_PEMERGIAN TUN SALLEH ABAS: KEZALIMAN YANG BELUM TERBELA DAN PENGHARAPAN YANG BELUM TERTUNAI_*


Man Toba


Masih saya ingat lagi bagaimana, setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri mengumumkan di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur, pada 17 April 2008 bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi bayaran ex gratia kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara oleh pentadbiran zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Ogos 1988, saya telah menemui Tun Salleh Abas di Hilton Hotel, Petaling Jaya, pada 7 Mei 2008 bagi merundingkan mengenai bayaran ex gratia tersebut.


Tun Salleh Abas waktu itu bertegas tidak akan menerima sebarang bayaran melainkan ia disertai oleh permohonan maaf daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sifatkan bertanggungjawab penuh ke atas pemecatan beliau atau, jika ini tidak dapat dilakukan, oleh penubuhan suruhanjaya bebas bagi mengkaji keabsahan pemecatan beliau dengan menyebut bahawa jika bukti baru diperlukan oleh kerajaan beliau sedia menyerahkan satu bukti yang beliau tidak pernah keluarkan demi menjaga hati pihak tertentu.


Ketegasan ini Tun Salleh Abas tunjukkan dalam satu surat rasmi peguam beliau menyebabkan Menteri Undang-Undang waktu itu merasa teramat marah sekali serta langsung tidak mahu melayan lagi sebarang permintaan daripada pihak Tun Salleh Abas serta mengharamkan mana-mana pegawai beliau daripada bertemu beliau, tetapi larangan ini saya tidak patuhi dalam mana saya senyap-senyap menemui dan memujuk beliau supaya menerima sahaja bayaran ex gratia tersebut kerana itulah yang terbaik boleh dilakukan waktu itu.


Alhamdulillah, Tun Salleh Abas akhirnya lembut hati dan bersetuju menerima bayaran ex gratia tersebut selain bersetuju memujuk lima rakan atau waris rakan beliau yang lain, iaitu  Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, untuk turut menerima bayaran ex gratia tersebut yang menggembirakan Menteri Undang-Undang yang akhirnya turun padang dan pergi sendiri ke kediaman mereka untuk menyampaikannya.


Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam pada itu, berang dengan bayaran ex gratia tersebut dan secara tiba-tiba sahaja mendedahkan kepada dunia melalui blog beliau, Che Det, pada 6 Jun 2008 bahawa pemecatan Tun Salleh Abas sebenarnya bukan berpunca daripada beliau, tetapi adalah berpunca daripada Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Iskandar, yang tidak puas hati atas tindakan Tun Salleh Abas mengadu kepada Baginda dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda.


Dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam salah satu daripada mesyuarat mingguan beliau dengan Almarhum Sultan Iskandar, Baginda telah menyatakan ketidak puasan hati Baginda terhadap tindakan Tun Salleh Abas mengadu kepada Baginda dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda (selain satu aduan lain mengenai serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap badan kehakiman) dan meminta beliau menyingkir Tun Salleh Abas daripada jawatan Ketua Hakim Negara.


Fakta-fakta yang ada ialah penggantungan jawatan Tun Salleh Abas (26 Mei 1988) berlaku tiga hari selepas beliau mengarahkan kes rayuan pengharaman UMNO didengar oleh koram penuh Mahkamah Agung (23 Mei 1988), pembatalan arahan Tun Salleh Abas di dalam kes rayuan pengharaman UMNO dibuat hari sama dengan penggantungan jawatan beliau (26 Mei 1988), dan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyebut kepada beliau mengenai pendirian berat sebelah beliau dalam kes rayuan pengharaman UMNO (27 Mei 1988).


Begitupun, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam tulisan beliau ini dan di dalam memoir beliau, menafikan bahawa pemecatan Tun Salleh Abas adalah berpunca daripada ketidak puasan hati beliau terhadap tindakan Tun Salleh Abas mengarahkan kes rayuan pengharaman UMNO didengar oleh koram penuh Mahkamah Agung di samping menegaskan bahawa ia adalah berpunca daripada ketidak puasan hati Almarhum Sultan Iskandar terhadap aduan Tun Salleh Abas berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda.


Saya sendiri banyak kali menanyakan Tun Salleh Abas mengenai surat beliau kepada Almarhum Sultan Iskandar dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda tetapi beliau berkali-kali juga menafikannya, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula, walaupun menyebut di dalam memoir beliau bahawa beliau sedia bersumpah dengan menjunjung al-Qur'an bahawa surat inilah yang menjadi punca pemecatan Tun Salleh Abas, tidak pula pernah menunaikan sumpah ini walaupun dicabar.


Pemergian Tun Salleh Abas hari ini segera mengingatkan saya mengenai pengharapan beliau agar Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada beliau kerana memecat beliau dan agar ditubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji keabsahan pemecatan beliau tetapi, mengenali Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah hampir mustahil untuk kita mengharapkan beliau berbuat demikian menjadikan satu cara lain perlu difikirkan bagi membersihkan dengan sepenuhnya nama beliau, termasuk kemungkinan penubuhan suruhanjaya bebas.


Pada 26 Julai 2008, Panel Tokoh-Tokoh Terkemuka Untuk Mengkaji Semula Krisis Badan Kehakiman 1988 Di Malaysia merumuskan: “Bukan sahaja Tun Salleh tidak bersalah sedikit pun dan tiada sebarang tuduhan terhadapnya mempunyai asas, tetapi sebenarnya Tun Salleh telah menjalankan kewajipan perlembagaannya untuk menjunjung dan melindungi doktrin pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang demi kepentingan negara yang lebih besar. Kesimpulan yang tidak dapat dielakkan, ialah pemecatan Tun Salleh adalah non est.”


Begitupun, perlu diingat bahawa Panel Tokoh-Tokoh Terkemuka yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negara India, Hakim (Bersara) Mr. J.S. Verma serta dianggotai oleh Hakim (Bersara) Mr. Fakhruddin G Ebrahim, Dr. Pn. Asma Jahangir, Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Mr. Gordon Hughes dan Dato’ W.S.W. (Bill) Davidson adalah ditubuhkan bukan atas inisiatif pihak kerajaan, tetapi atas inisiatif Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Antarabangsa, Lawasia dan Transparency International-Malaysia.


