Industri Filem Negara Gagal?
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
5 Mac 2021
Jangan Jadikan Agensi Kerajaan Senjata Politik
Majlis Presiden Pakatan Harapan dimaklumkan tentang siri
tindakan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Ahli-Ahli
Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah juga ahli-ahli keluarga mereka.
Pada waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus
dilakukan bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang
menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang
berlandaskan hukum dan undang-undang. Tetapi sebarang penyalah gunaan institusi
atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh
politik langsung tidak boleh diterima. Kami percaya ini telah dilakukan
terhadap ramai termasuk YB Lim Guan Eng dan isteri, YB Larry Sng, YB Steven
Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap YB Dato’ Dr Xavier Jayakumar.
Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penggunaan SPRM, LHDN,
PDRM dan agensi-agensi lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan
menambah sokongan kerajaan minoriti Perikatan Nasional ini.
Pertandingan politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana
yang sihat, dengan amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Harapan juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke
atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta
juga pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian
berkurangan.
Tindakan "memeras" perniagaan dalam keadaan
kemelesetan ekonomi harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival
perniagaan dan menjejaskan pekerjaan.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
DUNIA DUA ALAM TIDAK MUSTAHIL BERPAUT PADA DAHAN YANG KUAT.ITULAH RESMI LALANG DAN KUAT SEMBANG
Parlimen bubar: Tak mustahil PAS lari pada UMNO
PARLIMEN BUBAR : TIDAK MUSTAHIL PAS BERSAMA UMNO..
Aku jangka, Bila Parlimen di bubarkan.. PAS akan bersama UMNO.. Walaupun UMNO ni jahat, Dari sudut kebijaksanaan berpolitik aku puji mereka..ini yang takda pada kepimpinan PH kebelakangan ini..
Depa boleh saja tarik sokongan kepada PN mcm Bersatu buat pada PH, tarik sokongan Maka runtuhlah Kerajaan Muhyidin..Tetapi depa ada pertimbangan.. antara dua Mudharat..Depa tahu mana keutamaan.. Mana kesan yang lebih besar..
Sebab apa ? Sebab kalau Kerajaan Muhyidin runtuh, Apakah Manfaat kepada UMNO ? Boleh jadi jika Parlimen tidak boleh dibubarkan..Kuasa akan kembali kepada Tun Mahathir.. Atau jika sokong Anwar, Nasib dan masa depan UMNO jauh lebih teruk bila bersama DAP..
Tengok di Perak, Depa tahu, Peja kalau jatuh depa UMNO dapat manfaat..jadi diam diam depa buat kerja jatuhkan Peja bila tiba waktu yang tepat.. depa tak umum yang Peja akan jatuh sekian sekian..
Begitu juga PAS.. UMNO tahu manfaatkan depa bila tiba masanya.. nanti bila Parlimen bubar..tak mustahil PAS bersama UMNO..Hakikatnya Bersatu hanya nampak kuat dari kekuatan jentera PAS dan UMNO.. Yang menyebabkan sebahagian besar MP UMNO dan PAS pertahan Muhyidin hanya disebabkan kedudukan dan Kuasa yang dimiliki Muhyidin.. Itu jer..
Jadi apa yang dimahukan UMNO ? Sebenarnya mereka mahu segera Parlimen dibubarkan..Itu harapan depa terutama dan Najib.. dengan kuasa kembali kepada mereka dapat menyelamatkan mereka dari pintu Penjara.. Sokongan kepada Anwar atau PH hanya alat untuk bubarkan parlimen..Tu Lokman Adam sendiri mengaku..
Itu sebab Najib sejak awal cuba mengolah persetujuan Rakyat..Isu KWSP, Isu Moratorium sebagai persediaan modal Plihanraya untuk dtawarkan kepada Rakyat..Aku dah sebut sebelum ini.. Bila PM Tebuk atap benarkan pengeluaran KWSP tanpa syarat.. Tindakan PM tebuk atap itu sebenarnya mematikan Langkah Najib..
Biarpun orang seperti Najib tahu sebenarnya dengan pengeluaran KWSP akan memberi kesan dan melumpuhkan Ekonomi pada masa depan.. Tetapi masing masing ada kepentingan untuk dijaga.. Tapi apa depa peduli, Matlamat sendiri diutamakan..Muhyidin sebab nak pertahan kuasa..Najib dan Zahid nak selamat dari dipenjara..
