OWH..MANA LEBIH TERUK KALAU TUNGGANG, KOMPLOT, MENIPU AHLI PARTI, SEKONGKOL DENGAN PERASUAH....GAGAL DALAM BANYAK HAL....KAH....

 

Pas kata PH nak memerintah cara fitnah , tipu, ugut

Pas kata PH nak memerintah cara fitnah , tipu, ugut

Pemuda Pas mendakwa parti pembangkang menjadikan politik toksik sebagai modal bagi meraih pemerintahan dengan cara memuntahkan fitnah, menggumpal penipuan dan mengancam ugut.

Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia petunjuk kontang jati diri, idealisme dan tiadanya perjuangan luhur dalam menjulang ketamadunan rakyat dan negara.

“Hakikatnya, penyatuan dan perpaduan berpaksikan kepentingan agama, bangsa dan negara termeterai daripada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) cukup ampuh dari dirempuh Pakatan Harapan (PH).

“Hanya dengan memecahkan kekuatan itulah memungkinkan mereka kembali ke persada kuasa,” katanya dalam Facebook miliknya pada Rabu.

Susulan itu beliau berkata, politik toksik itu perlu disingkirkan dan imuniti ummah diperkuatkan.

“Lantaran itu, jangan ada yang berperangai jelik turut meneguk racun toksik dengan gertak ugut supaya Pas memilih secara eksklusif persaudaraan politik telah diikat kini.

“Saf kepimpinan kini wajib terus dipertahankan oleh semua parti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersama dalam kerajaan kini kerana agenda Melayu-Islam dan Bumiputera serta keharmonian hidup rakyat berbilang kaum serta kemakmuran negara ini sangat mustahil untuk didukung secara sempit, sombong dan tanpa setiakawan,” ujarnya.