Agak penting juga ialah pembersihan nama Tun Salleh Abas ini akan membawa bersamanya pembersihan nama Almarhum Sultan Iskandar sebagai dalang pemecatan beliau, apa lagi bila asas yang sering digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memalitkan nama Almarhum Sultan Iskandar kelihatan terlalu dangkal, iaitu kerana Baginda kononnya tidak berpuas hati dengan tindakan Tun Salleh Abas mengadu kepada Baginda dan Raja-Raja Melayu lain berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana Baginda.

 

Sebab itulah, bila Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaan ini di dalam memoir beliau, seorang penulis, Ahmad Lufti Othman, menyebut di dalam rencana beliau bertajuk “Menyanggah Memoir Mahathir” pada 8 Mac 2011 bahawa: “Jelas ia satu pembohongan. Kalaupun Agong murka dengan Tun Salleh atas alasan peribadi, Perdana Menteri bertanggungjawab menasihati baginda bahawa kes sekecil itu langsung tidak membabitkan salahlaku kehakiman sehingga memerlukan penggantungan dan penubuhan tribunal.”


Begitulah juga bila Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaan ini sambil menyebut beliau sedia bersumpah mengenainya ketika berucap di Cooler Lumpur Festival pada 13 Jun 2015, anakanda Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Abdul Majid Idris, menulis di laman Facebook beliau: “Mahathir, please don’t blame people who can’t defend themselves anymore,”  dan: “Mahathir used my father to remove Tun Salleh, period. Tun Salleh is a good man and my father acknowledged that. He has already made his peace with Tun Salleh.”


Sesungguhnya pemergian Tun Salleh Abas pada hari ini adalah satu kehilangan yang amat besar kepada negara kerana, selain pelbagai jasa besar beliau atas pelbagai kapasiti kepada agama, bangsa dan negara, beliau adalah simbol terbesar kepada segala kezaliman yang menghantui negara ini sejak sekian lama, bayangkanlah sahaja apa yang akan berlaku kepada negara kita jika Tun Salleh Abas tidak dipecat dan kes rayuan pengharaman UMNO benar-benar didengar oleh koram penuh Mahkamah Agung yang diketuai oleh beliau hari itu.


Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum dan semoga Allah memakbulkan pengharapan Almarhum yang belum tertunai supaya nama Almarhum dibersihkan.



MENJELIKKAN | HADI KELUARKAN DALIL IKUT 'NAFSU PAS'…


Bob Kelanang


Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pengisytiharan darurat dengan menyifatkannya selaras politik Islam.


Faiz berkata dia tidak terkejut kerana PAS memiliki banyak ‘dalil’ untuk menghalalkan apa sahaja ‘kebatilan’ yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


“Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa proklamasi darurat selaras dengan politik Islam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan PAS mempunyai banyak dalil untuk menghalalkan apa sahaja kebatilan kerajaan Perikatan Nasional (PN),”kata Adun Amanah itu dalam satu kenyataan.


Semalam, Abdul Hadi berkata pengisytiharan darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 adalah berlandaskan konsep Siyasah Syar’iyyah (politik Islam).


Kata Hadi, beberapa negara juga telah mengisytiharkan darurat kesihatan, sama ada dilaksanakan di seluruh negara atau kawasan yang terhad.


Bagaimanapun menurut Faiz, nasihat Muhyiddin agar darurat diisytiharkan menimbulkan banyak tanda tanya, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau PKP bersyarat (PKPB) memadai bagi meratakan lengkung jangkitan Covid-19.


“Ironinya, pentadbiran kerajaan termasuk eksekutif dan kehakiman serta industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali parlimen,” kata anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor itu.


Tambahnya, apabila parlimen digantung, fungsi utama badan legislatif itu untuk melakukan semak imbang terhadap polisi kerajaan juga tidak dapat dilaksanakan.


“Justeru, penggantungan parlimen telah menyekat ahli parlimen untuk berbahas dan berdebat atas sesuatu isu berkepentingan awam dan negara.


“Oleh itu, darurat yang dipertahankan oleh PAS ini tidak selaras dengan konsep dan politik Islam yang sebenar,” katanya.



ADA MACAM TAK ADA..TAK ADA MACAM ADA....


Hamdan Taha

 Seorang sahabat dari brunai beritahu di sana kes covid 19 dah lama tidak ada....alhamdulilah...


Tapi ada cerita yang menariknya ialah....kerajaan brunai beri arahan kepada semua rakyat yang beragama islam dan semua pegawai kerajaan dan pemimpin di kehendaki atau di wajibkan baca surah yassin serentak di waktu pagi...


Rakyat dia ikut arahan....


Kita di malaysia kerajaan kita ni isle tulang belakang kita tiga parti isle....tapi saya berulang ulang kali berkata kehadiran islam dan roh islam dalam kerajaan ni langsung tak ada....macam kafir jer yang memerintah negara kita ni...


Menteri agama macam tak ujud....setidak tidaknya zaman ph terasa ujudnya mujahit tu walaupun haru biru tapi dia ada....yang ini tak terasa dia ada ke tak ada....begitu juga peranan parti pas....ada ke tak ada...macam tak ada...


Ini lah masanya kita ajak rakyat bukan saja pkp tapi ajak rakyat buat sesuatu dengan berdoa...jangan lah guna hujah bidaah kerana nabi tak buat....berdoa dan usaha ni nabi buat...dan doa ni adalah wajib....wajib....sepatutnya bila kerajaan buat pkp 14 hari....


Kita kerahkan rakyat baca yasin selama 40 hari atau 50 hari....atau sehingga virus 19 di angkat semula oleh Allah...baru betul lah terasa kerajaan ni gabungan tiga parti melayu islam...


Ini yang rakyat rasa bergaduh setiap masa...siang malam pagi petang dema bergaduh jer kerjanya....saling bunuh membunuh....taik kucing la guna selogan ini kerajaan islam melayu WAJIB PERTAHAN ...JATUH KAN BERDOSA....PERANGAI HAPRAK



INI PERBUATAN YANG SANGAT JAHAT DARI KERAJAAN PENGKHIANAT


Azrul Kamarudin


Jika perkara ini benar...bermakna pihak kwsp berniat jahat terhadap pencarum...sedangkan duit tu hasil titik peluh mereka sendiri..