Tapi ada kelebihan buat PH, Jika pertarungan ini berpanjangan.. Bila Ekonomi makin teruk.. Rakyat tertekan..Ia sebagai kelebihan buat PH.. Itu sebab aku pernah tulis sebelum ini, anya faktor kemelesetan Ekonomi yang boleh memenangkan PH..Itupun kalau PH bersatu..
Jadi biarpun Najib dan Muhyidin ni sama jahat.. sama licik dalam Politik.. depa tahu keutamaan.. Pelik bagi PH, Kalau aku tak dapat..Biar semua tak dapat.. standard budak kampung bergaduh dulu.. mcm PAS sebelum PRU 14.. depa akan lawan kat mana DAP dan PKR bertanding..Bukan sebab boleh menang.. Sebab nak kalahkan depa..UMNO menang takpa..janji hati puas.. Rupanya ada dalam PH ikut jejak PAS dulu..Tak berapa cerdik.. 🙂
Ipohmali
Gempar! Muhyiddin setuju lantik Ismail Sabri TPM?
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM telah mengusulkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos dan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri, jika Umno nekad keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional.
Sumber yang rapat dengan kepimpinan tertinggi PPBM menjangka sidang Parlimen diadakan Ogos dan “pada masa itu, akan jelas sama ada Umno bersama kita atau akan menarik sokongan terus daripada Muhyiddin.”
Bagaimanapun, menurut sumber itu, PRU-15 berkemungkinan diadakan terus tanpa sidang Parlimen, jika kemelut PPBM dan Umno terus meruncing.
“Semua ini belum boleh disahkan kerana kami masih berharap semua tiga parti Melayu (PAS, PPBM dan Umno) boleh bekerjasama,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata usul melantik Ismail sebagai TPM bertujuan untuk menarik sokongan ahli Umno kepada PN.
Selain Ismail, beberapa pemimpin Umno lain, seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa dilihat mesra PN dan PPBM.
Sumber itu berkata PN yang ditunjangi oleh PPBM dan PAS dijangka mengundang Umno untuk rundingan pengagihan kerusi ke arah menghadapi PRU-15.
“Kita menantikan mereka untuk (memulakan rundingan). Ketika ini rundingan mengenai kerusi hanya boleh di adakan antara PPBM, PAS, dan Gerakan,” kata sumber itu.
Hubungan PPBM dan Umno semakin keruh selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno secara rasmi memaklumkan PPBM tiada kerjasama pada PRU-15, serta kebersamaan dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan.
Dalam kenyataan balas, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata partinya akan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan kerjasama dengan rakan komponen PN.
Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara
3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja
pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berkerja ini dalam 3 bulan, bukan
2 bulan. Lepas tu pula ada orang viral bab dia beli hartanah kat sana, mungkin
sudah ada kad penduduk tetap. Tadi pula ada orang tag kata anak menteri
tersebut boleh jadi ahli parlimen belia di New Zealand.
Cuma saya teringat bab SSST dulu pernah post pasal wanita cina
yang memaki hamun polis; siap dengan quote "Wajarkah Malaysia menyimpan
rakyat yang sebegini?". Tapi bila yang memaki hamun polis itu melayu
islam, tak pula dia keluar fatwa yang sama; kira fatwa dia kenal warna kulit
dan agama.
Bab timbalan menteri yang cuti di luar negara dan kemungkinan
ada dual-citizenship pun SSST masih lagi buat-buat tak nampak. Ingat dia nak
keluarkan fatwa yang "Wajarkah Malaysia menyimpan WAKIL RAKYAT yang
sebegini?", rupanya hanya jadi perkakas bagi orang zalim.
Kali ini saya bersetuju dengan tulisan dia waktu 2014/2012 dulu
yang dia sebut ulama yang menyembunyikan kebenaran dan sokong orang yang zalim
adalah seperti anjing yang menjelirkan lidah.
GUNA WARGA EMAS UNTUK DERHAKA
XAVIER BAKAL TERKENA. PERCATURAN SEDANG DIBUAT
Xavier dulunya orang kartel.Tapi berpaling tadah.Duduk dan setia dengan kem Anwar.Tapi mungkin kena ugut bagai la tu rasanya.
muhd mufiz
Lompat je la, Xavier..
Nko tu dah la KARTEL, Xavier.....baik nko lompat cepat !! Xkan
xpaham.lagi Muhyiddin-Azmin terdesak amat tu.....
jangan tunggu SPRM kutip bini nko plak nak tekan supaya nko lompat
!!.....wakakaka
Muhyiddin-Azmin mau KARTEL BESAR cam nko lompat baru ader
nilai....MP Putatan tu xde nilai politik besar kat Muhyiddin-Azmin yang sedang
terdesak sekarang
BN GANTUNG KETUA PEGAWAI MEDIA KURANG CERDIK
Memeranjatkan.
