KERAJAAN MINORITI TERPAKSA BUAT MACAM INI LA…





Bob Kelanang


Ini memang kelakar... hahaha... bukan aper... sebab majoriti rakyat tak percaya dengan keputusan untuk dibuat Proklamasi Darurat sebenarnya dibuat untuk Covid-19 melainkan sekadar nak selamatkan kedudukan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri... 

Majoriti rakyat tahu yang Muhyiddin Yasin tu dah xder majoriti di Parlimen...


Sebab tu la Kerajaan sedang memaksakan rakyat Malaysia untuk percaya tentang Proklamasi Darurat nih adalah untuk perangi Covid-19...


Nampak sangat la Kerajaan Malaysia ni dah xlayak untuk memerintah... majoriti rakyat pun dah tak percaya... Pelabur Asing lagi lah tak percaya...


KOH KOH KOH… 


Kesian sungguh la... Malang sungguh lar...


KOH KOH KOH… 


Sampai terpaksa push camni nak suruh rakyat semua percaya... nak suruh rakyat terima Proklamasi Darurat tu... walhal dengan PKP 2.0 pun dah cukup...


KOH KOH KOH…


Kesian Kerajaan Minoriti ni… 


KOH KOH KOH… jilaker!!





32 POSTING HINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


SILA TEKAN  >  ATAU OLDER POS UNTUK BERITA AWAL.


JIKA ANDA TERGANGGU DENGAN CERAMAH  MAKI

 HAMUN DARI LEBAI JARI TENGAH

 DAN ANAK HARAM...SILA KE VIDEO DAN TEKAN UNTUK

 HENTIKAN...GANGGU PULAK

 LEBAI NI. NAK HARAM SUNGGUH.


Bagaimana dgn tunjuk jari tengah kedua2... - Dr Zaidi Zakaria Langitbiru |  فيسبوك



BILA LEBAI HADI KECAM ANAK MUDA

 

NIZAM AKA

Best tak orang-orang  muda Melayu Islam dituduh konon-kononnya dirasuk oleh syaitan kerana tidak daftar sebagai pengundi,oleh ularmak tersohor lagi bermulut celupar ini?Cuba orang muda pula tuduh ulamak mulut longkang ini,makan gaji buta,tak buat apa-apa  kerja untuk negara bila dilantik sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah kerana dirasuk oleh Bapa Segala Syaitan..Boleh gitu?Setuju?


Image may contain: 3 people

‘Rakyat segera diambil tindakan, menteri bebas langgar undang-undang’

 ‘Rakyat segera diambil tindakan, menteri bebas langgar undang-undang’


Pemuda PKR mempersoalkan layanan berat sebelah diterima menteri Perikatan Nasional (PN) apabila ada di antara mereka bebas melakukan lawatan rasmi sedangkan rakyat diminta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata, pelanggaran SOP dapat dilihat melalui lawatan kerja Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi pada 24 Jan yang disertai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.

“Berdasarkan maklumat atau tentatif yang saya terima serta gambar-gambar dimuat naik di Facebook menteri kewangan, aktiviti semasa program tersebut jelas melanggar SOP am PKP yang dikemaskini pada 22 Jan.

“Ia berhubung arahan tidak membenarkan majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta termasuklah aktiviti seperti mesyuarat, bengkel pameran, serta aktiviti lain yang berkaitan,” kata Akmal di Facebook.

Menurut Akmal, pelanggaran SOP secara terbuka oleh menteri lain juga pernah disuarakan sebelum ini, seperti rombongan rentas negeri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali ke Johor pada 17 Jan.

Namun, katanya lagi, situasi yang berbeza dihadapi oleh rakyat biasa.

“Seperti yang berlaku di Segamat, Johor, apabila seorang wanita dikatakan tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebaik sahaja turun dari kereta yang diparkir dihadapan kafe (dia) segera disaman, walaupun terdapat bukti melalui kamera litar tertutup (CCTV) bahawa kawasan tersebut lengang,” katanya.

Akmal berkata, ini adalah sebuah pendekatan yang “berat sebelah, dua darjat dan perlu diubah segera”.

“Ketika rakyat segera diambil tindakan, menteri bebas melanggar undang-undang,” katanya. 