///patutlah syarat kategori dua tu susah sangat...rupanya pihak kwsp memang tak nak bagi pun duit pencarum...di saat negara dan rakyat sedang dalam kesusahan di ancam wabak covid19.😥
 

KES BARU COVID-19 MELONJAK LEPASI 4,000



Malaysiakini 


Wabak Covid-19 di negara ini sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi apabila lebih 4,000 kes baru dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi.


Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, secara keseluruhan sebanyak 4,029 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak tengah hari semalam.


Daripada jumlah itu hanya lapan membabitkan kes import.  


Dalam tempoh itu juga sebanyak lapan kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif korban Covid-19 kini sebanyak 594 orang.


Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar dengan 1,466 kes diikuti Johor (719 kes), Sabah (449 kes) dan Kuala Lumpur (347 kes).


Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes baru semalam, kali ini mencatat 14 kes.


Sebelum ini kes baru tertinggi yang direkodkan KKM ialah 3,337 iaitu pada 14 Jan lalu. Sebelum itu kes tertinggi yang dicatatkan ialah 3,309 kes.


Kes bagi negeri lain ialah:


Negeri Sembilan - 214 kes


Kedah - 195 kes


Kelantan - 141 kes


Pulau Pinang - 120 kes


Terengganu - 80 kes


Pahang - 65 kes


Sarawak - 69 kes


Perak - 54 kes


Melaka - 44 kes


Putrajaya - 35 kes


Labuan - 17 kes


Menurut ciapan akaun rasmi KKM, kes-kes yang dicatatkan hari ini adalah hasil aktiviti atau pergerakan sebelum 13 Jan 2021.


Kata KKM, sebanyak 2,148 kes sembuh bagi tempoh 24 jam lalu. 


Sebanyak 205 kes pula sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.


Empat daripada mangsa yang meninggal dunia adalah pesakit di Sabah, manakala masing-masing seorang di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.


Enam daripada mereka ialah lelaki masing-masing berusia 40, 59, 72 dan 78 tahun. Semua mereka adalah warganegara Malaysia.


Dua mangsa wanita pula merupakan bukan warganegara dan berusia 45 dan 61 tahun.


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini, terdapat 641 kluster dilaporkan termasuk enam kluster baru pada hari ini.


"Jumlah kluster yang tamat pula ialah sebanyak 356 termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan.


"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah sebanyak 285 kluster.


"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini," katanya.


Menrut Noor Hisham lagi kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi ialah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).


Berikut merupakan enam kluster baru yang direkodkan KKM:


KLUSTER SENAI CYBER


Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Jan hasil saringan individu bergejala.


Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif Covid-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang berlaku penularan iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor.


Sehingga 16 Jan, sejumlah 198 individu disaring, dengan 114 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.


KLUSTER TEMBOK NANAS


Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Jan hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal.


Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi Pati dikesan positif.


Nama kluster merujuk kepada tempat penularan berlaku iaitu di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor.


Sehingga 16 Jan, 252 individu telah disaring dengan 41 kes dikesan positif dalam kluster ini.


KLUSTER JALAN SEMBRONG


Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Jan hasil saringan kontak rapat.


Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor.


Setakat 16 Jan, sejumlah 52 individu telah disaring dengan 18 kes dikesan positif.


KLUSTER JALAN PERMATA


Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini dilaporkan positif pada 7 Jan hasil saringan individu bergejala.


Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif Covid-19.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai.


Sehingga 16 Jan sejumlah 414 individu disaring dan 61 kes dikesan positif.


KLUSTER TAMAN JUTA


Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) dilaporkan positif pada 9 Jan hasil saringan individu bergejala.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak.


Sehingga 16 Jan sejumlah 48 individu disaring dengan 14 kes dikesan positif.


KLUSTER KAMPUNG LEBUKluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-122732) dilaporkan positif pada 5 Jan hasil saringan kontak rapat.


Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif.


Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong.


Setakat 16 Jan seramai 80 individu disaring dan 21 kes dikesan positif.

KERAJAAN SEMAKIN HILANG WIBAWA DI KETIKA RAKYAT SEDANG DERITA – ANWAR

 

Rakyat sedang menderita. Perkara yang paling menyayat hati adalah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya.

Inilah yang cuba disampaikan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini melalui langkah dan rencana yang cukup terdesak.

Sekatan baharu yang diumumkan adalah sangat mengelirukan, dan masing-masing kita akan menderita dengan cara yang tersendiri. Ada sebahagian kita dirundung dengan ketidaktentuan akibat dampak pandemik, namun tidak diberi perhatian secukupnya oleh kerajaan.

Situasi pengangguran, masalah kemiskinan dan kelangsungan hidup cukup memprihatinkan, dan ini adalah antara beban yang akan terus menghantui setiap rakyat.

Ada pula yang terpaksa bertarung dengan persoalan jiwa dan mental. Kegelisahan, kesunyian dan ketakutan membuatkan kita terdedah pada kesan sikap xenofobik dan kemarahan yang menggila.

Kita merindukan untuk berada di samping teman-teman dan ahli keluarga masing-masing. Namun, ada segelintir kita yang terperangkap melebihi dari sekadar terperangkap dari sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), samada penderaan di rumah, pengasingan akibat gejala pembulian siber atau masalah kemiskinan yang semakin memburuk.

Namun, kita tidak harus melupakan mereka yang telah pergi sepanjang tempoh wabak ini. 600 kematian bukan angka yang kecil dan boleh dipandang ringan. Kehidupan kita terganggu selama hampir setahun, dan semestinya ia memberi kesan.

Ramai kita tidak pasti apakah kehidupan kita akan kembali seperti biasa, atau mungkin tidak. Apa akan berlaku sekiranya semua ancaman ini berakhir? Apakah kareer kita akan terkesan? Apakah anak-anak siswa kita mampu bangkit semula dan menyambung pelajaran mereka?

Apakah akan ada sinar di hujung terowong? Kerajaan hari ini seolah tidak mampu memberi sebarang keyakinan, apatah lagi untuk menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk semua.

Mesej kesatuan yang dilaung-laungkan melalui perkongsian penderitaan ini tidak akan mampu memulihkan bangsa, tambahan pula dengan kemelut sedahsyat ini.

Kesatuan yang baru harus dipaculkan dan diwujudkan melalui kepimpinan yang kukuh, tatakelola yang baik serta berkesan, dan juga rakyat yang punya keyakinan baru terhadap kerajaan, terhadap ruang dan semangat demokrasi serta keyakinan antara satu dengan yang lain.

