk bekerjasama dengan parti di luar PH, katanya.


HENTIKAN LAH NAK AGONGKAN ATOK TU...

 

ZUBAIDI SUDIN


Begitu lengkap, hujah dan bukti sepanjang setahun kita berikan tapi PANjilat SETAN Tua #K3 termasuklah dari DAP boleh buat pekak badak dan masih setiap hari dok buat posting mengagung2kan SETAN tu. Kenot brain lah.


Husam kata "sejak hari pertama mahathir jadi pm, dia sudah merancang utk jatuhkan ph"

Kini hadi pulak kata "usaha langkah sheraton telah bermula sejak penubuhan kerajaan ph.

Masih percaya mahathir tak terlibat dalam usaha jatuhkan ph?

Itu belum lagi kenyataan2 dari menteri2 pn seperti hamzah yg mendakwa mahathir arahkan dia kumpulkan sd secukupnya utk tubuh kerajaan campuran dgn pas dan umno dgn menjatuhkan ph

Willie mongin dalam satu posting facebook pulak berkata, "kami mula activate plan menjatuhkan ph setelah dapat greenlight dari mahathir"( dalam bahasa inggeris)

Masih percaya mahathir hanya tersilap letak jawatan?

Dalam satu mesyuarat ppbm, mahathir berkata "saya tak suka dap, saya x suka anwar".

Masih percaya mahathir x ada kena mengena dgn langkah sheraton?

Husam juga berkata "mahathir menolak utk memenuhkan kuata senator (16 senator) seolah2 sudah tahu ph akan jatuh. Setelah PN ditubuhkan, muhyiddin memenuhkan kuata tersebut dgn org2 pro ppbm dan PN.

Masih percaya dgn mahathir?

Dalam mesyuarat ppbm yg sama, mahathir menjelaskan kerisauan dia mengenai kerjasama dgn umno dan berkata "kita blh keluar sekarang, atau kita tangguh dulu", kemudian kedengaran ahli2 mpt menyambut "keluar sekarang".

Mahathir hanya tersilap letak jawatan?

Sudah2lah nak cerita pasal "blh kerjasama kalau ikut prinsip"

Mahathir tu manusia yg berpegang pada prinsip "matlamat menghalalkan cara"

Prinsip2 kamu tu mahathir akan bakulsampahkan bila tiba masa. Prinsip2 kamu tu sekadar tulisan di atas kertas putih sahaja kalau ikut logik mahathir

Manifesto pun mahathir blh hina dgn berkata "bukan kitab suci". Inikan prinsip2 ph

Sudah sudahlah dgn mahathir tu. Move on.

 

LIVE-100321 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 49) - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad



Kuliah Maghrib Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad menggunakan kitab Bahrul Mazi Jilid 21 berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P. Pinang.




DIAM BISU DIA NI....SEJAK PN PERINTAH DIA MASUK GUA BETAPA...TU JA NAK HABAQ

 

MOHD SHAH RIM


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam pembelajaran agama mereka.

Selain ‘Allah’, penganut agama Kristian di negeri terbabit juga boleh menggunakan perkataan ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dalam ajaran mereka - 10 Mac 2021.


May be an image of 1 person, sitting and text

 

VIDEO : BOLEHKAH DOSA KHIANAT MANDAT RAKYAT DICUCI DI MEKAH?



Siasatan tersebut yang dibuat berdasarkan temubual dengan 122 orang yang terselamat dan saksi mendapati polis dan tentera Mesir "secara sistematik dan sengaja membunuh para penunjuk perasaan yang tidak bersenjata dengan alasan politik" dalam tindakan yang "kemungkinan besar merupakan jenayah terhadap kemanusiaan". Laporan juga mengesyorkan agar beberapa individu kanan dalam aparat keselamatan Mesir disiasat dan, jika sesuai, bertanggungjawab atas peranan mereka dalam merancang pembunuhan Rabaa dan yang lain - termasuk al-Sisi, yang ketika itu Menteri Pertahanan Mesir.






30 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL




SILA TEKAN  >   UNTUK MEMBACA BERITA

 AWAL PAGI.




WOIII...GADOH KAH...SESAMA ISLE NIH...KA KOYAK HATI..KAH........SELAMAT BERGADUH....JANGAN SAMPAI JADI KAPIR.....

 May be an image of 1 person and text

OWH..MANA LEBIH TERUK KALAU TUNGGANG, KOMPLOT, MENIPU AHLI PARTI, SEKONGKOL DENGAN PERASUAH....GAGAL DALAM BANYAK HAL....KAH....

 

Pas kata PH nak memerintah cara fitnah , tipu, ugut

Pas kata PH nak memerintah cara fitnah , tipu, ugut

Pemuda Pas mendakwa parti pembangkang menjadikan politik toksik sebagai modal bagi meraih pemerintahan dengan cara memuntahkan fitnah, menggumpal penipuan dan mengancam ugut.

Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia petunjuk kontang jati diri, idealisme dan tiadanya perjuangan luhur dalam menjulang ketamadunan rakyat dan negara.

“Hakikatnya, penyatuan dan perpaduan berpaksikan kepentingan agama, bangsa dan negara termeterai daripada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) cukup ampuh dari dirempuh Pakatan Harapan (PH).

“Hanya dengan memecahkan kekuatan itulah memungkinkan mereka kembali ke persada kuasa,” katanya dalam Facebook miliknya pada Rabu.

Susulan itu beliau berkata, politik toksik itu perlu disingkirkan dan imuniti ummah diperkuatkan.

“Lantaran itu, jangan ada yang berperangai jelik turut meneguk racun toksik dengan gertak ugut supaya Pas memilih secara eksklusif persaudaraan politik telah diikat kini.

“Saf kepimpinan kini wajib terus dipertahankan oleh semua parti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersama dalam kerajaan kini kerana agenda Melayu-Islam dan Bumiputera serta keharmonian hidup rakyat berbilang kaum serta kemakmuran negara ini sangat mustahil untuk didukung secara sempit, sombong dan tanpa setiakawan,” ujarnya.



Zaman Pas memerintah, orang kafir boleh guna perkataan Allah

 


Zaman Pas memerintah, orang kafir boleh guna perkataan Allah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah “Allah” pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.

Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Hakim Nor Bee Ariffin hari ini membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’, telah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Wanita Melanau itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 untuk menuntut pemulangan CD yang dirampas itu serta bayaran gantirugi.

Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2015, mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya CD itu dipulangkan kepada Ireland.

Mahkamah juga memerintahkan bahawa pengisytiharan yang dipohon oleh Ireland mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ didengar semula.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

“Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Nor Bee berkata perkataan itu juga boleh digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pengajaran kerana telah digunakan lebih 400 tahun.

Semasa dihubungi, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia, mengesahkan bahawa keempat-empat perkataan itu boleh digunakan oleh penganut Kristian untuk penerbitan agama mereka

“Bagaimanapun, penerbitan yang mengandungi keempat-empat perkataan itu perlu disertakan penafian bahawa ia ‘hanya untuk penganut Kristian’ dan juga lambang salib,” katanya.

Isu ini bermula 13 tahun lepas apabila Jill Ireland memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan CD (cakera padat) yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD berkenaan bertajuk “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah”.

Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penyitaan CD tersebut serta memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah Tinggi pada Julai 2014, memerintahkan CD itu dipulangkan kepada Jill Ireland, tetapi tidak mengeluarkan arahan berhubung pengisytiharan yang dimohon wanita itu mengenai isu perlembagaan.

Pada Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Kementerian Dalam Negeri memulangkan lapan CD dirampas milik wanita itu selepas menolak rayuan kementerian dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan juga mengarahkan perkara itu didengar kembali di Mahkamah Tinggi berhubung isu perlembagaan.

Mahkamah Tinggi sepatutnya memberi penghakimannya pada 2018 tetapi ditangguhkan beberapa kali atas beberapa alasan.


DIA BAGI PERUMPAMAAN SEBAB PIMPINAN MELAYU ISLE MACAM BANGGANG SEJAK JADI KERAJAAN...KES ADIB ..SAJAT PUN TAK LEH SELESAI?

 

Murtad: ISMA tempelak mana pemimpin melayu?

Murtad: ISMA tempelak mana pemimpin melayu?

Sikap senyap menikus pemimpin politik Melayu berhubung kenyataan ‘murtad’ Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng amat dikesali.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya yang kecewa dengan isu tersebut percaya, tindakan berkenaan bertitik tolak daripada sikap pemimpin Melayu itu sendiri.

Dakwanya, saling bercakaran di antara satu sama lain dalam hal politik telah menyebabkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menghina kesucian agama Islam.

“Kita berasa sedih kerana apabila pemimpin-pemimpin politik Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri, maka ada pihak yang akan mengambil kesempatan melemparkan kata-kata dusta terhadap agama kita tanpa segan silu.

“Sampai sekarang kita tidak nampak apa-apa arus kuat dari pemimpin-pemimpin politik Melayu mengecam kenyataan Lim Guan Eng mengenai larangan murtad,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng mempertikaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila mempertahankan tindakan wakil rakyat melompat parti, sekiranya mendakwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.

“Sebagai seorang beragama Islam, murtad itu tidak dibenarkan kenapa lompat parti boleh dalam politik?

“Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke mahkamah,” katanya.



Azmin semakin gelabah, minta ketepi agenda peribadi

 


Azmin semakin gelabah, minta ketepi agenda peribadi

Sekarang adalah waktu terbaik untuk memperkukuh kedudukan sesama parti dan mengetepikan kepentingan peribadi, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali.

Menurut menteri kanan PN itu ia boleh dilakukan walau ketika semua orang boleh memberikan pandangan sendiri mengenai gabungan berkenaan.