VIDEO : LEBAI JARI TENGAH DAN ANAK HARAM DI KECAM NETIZEN...MACAM NI HANGPA PANGGE USTAZ......HANGPA P REPORT JA LEBAI NI

 [VIDEO] Netizen kecam ustaz terkenal panggil frontliner ‘anak haram’ dalam kuliyah

[VIDEO] Netizen kecam Lebai jari  terkenal jari tengah panggil frontliner ‘anak haram’ dalam kuliyah

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Husam hari ini dikecam netizen gara gara mengutuk dan memperlekehkan anggota fronliner, RELA. Beliau yang juga aktif berceramah dalam pentas PAS turut menggunakan perkataan kesat “anak haram” kepada anggota RELA. Berikut merupakan isi kandungan kuliyah yang disebut:

“Sehari dua ni RELA ni lebih garang dari polis ni. Kadang-kadang polis tak banyak tanya, RELA ni yang tanya lebih.”

“Dengan lesen pun dia minta. Takpa lah depa pun nak rasa ada taring sikit.”

“Semalam saya balik padang serai, polis tak tanya, RELA yang tanya banyak. Dari mana encik..surat mana..buat apa di Padang serai? Anak haram rela ni berlagak lebih dari polis.”

Katanya dalam kuliyah dalam surau yang tidak diketahui lokasinya. Pendakwah yang juga anak kepada bekas Mufti Kedah itu juga turut memperlekehkan kerja RELA dengan hanya jaga traffic kenduri sahaja.

“Masa latihan dengan topi senget berkawat menjerit… balik kampung dok jaga kenduri ja.”

“Macam JPAM, berkawat menjerit balik kampung tangkap ular sewa”

Katanya disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Video yang tular dikongsikan oleh seorang pengguna sosial itu mendapat kecaman dari netizen.

“Ya Allah awat ckp mcm tuuu.pegang title ustaz kott.tp bahasa yg kluaq dr mulut tak dak cerminan langsung.akhir zaman agaknya ustaz (bukan semua) jd gini. Nauzubillahiminzaliq.”, kata Zalina Zahid.

Seorang lagi netizen turut mengecam

“Merapu macam ni pun dapat tauliah kat Kedah? Negeri apa laguni ? Ustaz hat nak sampaikan hadith shahih hampa sekat ishhh…” – GD

Video boleh dilihat di bawah :

Video Player
















00:05
01:37

MUHYIDDIN YANG TIADA KEABSAHAN UMPAMA ORANG TIADA AIR SEMBAHYANG, TAPI TAK MALU SOLAT DI SAF DEPAN



Sekurang-kurangnya tiga pihak telah mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung peranannya dalam memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong berkaitan perisytiharan darurat.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mewakili PH memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana menggantung Parlimen dalam tempoh darurat dikuatkuasakan.

“Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar Anwar dalam permohonan samannya bukannya pengisytiharan darurat oleh Agong, tetapi keputusan Perdana Menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut,” kata Ramkarpal Singh, peguam yang mewakili Ketua Pembangkang itu dalam satu kenyataan semalam.

Dalam konteks saman yang hampir sama, tiga Adun daripada PKR, DAP dan Amanah turut mengemukakan saman terhadap Muhyiddin.

Mereka ialah Johari Abdul, Adun Gurun, Kedah; Salahuddin Ayub, Adun Simpang Jeram, Johor dan Dr. Aziz Bari, Adun Tebing Tinggi, Perak.

“Kami telah memfailkan satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan nasihat Perdana Menteri, Muhyiddin untuk suatu deklarasi darurat oleh Agong yang seterusnya menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi kesemua negeri,” kata ketiga-tiga mereka dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, Khairuddin Abu Hassan yang dikaitkan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad, lebih awal mengemukakan saman mempertikaikan kuasa Perdana Menteri dalam memberi nasihat kepada Agong berkaitan darurat.

Beliau berkata, tindakan saman pemula itu dibuat mengambil kira kedudukan seorang Perdana Menteri yang tiada lagi keabsahan dan telah hilang sokongan majoriti ketika memberi nasihat kepada Agong.

Difahamkan juga, terdapat pelbagai pihak lain dijangka akan mengambil langkah yang sama mengemukakan saman terhadap Muhyiddin dalam tempoh terdekat ini.

Saman-saman yang telah dikemukakan ini, disertai dengan pelbagai pihak yang dijangka turut berbuat demikian tidak lama lagi, ia adalah jelas gambaran tidak setujunya rakyat terhadap darurat yang telah dikuatkuasakan atas nasihat Perdana Menteri kepada Agong.

Bagi mereka, darurat yang disekalikan dengan menggantung Parlimen, bukanlah untuk melawan Covid19, tetapi semata-mata untuk kepentingan Muhyiddin mempertahankan kedudukannya yang sedang terancam daripada dijatuhkan.