Dalam saat kemelut hari ini, apa yang rakyat dambakan adalah sikap ketelusan dan kepastian, bukan apa yang disuap kerajaan minoriti ini.

Pengumuman demi pengumuman yang dibuat seolah tidak ada perancangan awal yang sering tidak jelas, langsung menginjak perasaan rakyat. Sebaliknya, dampak dari semua ini adalah panik dan ketidaktentuan.

Muhyiddin telah meletakkan negara ini dalam lembah percanggahan. PKP menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil.

Apa yang kelihatan seolah bersyarat, namun nampaknya semacam akan kekal. Cakap-cakap tentang pemulihan ternyata omong kosong.

Jadinya, kita sekarang ini kembali ke peringkat asal. Mula balik. Ini mengingatkan saya kepada apa yang pernah diungkap Albert Einstein, “adalah sesuatu yang gila untuk mengulangi perkara yang sama sambil mengharapkan hasil yang berbeda”.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin hari ini telah meletakkan negara dalam lembah kegilaan.

Apa yang patut kerajaan buat adalah membantu rakyat untuk kembali percaya kepada kemampuan masing-masing, dan cipta kekuatan baru dalam mengharungi kemelut hari ini sebagai bangsa yang bersatu padu.

Malaysia patutnya telah berjaya, apa yang disebut sebagai “flattening the curve” atau melandaikan lekuk dan menjadi antara negara yang berjaya menundukkan COVID-19.

Sebaliknya, kerajaan ini terus menyusah dan membodohkan rakyat. Kerajaan hari ini anggap rakyat seperti kanak-kanak.

Tidak, rakyat di negara inilah yang memungkinkan sebuah tatanan bernama Malaysia.

Sekiranya kerajaan ini tidak mampu percaya pada rakyat dan yakin pada rakyat, bagaimana mungkin mereka harapkan perkara yang sama. Apatah lagi untuk patuh SOP yang sentiasa berubah setiap masa.

Rencana kerajaan mesti terperinci dan konsisten. Rencana yang mesti menggerakkan, yang punya tonggak dan matlamat.

Bila kita sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mencipta masa depan yang lebih baik, maka kita akan jadi saling bertanggungjawab, dan secara tidak langsung kita akan dapaat menjamin kelangsungan cara hidup yang demokratik.

Saat pemerintah hari ini tunggu perubahan untuk muncul, strategi kita mesti ampuh dan bijaksana agar dapat memungkinkan hari esok yang lebih baik.

Pemerintah hari ini minta kita untuk berkorban, tapi belum nampak tanda-tanda yang kerajaan hari ini turut sama bergelut dan bersusah dengan rakyat.

Hari demi hari, kerajaan ini semakin hilang wibawa dan keyakinan semakin payah untuk dipulihkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Langkah mengisytiharkan darurat tampak terdesak dan melulu, tanpa sebarang asas yang kukuh, langsung melebarkan jurang antara rakyat dan kerajaan. Muhyiddin minta kita percaya dia tatkala kediktatoran beliau semakin menonjol.

Keyakinan terhadap kepimpinan beliau juga semakin merosot tatkala seorang demi seorang Ahli Parlimen menarik sokongan. Apakah kita masih boleh percaya dengan kerajaan hari ini?

Pengisytiharan darurat semacam tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya kita untuk melawan dampak wabak, tetapi sebaliknya hanya sebagai wahana untuk terus berpaut pada kuasa dan kedudukan?

Rakyat tidak mudah lupa yang kerajaan hari ini adalah kerajaan pintu belakang. Bolehkah kita percaya seorang individu yang mengkhianati Perdana Menteri-nya pada ketika itu, mengkhianati partinya sendiri, mengkhianati kawan-kawan, dan yang paling dahsyat mengkhianati mandat rakyat? Individu begini yang kita diminta untuk percaya?

Kejelasan dan kepastian adalah langkah pertama dalam mengakui kecuaian. Rakyat kena tahu yang kerajaan mendengar suara mereka dan mengambil perhatian terhadap sebarang isu yang berbangkit.

Kerajaan seharusnya tingkatkan kesedaran yang berasaskan sains, dan menggalakkan perbincangan umum serta menolak sebarang teori konspirasi yang menjurus kepada pembodohan.

Bila komunikasi kita jelas, maka tindakan kita mesti seiring dengan usaha negara dalam melawan ancaman virus, dan seterusnya mengembalikan keyakinan kepada ekonomi kita. Ini bukan kerja mudah, dan tidak ada sesiapa yang boleh melakukannya sendiri.

Namun, apa yang penting pengorbanan kita akan bertambah, tapi hanya dengan tatakelola yang baik serta keyakinan yang mengukuh sahaja kita akan dapat tempuhi badai ini bersama.

Telah saya umumkan baru-baru ini tentang usaha kami dalam merayu kepada KDYMM YDPA untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salahguna kuasa.

Dan juga, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan Muhyiddin.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan putus asa. Negara ini negara yang istimewa, punya pelbagai kaum dan agama, dan saya yakin ini adalah ciri yang terbaik yang kita ada.

Teruskan tingkatkan disiplin diri dengan patuhi SOP, pakai pelitup muka dengn betul, jaga jarak masing-masing serta kerap basuh tangan. Jika tidak ada keperluan, jangan keluar rumah.

Jaga kesihatan masing-masing supaya dapat kita redakan sedikit sistem kesihatan kita dan beri sedikit ruang untuk wira-wira kita di barisan hadapan untuk bernafas.

Sikap mulia begini adalah yang paling mudah untuk praktikkan, dan ia secara tidak langsung akan menguatkan komitmen kita dalam mencari jalan keluar dari kemelut ini.

Saya menggesa kita semua untuk tingkatkan peranan masing-masing dan kerajaan harus bekerja lebih untuk kembalikan keyakinan. Rakyat sedang menderita.

Saya mendoakan kita jangan putus asa dan terus berusaha. Pengajaran dari tahun lalu itu sangat penting, dan jadikan ia sebagai dorongan untuk jadi lebih baik tidak hanya untuk diri sendiri namun untuk semua juga.

ANWAR IBRAHIM

17 Januari 2021



DARURAT UNTUK HALANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


Mohd Zulaimi Kazin


Apakah tujuan Darurat untuk menghalang PAU2021 yg dijangka pd 31 Jan nanti?