Kenyataan media BN semalam, rupanya “kurang tepat & tidak mendapat
kelulusan Sektetariat”. Justeru, BN menggantung tugas Ketua Pegawai Media
mereka sebulan berkuatkuasa serta-merta. twitter.com/f4izalhassan/s…
MOHD FAISAL HASSAN
Potong giliran dapatkan vaksin: Kerajaan sepatutnya lindungi pemberi maklumat - AMK
POSTED BY AMIR WRLR
Kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya melindungi pemberi maklumat
(whistleblower) yang mendedahkan sebarang salah laku memotong giliran
mendapatkan vaksin Covid 19, bukannya menghalang penjawat awam berbuat
demikian.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata, kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang melarang petugas kesihatan daripada membuat penyataan awam tanpa kebenaran baru-baru ini hanya akan menyekat rakyat daripada mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
"Walaupun dinyatakan arahan ini bukanlah bertujuan menyekat mana-mana pegawai untuk bersuara, namun secara tidak langsung pasti akan menimbulkan kegusaran dan memberi tekanan kepada pemberi maklumat untuk mendedahkan kepincangan serta ketirisan dalam tindakan yang digerakkan kerajaan.
"Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan biasanya telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Menteri Kesihatan. Hal ini dilihat seperti bertentangan dengan sikap terbuka Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
"Pada 28 Februari 2021, beliau menyeru agar lebih ramai whistleblower tampil mendedahkan jika terdapat sebarang usaha memotong giliran mendapatkan vaksin," katanya.
Menurut Akmal lagi, penegasan Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sewajarnya dipatuhi oleh kakitangan perkhidmatan awam agar rakyat berasa yakin usaha vaksinasi dilaksanakan secara adil, telus dan penuh tanggungjawab.
"Apabila terdapat petugas kesihatan memilih untuk membuat kenyataan umum dengan disertai lampiran bukti-bukti tanpa mendedahkan identiti mereka, ini merupakan satu isyarat bahawa mereka tidak yakin terhadap keberkesanan kerajaan dalam melindungi identiti mereka yang membuat pendedahan.
"Oleh itu, kerajaan digesa mengambil sikap lebih terbuka dan inklusif terhadap whistleblower serta proaktif dalam melindungi identiti mereka yang juga merupakan petugas barisan hadapan.
"Sebagai petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus lebih setahun bagi mengekang penularan wabak ini, sudah pasti mereka lebih sensitif terhadap sebarang tindakan yang bertentangan dengan nilai dan etika," katanya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu menegaskan sebarang kenyataan yang berbaur amaran atau gertakan dari kerajaan amat tidak membantu kepada usaha mengekang ketirisan dalam pelaksanaan program vaksinasi.
Teguran petugas kesihatan melalui saluran mana sekali pun, katanya perlu diberi perhatian dan disusuli dengan siasatan yang adil kerana hal itu juga boleh dianggap sebagai suatu penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah berkorban selama ini.
Agong boleh panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM - William
POSTED BY AMIR WRLR
Parlimen boleh bersidang tanpa Perdana Menteri (PM) Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan tarikh sesuai
untuk persidangan.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, Agong boleh bertindak di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, menitahkan agar sidang Parlimen dijalankan segera.
"Kita tak pernah lalui pengalaman seperti hari ini. Jika Muhyiddin enggan berbuat demikian Agong boleh panggil (arahkan) Parlimen untuk bersidang.
"Parlimen perlu bersidang kerana ia sebagai medium 'semak dan imbang' untuk membahas isu rakyat terutama dalam keadaan Covid-19 ketika ini," katanya kepada Suara Keadian.Menurut William lagi, PM Muhyiddin gentar untuk menasihatkan Agong membuka semula Parlimen kerana mungkin beliau membayangkan pembangkang akan cuba menjatuhkannya dengan cara tertentu dalam sidang itu nanti.
Di samping itu, katanya, Muhyiddin juga tidak pasti adakah sejumlah Ahli-ahli Parlimen Umno masih menyokong kerajaan beliau.
"Muhyiddin masih tidak menghadap Agong kerana dia risau bila-bila masa kerajaan dia boleh tumbang dan khuatir hilang majoriti.