Di mana-mana dalam dunia, baik dalam politik, persatuan sukan, perniagaan atau sebagainya, mereka yang hilang sokongan dan tiada lagi majorit, pilihan yang diambil sama ada berundur atau meletak jawatan.

Itulah sebenarnya langkah terhormat dalam amalan demokrasi di mana di negara bukan Islam pun, di Italy misalnya, pemimpin yang hilang sokongan akan memilih berundur secara baik tanpa berlengah lagi.

Muhyiddin sebaliknya, meski merupakan anak ulama dan pandai membaca doa, telah memperkenalkan norma baru dengan mencadangkan darurat sebaik mengetahui sokongan majoritinya telah tiada,

Lebih malang, perbuatan tidak demokratik Muhyiddin itu bukan saja disokong oleh pihak-pihak yang mengampunya demi jawatan dan kedudukan, malah parti yang berjuang atas nama Islam pun sama mempertahankannya.

Sesungguhnya inilah kerosakan paling besar dalam negara kerana seseorang yang tiada keabsahan dalam kuasa adalah ibarat orang yang tiada air sembahyang, tetapi berlagak alim di dalam masjid dengan tiada perasaan malu duduk di saf paling depan sekali.

Lebih buruk, sudahlah tiada keabsahan dan kemudian memberi nasihat untuk darurat, Muhyiddin yang sepatutnya sudah hilang kuasa akhirnya menjadi Perdana Menteri ala diktator, paling berkuasa dan bebas melakukan apa saja dengan kuasanya.

Negara kita tidak akan ke mana-mana, malah jauh mengundur dalam pelbagai bidang selagi beliau masih ada lantaran tidak ada sesiapa akan menghormatinya sebagai ketua kerajaan.

Relakah kita pemimpin berperangai sebegitu berkuasa lebih lama lagi?

 (Shahbufindotcom 27/01/2021)



Ada orang tengah dalam perjanjian vaksin Covid-19? soal Tajuddin

 


Ada orang tengah dalam perjanjian vaksin Covid-19? soal Tajuddin


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan jaminan diberikan menteri kewangan di Dewan Rakyat yang pembelian vaksin Covid-19 akan dilaksanakan hanya melalui transaksi antara kerajaan, atau kerajaan dengan pengeluar.

Beliau memberitahu FMT, perjanjian terbaru oleh sebuah syarikat swasta di Malaysia membayangkan pembabitan orang tengah, walaupun Tengku Zafrul Aziz memberi jaminan sebaliknya pada persidangan terakhir Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu merujuk kepada Bioalpha Holdings Sdn Bhd, yang menandatangani perjanjian dengan Shanghai Bukun Trading Co Ltd (SBTC) untuk perolehan dan pengagihan vaksin Covid-19 di Malaysia.

The Star semalam melaporkan, perjanjian itu membabitkan 100,000 dos awal vaksin Sinovac Life Sciences Co Ltd dari SBTC dengan pesanan akan datang sehingga sejuta dos.

Tajuddin berkata, syarikat swasta tidak patut meraih keuntungan daripada Covid-19.

“Tengku Zafrul berkata tiada pihak (swasta) akan terlibat sebagai orang tengah. Hanya kerajaan terbabit dalam perolehannya,” katanya.

Katanya, Bioalpha membeli 100,000 dos awal untuk pekerja asing, kerana golongan majikan meminta vaksin berkenaan.

“Tidak wajar sektor swasta meniagakan vaksin itu. Mereka patut berbincang dengan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau menyoal sama ada kerajaan mengubah pendirian susulan jaminan diberikan Tengku Zafrul sebelum ini, dan menambah Putrajaya tidak patut melayan pembabitan sektor swasta dalam pembelian vaksin.

“Sebaik mereka (sektor swasta) mendapat kawalan vaksin, bagaimana kita tahu mereka hanya menggunakannya untuk pekerja asing?” katanya, secara tersirat membayangkan kemungkinan vaksin dijual untuk keuntungan.

Tajuddin berkata, banyak kes Covid-19 juga berpunca dari kilang sarung tangan, yang dianggapnya patut menyumbang kepada kerajaan untuk membayar bagi vaksin untuk kegunaan umum.

“Mereka meraih berbilion ringgit. Mereka patut menyumbang sedikit peratusan keuntungan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

The Star dalam laporannya memetik Pengarah Urusan Bioalpha William Hon berkata, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada warganegara.

Katanya, sektor korporat ada bertanya mengenai inokulasi untuk kakitangan mereka, termasuk pekerja asing. 