Mengapa?

Kalau dilihat pada keputusan Mesyuarat Perwakilan Bahagian 4 peringkat lebih 80% memdesak supaya Umno tarik sokongan kpd PN.

Seperti YB Dato Ahmad Jazlan MP Machang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, beliau mengadakan perjumpaan dgn 4 peringkat Umno Kelantan semua memdesak supaya Umno menarik diri dr PN dan MN.

Keputusan PAU akan menjadi keputusan muktamad yg tak blh dipinda dan dihalang oleh mana2 MP dan kalau ada yg masih nak terus bersama PN, mereka kena keluar dr Umno. Mahukah Annuar Musa keluar dr Umno demi PN?

Apa kesan dengan keputusan Umno ini?

Kesan yg amat menakutkan Muhyidin, Hamzah Zainudin dan Takhiudin adalah mereka terpaksa keluar dr Putrajaya, mereka hilang kuasa bukan setakat Putrajaya malah di Johor, Melaka, Perak, Pahang dan Sabah yg sebelum ini mereka berkongsi kuasa dgn Umno. 

Covid selamatkan kuasa DIN di Putrajaya, darurat jd perisai utama.



MENTERI PENDIDIKAN PALING BANGANG DALAM SEJARAH MALAYSIA??

Bob Kelanang


Dulu aku ingat Mahdzir Khalid adalah Menteri Pendidikan paling bodoh dalam Sejarah Malaysia... rupanya ader lagi yang lebih bodoh... Radzi Jidin adalah Menteri Pendidikan yang aku rasa paling bodoh setakat ini... Ini mungkin spesis bangang...

Kita hentikan persekolahan di Malaysia pada masa jangkitan Covid-19 sekitar 800 hingga 1000 kes sehari... kita tutup awal takwim persekolahan... betul memang la ianya 'drop'kan kita punya akademik level DAN performance... tapi for 'safety of our children...' nyawa lagi penting...


Tetiba... masa bulan 12… Menteri Pendidikan dah umumkan persekolahan akan dibuka ikut takwim yang dirancang... masa tu kes harian sekitar 2000++ sehari...


Then masa awal Januari... Menteri Pendidikan juga apabila ditanya mengatakan bahawa sekolah TETAP akan dibuka pada 20 Januari 2021... berduyun-duyun lah mak bapak yang membeli peralatan DAN kelengkapan sekolah... pemborong DAN peruncit pun order dan simpan stok...


Then... 11 Januari... PM umum PKP 2.0... DAN PM bagitau persekolahan masih ikut takwin...


Tetiba... 12 Januari... PM umum dapat perkenan YDP Agong untuk laksanakan Proklamasi Darurat 2021... DAN pada petangnya pukul 2... Menteri Pendidikan buat sidang akhbar dan bagitau sekolah tetap dibuka ikut takwin DAN ikut SOP...


Pada 12 Januari tu... kes harian dah 3000++


Sekejap... kita hentikan persekolahan pada tahap kes harian sekitar 800 hingga 1000... ntah giler apa yang dapat Menteri Pendidikan boleh umumkan sekolah dibuka ikut takwim walaupun masa itu tahap kes harian adalah sekitar 2000++... lihatlah betapa bodohnya Menteri Pendidikan...


Mak bapak pun dah pening sama ader nak teruskan beli DAN bayar yuran sekolah bagai (termasuklah yuran asrama dan sebagainya)... kelam kabutlah cuba setelkan ikut apa yang ader modal dalam tangan...

Sekejap lagi... sekitar awal Januari sampailah ke hari ini... masih ader lagi rakyat yang dilanda musibah banjir... peralatan DAN pekakasan rumah rosak... persiapan sekolah janganlah ditanya... pening kepala...

Semalam... Sabtu... masih ramai emak bapak yang masih membeli peralatan sekolah... sebab takder tanda-tanda KPM (Menteri Pendidikan) nak kenselkan buka sekolah macam biasa... DAN sekitar pukul 7 malam... tetiba viral 1 Malaysia ni kenyataan segera dari Kementerian Pendidikan Malaysia... yang mengarahkan tutup semua sekolah kecuali yang nak ambil peperiksaan SPM/STPM...

Aper ker bangang Menteri Pendidikan... aper ke bangang Kementerian Pendidikan Malaysia.... macam ayam takder kepala... takkan takder planning... takkan tak boleh baca senario... 

Paling cikai pon time PM umumkan Proklamasi Darurat tue... kensel la sekolah cara biasa... buat jer la sekolah dari rumah... tak boleh nak pikir ka?? Rakyat dah lama bercakap DAN bising pasai ni dalam media sosial... menteri semua buta DAN pekak ke?? Atau pasai sumpah seranah rakyat Malaysia yang ader 30 juta ni... terus menteri jadi BODOH dan BANGANG...


Adoilah...



RESPON TERHADAP JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI BERKAITAN PEMBINAAN RM35 JUTA DEWAN DI PAGOH

 




Saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang memberi respon kepada pertanyaan berkaitan penularan surat bagi pembinaan dewan bernilai lebih RM35 juta di Parlimen Pagoh.

Walaupun beliau menerangkan RM35 juta adalah untuk pembinaan 3 buah Dewan, ianya masih tidak menjawab isu keutamaan perbelanjaan kerajaan ketika ini dan nilaian untuk pembinaan sebuah Dewan melebihi RM16 juta masih terlalu tinggi.

Persoalannya:-

1. Sebagaimana YAB Perdana Menteri mengeluarkan arahan projek ini perlu dilaksanakan dengan segera, bolehkah YAB membatalkan projek tersebut dengan segera atau sekurang-kurangnya menangguhkan buat seketika?

2. Ini adalah kerana difahamkan sudah terdapat 4 buah Dewan besar sedia ada dalam Parlimen Pagoh iaitu:-

i) Dewan Serbaguna Pagoh

ii) Dewan Kompleks Sukan Pagoh

iii) Dewan Seri Pekembar

iv) Dewan di Hub Universiti Pagoh

Sebagai rujukan, saya sertakan gambar-gambar di Facebook saya.

Ini tidak termasuk dewan-dewan masyarakat yang lain.

Bukankah dengan norma baru, sudah pasti penggunaan dewan awam adalah terhad dan adakah 4 buah dewan utama ini dan dewan-dewan lain tidak mencukupi untuk ketika ini?