"Sebab itu kita tengok sekarang dia pancing Ahli Parlimen parti lain menyokong dia, dan memancing dengan ugutan kepada Ahli Parlimen yang ada kes dan siasatan sedang dijalankan. Selain itu (Ahli Parlimen juga) ditawarkan jawatan GLC atau jawatan menteri seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Dia (Muhyiddin) kena bekerja kuat sebelum tarikh Parlimen diumumkan nanti," katanya.
Semalam, Pakatan Harapan dan Umno mengeluarkan kenyataan mahu sidang Parlimen diadakan segera dan merayu agar Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa khas banginda memanggil persidangan.
Sidang Parlimen bukan mahu jatuhkan kerajaan, hanya bangkit isu rakyat - Shamsul
POSTED BY AMIR WRLR
Hujah
penyokong Perikatan Nasional (PN) kononnya Pakatan Harapan (PH) bertekad mahu
menjatuhkan kerajaan melalui sidang Parlimen dalam perintah darurat disangkal
oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut beliau, PH bukanlah gabungan yang tamak kuasa dan tidak mempedulikan kesensaraan umum dalam keadaan negara dilanda wabak Covid 19.
Sebaliknya, kata Shamsul, sidang Parlimen amat diperlukan bagi membahaskan isu-isu rakyat dan ekonomi yang tidak diselesaikan dengan baik sepanjang pandemik.
"Itu merupakan dakyah atau tohmahan mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri. PH sentiasa meletakkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tempat utama membangkitkan isu-isu rakyat. Sebab itu namanya Dewan Rakyat.
"Kita mesti bawa isu ke dalam dewan untuk tanya kerajaan, apakah yang mereka lakukan? Contohnya viral tentang peranti, tablet, dijanjikan 150,000 pada Februari, sekarang pertengahan Mac tetapi tak dengar isu ini. Parlimen tempat kita nak tahu apa jawapan menteri dan komitmen kementerian.
"Pada saya kita jangan terpengaruh dakyah ini kononnya sidang Parlimen matlamat utamanya untuk mempertikaikan keabsahan (kerajaan PN).
"Saya malah bangkitkan kepada rakan-rakan (PN), walaupun kita berbeza pandangan tetapi apa yang dibimbangkan untuk bersidang? Kita tahu permulaan penggal apa yang kita bahaskan. Titah Diraja. Tuanku akan bertitah dan kita akan membahaskan, tidak ada sebarang undi, sepanjang ingatan saya. Takkanlah kita sebagai pembangkang nak menolak titah Agong pula.
"Saya simpulkan kalau mereka betul-betul ingin mewakili suara rakyat maka buka Parlimen kerana semua sektor telah dibuka. Kalau buka Parlimen saya yakin ia akan berjalan dengan penuh tertib," katanya dalam siaran langsung Facebook Borak Dahsyat bertajuk: 'Sidang Parlimen, Apa Yang Payah Sangat' anjuran Studio Jalan Kapar, malam tadi.
Mengulas pertanyaan moderator mengenai kewajaran Parlimen terus ditutup sedangkan semua sektor telah dibuka, Shamsul berkata, hal itu menjadi persoalan yang sukar dijawab dan diperbahaskan banyak pihak.
Katanya, penutupan sidang Parlimen merugikan rakyat kerana setiap Ahli Parlimen dibenarkan bertanya 15 soalan. Pelbagai isu dalam negara boleh diselesaikan dengan jawapan daripada menteri.
"Point saya apakah darurat perlu sekarang ini. Kalau perlu apakah Parlimen wajar ditutup dengan menggunakan alasan darurat. Itu alasan yang rakyat mahu tahu.
"Rakyat di luar sana mahukan Parlimen. Sebagai Ahli Parlimen, saya katakan, setiap Ahli Parlimen mengikut peraturan perlu bertanya 15 soalan, yang akan dijawab oleh pelbagai kementerian. Bayangkan 15 soalan daripada barisan kita dan juga pihak kerajaan sendiri. Berapa banyak soalan yang boleh dijawab dengan tuntas oleh kerajaan," katanya lagi.
Untuk rekod, rayuan kepada Agong mahu Parlimen dibuka bukan sahaja datang dari PH namun turut dilakukan oleh salah satu gabungan Perikatan Nasional, iaitu Umno yang mahu sidang dibuat untuk membincangkan isu-isu tertunggak berkaitan Covid 19 dan polisi pemerintahan.
MENIKAH PULAK DAH...