“Semua orang boleh beri pandangan tetapi pada pandangan saya, inilah masa terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan.

“Kita tidak mahu kekuatan yang kita bina ini diruntuhkan oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tertentu,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan sempena ulang tahun pertama perkhidmatannya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di Kuala Lumpur, hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Azmin diminta mengulas amaran Umno agar PAS tidak membantu Bersatu jika calon mereka bertembung pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Amaran itu dibuat Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman semalam.

Untuk rekod hubungan Umno dan Bersatu terus tegang di sebalik penyertaan beberapa ahli parlimennya dalam kerajaan PN dipimpin Muhyiddin Yassin.

Dalam keadaan begitu, PAS pula kekal menjalin kerjasama rasmi dengan kedua-dua parti, masing-masing melalui PN dan Muafakat Nasional.

Tajuddin yang juga ahli parlimen Pasir Salak berkata meskipun Umno menghormati keputusan PAS untuk kekal bersama Bersatu, namun partinya juga berharap PAS akan juga kekal menyokong Umno.

Jari pun tak sama panjang

Pada masa sama hubungan Umno-PAS di negeri tertentu – misalnya Terengganu – juga tidak menunjukkan persefahaman yang jitu apabila pemimpin parti terbabit berikrar untuk meletakkan calon di semua kerusi yang ada di negeri itu.

Hal itu diumum Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said beberapa kali, termasuk terbaru pada 4 Jan lalu.

Hari ini Bersatu Terengganu pula mengumumkan mereka sedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi Umno di Terengganu hal itu akan dirundingkan dengan menteri besar negeri itu Ahmad Samsuri Mokhtar.

Azmin berkata semua pihak wajar duduk bersama dan berbincang bagi mencari penyelesaian isu berkenaan.

“Saya bertanggungjawab untuk menganjur perpaduan, saya tidak mahu jadi ejen perpecahan.

“Saya mahu semua pihak ketepikan kepentingan peribadi, duduk dan bincang,” katanya.

 

Mengulas lanjut, ahli parlimen Gombak yang meninggalkan PKR itu berkata rakyat hari ini juga sudah letih dengan permainan serta pergaduhan politik pemimpin negara.

“Rakyat sudah penat, dah letih dengan pergaduhan begini yang berterusan. Ia tidak membantu dan sudah tentu saya sebagai salah seorang pemimpin dalam kerajaan saya nak menganjurkan perpaduan.

“Memang ada pandangan berbeza, pendekatan yang berbeza, kita punya jari pun tak sama panjang, ada pendek, ada kecil dan ada besar.

“Tetapi kalau kita satukan dia menjadi satu kekuatan, kamu boleh genggam, kamu boleh makan tapi kalau satu jari macam mana kita nak makan? Itu maksud saya,” katanya berkias.

Tambah Azmin, perbezaan pandangan sudah tentu ada namun dia yakin ia dapat diselesaikan melalui perbincangan.

“Dan kalau kamu tanya rakyat di bawah pastinya mereka mahukan kerajaan yang kukuh.

“Mereka nak lihat semua pihak dalam kerajaan atau di luar kerajaan dapat bekerjasama sebab akhirnya nanti kita nak pastikan rakyat mendapat jaminan untuk melindungi kesihatan mereka.

“Itu jawapan terus daripada hati nurani saya,”tambahnya.

Sebelum ini, Umno mengesahkan menghantar surat kepada Muhyiddin bagi memaklumkan keputusan majlis tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU15. 



Pengerusi PR1MA: Ramai profesional berbakat lebih layak banding Shahidan, kata Pemuda PKR

 

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata “Scheme of Things” yang menjadi amalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menawarkan jawatan kepada Ahli Parlimen dilihat terus aktif dengan lantikan Shahidan Kassim.

PETALING JAYA: Pemuda PKR mempersoalkan kelayakan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Ketuanya Akmal Nasir membangkitkan perkara itu sedangkan masih ramai golongan profesional berbakat lebih berkelayakan menggalas jawatan berkenaan berbanding Shahidan.

“Sudah pasti timbul pertanyaan atas kapasiti apa beliau dilantik tatkala begitu ramai profesional yang berbakat, berpengalaman luas dan diyakini mampu mengeluarkan PR1MA daripada belenggu permasalahan yang begitu merunsingkan,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu bagaimanapun memaklumkan beliau tidak terkejut dengan pengumuman pelantikan itu semalam, kerana ia sudah dibuat sejak sebulan lalu melalui laman sesawang PR1MA yang sudah dikemaskini dan meletakkan Shahidan sebagai pengerusi.

“’Scheme of Things’ yang menjadi amalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menawarkan jawatan kepada Ahli Parlimen dilihat terus aktif dengan lantikan Shahidan,” katanya.

Akmal turut mempersoal kesungguhan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam menyelesaikan perkara berkaitan projek PR1MA kerana selepas tiga tahun menjadi menteri, isu tersebut masih tidak selesai.