Mengapa kerajaan masih belum umumkan pelan vaksinasi sehingga kini? Soal Mapim

 


Mengapa kerajaan masih belum umumkan pelan vaksinasi sehingga kini? Soal Mapim


Kerajaan didakwa mendedahkan rakyat kepada ketidaktentuan yang sangat tidak masuk akal apabila memaklumkan akan mempertimbangkan secara menyeluruh kesan-kesan yang mungkin berlaku sebelum memutuskan tindakan selanjutnya selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 berakhir pada 4 Februari ini.

Apabila Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan 2.8 juta orang berisiko hilang kerja jika penutupan penuh ekonomi berlaku, bermakna ada kemungkinan kerajaan sedang berfikir ia sebagai satu pilihan.

Sedangkan risiko kehilangan pekerjaan sekiranya penutupan penuh ekonomi dilaksanakan adalah fakta yang logik dan ia bukan suatu pengumuman yang mengejutkan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, kesihatan dan ekonomi bukanlah satu pilihan kerana sepatutnya gabungan semua sektor harus dirancang dengan menyeluruh supaya dapat menyelamatkan negara daripada menjadi lumpuh.

Jelas beliau, menukar PKP kepada PKP Bersyarat (PKPB) tidak boleh dilihat secara terpisah, sebaliknya ia mesti digabungkan dalam pelan yang lebih menyeluruh.

Malangnya pelan itu, dakwa beliau masih tidak disediakan akibat kerajaan memilih darurat sebagai pilihan.

Menurutnya, keputusan Majlis Keselamatan Negara perlu berasaskan pelan makro yang jelas daripada hanya membiar rakyat berteka-teki.

Beliau mempersoalkan mengapa sehingga ini pun pelan vaksinasi masih belum diumumkan sedangkan beberapa negara jiran telah pun melancarkan operasi mereka mevaksinasi rakyat masing-masing.

”Ismail Sabri menyebut 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan dan 2.5 juta sukar meneruskan kelangsungan, B40 akan hilang pendapatan dalam tempoh sebulan dianggarkan RM6.4 bilion dengan purata RM2,400 satu keluarga.

”Fakta antara bulan Mac dan Oktober 2020, 13,445 syarikat telah memberhentikan operasi berikutan pelaksanaan PKP sudah cukup parah.

”Padahal ketika itu kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan yang diumum oleh perdana menteri bernilai puluhan bilion ringgit untuk membantu rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Azmi turut mempersoalkan kenapa wujud rayuan beberapa sektor perniagaan seperti tukang gunting rambut, peniaga pasar malam dan pengusaha cuci kereta untuk dibenarkan beroperasi semula.

Ini bermakna keputusan dibuat tanpa menghalusi semua sektor.

”Kami pelik kenapa Ismail Sabri memberi respons terhadap hal ini dengan mengatakan isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pada waktu terdekat, sedangkan hal ini sepatutnya telah difikir masak-masak.

”Ketidaktentuan kerajaan akan mencetuskan ketidakyakinan rakyat. Ketiadaan pelan makro yang jelas menandakan rakyat terpaksa melakukan tindakan sendiri untuk survival hidup,” tegasnya.

Oleh itu, Mapim menggesa semua wakil rakyat dipanggil untuk bersidang khas di Parlimen supaya konsensus dicapai kerana wakil rakyat tidak boleh dibiar menganggur tanpa berperanan dan terlibat dalam pemulihan negara dalam krisis ini.

Mapim turut menggesa 70 anggota Kabinet dan timbalan menteri tidak dilihat bergaji lumayan sedang rakyat terkapai-kapai menunggu penyelesaian masalah harian untuk hidup.

Ini kerana pendekatan inklusif rentas parti sudah tidak boleh ditangguh. 



Bisikan syaitan: Abdul Hadi kena kecam ibarat tepuk air di dulang

 

GAMBAR DARI TWEETER BAWANGSAT

ImageImageImage
Bisikan syaitan: Abdul Hadi kena kecam ibarat tepuk air di dulang


 SIAPA KENAL MACHA NI?


Jeyakumar Devaraj, Author at New Mandala

Macha ni politikus idola yang paling aku hormati. Korang kenal tak?


Nama dia Michael Jeyakumar. Bekas MP Sungai Siput yang telah menumbangkan warlord MIC/BN iaitu Samyvellu dan seterusnya menamatkan karier politik Samyvellu.


Beliau ialah seorang doktor perubatan, dikenali dalam dunia politik sebagai Dr. Jeya manakala sebagai doktor dikenali sebagai Dr. Kumar. Seorang yang sosialis yang sangat dihormati. Gelaran diberikan kepadanya adalah The Red Doctor.