KOMEN SKET :
Eloklah depa jd #MACAI sbb Pedagang Bangsa dan Pedagang Agama
tgh sibuk dgn mesyuarat hari bahagia mereka #BERSANDING...ke
jinjang pelamin juga akhirnya walau dah bertahun2 kita dok kenen2 .
Hah walaun....Tepuk..!!!
- Zus Din
5 March 2019
S E K A L I B U A Y A M E N D O N G A K
S E K A L I B U A Y A M E N D O N G A K
KOH KOH KOH… kalau xsabitkan ngan binatang rasanya xsah hidup
Awang Bewok...
KOH KOH KOH… walhal binatang yang dia sabitkan kali ni sikapnya
sama jer macam Hadi Bewok... aper boleh ngap, dia ngap...
KOH KOH KOH…
Dapat jawatan Duta Khas Timur Tengah berstatus Menteri pun
ngap...
KOH KOH KOH… janji masyuk... kerja xtau buat ka, apa ka tu
belakang kira...
KOH KOH KOH…
Ni kali Hadi Bewok nak sembang pasai keputusan mahkamah la
pulak... yang lagi mantop tu... dia nak sembang pasal keputusan Mahkamah
Persekutuan tu... itu mahkamah paling tinggi dalam Malaysia... bukan
calang-calang orang yang jadi hakim yang bersidang tu... Hakim-hakim tu semua
bukan main bagi keputusan camtu ja... depa kaji DAN kaji dari semua segmen...
dari semua sudut... dari semua peruntukan yang ada...
Sebab Hakim tu semua xmau akan ada cabaran kepada keputusan
kehakiman tu... meaning that xder satu cara untuk mengatakan bahawa keputusan
Mahkamah Persekutuan itu terkhilaf... tersilap DAN boleh dipertikaikan... Itu
prosesnya... dah aku tau... Hadi Bewok mana paham benda-benda berkaitan
Mahkamah ni... pasal tu la bila dia terpaksa bayar Claire Brown kat London
dulu... sebanyak RM1.4 juta... Hadi Bewok boleh canangkan yang dia telah menang
kes itu...
KOH KOH KOH… bangang kan, kan, kan
KOH KOH KOH…
Adoila Hadi Bewok ni... kan dulu Hadi Bewok sendirilah yang
jugak tangguhkan usul RUU355 dengan xder jangkamasa... la ni bising pasal isu
peruntukan syariah... adoila... sendiri bodoh lagi mau bising kata ini semua
salah orang lain tak bantu dan sokong...
KOH KOH KOH…
Lawak siot... bodow bangat
Ni nak bagitau Hadi Bewok... cukup-cukup la nak menunggang atas
nama orang baik yang dah mati... cukup-cukup lar...
KOH KOH KOH… jilaker!!
SEMOGA BERBILLION MASUK.TAPI ESOK MUHYIDDIN NAK P TIMUR TENGAH
HAMZAH RIE NA
Padan
negara bertambah makmur kdnk negara pun di tahap yg
terbaik. Syabas lah baiiiii. Tak rugi ambil gaji puluhan ribu ringgit
sebulan.
SEBAGAI CIKGU AKU DOAKAN HANGPA MELINGKUP -FUCK U-AKAI TAK DAK.
Adakah mereka ini bakal pemimpin masa depan?BOLEH MELINGKUP
"Fuck Cikgu" bagai gelap masa depan mu. Bersegeralah
kembali dalam jalan hidup sebenar dik. Rugi hidup jika tiada berkat dari
pendidik mu. Setiap orang pernah berada di tempat mu tetapi bukan ini caranya
BILA UMNO MAHU BUKTIKAN APA YANG DIKATA?
Mahu tahu Umno benar2
ikhlas menentang kemungkaran kerajaan PN ni mudah je. Jangan dengar apa yg
mereka kata hari2 atau dengar dari keputusan mesyuarat mereka..
Selagi pemimpin Umno
masih bertenggek dalam rumah haram kjaan tebuk atap itu dan mereka makan masih
disuap oleh Bersatu, selagi itulah jangan korang percaya.
Umno cuma lantang
dimulut kononnya lawan kezaliman dan kecurangan kjaan Muhyiddin hanyalah satu
drama agar rakyat sangka Umno lah pejuang rakyat yg sebenar. Hakikatnya, mereka
masih berada dlm rumah haram itu walaupun ditempatkan di bilik stor belakang
saja. Berkokoklah sekuat mana pun, selagi kamu berada dlm stor belakang rumah
haram tersebut, kamu ingat Muhyiddin hairan? Muhyiddin tahu kamu takkan berani
untuk keluar dari stor busuk tersebut kerana beberapa pimpinan kamu ada
"problem".