3. Sepertimana YAB Perdana Menteri boleh menggantung Dewan Parlimen melalui kaedah proklamasi Darurat, kononnya untuk melawat Covid19, apalah salahnya projek pembinaan Dewan ini digantung juga?

4. Bolehkah kita tangguhkan pembinaan 3 buah Dewan ini agar dana tersebut dapat digunakan bagi usaha melawan Covid19?

Bukankah lebih elok sekiranya kita salurkan dana tersebut supaya ujian swab dapat diperluaskan, kapasiti pusat kuarantin dipertingkatkan serta jentara frontliners diperkuatkan.

5. Bolehkah YAB Perdana Menteri terangkan makna tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan?

Adakah ini tender terbuka atau tidak?

Berdasarkan isu kandungan surat yang tular, kerja-kerja di tapak sepatutnya bermula pada 1 Mac 2021, tempoh 6 minggu untuk melaksanakan proses tender terbuka dalam suasana PKP dan Darurat adalah agak mustahil.

Persoalan-persoalan netizens dan saya bangkitkan bukanlah berniat jahat seperti mana tuduhan YAB Perdana Menteri, tetapi kami juga mengambil sikap bertanggungjawab untuk menjaga dana rakyat.

Akhir sekali, memandangkan saya tidak boleh bertanya dalam Parlimen, bolehkah YAB Perdana Menteri membatalkan projek ini serta-merta supaya kita utamakan usaha negara melawan Covid19?

Terima kasih.

17 Januari 2021

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua AMK Malaysia

 

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa

 


Firdaus Azil
"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Menurut Tan Sri Annuar Musa, perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengakui parti Melayu terbesar itu sudah berpecah kepada tiga kumpulan.
Dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Ahli Parlimen Ketereh itu mengakui, kelompok berkenaan terdiri daripada kumpulan yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan yang berada di tengah-tengah.
Tidak ketinggalan, kata beliau, wujud juga kumpulan dalam UMNO yang menerima kerjasama dengan parti pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan perpecahan itu, biarpun persepsi memperlihatkan dirinya lebih ke arah mesra Bersatu.
“Ya, jawabnya adalah ya. Memang sekarang UMNO berpecah. (Tetapi) saya tidak benarkan. Sebab itu saya melawan. Sebab itu saya ketengahkan idea supaya ahli-ahli UMNO mula berfikir. Masalah sekarang manipulasi ini banyak dibuat pemimpin di atas, tetapi maklumat tidak sampai sepenuhnya kepada akar umbi.
“Kemudian kita gunakan akar umbi untuk sokong cara-cara dan idea kita. Padahal kita tidak menjelaskan sepenuhnya kepada akar umbi UMNO,” katanya lagi.
Ada gerakan mahu kerjasama dengan pembangkang - Annuar Musa
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, antara perkara yang tidak dijelaskan dengan tepat ialah khabar angin mengenai kerjasama dengan DAP dan isi sebenar rundingan dengan Bersatu.
Jelasnya, salah faham dan persepsi itu timbul apabila segelintir pemimpin enggan bertembung atau bercanggah pendapat kerana aliran itu dibawa Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan orang-orang kanan sekitar Presiden.
“UMNO parti konservatif. Sebab itu akan ada orang yang terpaksa membakar diri kalau perlu, termasuk saya untuk melontarkan idea yang sedikit berbeza tetapi lama-kelamaan saya percaya akan berlaku perubahan berasaskan kepada kesedaran dan maklumat yang lebih banyak. Orang yang di bawah adalah
orang yang jujur ikhlas.
“Sekarang ini dalam kalangan kami banyak yang sependapat. Saya, Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri, KJ (Khairy Jamaluddin), Ku Nan (Tengku Adnan Tengku Mansor), Norani (Datuk Seri Noraini Ahmad), Annuar Nasarah (Datuk Shamsul Anuar Nasarah), ramai pemimpin kanan.
“Tetapi kami tidak bersuara kerana menghormati, tetapi apabila jadi seperti sekarang ini, ke hulu tidak ke hilir pun tidak, cuba tarik diri,” katanya lagi.
Beliau berkata, keengganan mereka untuk bersekongkol itu timbul kerana kerajaan Perikatan Nasional, apabila diancam secara berlebihan, mereka mampu bertindak-balas dengan pelbagai jenis pilihan yang ada.
Annuar berkata, pimpinan sedia ada tidak harus membawa UMNO ke arah kehancuran, sebaliknya, demi menyatu-padukan Melayu, parti itu harus menjadi juara dalam agenda penyatuan bangsa.
“Saya yakin kalau kita kembali mainkan peranan bersama PAS dan Bersatu dalam menyatukan orang Melayu dengan kekuatan Orang Melayu, kita satu-padukan pula rakyat pelbagai kaum, kita akan dapat kejayaan besar,” tegas Annuar lagi.

ISU AIR | PULAU PINANG SEDIA JUMPA MB KEDAH DI MAHKAMAH…


Papa Bob: Apa lagi MB Kedah, saman la Penang kalau berani… 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah berhubung isu caj air mentah.

Bernama melaporkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.

Beliau berkata Sungai Muda bukan milik eksklusif Kedah sebaliknya sebahagian sungai itu adalah ‘milik’ Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah tidak mempunyai asas untuk menuntut pembayaran daripada Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda.

“Kami bersedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah di mahkamah sekiranya pihak tersebut ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap isu caj air mentah yang dibangkitkan sebelum ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya fakta bahawa Sungai Muda mengalir melalui Pulau Pinang didokumentasikan dalam Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) dan termaktub sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kedah dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.



BAGI BLOG INI , SEBUT NAMA MAHATHIR, SUDAH TENTU MEMPUNYAI SEJARAH PANJANG. UNTUK AHLI PKR SENDIRI PUN SUKAR MENERIMA KEMBALI MAHATHIR..SEBAB MAHATHIR ADALAH BAPAK SEGALA PENIPU


Kesediaan Mahathir terima Anwar sebagai PM adalah petanda baik, kata Mahfuz

Kesediaan Mahathir terima Anwar sebagai PM adalah petanda baik, kata Mahfuz

Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya beliau memperolehi sokongan mencukupi di Dewan Rakyat adalah petanda baik ke arah membentuk gagasan perdana pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berharap susulan sokongan bekas perdana menteri itu, Anwar bersama Pakatan Harapan (PH) akan mempergiatkan usaha mengukuhkan kerjasama dengan blok pembangkang lain, termasuk kumpulan yang dipimpin Mahathir ke arah menawan semula Putrajaya.