“Sebagai contoh, terdapat beberapa kekeliruan jika dilihat kepada jawapan menteri di Parlimen. Pada 17 Okt 2019, menteri menyatakan bahawa 56 fasa projek pembangunan bernilai RM9.98 bilion bawah PR1MA dibatalkan. Namun, pada 7 Dis 2020, menteri sama menyebutkan jumlah projek PR1MA yang dibatalkan adalah sebanyak 32 projek.

“Sehubungan itu, saya menggesa menteri dapat segera mendedahkan senarai setiap pemaju serta kos pampasan yang perlu dibayar kepada mereka bagi 32 projek yang telah dibatalkan, senarai projek yang dipinda tarikh siap, senarai projek lewat dan terbengkalai,” katanya.

Semalam, Zuraida mengumumkan pelantikan Shahidan berkuat kuasa serta-merta sambil memaklumkan pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat dan dalam tadbir urus yang ada pada Ahli Parlimen Arau itu amat diperlukan untuk melonjakkan prestasi PR1MA







Tamrin nafi jadi dalang di sebalik memo palsu tentang Ku Li sebagai calon PM

  -

Tamrin Ghafar dituduh menerajui sokongan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Tamrin Ghafar menafikan dakwaan mengatakan beliau menerajui sokongan terhadap langkah untuk menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menjawab satu catatan oleh penulis blog politik Raja Petra Kamarudin, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu berkata, sekalipun beliau bersetuju Muhyiddin diganti sebagai perdana menteri, beliau tidak terlibat dengan sebarang berita palsu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya membuat dan mengedar sebarang berita palsu,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, penyokong Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, didakwa mendalangi penyebaran memo palsu mengenai rancangan PPBM sebagai sebahagian daripada kempen “terakhir” untuk menjadikan Razaleigh perdana menteri.

Raja Petra berkata, para penyokong Razaleigh melancarkan kempen mereka dengan penyebaran memo yang kononnya sulit mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin bagaimanapun berkata, memo itu palsu dan laporan polis akan dibuat untuk mengesan dalang di sebaliknya.

Raja Petra, yang menamakan Tamrin sebagai ketua penyokong Razaleigh, mendakwa Tamrin telah berkempen sejak 35 tahun lalu untuk menjadikan Razaleigh perdana menteri.

Beliau berkata, penyokong Razaleigh “bekerja lebih masa untuk mencetuskan perselisihan antara Umno dan PPBM”.

Sekiranya kedua-dua parti itu tidak dapat berdamai sebelum pilihan raya umum, “maka mereka akan memerlukan ‘orang luar’ yang boleh diterima oleh kedua-dua puak yang berlaga. Orang luar’ ini adalah Ku Li, paling tidak, itulah harapan beliau”.

FMT



Umno-PH formula kemenangan, tetapi bukan tanpa perangkap, kata penganalisis

 

Bekas menteri Zaid Ibrahim mengemukakan idea ‘perkahwinan’ antara Umno dan Pakatan Harapan yang mirip formula kemenangan PH pada 2018.

PETALING JAYA: Dua penganalisis politik melihat Umno dan Pakatan Harapan (PH) sebagai saling melengkapi sekiranya mereka bergabung pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), tetapi mereka diingatkan bahawa menjaga keseimbangan dan ketertiban mungkin menjadi satu cabaran.

Idea itu dilontarkan di media sosial semalam oleh bekas menteri Zaid Ibrahim, yang berkata “perkahwinan” itu meniru formula kemenangan PH pada 2018 ketika gabungan itu diterajui PPBM pimpinan Dr Mahathir Mohamad, yang menonjolkan kepemimpinan Melayu.

Tunku Mohar Mokhtar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, ini akan menjadi satu “penyelesaian pragmatik” bagi kedua-dua kumpulan, memandangkan baik pembangkang mahupun kerajaan tidak berkemungkinan dapat menguasai majoriti yang kukuh dalam pilihan raya.

“Oleh itu, penjajaran baru mungkin jalannya,” katanya.

“PH memerlukan tokoh Melayu yang kuat. Barisan Nasional (yang dianggotai Umno) juga memerlukan perwakilan bukan Melayu yang signifikan.

“Gabungan keduanya nampaknya seperti satu formula kemenangan, paling tidak, di atas kertas.”

Tunku Mohar berkata langkah itu akan menyelesaikan keperluan mendesak mereka – kekurangan ketokohan Melayu yang kuat dalam PH dan rasa tidak puas hati Umno terhadap PPBM.

“Yang tinggal kini adalah kedua-dua pihak perlu mencari titik persamaan yang dapat mempermudah pembentukan jajaran politik atau gabungan baharu,” kata beliau.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pula berkata, sementara langkah seperti itu akan membolehkan gabungan baharu merangkumi segala isu dalam kalangan demografik pengundi, “mereka harus secara dalaman meyakinkan para pengkritik parti masing-masing, yang secara ideologinya bagai langit dengan bumi, untuk bekerjasama”.