Korang tau tak kehebatan dia? Dia bukan kaki selfie, kaki profiling, berjalan buat kerja dengan cameraman mengekor. Kaki IG atau Twitter? Tidak juga. 


Walaupun dia seorang doktor senior, bukan jururawat peribadi atau budak bekam, tapi sehingga hari ini aku belum pernah nampak dia membongkak dan membongak dengan hasil pendapatan dia sebagai doktor mahupun MP selama 2 penggal.


Aku tak pernah tahu dia ada beli basikal

mahal, mahupun vellfire baru. Yang aku tau, dia spend duit epf dia buat jambatan kecil di kampung dia. Dikatakan Samyvellu tumbang disebabkan jambatan kecil ini.


Dia mungkin boleh beli basikal mahal atau kereta baru dengan duit epf dia, tapi dia pilih tidak. Kereta dia hanyalah sebuah Mercedes lama yang dimaintain dengan baik.


Dr. Jeya juga dengan slumber declare harta dia dan perbelanjaan dia setiap tahun, jadi kita tahu sebelum dia jadi MP apa dia ada, bertambah atau berkurang. 


Elaun atau gaji MP yang dia dapat, segala peruntukan dia terima, secara telus dan tulus dia tunjukkan. Hatta, bank statement gaji MP masuk pun dia tunjuk sebagai lampiran. YB lain berani? Atau setelus ini?


Mungkin kalau rakyat Malaysia tidak berminat dengan Dr. Jeya sebab dia orang Malaysia, takpa, korang boleh baca tentang “Pepe” Mujica..


Boleh rujuk pasal “Pepe” Mujica di sini..


https://www.facebook.com/581817132303470/posts/751084185376763/?d=n


Buat rakyat Malaysia yang masih berminda bebal. Cuba baca elok-elok apa yang aku tulis. Kalau masih tak faham sesuailah kata Dr. Maszlee dengan korang,


“Pempimpin bodoh lahir dari tangan pengundi bodoh.”


Manakala kata Prof. Kora Kore dari Mauritania Selatan,


“Jangan sesekali kau makan duit politikus, takut nanti kau jadi bebal dan dungu macam mereka..”


Mungkin mereka yang bebal ni dah termakan banyak duit haram politikus barangkali!


Kan?


😜



PKP2.0: Kini rakyat dan frontliner kongsi satu perasaan sama iaitu ‘kita sedang kalah’

 PKP2.0: Kini rakyat dan frontliner kongsi satu perasaan sama iaitu ‘kita sedang kalah’


Percanggahan keperluan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) jelas memperlihatkan kelemahan Putrajaya dalam mengambil tindakan serius bagi membendung penularan Covid-19.

Bekas timbalan menteri pengangkutan Ab Aziz Kaprawi berkata, percanggahan dua kementerian itu secara tidak langsung dilihat memperjudikan nyawa dan kesihatan rakyat.

“Persepsi ini dilihat semakin negatif apabila terdapat sebahagian besar rakyat merasakan niat sebenar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 ini diadakan sudah terpesong.

“Serta mempunyai kepentingan politik demi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Sudahlah ekonomi rakyat terjejas, tetapi kadar jangkitan pula tidak menurun,” katanya di Facebook.

Sehingga 26 Jan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan masih terdapat 40,574 kes aktif dengan 111 daripada 280 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, sebanyak 3,585 kes baru Covid-19 dilaporkan dengan 11 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 700 orang daripada 190,434 kes Covid-19 setakat ini.

Aziz berkata, beliau secara peribadi tidak peduli apakah niat sebenar Putrajaya melaksanakan PKP2.0, namun apa yang penting adalah melihat Malaysia menang dalam peperangan melawan Covid-19.

“Saya percaya rakyat dan petugas barisan hadapan berkongsi satu perasaan yang sama iaitu ‘kita sedang kalah’,” katanya.

Menurutnya, ketika ini selepas 14 hari tempoh pelaksanaan PKP2.0, kes jangkitan Covid-19 tidak berkurangan malah dikhabarkan bahawa Dr Noor Hisham menyatakan Putrajaya tidak berhasrat menyambung perintah ini selepas 4 Feb.

“Ini bermaksud PKP 2.0 yang bermula pada 13 Jan lepas tidak membawa apa-apa erti malah boleh dikatakan sebagai tindakan sia-sia kerana dua hasrat yang dinyatakan tersebut gagal untuk dicapai,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Noor Hisham berkata PKP di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Feb, tidak akan dilanjutkan. Katanya, keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Noor Hisham berkata, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Feb akan disambung dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Malah, beliau turut berpandangan kepentingan ekonomi dan kesihatan perlu diseimbangkan.