Kenyataan Mahfuz itu menyusul selepas Majlis Presiden PH dilaporkan membincangkan kemungkinan PH menjalin semula kerjasama dengan Mahathir baru-baru ini.

Bagaimanapun tiada ketetapan atau keputusan diambil pada mesyuarat itu.

Anwar adalah pengerusi PH, selain menjadi ketua pembangkang di Parlimen dan presiden PKR. Dua lagi parti komponen gabungan pembangkang itu ialah DAP dan Amanah.

Mahfuz tidak mengulas mengenai mesyuarat PH itu, namun menekankan keperluan gabungan itu memperluaskan kerjasama dengan semua Ahli Parlimen pembangkang jika berhasrat menawan semula Putrajaya.

Beliau juga berkata sebagai blok pembangkang terbesar, wajar calon perdana menteri adalah daripada PH dan menyifatkan kenyataan Mahathir baru-baru ini sebagai perkembangan baik.

“Mahathir sudah beri isyarat positif dia sedia menerima Anwar jadi perdana menteri,dengan syarat mesti cukup bilangan sokongan majoriti,” katanya kepada FMT.

“Justeru, PH mesti (segera) ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan dengan pihak lain,” tambah beliau.

Beliau akur sebelum ini PH bercanggah pendirian sehingga membawa keretakan dalam hubungan antara tiga parti itu.

“Satu pihak berpandangan begini dan satu lagi begini.Amanah pula kami melihat dari sudut cermin besar, iaitu kesepakatan semua pembangkang tidak boleh hanya berasas kepada kekuatan tiga parti dalam PH (PKR, DAP dan Amanah).

“Ini kerana PH hanya ada 91 wakil, sedangkan pembangkang kalau semua bersatu kita ada 108, jadi penyatuan pembangkang itu penting,”katanya.

Mahfuz yakin kesepakatan dalam blok pembangkang akan membuahkan pembentukan kerajaan baharu yang lebih stabil dan berwibawa.

“Kita perlu fikir hari ini, kita mempunyai asas yang kukuh untuk mendapatkan kerajaan baharu di Malaysia, apabila ternyata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah tidak cukup bilangan sokongan Ahli Parlimen,” kata Mahfuz.

Mahathir adalah pengasas Pejuang yang mempunyai empat Ahli Parlimen, termasuk beliau, namun pengaruhnya merentasi politik kepartian.

Perbalahan berterusan antara beliau dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim dikatakan punca utama pembangkang berpecah dan tidak dapat menjatuhkan Muhyiddin, meskipun kerajaan pimpinan beliau mempunyai majoriti rapuh di Parlimen.

Bagaimanapun Jumaat lalu, Mahathir dipetik berkata, beliau tiada bantahan terhadap Anwar dilantik sebagai perdana menteri, tetapi menegaskan presiden PKR itu perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen. 


Zahid boleh ‘berehat’, serahkan kepimpinan parti kepada Mohamad Hasan, kata Pemuda Umno

 

Zahid boleh ‘berehat’, serahkan kepimpinan parti kepada Mohamad Hasan, kata Pemuda Umno

Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ia juga dibuat ketika ada kritikan terhadap kepimpinannya yang dianggap gagal membaca dan memahami sentimen ahli Umno di peringkat akar umbi.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Kuala Selangor, Aemirul Zaki dilaporkan berkata Zahid boleh berbuat demikian secara sukarela tanpa perlu menunggu pemilihan parti atau keputusan Perhimpunan Agung Umno.

“Tidak timbul isu Zahid akan dikecam dan dibodohkan oleh ahli.

“Ahli (sebaliknya) akan puji dan berbesar hati melihat kesanggupannya memberi ruang kepada orang yang tidak banyak isu untuk mengetuai parti,” katanya dipetik The Malaysian Insight.Katanya, Zahid juga boleh berehat untuk menyelamatkan parti dengan menyerahkan kepimpinan parti kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, sehingga pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini.

 

“Kita boleh minta beliau berundur atau bercuti dan berbesar hati sebagai seorang pejuang untuk selamatkan parti dengan beri ruang kepada jentera parti buat kerja.

“Zahid perlu bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya untuk mengetuai Umno pada masa ini,” katanya.

Malaysiakini juga sebelum ini melaporkan desakan serupa, yang mana Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang meminta presiden Umno berehat secara terhormat.

Jelasnya, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi bagi melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam PRU-15.

Zahid pada 2018 pernah “bercuti” dan menyerahkan tugasnya, termasuk termasuk jawatan pengerusi BN, kepada timbalannya Mohamad Hasan.

Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.

Selepas setahun, Zahid bagaimanapun kembali memegang jawatan itu.

Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin pula dipetik sebagai berkata pandangan mereka itu bukan tidak hormatkan Zahid sebagai presiden parti sebaliknya kerana mereka lebih sayangkan parti.

“Saya hanya mahu lihat pembaharuan dalam parti… tiada apa-apa yang saya nampak dilihat (untuk) meremajakan parti ini,” katanya.

Zahid kini berdepan 47 tuduhan jenayah melibatkan kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Dia juga didakwa menyokong usaha Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN), yang akan bekerjasama dengan DAP.

Bekas setiausaha agung BN yang disingkir Annuar Musa baru-baru ini mendedahkan surat sokongan Zahid kepada presiden PKR bukan surat palsu.

Surat Zahid itu dikatakan dipersembahkan pemimpin pembangkang kepada Yang di-Pertuan Agong serta tersebar pada pertengahan Oktober lalu, bukan surat palsu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam Mohamad Anis Md Yusof berkata sentimen yang mahu Zahid berundur bukan hanya dalam kalangan ahli Umno.

“Ada juga dalam kalangan penyokong Umno… maksudnya bukan ahli Umno yang melihat kedudukan presiden pada hari ini sangat lemah,” katanya.

Bagaimanapun beliau berpendapat Zahid mungkin masih boleh mempertahankan jawatannya kerana sentimen pemilihan di akar umbi lazimnya dipengaruhi oleh pilihan ketua bahagian.