Kata beliau, akan ada cabaran besar yang harus dihadapi oleh PH dan Umno sekiranya hal ini terjadi kerana terdapat risiko sejarah akan berulang.

Oh berkata, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim berisiko menyerahkan kedudukannya dan berakhir dalam situasi yang serupa dengan apa yang dihadapinya bersama Mahathir.

“Ini kerana Umno dilihat cenderung untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dan pemimpin Umno dilihat lebih cenderung menjadi PM, bukannya Anwar.

“Pemimpin seperti itu akan cuba menghalang Anwar, seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir,” kata beliau.

Beliau berkata, hal itu mungkin menjadi isu berdasarkan pengalaman Umno bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Pengajaran yang sukar ditelan Umno ketika ini, iaitu dengan Muhyiddin sebagai pemimpin dari parti yang lebih kecil menguasai dengan menjadi perdana menteri, akan menguatkan tekadnya untuk tidak lagi mengalah dalam gabungan pemerintah,” kata beliau.



KLUSTER MAHKAMAH INILAH ‘LAST DEFEND’ UMNO – ZAHID HAMIDI

 

Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno. Apatah lagi, akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan, biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan.

Namun, tafsiran terdapat wujudnya pelbagai ‘kluster’ mengikut penganalisis politik tidak dapat dielakkan.

Mereka kata ‘Kluster Mahkamah’ sila berundur konon demi selamatkan UMNO.

Tetapi hairan rata-rata mereka ini penyokong ‘Kluster Kuasa’. Mereka yang anti-UMNO.

‘Kluster Cari Makan’ yang juga dikenali sebagai ‘Kluster Broker’ tambah garam.

Mujur ahli dan penyokong UMNO dapat hidu tipu muslihat kluster-kluster ini.

Golongan berkecuali atas pagar pun nampak agenda dua kluster ini. Inikan zaman media sosial.

Lagipun lebih 3 juta ahli dan penyokong UMNO tahu ‘Kluster Mahkamah’ inilah ‘last defend’ UMNO.

Mereka tahu sebab itu ‘Kluster Kuasa’ dan ‘Kluster Broker’ bersungguh-sungguh menghasut.

Berusaha meracuni fikiran mereka supaya menolak pemimpin ‘Kluster Mahkamah’.

‘Kluster Kuasa’, ‘Kluster Broker’ bimbang UMNO sedang bangkit dengan kekuatan sendiri.

‘Kluster Kuasa’ bimbang kuasa dalam genggaman terlepas.

‘Kluster Broker’ takut hilang jawatan dan kedudukan.

Allhamdulillah ahli dan penyokong UMNO faham apa yang dialami oleh ‘Kluster Mahkamah’.

Mereka tahu siapapun yang memimpin UMNO masa itu berpotensi ‘di-Kluster Mahkamah-kan’.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.



KAH...KAJIAN PALA BANA APA LA PUAK NIH ...

 May be an image of 3 people and text


MOHD SHAH RIM


Berapa jumlah responden yang ambil bahagian.??

465 orang..

70% wanita (325)

30% lelaki(140)

265 Melayu

144 Cina

55 India

1 lain lain..

 



HAH DAH NAK GADOH LAK...BETUL LA TU..LEBAI HADI TAK DIAJAK SEBAB NO KREADIBILITI....

 May be a Twitter screenshot of 2 people and text that says "Sinar Harian SinarOnline @SinarOnline 6m Khairil Nizam sifatkan kenyataan Shahrul Nasrun yang mempersoalkan kenapa Presiden Pas tidak dijemput bersama dalam awatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saud sebagai batu api. #sinarharian Pemuda Pas tuntut Exco Pemuda UMNO mohon maaf sinarharian.com.my"


IBRAHIM MAT ISA


Semalam aku haplod status FB si Shahrul tu, hari ini samdol masam PAS jawab..

 berani la tu konon .. Hayohhh.. kalau nak bantuan kami boleh bagi, silalah bergocoh..





TAPI KALAU BERSEKONGKOL DENGAN PERASUAH MACAMANA PULAK LEBAI ? CAKAP BAB AGAMA , TAPI TINDAKAN TAK KEARAH ITU.RAKYAT BODO KAH ?


May be an illustration of text that says "Tuan Haji.. apa dalil menyokong pencuri..?? Mencuri tu salah, tapi jika pencuri tu rakan kita dan berkongsi keuntungan dengan kita, hukumnya harus.. gitu..."


Tuhan laknat perasuah, kata Hadi

Tuhan laknat perasuah, kata Hadi

“Tuhan melaknat orang yang memberi rasuah, menerima rasuah dan memberi kemudahan rasuah, itu ajaran yang terang dalam ajaran islam,” kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, semua yang terlibat rasuah tanpa mengira sama ada pemimpin yang paling tinggi mahupun yang paling rendah tetap di haramkan di dalam islam dan tidak dikecualikan dalam masalah rasuah.