Jika betul kamu tiada
problem atau kes, jika benar kamu memang parti keramat yang masih tajam
kerisnya yg dulu selalu kamu julang dalam perhimpunan agung, tunggu apa lagi?
Tunggu PRU15 yang entah bila? Mahu tunggu mereka haramkan parti kamu baru kamu
mahu terlompat2?
Rakyat melihat,
benarkah kamu serius atau PH yang lebih serius? Dalam PH, mereka yg ada masalah
boleh cabut keluar, tiada masalah dan kami teruskan lawan. Mengapa? Sebab,
pimpinan utama kami "no problem" sbb itu dia tetap lawan. Pimpinan
Umno? Bila mahu buktikan kamu lebih jantan dari Muhyiddin yang penakut untuk
adakan sidang parlimen itu?
Umno harus buktikan
mereka betul2 ada maruah, tidak seperti Pas.
WFAUZDIN NS
MACAI ATUK KENA HABUAN- SAMA MACAM BAPAK SEDARA DIA ORANG MENYAMPAH
IBRAHIM MAT ISA
Sekali sekala, macai Atuk yang berkubang dalam Amanah wajar
diberikan pengajaran begini. Aku bukan anti parti Amanah, justeru sayang kepada
Amanah aku tinggalkan kerana individu negatif seperti beliau ini merosakkan
nama wadah itu..
Padan muka!
Tinggalkan politik kebencian, penipuan, fitnah dan momokan
Oleh B. Suffian
Malaysia perlu bergerak ke hadapan meninggalkan politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan, tegas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.
Veteran DAP itu berkata, perkara-perkara terbabit adalah bertentangan dengan ajaran agama-agama utama dan kebudayaan di seluruh dunia yang telah menjadikan Malaysia sebagai rumah mereka.
Menurutnya, perkara tersebut juga menjadi sebab mengapa visi bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman supaya Malaysia menjadi ‘obor cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’, gagal untuk direalisasikan.
“Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara telah menetapkan asas untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan hebat, dan cabaran yang dihadapi kita sekarang adalah sama ada kita mampu untuk berjaya dalam usaha pembinaan negara bangsa ini.
“Ini dilakukan dengan menyatupadukan pelbagai kaum, agama, bahasa, dan budaya yang bertemu di Malaysia untuk menjadi satu model masyarakat majmuk yang bersatu, bertoleransi, berjaya, progresif, dan makmur dalam dunia yang kompleks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang berkata, kebelakangan ini, terdapat kecenderungan di Malaysia di mana politik dicemari dengan politik toksik dan keji yang berasaskan kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan.
Beliau menjelaskan, daripada membina toleransi, kepercayaan, dan keyakinan dalam kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum, agama, bahasa, dan budaya di Malaysia, terdapat pula cubaan untuk menanamkan sifat syak wasangka dan kebencian untuk meracuni usaha pembinaan negara bangsa di negara ini.
Ujarnya, beliau sendiri telah menjadi salah seorang watak yang paling teruk difitnah dalam setengah abad yang lepas.
Walaupun keputusan PRU-14 pada 9 Mei 2018 menjadi satu kekalahan dan sekatan terhadap politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan terbabit, ujarnya, penyedia politik toksik dan jijik tersebut bekerja dengan lebih keras malah meningkatkan kempen mereka selepas 2018.
“Cabaran terbesar kita dalam Malaysia Baharu adalah bagaimana untuk mendekati golongan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban yang masing-masing hanya hidup dalam busa kehidupan masing-masing sahaja…
“…dan untuk berkongsi dengan mereka satu gambaran dan perspektif Malaysia yang lebih luas — untuk berkongsi cita-cita yang negara Malaysia yang tercinta ini milik kita semua dan kita mempunyai satu takdir yang dikongsi bersama,” katanya.
Ujar beliau, rakyat Malaysia mempunyai pelbagai identiti — etnik, keagamaan, bahasa, budaya tetapi semuanya berkongsi satu identiti utama sebagai rakyat Malaysia.
Tambahnya, tidak ada sesiapa pun yang meminta mana-mana rakyat Malaysia untuk melupakan identiti etnik atau keagamaan masing-masing, baik seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, tetapi semua orang perlulah pertamanya rakyat Malaysia.
“Inilah Impian Malaysia kita,” katanya.