“Kebanyakan akar umbi buat pemilihan berdasarkan ‘sustainable’ pemimpin bahagian. Mungkin pemimpin bahagian memilih orang itu sebagai presiden jadi akar umbi pun pilih orang itu sebagai presiden. Itu yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Rizam Ismail berkata perbahasan mengenai siapa layak memimpin Umno sekarang hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh memusnahkan parti.

“Ini bukan masanya untuk kita berpecah-belah dan berantakan sesama sendiri. Sebaliknya, kita sebagai pemimpin di bahagian perlu tunjuk contoh yang baik kepada akar umbi.

“Sebagai pemimpin yang matang kita perlu menyeru kepada ahli-ahli agar merapatkan saf dan bersatu padu di belakang pemimpin utama kita iaitu presiden Umno,” katanya. 


Gempar! Zahid bakal disingkir kumpulan pro Bersatu dalam Umno?

 


Gempar! Zahid bakal disingkir kumpulan pro Bersatu dalam Umno?

Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Tertinggi parti itu supaya menyokong PPBM, parti yang pernah dianggap tidak penting dan ditentang oleh ahli akar umbinya.

Menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi FMT, “tokoh besar” terbabit juga merancang untuk mendapatkan sokongan penuh dalam kalangan pemimpin parti supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi “mengundur diri”.

“Kita tidak bercakap mengenai pemimpin PPBM, sebaliknya pemimpin Umno. Adakah mereka cuba memecahbelahkan Umno,” kata sumber dalaman itu yang enggan didedahkan.

“Kedua-dua pihak berunding dengan kami. Pihak yang mahu kami bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM dan pihak yang menentang,” katanya, tanpa mengulas lanjut.

Katanya, beliau bimbang lebih ramai rakannya akan menyokong PPBM sekiranya mereka membiarkan diri dipengaruhi oleh pemimpin itu.

Akar umbi Umno secara tegas menghantar mesej kepada kepimpinan parti bahawa mereka tidak berminat bekerjasama dengan PPBM.

143 bahagian parti itu memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada PPBM dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini.

Umno mempunyai 192 bahagian, dengan 191 daripadanya telah bermesyuarat.

Seorang anggota Barisan Nasional (BN) memberitahu FMT bahawa perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu, bukan akar umbinya.

“Gerakan untuk meminta Zahid mengambil cuti semakin kuat kerana kes mahkamahnya berkaitan rasuah dijangka akan bermula selepas perintah kawalan pergerakan tamat.

“Ada yang bertanya-tanya apakah mereka perlu terus menyokongnya,” tambahnya.

Beliau berkata, sebahagian daripada mereka yang mahu Zahid bercuti adalah pemimpin Umno, termasuk dua yang tidak berjaya dalam pilihan raya umum 2018, tetapi masih memegang jawatan dalam parti.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu sebelum ini menyokong bekas perdana menteri Najib Razak, tetapi beralih arah untuk bergabung dengan pemimpin Umno yang menyokong PPBM.

“Mereka berkata, jika kita menyokong Zahid, parti akan menjadi lemah kerana beliau mungkin didakwa dan apakah yang akan berlaku kepada parti?,” tambahnya.

Seorang lagi ahli Umno berkata, akar umbi masih menyokong Zahid dan Najib.

“Tidak ada salah faham dalam kalangan anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin akar umbi mengenai siapakah yang harus mereka sokong kerana kebanyakan mereka menolak PPBM.

“Di bawah Umno, kita dijaga dengan baik. Adakah kita masih akan dijaga sekiranya menyertai PPBM ?,” katanya.

“Itu adalah kebimbangan kami. Tambahan pula, kebanyakan akar umbi juga setia kepada Umno,” kata ahli Umno itu kepada FMT, merujuk kepada banyak bahagian Umno yang menyokong Najib berbanding Zahid.

Ahli Umno itu berkata, banyak yang mahu disuarakannya, tetapi beliau memilih untuk berdiam diri kerana kerajaan kini mempunyai kuasa meluas di bawah Ordinan Darurat.

KALAU DEWAN RAKYAT BOLEH DIGANTUNG, KENAPA BINA TIGA DEWAN DI PAGOH TAK BOLEH DIGANTUNG?

 

Kos membina tiga Dewan baru di Parlimen Pagoh ialah RM35.4 Juta?

Bukankah lebih darurat, kalau dewan dewan sedia ada dinaik taraf sebagai Pusat Kuarantin sementara pesakit COVID 19.

Itu lebih darurat berbanding tiga dewan baru untuk Parlimen Pagoh. Perdana Menteri darurat kena tunjuk teladan.

Katanya pesakit Covid yang bergejala teruk tidak lagi boleh diterima masuk ke hospital kerajaan. Wad sudah penuh.

Apakah benar KKM juga tidak lagi mampu membuat saringan ke atas semua kontak rapat pesakit positif Covid? Hanya kontak rapat yang ada gejala akan diuji.

Justeru, bagaimana Muhyiddin boleh tergamak bina dewan di Parlimen Pagoh dengan kos yang besar. PM ni serius ke melawan pandemik Covid 19?

Ironinya, surat kelulusan JKR untuk dewan dewan tersebut bertarikh 11.1.2021 iaitu hari PM umum Darurat diperkenankan.

Tetapi wajarkah kita bising Muhyiddin mahu bina tiga dewan baru? Dia PM. Bagilah muka pada dia.

Biasanya diktator akan buat apa sahaja.. Masakan dia mohon darurat, kalau dia bukan diktator. Dia mahu Parlimen digantung. Mana boleh jadi PM untuk 8 bulan sahaja sedangkan Mahathir 22 tahun.

Lagi pelik bila Muhyiddin bersungguh mahukan darurat tetapi pelaksanaan PKP amat longgar. Shopping Complex buka. Kedai laundry layan diri buka. IKEA buka. Kilang kilang boleh beroperasi di mana pekerja mereka tinggal di asrama yang sempit dan sesak.

Sekarang peniaga pasar malam tuntut supaya dibenarkan berniaga. Pengusaha restoren pula mahu mereka boleh beroperasi hingga jam 10 malam.

Kalau itu dilayan, PKP tiada makna. PKP 2.0 tidak serius macam PKP 1.0. Game plan sebenar adalah “Darurat”. Untuk kekal berkuasa lebih lama.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

17 Januari 2021.