Demikian jawab Hadi ketika ditanya Whoon Choon Tat berhubung pandangan beliau terhadap rasuah terutama rasuah yang melibatkan ahli-ahli politik ataupun pemimpin Negara.

“Kita tolong orang miskin, orang yang berada tolong orang miskin, seorang wakil rakyat tolong orang miskin, namun dia tidak boleh paksa orang itu sokong dia atau tidak sokong. Kalau dia paksa ia boleh jadi rasuah, tapi paksa tidak boleh.

“Kadang-kadang dianggap rasuah kerana menolong orang miskin, itu tidak boleh dan tidak betul.

“Sebab itu, kita mesti (faham) skop takrif rasuah itu, kena beza orang yang buat kebajikan dengan betul-betul dan yang melakukan rasuah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Webinar Dialog Presiden PAS bersama NGO dan YouTuber Chinese yang disiarkan secara langsung di Harakah TV hari ini.

Dialog tersebut dibarisi panelis, Bodhi Buddhist Fellowship Malaysia (BBFM), Whoon Choon Tat, Christian for Peace Harmony in Malaysia, Jason Leong dan Apek Cina, Zee How manakala Moderator, Dr Fuad Salleh. 



Sesama Melayu bergaduh, Bersatu salahkan DAP

 

Sesama Melayu bergaduh, Bersatu salahkan DAP

SESIAPA sahaja yang mahu Melayu berpecah dan menjadi lemah terutama ketika menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah ejen DAP.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wam Jan berkata, ini termasuk mereka yang cuba memecahbelahkan undi Melayu yang akan menghasilkan ketidakstabilan politik lantas menyukarkan proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama.

“Saya membaca dan menyokong seruan Timbalan Presiden Pas. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru agar muafakat politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional diteruskan bukan sahaja sampai PRU15 tetapi sampai selepas PRU nanti.

“Saya bersetuju dengan pandangan ini. Perpecahan undi Melayu akan menghasilkan ketidakstabilan politik yang tidak sudah, lantas menyukarkan proses menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan agama.

“Kestabilan penting untuk pembinaan semula ekonomi negara. Dalam keadaan kita tahu bahawa DAP dan PH memang mahukan undi Melayu terpecah untuk mereka kembali berkuasa, sudah pasti seruan untuk menjaga muafakat politik ini mesti dipandang serius oleh semua yang ikhlas.

“Bagi saya, sesiapa sahaja yang sengaja mahu kita berpecah dan mahu kita lemah, maka mereka adalah agen DAP dan PH,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Katanya, DAP dan PH memang mahukan penjajaran baharu yang melemahkan Perikatan Nasional (PN) melalui ejen-ejen mereka yang dalam pelbagai bentuk.

“Saya juga amat menghargai pandangan YB Dato Sri Tuan Ibrahim yang dilaporkan berkata “Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat.”

“Pandangan beliau bersesuaian dengan akhlak berorganisasi dalam satu jamaah atau satu keluarga. Bila kita berada dalam sesuatu keluarga, maka janganlah sengaja timbulkan pandangan yang mengguris ahli keluarga.

“Kita mesti sentiasa menjaga semangat kekeluargaan, bukan kerap kali berusaha meruntuhkan kesatuan yang ada untuk agenda peribadi.

“Dalam suasana negara yang sukar sekarang ini, rakyat mahu kita fokus kepada kebajikan dan pembinaan ekonomi.

“Perkara yang mengusutkan suasana seharusnya simpanlah dulu. Jangan jadi agen merosakkan kestabilan politik negara.

“Keutamaan kita mestilah kestabilan dan kepentingan rakyat terbanyak. Bukan isu yang penting secara peribadi kepada lima enam orang saja,” katanya..




Panas! KJ sanggah Najib

 


Panas! KJ sanggah Najib

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin menegur Datuk Seri Najib Tun Razak yang dinyatakan hantaran berkenaan program vaksinasi sebagai salah fakta.

Khairy berkata, lebih 90 peratus kumpulan penerima vaksin Fasa 1 adalah terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Kumpulan ini, kata beliau, terikat dengan tugas hakiki mereka seperti kakitangan kesihatan, polis dan tentera. Justeru, pemberian vaksin kepada golongan ini perlu diberikan secara berperingkat bagi memastikan tugasan hakiki kumpulan ini tidak terganggu.

“Jangkaan sehingga 160,000 dos vaksinasi sehari adalah untuk Fasa 2 dan 3 apabila lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin dan jumlah vaksinator ditambah dalam fasa ini.

“Seperti yang saya umumkan sebelum ini, kita akan menerima sekitar satu juta dos vaksin sahaja pada suku pertama tahun ini. Kadar suntikan akan meningkat apabila masuk suku kedua 2021 apabila lebih banyak jenis vaksin diluluskan NPRA dan penghantaran vaksin daripada pembekal akan menjadi lebih kerap,” katanya.

