BILA UMNO MAHU BUKTIKAN APA YANG DIKATA?

 

Perhimpunan Agung UMNO, 27 November ini



Mahu tahu Umno benar2 ikhlas menentang kemungkaran kerajaan PN ni mudah je. Jangan dengar apa yg mereka kata hari2 atau dengar dari keputusan mesyuarat mereka..

Selagi pemimpin Umno masih bertenggek dalam rumah haram kjaan tebuk atap itu dan mereka makan masih disuap oleh Bersatu, selagi itulah jangan korang percaya.

Umno cuma lantang dimulut kononnya lawan kezaliman dan kecurangan kjaan Muhyiddin hanyalah satu drama agar rakyat sangka Umno lah pejuang rakyat yg sebenar. Hakikatnya, mereka masih berada dlm rumah haram itu walaupun ditempatkan di bilik stor belakang saja. Berkokoklah sekuat mana pun, selagi kamu berada dlm stor belakang rumah haram tersebut, kamu ingat Muhyiddin hairan? Muhyiddin tahu kamu takkan berani untuk keluar dari stor busuk tersebut kerana beberapa pimpinan kamu ada "problem".

Jika betul kamu tiada problem atau kes, jika benar kamu memang parti keramat yang masih tajam kerisnya yg dulu selalu kamu julang dalam perhimpunan agung, tunggu apa lagi? Tunggu PRU15 yang entah bila? Mahu tunggu mereka haramkan parti kamu baru kamu mahu terlompat2?

Rakyat melihat, benarkah kamu serius atau PH yang lebih serius? Dalam PH, mereka yg ada masalah boleh cabut keluar, tiada masalah dan kami teruskan lawan. Mengapa? Sebab, pimpinan utama kami "no problem" sbb itu dia tetap lawan. Pimpinan Umno? Bila mahu buktikan kamu lebih jantan dari Muhyiddin yang penakut untuk adakan sidang parlimen itu?

Umno harus buktikan mereka betul2 ada maruah, tidak seperti Pas.

WFAUZDIN NS