Jumlah 160,000 ini, kata beliau, juga mampu dicapai apabila beberapa kumpulan yang telah membentuk kluster sebelum ini turut diberikan vaksin seperti kluster penjara dan banduan serta kluster tempat kerja.

Perbandingan negara

Kata Khairy, sehingga 1 Mac 2021, jumlah dos vaksin yang telah diberikan di Singapura adalah sebanyak 525,039. Singapura telah memulakan program vaksinasi mereka pada 8 Januari. Secara purata, untuk tempoh 53 hari daripada hari pertama sehingga 1 Mac, jumlah dos yang diberikan di Singapura adalah sebanyak 9,906 sehari.

“Manakala untuk Malaysia, sehingga semalam, sejumlah 166,363 dos sudah diberikan. Ini menjadikan purata dos diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24 Februari lalu (13 hari sehingga semalam – bukanlah 3 minggu seperti yang Dato’ Sri tulis) adalah sebanyak 12,797 dos sehari.

“Jadi perbandingan yang dibuat Dato’ Sri adalah tidak adil apabila tidak mengambilkira jumlah hari program vaksinasi telah berlangsung. Jika mengambil kira jumlah hari, ternyata purata harian vaksinasi di Malaysia adalah lebih tinggi daripada Singapura,” katanya.

U-Turn Penglibatan Klinik/Hospital Swasta

“Untuk makluman Dato’ Sri, kerajaan tidak pernah membuat u-turn apabila pengumuman penglibatan pihak swasta dibuat semalam,” kata Khairy.

Daripada awal lagi, kata beliau, PICK telah merancang untuk melibatkan perkhidmatan kesihatan swasta. Ini turut dinyatakan dalam buku panduan PICK. Mungkin Dato’ Sri belum membaca sampai habis buku panduan ini.

“Saya juga telah menyatakan perkara ini berulangkali sama ada menerusi program penerangan, siaran akhbar mahupun ketika sidang media. Dato’ Sri boleh Google jika Dato’ Sri ada terlepas pandang,” tambah Khairy.

Pembelian Vaksin oleh Pihak Swasta

Kerajaan juga, katanya, tidak pernah menghalang sekiranya ada pihak swasta hendak mendapatkan bekalan vaksin daripada mana-mana pengeluar. Walau bagaimanapun, buat masa ini, kebanyakan pengeluar vaksin hanya mengadakan rundingan bersama pihak kerajaan.

“Saya juga ingin menyatakan, apa-apa jenis vaksin yang hendak digunakan di Malaysia perlu mendapat kelulusan NPRA. Saya difahamkan, sehingga kini tiada permohonan telah diterima oleh NPRA daripada pihak swasta untuk mendaftarkan apa-apa jenis vaksin,” katanya.

Pemberian vaksin secara pandu lalu

Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF), kata beliau, ketika ini sedang mempertimbang kertas kerja pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM). Jadi jangan khuatir, perancangan ini sememangnya telah ada. Cumanya ia perlu diberi perincian tertamanya dalam soal logistik dan kesan AEFI memandangkan setiap vaksin COVID-19 mempunyai protokol pengendalian yang berbeza-beza.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri. Semoga jawapan yang saya sertakan ini membantu menambah pemahaman Dato’ Sri tentang pelaksanaan PICK. Saya juga akan mengadakan suatu taklimat khas berkenaan PICK kepada Ahli Parlimen tidak lama lagi. Jemputan akan diedarkan dan saya berharap Dato’ Sri dapat hadir pada sesi taklimat itu nanti,” kata Khairy.


BERGAYUT DI DAHAN YANG RAPUH, HATI YANG SAKIT MASIH BELUM SEMBUH.

 

May be an image of 5 people, people sitting and text that says "" "Pada Pada 13 Mac 2019 bertempat di Pejabat JAWI, Wilayah Persekutuan, saya bertemu dengan Dr Zakir Naik. Saya menjelaskan sikap kerajaan tentang kenyataan kontroversinya dan berkesempatan menjelaskan dasar RLA kepadanya. Pertemuan berjalan dengan penuh kemesraan dan kami menikmati makan tengahari bersama sambil bertukar pandangan tentang dakwah dan keberkesanannya dalam masyarakat berbagai agama dan kaum di Malaysia. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Naib Presiden AMANAH Ahli Parlimen Parit Buntar"






Setelah tertekan diasak kerana membuat kenyataan tak berasas terhadap mantan menteri agama, kini sang mufti buat helah bela diri lagi.

Tulis beliau, "saya menghantar mesej peribadi kepada beliau (YB Dr. Mujahid) mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri. Jawapan beliau kepada saya semasa itu beliau enggan. Alasan beliau: “Mereka ini dah macam menyembah Zakir Naik”. Beliau merujuk kepada para pembela DZN. Saya tidak simpan mesej itu lagi. Allah menjadi saksi apa yang saya sebut."

Aduhai tok mufti, anta ni dah lupa hadis ka walaupun mengaji hadis sampai PhD?

Mai sini ana nak ingatkan anta pasal hadis ni:

عن ابن عَبَّاسٍ رضي اللُه عنهما أن رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قال: "لو يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى رِجَالٌ أموالَ قَوْمٍ ودِماءَهُمْ، لَكِنِ البَيِّنَةُ على المُدَّعِي والْيَمينُ على من أَنْكَرَ"؛ حديث حسَنٌ رَوَاهُ الْبَيْهقي وغيرُهُ هكذا، وبَعْضُهُ في الصحِيحَين.

درجة الحديث: الحديث ثابت، قال ابن رجب رحمه الله: أصل هذا الحديث خرَّجاه في الصحيحين.

Daripada Ibn 'Abbas radhiayaLlahu 'anhuma bahawa Rasulullah sollaLlahu 'alayhi wa sallama bersabda (maksudnya): "Sekiranya diberi penghakiman kepada manusia berdasarkan dakwaan mereka semata-mata, nescaya akan ada lelaki-lelaki yang akan mendakwa hak ke atas harta dan darah orang lain. Tetapi (kaedahnya) ialah beban pembuktian dipikul pihak yang mendakwa dan sumpah atas pihak yang menafikan tuduhan."

Menurut Ibn Rajab, hadis itu sahih dan asalnya dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Tok mufti, menurut kaedah yang diguna pakai dalam Islam dan di seluruh dunia, bila anda membuat dakwaan, anda wajib membawa saksi atau bukti. Anda tak berhak menyebut "Allah menjadi saksi apa yang saya sebut."

Kalau begitu saja kaedah membuat dakwaan, maka sesiapa sahaja boleh berkata "Allah menjadi saksi dakwaan saya bahawa saya benar." Peninglah hakim di mahkamah kalau terpakai cara macam itu.

Anda kena akui anda terkhilaf dan terlanjur kata. Belajarlah menjadi orang yang merendah diri dan mengakui kesilapan. Tak hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar. Jika anda menyebut "mantan menteri agama tak mahu jumpa Zakir Naik sehinggalah bulan Mac 2019" maka orang tak akan mempertikai anda. Tetapi anda dengan penuh gaya yakin mengatakan mantan menteri agama "tak mau jumpa Zakir Naik.., Nisha Ayub boleh pulak jumpa".

Kalau betul dia tak mau jumpa Zakir Naik, sudah tentu dia tak akan berjumpa dan tak akan ada gambar dia berjumpa dengan penuh mesra.

Anda buat cerita bersaksikan Allah yang tak akan muncul menjelma membenarkan dakwaan anda, dalam keadaan anda sedar tak semestinya permintaan untuk berjumpa terus dipersetujui ketika itu. Anda pun sama, ada waktunya anda tak mau jumpa seseorang yang nak berjumpa kerana masa tak sesuai.

Masalah anda ialah tidak jujur dalam bercakap. Ingat, anda tu mufti. Sebaik-baik manusia ialah orang yang jujur walaupun terhadap musuh atau orang yang tidak disukai.

Selesai pasal itu. Anda kena akui anda terkhilaf dan tersasul.

Sekarang ramai orang tertanya-tanya.. yang anda duk heboh dan kepoh pasal Zakir Naik sejak zaman PH sampai sekarang ni, ada apa-apa perubahan pada status diri Zakir Naik itu?

Kalau dulu anda tak puas hati Zakir Naik tak dibenarkan berceramah secara terbuka oleh polis, anda marahkan PH secara umum dan bantai mantan menteri agama dan pegawainya secara khusus, kini Zakir Naik dah boleh ceramah terbukakah? Polis dah benarkan dia ceramahkah?

Tidak juga. Awat tak marah juga kepada kerajaan sekarang ni? Anda pun tak sedarkah menteri dalam negeri dulu yang bertanggungjawab ke atas polis itu ialah PM sekarang? Sampai sekarang Zakir Naik tak boleh ceramah. Awat tak balun PM sekarang, menteri dalam negeri sekarang dengan tentera Sunnah anda tu? Ataupun kalau anda balun sekali menteri agama sekarang baru padan, sebab dulu mantan menteri tak ada kaitan dengan sekatan Zakir Naik ceramah tapi anda balun dia.

Jadilah seorang yang adil dan saksama dalam berkata-kata atau bertindak. "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tak berlaku adil. Buatlah keadilan, sesungguhnya ia dekat kepada takwa." (Surah al-Maaidah: 8)

Anda ni ada apa-apa masalah jiwa tak sembuh pada mantan menteri agama itukah? Sudah-sudahlah bergayut di dahan rapuh tok mufti. Bawak bertenang dan renungi diri muhasabah.